Online Gaming and MC0

Online Gaming and MC0

Assalammualaikum korang!. MCO ni memang belum ada tanda akan berakhir kan. Walaupun kes semakin menurun, tapi masi ditahap yang membimbangkan. So, kita kenalah ambil langkah berjaga-jaga ikut SOP yang disarankan kerajaan tu. Musim MCO ni, Eca tentulah Bekerja Dari Rumah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Best ke tidak PdPR ne, bergantung kepada mood. HaHaHa..bukan apa, mood dia bagus bila ramai pelajar respon. tapi bila da krikkk krikkk krikkk, senyap dan sunyi kehidupanku ituuuuu nak. Stress Tc Asha korang sebenarnya tau!

So, camna hilangkan stress? Tentulah layan Online Games. Eca ada download beberapa games dari Google Play tapiiiii tambah stress, sebab banyak iklan. Kena matikan wifi baru takde iklan. Pastu, bila on Wifi balik, berdesup whatsapp masuk!..lagik stress korang layan whatsapp parents, layan whatsapp pelajar, layan member-member membawang (eh!). 

Then, ditakdirkan Eca jumpa satu website online gaming ne. Suka sangat Eca tauuuu, sebab apa? jom cerita !


plays.org ni sebenarnya satu website yang menampilkan lebih dari 500 online games secara percuma. Banyak kan 500 online games tu, sebenarnya korang online games yang ada dalam website plays.org ne adalah online games yang Eca sering main semasa kecil dulu. Yelah, dulu kat rumah Eca memang ada consoles games. Bila adik bongsu Eca tu dah meningkat dewasa sikit...kat rumah bertambahlah PSP, PS2, PS3 aippp macam-macam jenis tau. Sekarang ne pulak, kitaorang semua main guna phone je. Adik-adik dan anak buah semua memang hantu games, ehhh my mom pun!!. 

ehh, jom cerita kembali mengenai website games ne.

Dalam plays.org, terdapat lebih 500 games online yang boleh dimainkan secara percuma melalui website tersebut. Apa yang bestnya, kita tidak perlu keluarkan duit untuk 'upgrade' games yang ada. Bila bermain games, ada satu hal yang Eca titikberatkan iaitu "Adakah software games itu ringan dan boleh dimainkan bukan sahaja menggunakan laptop tetapi juga menggunakan telefon bimbit?"..Untuk plays.org, kesemua games mereka menggunakan aplikasi web Javascript yang ringan.

Selain daripada itu, korang takperlu pun register, jadi tak susah kan nak main. Just buka website tersebut dan bolehlah korang mula bermain games yang ada. Ohya, untuk bermain games di plays.org, korang tak perlu susah-susah nak download apps tersebut ke dalam handphone tauuu...Jimat storage hp kita kan!. Yang lebih menarik ialah, TIADA IKLAN ketika bermain games. OMG!! Eca sangat suka okey!

Antara games yang terdapat di website plays.org adalah : 


Berikut adalah games yang menjadi 'favourite' para pelayar website tersebut. Kalau korang nak try main games, tapi tak tahu cara nak main, jangan risau. Panduan diberikan oleh admin plays.org :

Eca bagi contoh cara nak main Rogue One Boots on the Ground :




Dengan adanya panduan seperti ini, amat memudahkan kita nak main games kan? Jom kita tengok apa lagi games yang ada ......


ARCADE CLASSIC GAMES, antara games yang menggamit zaman kanak-kanak Eca. Rindu terubat bila bermain games secara online di plays.org ini.  Games yang berunsurkan cerita kartun juga turut disediakan. Para peminat kartun, tunggu apa lagi kan???

Zaman pkp ini, kita digalakkan berada dirumah. Tentu ramai ibubapa risau akan perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Apakata para ibubapa bagi anak-anak ini bermain games berunsur Pendidikan pulak? Kata orang sambil menyelam minum air, tak ada salahnya sambil bermain games, sambil menimba ilmu pengetahuan kan? ...jom check it out!

dengan lebih 500 games, tak sempat kita bosan melayari semua games dalam tempoh pkp ni. So korang nak tunggu apa lagi, jom lah terjahhhhhh!!!..



Post a Comment

2 Comments

  1. Game ni best sangat, saya pun main :)) boleh juga lah isi masa kosong semasa tengah bosan tak ada nak buat apa-apa hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh menarik.. boleh ilangkan bosan ni.. hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*