Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Assalammualaikum korang!. 

Ingat tak entri Eca pada Tahun 2017 : KLIK SINI. Post kali ini, Eca nak cerita apa jadi kat kehidupan Eca selepas menerima jawatan sebagai Guru Interim masa tu!..Selepas setahun menyandang tugas sebagai Guru Interim, kami akhirnya dipanggil untuk hadir temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau senangnya jawatan guru. 

Eca ikuti sesi temuduga tu pada bulan Oktober 2018. Masa temuduga, kita orang group paling last masuk padahal cikgu BI tak ramai kot!..Tapi ntahhh napa  kena banyak tanya. Masa turn Eca, soalan yang ditanya adalah seperti berikut :

1. Perkenalkan diri.

2. Bagaimana kamu menarik minat pelajar untuk belajar BI?

3. Dalam 5 Tahun akan datang, apa yang kamu akan lakukan?

4. Bagaimana kamu sebagai guru novis membawa perubahan kepada sekolah?

Ini antara soalan yang Eca ingat sebab dah lama kot temuduga tu!. Haha (that's why tolong yer Eca update entry cepat!). Syukur dalam sesi temuduga tu, Eca dapat berikan pendapat walaupun ada sikit tergagap-gagap tau. Dah lah penemuduga tu panel dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Nasib baik takda sesi microteaching, tambah gugup kita wakkkkkkk. Tapi, Pegawai tu check RPH gigih tul. Nasib lah RPH siap *guru baru kannnnnn*

Selepas beberapa bulan, baru dapat result temuduga tu. Eca akhirnya LULUS TEMUDUGA. ohyeah!!!!...Tapi, masa tu tak tahu lagi nak dipostingkan kemana. Berharap sangat dapat sekolah dekat sikit dengan rumah tapiiiiiii itu cuma mimpi. Baliklah kami ke sekolah masing-masing. 

BALIK SEKOLAH LAMA TIME INTERIM


ce cari Eca kat manaaaa?

Walaupun sedih balik ke Semporna (semula!), Eca tetap bersyukur sebabnya gaji dah bertambah!. Jika Guru Interim dulu, kami tak dapat Elaun Tetap Perumahan (ETP), cuma layak dapat Bayaran Intensif Wilayah (BIW)  dan (Imbuhan Tetap Khidmat Awam) ITKA sahaja. Alhamdulillah. Rezeki di usia 30tahun, baru dapat lantikan. 

So, untuk Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ni, secara ringkasnya :

1. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IPG atau Universiti)

2. Dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

3. Bergaji asas RM2391.04  (Kadar Kenaikan Tahunan RM225) -kalau ada master, gaji tambah gik dalam RM500+- tau!

4. Tempoh Percubaan 1tahun ke 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

5. Wajib ikuti Program Transformasi Minda.

BFF kita yang ne pun sama sekali jadik cikgu yer. 
BFF yang asyik suh sign attendance time degree tapi signature berbunga-bunga, koajaq namanya tu!
HA HA HA.


Sebenarnya, memang dari dulu cita-cita nak jadi CIKGU. Bila dah tercapai ni, lega sangat!. Doakan Eca supaya jadi seorang Guru yang baik, bertanggungjawab Dan menjadi inspirasi kepada kejayaan murid-murid Eca. Dalam tak sedar, lama juga Sebenarnya dah jadi cikgu. Even pelajar Eca masa praktikal, kerja kat ILPKK, anak-anak asrama dulu ada yang dah study kat UPSI tau *bangga takkk?

untuk korang yang nak jadik cikgu jugak, jangan lupa tarikh pengambilan guru yang diwar-warkan oleh Menteri Pendidikan tu yer. Eca doakan semoga rezeki korang jadik cikgu. 

Till next entry!

 

Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah.. seronoknya bila dah dapat jawatan tetap.. Tahniah Eca.. Semoga terus memberikan sumbang bakti buat anak bangsa..

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhh. tahniah. semoga sentiasa jadi seorang guru yang baik, bertanggungjawab dan menjadi inspirasi kepada kejayaan murid-murid. selamat bertugas.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah wak. Rezeki sangat bila dah dapat lantikan penuh tu.

    ReplyDelete
  4. semoga menjadi guru yang hebat dan terbaik sepanjang zaman

    ReplyDelete
  5. Tahniah eca. Moga dapat berkhidmat dengan cemerlang dan sentiasa disayangi murid :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. tahniahh eca!

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan. Saja dtg singgah BW😊

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..tahnia Eca...semoga impian jadi keyataan

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*