10hari berlalu...sahabatku tenang disana.


Assalammualaikum.

sedar tak sedar,dah 10 hari dua orang kawan baik eca pergi tinggalkan dunia.10hari yang eca lalui,sepi.Masih teringat-ingat mereka.Jika dulu,setiap malam,kalau tidak bertemu dan makan malam di kedai makan depan apartment eca,kami hanya berbual di Facebook sahaja.

Kini,hanya doa buat mereka mendekatkan eca kepadaNya.Mereka ada disisi Allah SWT sekarang,hanya doa eca mampu kirimkan kepada mereka.

Beberapa hari selepas kejadian,eca cuma menangis bila ditinggalkan sendirian.Sampai family pun naik risau.Tapi eca kuatkan semangat sebab eca tahu mereka yang disana tak ingin melihat tangisan itu.Apatah lagi Miss Rain masih berada di ICU ketika itu.eca sedaya upaya tidak mengalirkan airmata ketika berada di sekeliling keluarga Miss Rain...kan eca kuat?!..

Alhamdulillah,petang tadi Miss Rain masuk operation room lagi,untuk kali ke-tiga.Tapi eca tiada di hospital waktu itu.Bukan taknak datang,tapi tugasan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi assignment dan test perlu eca selesaikan minggu ini.Insyaallah,bila free,eca akan datang kesana lagi.

Pembedahan Miss Rain kali ini adalah untuk membuang kaki beliau yang tidak berfungsi lagi.Tindakan ini terpaksa diambil oleh doktor bagi mengelakkan kerosakan pada sistem badan yang lain.eca doakan agar Miss Rain tabah menghadapi dugaan ini.amin.(doa buat Miss Rain ya kawan-kawan)

semasa menaip entry ini,eca sedang buat revision untuk Test Language Deficient Learner yang akan eca ambil hari Selasa,Jam 5-7 pm.sambil rehat-rehatkan otak,tulis cerita untuk kalian.Nak BW rasa malas pula,bukan apa...tak best bila terjah blog sikit-sikit...nanti tak ingat pula nak STUDY.jangan risau,,nanti eca terjah semua siap komen,G+,like yer kawan-kawanku.#korang tak marah kan?!.

sambil study dengar lagu.suka lagu ne,teringat kat kawan-kawan yang dah tiada.


pahit manis perjuangan,kita rasai bersama.
perjuangan mereka yang belum selesai,eca akan selesaikan.
Insyaallah,akan habis study hujung tahun ne,konvo tahun depan.
amin amin amin.


p/s : sayu je rasa bila teringat arwah Ady's mom cakap,"besar hati si Daus mau jadi cikgu".Lebih-lebih lagi,bila beliau pesan melalui mama eca,"belajar baik-baik,capai cita-cita".Insyaallah.

{ 23 comments.. read them below or add one }

MamaEma MamaEma 17 April, 2012
muga kawa eca selamat menjalani pembedahan...dan al-fatihah untuk arwah kawan eca
CikPuan Azizah CikPuan Azizah 17 April, 2012
doakan yg terbaik buat Dia di sana T__T
Riena Haiqal Riena Haiqal 17 April, 2012
Al-fatihah buat sahabat-sahabat awak.. Semoga mereka ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Kuatkan semangat k..
Cik Nur Cik Nur 17 April, 2012
sentiasa sedekahkan alfatihah buat mereka yg telah pergi..
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 17 April, 2012
sedihnya... mg miss rain tabah hadapi dugaan ni...

akak singgah smbil klik hishop.. :-)
shiema sufian shiema sufian 17 April, 2012
Al-Fatihah. Semoga ditempatkan bersama org org beriman (:
Syira Qahira Syira Qahira 17 April, 2012
salam

semoga beliau tenang di sana.
anisalya anisalya 18 April, 2012
semoga tenanglah di sana. memang sedih bila kehilangan sahabat2 terdekat.
Jijie Jijie 19 April, 2012
Jangan sedey eca.. kami sentiasa ada.. i love u
Dayz J Dayz J 19 April, 2012
Salam,

Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan arwah Ady dan arwah Jenn. Semoga kedua mangsa ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


Now Eca, you must study harder. Capai impian mereka yang tak kesampaian okay.You have to be strong.

I was in the same situation before. One of our coursemate passed away somewhere in April 2006. He was in his final year and during that ill-fated day, he was on his way to take quiz in campus. We're coursemate for Khidmat Masyarakat in Unitar KK =)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 21 April, 2012
@MamaEma alhamdulillah,dia selamat kak just masih demam,
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 21 April, 2012
@IntaNBerliaN insyaallah dia tabah kak...dia kuat.
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 21 April, 2012
@anisalya sedih mmg cukup sedih..mcm xlengkap jak hidup ne
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 21 April, 2012
@dyabunga insyaallah,cukup bersabar da :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 21 April, 2012
@Jijie nda uda bersedih sgt ipar..love u too
Yanie Nz Yanie Nz 22 April, 2012
be strong eca.
aku pernah rasa sama mcm ko rasa. cuma mgkin ko ni berat sikit. 1st sem dulu, aku hilang sorg sahabat. sama2 aku dr skola mngah, msk uniRazak, then bru 1st sem tu, dia pergi utk slamanya. sedih sgt. sbb kmi mmg rapat. family pn rapat. smpai skrang pn, sedih bila jmpa fmily dia. and, bila rasa down dgn study, aku ingat tu pesanan fmly arwah, suru stdy utk capai apa yg d impikan. teruskan prjuangan arwah yg nda ksmpaian.

alfatihah.

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*