Loading...

Menabung menjamin masa depan.

[ Eca Dwinky Asha][ Monday, June 18, 2012][ ]
Assalammualaikum.


Bak kata orang,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.betul atau tak,hanya kita mampu mengetahuinya.Kalau dari kecil anak-anak dilentur untuk menabung,tak mustahil mereka akan meneruskan apabila dewasa kelak.Iyalah,orang dulu-dulu berpesan,melentur buluh biar dari rebungnya...betul tak?!


Bila dah besar ne,perangai menabung semasa kecil daku masih aplikasikan lagi.Siap ada target,dah kumpul duit tuk beli.......dulu kumpul duit beli macam-macam.Masa baru nak menginjak zaman keremajaan,kumpul duit nak beli Majalah Remaja.suka la nak tengok orang bergaya macam-macam kan?!..dah besar-besar,keinginan pun semakin besar jugalah kan!!!.

ini aim dari hujung tahun lalu .......

tapi bila cakap dekat someone tu.....tetiba dia balas, 
"dari kumpul duit nak beli gadget-gadget yang u memang dah ada (HP),baik kumpul duit beli tanah ke,rumah ke,emas ke,dinar ke......ada faedah juga.Kalau beli gadget,nanti rosak,kena juga keluar duit tuk baikkan.Tapi kalau beli emas ke,boleh juga digadaikan masa-masa kesusahan".

terus CANCEL plan nak beli X10mini,Samsung Galaxy and so on.
cukup je lah dengan vivaz pink daku ne.tapi keinginan itu tetap ada!!!!.
Then,plan nak beli emas....belum pun cakap dengan mama,mama dah beri satu cincin emas...jadi,bila daku nak beli cincin dengan duit sendiri ne?!..nak beli lagi,malas lak..nak orang cakap,"mami jarum junior",tak sanggup weiiii...so,simpan je la duit yang ada untuk jaminan masa depan.betul tak?!.


korang ada tabung?.rajin menabung ke tidak?!....
dan boleh tolong eca menabung dengan klik iklan nuffnang tak?!.hehehe.