Alahai Student [Part 5]

Alahai Student [Part 5]

Assalammualaikum.
lama eca tak ceta pasal student since habis praktikal dulu kan,kali ini nak ceta pasal student eca kat Pusat Tuisyen Ceria tu (please percaya, pusat tuisyen tu ceria-ceria-ceria je,tu pasal daku malas nak cari keja lain buat sementara waktu).Nak cerita gelagat mereka yang menggelikan dan selalunya menyakitkan hati.hahaha ^-^
Puasa.
boss : Jangan makan depan cikgu Aisha, dia puasa.
Bryan : apa itu puasa? (dia cakap dalam bahasa cina yer...)
boss : puasa tidak boleh makan, tidak boleh minum.
Bryan : oooo.

selepas tu, the Fat-Fat Bryan ne datang depan eca...sambil makan keropok dia.
Bryan : eh cik-gu, kau mau ka? (sambil tunjuk keropok dia kat depan eca).
eca : cikgu puasa.
Bryan : ooo,tidak boleh makan kah?
eca : ya.
Bryan : kuruslah kau cikgu..........................


cishhhhhhhhhhhh,kena daku oleh budak demokkkk tu.dasar bulat betul ah!.Saja nak naikkan nafsu kemarahan daku,nasib baik kau comel macam game POU tu.kakakaka.Budak Bryan ne, ya ampun nakal dia...tak boleh duduk diam tau.Dia hanya diam bila makanan tengah disumbatkan ke dalam mulut dia dan dia pena menangis sebab nenek dia tak bekalkan makanan tuk dia.(padahal baru je habis sarapan kat kedai sebelum masuk pusat tuisyen tu.....grrrrr!).Bila eca bagi dia task tuk siapkan,boleh pula dia main tarik tali dengan eca,siap cakap macam ne tau,"lepas siap,boleh makan a cikgu?"...Memang budak ne kuat makan betullahhhhhh.pening daku dibuatnya.

budak yang sentiasa buli eca tanpa rasa bersalah.
setakat ini, dah dua kali dia nangis oleh eca sebab eca marahkan dia tak siapkan kerja dan ganggu rakan-rakan lain...Lepas tu boleh pulak,dia manja-manja dengan eca..aduh!!!!!
students cakap kat parents dorang,"Cikgu Aisha garang...saya takut mummy"...erkk,garang sangat ke?!