SELAMAT HARI RAYA.


esok..17 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah seluruh umat Islam bukan je kat Malaysia tapi diseluruh dunia bakal menyambut HARI RAYA AIDILADHA...dan aidiladha ne dikaitkan dengan haji dan qorban..pe mksdnye?....


makna dan pengertian QORBAN:
       Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


HUKUM-HUKUMnya...:
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.


SYARAT SAH QORBAN::
  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.
  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.


 JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QORBAN:
  • Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.


 WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QORBAN
  • Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)
  • Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.
  • Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.


qorban dahhh..sekarang ne kita cukupkan pula ilmu didada dengan pengertian haji.


Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.
JENIS-JENIS HAJI :
HAJI JENIS IFRAD
Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji. 
HAJI JENIS TAMATTU'
Tamattu' ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya. 
HAJI JENIS QIRAN
Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu" (Riwayat - Turmizi)


RUKUN HAJI
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya


 WAJIB HAJI:
  1. Niat ihram di Miqat tertentu
  2. Bermalam di Muzdalifah
  3. Melontar Jumrah 'Aqabah'
  4. Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
  5. Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,
  6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram


cukup setakat ne je yg aku ble sampaikan...hasil-hasil mengoogle pada hari ini.
dengan nada yang agak skema,,aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIIDILADHA pada encik ADHA...hahahaha.pada sume la oke. =)
bg student2 unirazak sabah yang tak balik kampung,,,inform2 la klu u'll wat ruma terbuka kt hostel2/ruma2 korang yerk..aku dgn hati yang suci dan bersih...akan segera ke sana *-*
sebelum aku menutup entry kali ini..aku ada satu pengumuman dan peringatan buat sume.terutama ahli keluarga aku yang nun jauh dikampung ku yang indah....
SAPA-SAPA YANG TAK SEMPAT NAK BAGI AKU DUIT RAYA,SILA-SILA BERBUAT DEMIKIAN START MALAM NE SEHINGGA MALAM ESOK.AKU TAKDE DUIT NAK SHOPPING ehhh..AKU NAK P TENGOK WAYANG LAGI.esok HARRY POTTER men kt pawagam...mo tengok =(...
SELAMAT HARI RAYA.

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 16 November, 2010
akaaakkkkk !!!!
mggu depan su exam STPM...!
takoottt nyerrrrrrrr... >.<
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 18 November, 2010
sue....sabar dik ehhh...
yakin je jawab exam tue.
insyaallah sum berjalan lancar..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*