hujung tahun camne lah paling banyak jemputan kahwin kan?!...kadang-kadang dalam satu hari tu, nak 5 jemputan kahwin....jenuh perut nak melantak kat majlis orang kan kena catu sikit amik makanan tuuuu. Jumaat dan Sabtu tu, eca ada dua jemputan kahwin dari seorang sahabat & bekas cikgu sekolah menengah dulu.
Majlis Sakinah&Hafiz.
Jumaat 16.12.16 (baru perasan cantik pulak tarikh tu!).
Kina&Hafiz, Tahniah!!!
Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah.sorry tak dapat datang majlis resepsi.
Majlis Resepsi Cikgu Janimah & Cikgu Atan
Selamat Pengantin Baru Cikgu Janimah, semoga kekal hingga ke jannah.
Cikgu Janimah ne guru Sejarah merangkap guru kelas eca masa form 1&2 kat SMK Abdul Rahim Kudat. Bila dapat jemputan je, eca terus ajak kawan-kawan pergi sekali..kekonon buat mini reunion. Tapi akhirnya, hanya tiga orang je yang available tuk pergi...itupun sesat sebab tak reti baca peta dalam kad jemputan betollll budak-budak ne, kannn dah sesattt masuk ladang kelapa sawit (-.-) Apapun selamat sampai ke rumah pengantin, selamat makan sup daging, siap member eca menyanyi tuk pengantin dan sempat selfie...#selfietandakehadiran.
weekend ne lagik banyak jemputan, insyaallah cuba dipenuhi tapi tak janji sebab parents dah balik dari umrah...kalau tak sempat datang, kita doakan dari jauh je lah kan...jangan pulak kecik hati!!! majlis kahwin eca?!...sabar ye, kad dah siap design tapi nama pengantin lelaki takde lagi,
acanerrr tu?!