Ayam Penyet Reunion Raya

Ayam Penyet Reunion Raya

Assalammualaikum.
baru terkedek-kedek nak update entry raya padahal rayanya dah lama habis...raya haji pun nak dekat dah...sebab kemalasan melanda diri sendirik.asyik main gameeee je kerjanya!!!..Orang lain sambut raya masa Syawal, eca & geng Ayam Penyet pulak sambut raya selepas Syawal, sebabnya orang Lawas baru turun KK, kita layan je permintaan orang nak beraya sama.

Tempat : Rumah Kak Wid kat Rose Garden Kinarut.
Hari : Sabtu 3 Zulkaedah.
Masa : 5pm - sampai kenyang.

Masing-masing dah plan nak potluck. Konon taknak susahkan tuan rumah masak banyak-banyak. So, eca konon nak bawak puding mangga atau salad buah...dasar pemalas satupun tak buat. Last-last share dengan Fazi beli kek kat Secret Recipes. Orang Lawas nak Coklat Chesse, tapi kek tu dah sebulan dorang tak buat....sedih juga sebab eca antara penggemar kek tu.

Pastu, nak lemang. Tapiiiii lemang yang abam navy jual kat politeknik tu jap ada jap takde.Last-last gi beli Ketupat Palas Segera tapiiiii tak jadik gi rebus. End-up, Kak Nyra (orang Lawas tueeee...) ajak gi Lok Kawi sebab kat sana ada orang jual LEMANG!!!..punya HAPPY daku.sebab teringin nak makan lemang kan....tapi mahal pulak lemangnya. Sebatang je RM13 ke aku yang tak tahu rate harga lemang memang camtu?!.

konon-konon mula makan awal, balik awal. TAKDAK MAKNANYA kalau geng Ayam Penyet dah jumpa..bergambar je 30minit. makan-makan-makan lagi, sambung gosip-gosip-gosip lagik...malam jugak baru balik.hikhiks.meh layan gambar duluuuu.....

mula-mula plan beli kek slice by slice ikut kegemaran masing-masing. Tapi bila fikir kat rumah Kak Wid ramai budak-budak, terus eca & Fazi decide beli 1bijik terus. Puashati makan ramai-ramai kan?

sesi ambuyat yerrr..Orang Lawas bawak ambuyat, tapi tukang buatnya ialah Kak Wid & Eca...betullah dak eca tu dah leh kawen dengan orang bangsa Brunei...#eh eh.

ne lah mastermind kitaorang sambut SYAWAL di bulan ZULKAEDAH.

Ayam Penyet + Zikri. 

Rumah Kak Wid memang lawaaaa, suka posing sakan kitaorang yer.


tuan rumah sedia KARI DAGING & REBUNG. orang LAWAS bawak Sambal Tahai.
eca & Fazi, bawak perut.hahaha~

dah habis zaman master ne, memang payah nak jumpa cik akak bertiga tu.bila nak lepak-lepak lagi pun tak tahu lerrr, sebab masing-masing dengan komitmen masing-masing. Kak Nyra jauh nak datang dari Lawas, Kak Wid pulak sejak dah keja kat JPNS banyak aktiviti pemantauan even hari Sabtu, Fazi pulak ulang-alik KK-LD dengan dak eca tu Sabtu asyik dating meeting je...bila nak lepak sesama, memang kena set appointment awal-awal.



“Sweet is the memory of distant friends! 
Like the mellow rays of the departing sun, 
it falls tenderly, yet sadly, on the heart.”
– Washington Irving

Post a Comment

5 Comments

  1. Tetiba rs mcm nk raya balik.. hehek

    ReplyDelete
  2. Lewatnya raya :)
    masa nak raya dulu, lemang kat sini lebih kurang gitu juga harganya.

    ReplyDelete
  3. panjang sungguh raya dia. hehehe

    ReplyDelete
  4. Nmpk kek tu....nyumnyum sngt..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*