Baju Raya 2016


Assalammualaikum & Salam Ramadhan.

ohyeahhh, tahun ne ntah kenapa tiba-tiba super excited pasal BAJU RAYA..maybe sebab tahun ne diri sendiri p beli kain & p hantar kain kat tailor kottt.Ye lah, sejak kecil harapkan mama je buat semua tu!..sampai ke besar tau tapi tahun ne sebab semua buat sendiri kecuali adalah sikit mama belanja beli kain masa eca bercuti kat Sarawak hari tu.

sedar tak sedar, eca hantar actually dua kain which dua-dua kain ne eca beli kat Serikin...jatuh cinta dengan jenis kain & corak kain tu tauuuuu....dan bila tailor eca hantar ke rumah baju-baju tu, tambah jatuh cintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




tailor eca ne, rakan blogger jugak!!!!..cuba terjah : Blog Asha Lya
Actually dah selalu hantar kain kat Lya tuk jahitkan...semua bermula bila eca beli kain ela kaler navy blue nak buat jubah tapi tak tahu nak hantar kat mana....so, masa scroll IG, ternampak Lya post pasal gambar baju yang dia jahit.Terus whatsapp Lya tanya dia dan deal dengan dia tuk hantar kain tu. Disebabkan kadar upah yang Lya amik berbaloi dan eca suka sangat kekemasan jahitan Lya...terus continuos sampai sekarang hantar kat Lya....kalau korang nak tahu, Lya dengan husband dia duk kat Kinabatangan which is miles away dari Kota Kinabalu, dalam 5-6hours tak silap eca...Tapi takde hal sangat nak hantar & ambil baju tu..Kadang-kadang jumpa kat tepi kedai, kat Taman Awam Teluk Likas dan pernah sekali kat Survey Putatan.....Lya, siap sedia lepas ne nak hantar dua kain lagikkkk!!!

..selain tu, eca ada sepasang jubah lagi hasil jahitan Lya. Jubah ne sebenarnya nak buat jubah tanpa lengan nak pakai dengan cardigan tuk Majlis Kahwin Syifa tuuuu, tapi tak jumpa lak cardigan yang sesuai...Balik dari Sarawak, terus eca hantar sekali dengan kain raya tuk Lya jahitkan lengan pulak...So, puashati lagik sekali dan tak sabar nak pakai tuk raya!!!!...


...dan sepasang lagi baju kurung. hasil jahitan Lya jugak! Kain ne mama bagi, cantik sangat corak & kalernya.




sekarang, misi mencari tudung pulak dahhhhh!
mohon yang mengaku sayang saya belanja 4helai tudung baru, boleh takkkkkk?!

2 comments.. read them below or add one

sya mimie sya mimie 02 September, 2016
Lya pndai mnjait. Mcm2 design dia. Kreatif dia tu..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*