hadapi dengan senyuman :)

hadapi dengan senyuman :)

.assalammulaikum.
hari ini update lagi!.beberapa hari ne I update je kan....suka ke menyampah?.Kadang-kadang I tertanya-tanya juga,adakah orang yang baca blog I neyh.

I tak cantik macam Hanis Zulaikha,Irine Marcello apatah lagi Fatin Liyana.I tak pernah dapat nuffnang berpuluh-puluh ringgit.I tak pena masuk majalah je..I cuma seorang blogger yang menulis tentang diri sendiri tuk dikongsi bersama.Kadang-kala I menulis berdasarkan pengamatan I terhadap kehidupan insan-insan disisi I.

cuma dalam meniti kehidupan sebagai seorang blogger,hidup I dah tak brapa nak private.oke,I menyampah dengan statement itu,sila sepak I jauh dari sini.Kalau boleh jauh sangat,sampai I takkan jumpa orang yang telah menyakitkan hati I.boleh ke cam tue?tak boleh noks!.Hidup ne,kita kena terima apa jua keadaan,Sakit ka,suka ka....sume kita kena terima dengan kerelaan dan keredhaan.

I tahu kadang-kala kita nak hidup kita indah je kan.macam dalam fairytale gitu,eh...U ingat fairytale tu ceta indah-indah ke.takde lah!.even cindarela pun kena buli oleh stepmom & stepsisters dia dulu baru dia dapat HAPPY ENDING STORY oke.tapi kehidupan kita tak semestinya berakhir dengan HAPPY ENDING,sebab bila kita da ENDING satu cerita,ia akan bermula lagi satu ceta.

Contohnya,,u dengan kekasih hati dah kapel dalam 8tahun gitu..then banyaklah sangat halangan yang korang tempuhi...last-last korang kawen juga.itu satu HAPPY ENDING lah..tapi macam mana dengan kehidupan lepas kawen...lagi banyak yang mencabar.Tapi I tahu sesuatu rahsia..."orang yang dah menempuh pelbagai rintangan akan lebih berhati-hati dan matang selepas itu"...So,jangan cepat melatah bila hubungan korang diuji lagi :)

erm,I tulis pasal apa ne ek?.I sendiri konfuse.hahaha.oke kita teruskan lagi...dalam hidup ini,tidak semuanya mudah tuk kita.Apatah lagi saat kita memulai sesuatu yang baru.Macam I,dulu I tinggal dengan family.Bila tinggal jauh ne,sume I kena usaha sendiri.Kadang-kala I sakit,I malas nak inform my family.Sebab I taknak mereka risau sangat.Kadang-kala I taknak ada seseorang yang istimewa dalam hidup I,tapi I tahu,kita tak boleh menolak takdir.Mungkin Allah da tentukan ini jalan hidup I.So,'drive-thru' je lah syg oi!.

next,bila kita hadapi kesusahan apa pun.terima lah dengan ikhlas.Sebab disetiap terjadinya sesuatu,akan ada sesuatu menanti kita.Kadang-kala Allah tak beri kita Matahari,dan Dia turunkan Hujan,kita mengeluh tapi selepas hujan itu,Allah hadiahkan kita Pelangi yang indah,agar kita mampu tersenyum.Betapa indah kebesaranNYA.(allahhuakhbar).

dulu,I pernah hadir sebagai pelangi dalam hidup seseorang.Kadang-kala I hujani dia dengan airmata,dan kini,I beri dia sebuah lagi pelangi,dan pelangi yang lama ini akan pergi meninggalkan dia.Tapi I tahu,I berundur bukan bererti I kalah dengan situasi ini.I berundur demi kebaikan semua.Biar pahit mana pun,I hadapi ia dengan senyuman.Walau dalam hati I ne,ianya telah remuk.Namun ia sesuatu yang harus I jalani dengan tabah ;)

I selalu pesan dengan insan-insan yang terluka.."chill out,lupakan!".Kini,I sendiri akan kutip kata-kata itu sebagai penguat diri ini.I lemah tapi I takkan terus lemah begini.Cukup sekali tangisan,tak perlu berulang kali.Cukup sekali sahaja kisah kita,takkan ada episod lain.

buat encik TTM( I know u gonna read this,u're my silent reader kan!).
I doakan u bahagia dengan dia.tolong doakan I juga oke,doakan agar kisah kita tidak lagi terpahat dalam hati I,agar kisah kita menjadi memori terindah dalam hidup,agar kisah kita menjadi kenangan yang akan terkubur suatu hari nanti.Jaga dia 'elok-elok'.pesan kat dia,jaga U elok-elok.Kalau tak,I marah!.hehehe.takde lah,I mana reti marah kan macam dia.I gepren yang baik kan.hoho.opps,exgepren!.Jaga hubungan u dengan dia macam I jaga hubungan kita.Jangan asyik prasangka oke.Tak baik tu,jaga dia macam u jaga I dulu.Janji dengan I,U akan bahagia..sebab I akan cari kebahagian sendiri..even u tiada disini.I akan cari,I akan dapat kebahagian itu.INSYALLAH.

 erm,ntah apa yang I dah merepek neyh.I sendiri taktahu!!.hahaha.CHILL OUT babe,hadapi dengan senyuman kan?.biar pahit ditelan kerna sesuatu yang manis akan datang kemudian :)
FYI,I tak tidur since lastnyte.I siapkan assignment dan I update blog.So,sekarang adalah masanya untuk beradu diatas katil bersama bantal busyuk I.chau~.

Post a Comment

2 Comments

  1. senyum itu sedekah...~
    saya suka senyum...
    :)

    ReplyDelete
  2. @~mAdIEy~yesss dear :) senyum itu satu sedekah.suka senyum tapi bila orang tak senyum balik tu,,bikin panas :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*