Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalammualaikum.
29 Ramadhan dan aidilfitri bakal menjelang...alhamdulillah, diberi kesempatan (insyaallah) untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta di Kampung Tambilaung, Kota Belud, Sabah....tahun depan ntah sambut kat mana, kot-kot la kat rumah mertua ke rumah sendiri...kuikuikui *adahatipulak~~~~

so, dikesempatan ini, eca nak ucapkan

"Selamat Hari Raya Aidilfitri...maafkan salah silap eca sepanjang eca berblogging...maafkan andai ada terkasar bahasa dalam setiap bicara eca dalam blog ini mahupun sewaktu membuat komen diblog kalian.Maafkan andai ada yang terasa dengan hasil entry eca selama ini.Doakan agar kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan sekaligus meraikan kemenangan dibulan Syawal."
e-kad buat mereka yang tak terima kadraya pemberian eca tahun ini.
^________________________^
opppps,tak lengkap raya tanpa kemeriahan lagu raya..eca tinggalkan anda dengan lagu kegemaran eca.

nak duit raya!!!!!!!!!!! =)
rumah eca tepi jalan raya KK-KB-Kudat-KM/Pitas.
Rumah kaler putih setingkat, silakan datang berkunjung yer ^_^
last shopping, bawa adik..konfirm KK jammed!