"aku ingin berubah..."

"aku ingin berubah..."

Assalammualaikum.
hari ne nak jadi ustazah sikit, mohon korang jangan muntah!.. apa yang ingin eca sampaikan harap dijadikan iktibar buat kita semua.





cerita tentang seorang Cik T.Cik T ne orangnya sangat happy go lucky, periang, cuma kurang digemari oleh sesetengah pihak.Tapi dia tetap kawan yang baik, hormat keluarga, dan orang sekeliling.Dari hal agama, manusia mudah lupa, begitu juga Cik T kita ne...kadang tertinggal solat, kadang terlalu alpa dengan dunia.Namun begitu, pernah terdetik dihati Cik T kita ini untuk berubah dan disuarakan kepada seorang teman..."Aku mau pakai tudung labuh menutup aurat, yang sewajarnya sebagai seorang muslimah"..Lantas si kawan berkata, "niat itu kamu, kamu yang punya hak ke atas diri kamu."

maka, pada suatu penghulu hari, Cik T kita ne memakai tudung yang agak labuh bersama baju kurung yang sangat cantik.Namun, sebaik sahaja tiba di tempat kerja, beliau telah menjadi bahan tawa, bukan hendak memberi sokongan malah ramai yang sinis pada perubahan itu.Setibanya dirumah, si kawan yang baru melihat Cik T berpakaian labuh ini terkejut sambil  mengucapkan syukur atas perubahan yang drastik ini.Tiba-tiba Cik T berkata, "semua orang mentertawakan aku, kata aku bukan aku yang mereka kenali.Kata aku dirasuk sehingga aku tidak menjadi aku.Kata mereka, ini perubahan yang drastik...", mendengar kata-kata Cik T, lantas si kawan pun berkata,

"Berubahlah atas niat kerana Allah SWT, nescaya perubahan kamu akan di senangi semua pihak malah itu lebih memudahkan kamu.Kenapa perlu memakai tudung labuh jika kamu belum pasti perubahan apa yang perlu kamu lakukan dulu...hati ada jawabnya.Dari HATI, kamu berdetik untuk berubah...jangan jadi drastik terlalu taksub akan menjadi muslimah sejati..jangan kerana itu, lantas kamu berubah.Kerana bimbang akan tiada yang menyokong kamu.Berubahlah secara perlahan-lahan agar kamu dapat menyesuaikan diri.Pakaian itu kamu, tapi perubaan kearah muslimah sejati tidak dilihat pada pakaian....maka, kawallah tuturkatamu, tingkahlakumu, lantas ia akan memberi perubahan kepada kamu...So, jaga solamu, katamu, tingkahmu..mulakan perubahan dengan memakai handsock, stokin, labuhkan hijabmu, insyaallah, suatu hari kamu adalah muslimah sejati yang benar-benar sejati."


perubahan atau mungkin boleh kita anggap satu penghijrahan itu dituntut oleh agama, maka berhijrahlah kearah kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada kita....ohya, jika ada kesempatan, boleh JOIN Contest ini :

for more info, please do visit : Contest Hijrahku by maeraismail.com