Jangan Cepat Membuat Tuduhan Melulu!


Assalammualaikum.

Hari ini,eca nak kongsi satu cerita disini.Cerita ini sangat memberi kesan kepada diri eca...Jom baca dengan tekun.

seorang doktor melangkah masuk ke hospital dan bergegas menuju ke bilik pembedahan....di ruangan itu seorang bapa sedang menunggu doktor tersebut untuk melakukan pembedahan ke atas anaknya...dan bapa itu memarahi doktor tersebut pabila dia meihat kelibatnya disitu..."kenapa awak lambat sangat?awak tahu ka yang nyawa anak saya dalam bahaya?....awak ni ada rasa tanggungjawab ka?....

doktor itu hanya tersenyum dan berkata..."maaflah...saya tak berada di hospital sewaktu terima panggilan ni.....tapi saya cuba secepat mungkin untuk datang kesini kerana ini tanggungjawab saya...dan saya harap awak bertenang sekarang agar saya dapat menjalankan tugas saya..."

"...bertenang awak kata?bagaimana kalau di dalam tu adalah anak awak?ataupun anak awak mati sekarang, bagaimana?..."kata si bapa dgn nada yang amat marah....

dgn tenang si doktor menjawab...."kalau begitu kita kembali Allah...daripada-Nya kta datang dan kepada-Nya kita kembali....sekarang awak banyakkan berdoa...saya tak bleh bagi nyawa....saya hanya mampu apa yang terdaya....."

"bagi nasihat bila kita tidak peduli memang la senang..."murung si bapa...

pembedahan itu mengambil tempoh beberapa jam yang akhirnya si doktor keluar dengan perasaan gembira.."syukur alhamdulillah, anak awak selamat..."tanpa menunggu kata2 dari si bapa td, doktor bergegas semula keluar dari hospital..."kalau ada apa-apa pertanyaan, jumpa saja dgn jururawat bertugas...."

"kenapa doktor tu sombong sangat?kenapa dia tak boleh tunggu sekejap ka untuk saya bertanya..."kata si bapa selepas dia ternampak jururawat bertugas....

jururawat menjawab sambil air matanya mengalir..."semalam anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya....tadi dia di perkuburan untuk mengebumikan anaknya...sebentar tadi dia dah selamatkan anak awak dan sekarang dia kena bergegas semula untuk menyempurnakan pengkebumian anaknya kembali..."

Moral dari cerita ini,janganlah kita menilai orang lain sesuka hati kita.Bak kata orang,dont judge a book by its cover!.

Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat kita semua.Kalau nak copy,teruskan.....eca pun copy dari Facebook juga *-* #abaikan notakaki dibawah,notakaki ini diletakkan disitu sebab hari tu entry kesayangan eca dicopypaste tanpa meminta izin.sekian!
Jangan Cepat Membuat Tuduhan Melulu!

4 comments.. read them below or add one

jijie lah jijie lah 25 February, 2012
Betul, kami di pihak kesihatan sentiasa menerima tanggapan macam ni. Tapi kami sabar ja sebab dorang cuma risaukan keluarga dorang, normal la 2
Cik Nur Cik Nur 25 February, 2012
pernah baca di FB..cerita ni mmg byk pngajarannya..
jennifersevilia jennifersevilia 25 February, 2012
waaahhhhhhh, btul2 pngajaran o0o..aku share sdh nie td hihihii
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 25 February, 2012
akak bc dgn penuh perasaan entry ni.. tiba2 rs sgt sedih.. n btapa kagumnya dgn sifat doktor tu..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*