Maulidur Rasul |mari kita berfikir sejenak|

Maulidur Rasul |mari kita berfikir sejenak|

Assalammualaikum.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Selasa 1432 Masihi ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal Soleh.

Jelas kepada kita bahawa ganjaran Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi ganjaran pahala yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Begitu banyak ganjarannya.

Dulu masa sekolah,mesti ada sambutan dekat sekolah mahupun KAFA(kelas agama dan fardhu ain).Then,mesti nyanyi lagu neyh.......




sekarang,bila dengar lagu ne,sayu je.Lirik lagu itulah perasaan eca sebenarnya.

mari kita berfikir dan merenung diri sejenak.
Berapa ramai dari kita menjadikan Rasulullah sebagai idola?.
Berapa ramai dari kita mengikut sunahnya?...yang sunah kawan dua tu ramai agaknya!.
tepuk dada,tanya akal,tanya hati,tanya diri (*-*)

"selamat menyambut maulidur rasul"
"marilah kita selawat keatasnya"

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*