.duhai hati.


duhai hati,
tenanglah kamu seketika.
duhai hati,
yakinlah dia bukan untukmu.
duhai hati,
kubiarkan kamu merana.
duhai hati,
aku tak mahu sume ini berlaku.
duhai hati,
bukan ini yang aku angankan.
duhai hati,
malam ini aku menangis lagi.

hati,
hati yang kamu sakiti
kini menangis lagi
sekian kalinya
hati bagai tidak pernah berhenti
dari terus mengalir dan kini membanjiri dirinya.

duhai hati,
aku perlu kekuatanmu
duhai hati,
aku perlu pertolonganmu
duhai hati,
berjanji lah denganku
duhai hati,
kukuhkan pendirianmu
duhai hati,
jangan biarkan kamu kecewa lagi.

hati,
hati ini sekian kalinya
rapuh dan goyah
melihat senyuman mesra itu
mendengar gurauannya
dan hati telah terus jatuh.

duhai hati,
aku mengharapkanmu
duhai hati,
aku menginginkanmu
duhai hati,
aku memohon darimu
duhai hati,
aku merayu kali ini

hati,
janganlah cepat tergoda
akan caranya yang mengoda
dan mengetuk pintumu
kerana dia
tidak pernah ingin memelukmu
hanya sekadar satu persinggahan

duhai hati,
janganlah kamu merana lagi
duhai hati,
janganlah kamu menangis lagi
duhai hati,
teguhkanlah pendirianmu
duhai hati,
kuatkanlah imanmu
duhai hati,
jangan pernah goyah.

duhai hati,
betapa aku ingin bicara
aku sayang dia 
namun,
dia bukan untuk aku
dia cuma singgah
singgah mengetuk pintumu
tapi tidak pernah berfikir untuk singgah selamanya.

kerna hati,
aku adalah kamu
kamu adalah jiwaku
aku tanpa jiwa itu
bagai aku tanpa arah

duhai hati,
aku pohon kepadamu
jangan pernah berubah
dan jangan pernah mengalah!.

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*