TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.
Showing posts with label FFSM. Show all posts
Showing posts with label FFSM. Show all posts

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 3 & 4

Assalammualaikum.

lama eca tinggalkan cerita FEAR FACTOR.....bukan apa,kecewa bila pasukan favourite dah terkeluar sabtu yang lalu...arghh *tension sikit*...oke,jom kita lihat video Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 3 & 4.

Untuk cabaran pertama,setiap pasangan akan dirantai dan dikunci dengan mangga yang mempunyai kombinasi 4 nombor.Untuk mendapatkan nombor tersebut,peserta perlu melalui 4 tong dan menolak objek busuk di dalam tong tersebut.*erkkkkkkkkkkkkk,geli tak geli?!.
untuk cabaran kedua,mari lihat video ini ::


Pasangan yang tersingkir pada Episod 3 ialah Arthur Tan & Celina Khor.
Untuk Episod 4 pula......dah tersingkir pasukan favourite ramai,iaitu Jehan Miskin & Mejar Faiz.Apa pula cabaran minggu lalu,mari kita saksikan video ini ::



cabaran tikus,kalau eca pun..surrender awal-awal.hahaha.
oke,jom sama-sama nantikan Episod 5,jam 9 malam ini di Astro Ria.

Facebook Fear Factor Selebriti Malaysia : https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia
Official Website Fear Factor Selebriti Malaysia : http://www.astrogempak.com.my/fearfactor.asp

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 2

Assalammualaikum.

Selepas Episod 1 yang menyingkirkan Roslan Shah & Azlan Pitt,kini tiba giliran Didie Alias serta suami melangkah pergi dari cabaran Fear Factor dalam Episod 2 pada 5 Januari 2013,jam 9 di Astro Ria (saluran 104)

Episod 2 menyaksikan setiap pasangan untuk menyahut cabaran yang lebih sukar berbanding episod yang lalu.Pada episod ini,setiap pasangan perlu menyelesaikan dua cabaran.

Cabaran pertama,peserta perlu mengalihkan ular dari dalam aquarium.dalam cabaran ini,eca kagum dengan pelakon kegemaran ramai,Johan Asha'ri.Beliau dilihat kelihatan agak tenang mengalihkan 9 ekor ular sambil mengaji.


Untuk cabaran kedua pula,cabaran ketinggian...*kena ke tiap-tiap minggu ada cabaran ketinggian ne?!*

Jehan Miskin mewakili pasukannya (bersama Mejar Dr Faiz).



 
meninggalkan 13 pasangan lain untuk merebut gelaran Juara Fear Factor Selebriti Malaysia.

Pemenang cabaran Episod 2 Fear Factor Selebriti Malaysia ialah pasangan Dazrin dan Hairul Azreen.

Bagi mereka yang terlepas menyaksikan episod 2 ne,jom tengok video kat bawah ye :


Siapa pula yang bakal memenangi RM 10,000 dan siapa pula yang bakal melangkah pergi dari Fear Factor Selebriti Malaysia pada episod akan datang?..kita tunggu Episod 3 12 Januari 2013 bersiaran di Astro Ria (saluran 104)

Facebook Fear Factor Selebriti Malaysia : https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia
Official Website Fear Factor Selebriti Malaysia : http://www.astrogempak.com.my/fearfactor.asp
ada yang berpendapat, FFSM ini amat memboringkan?!.
maybe sesetengah orang tak suka tengok scene-scene aksi kot..kan kan kan?!

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 1

Assalammualaikum.

Fear Factor Selebriti Malaysia telah mula ditayangkan di Astro Ria (channel 104) dan astro Mustika HD bermula hari Sabtu,29 Disember 2012.Menyaksikan 30 orang peserta (15 pasangan) yang bakal merebut hadiah utama RM200 000 disamping gelaran Juara Fear Factor Selebriti Malaysia.

Selain itu,pemenang setiap cabaran mingguan juga membawa pulang RM10 000.Cabaran untuk minggu pertama iaitu "Lean & Grab",dimana peserta perlu mengambil bendera Fear Factor pada kerangka besi pada ketinggian 60kaki.Seorang peserta akan mengambil bendera manakala pasangannya akan cuba mengawal dan mengimbangi peserta di hadapan.

Jom saksikan episod pertama ini ::


Episod 1 Fear Factor Selebriti Malaysia 29 Disember 2012

Pasangan pilihan ramai.....
 Mejar Faiz & Jehan Miskin pula berjaya mengambil kelima bendera dengan masa 1minit 36saat.Satu perkara yang eca suka tentang pasangan ini adalah komunikasi yang baik antara keduanya.Namun pasangan ini tidak berjaya menjadi pemenang untuk episod kali ini.


Pemenang Episod 1 ialah pasangan  Dafi & Zoey dengan masa  1minit 3saat.
wah,jambu-jambu pun mereka dapat mengatasi ketakutan mereka tau.
mereka juara episod 1,namun mampukah mereka kekalkan kejuaran untuk episod akan datang?

Manakala,pasangan yang tersingkir untuk episod ini adalah pasangan Roslan Shah & Azzam Pitt.Mereka langsung tidak berjaya mengambil walau 1 bendera Fear Factor...agak kurang memuaskan disitu.
meninggalkan 14 pasangan lagi untuk merebut gelaran Juara Fear Factor Selebriti Malaysia


pasangan mana yang bakal mengikut jejak langkah mereka pada minggu ini?
apa pula cabaran pada minggu ini ?!..
tunggu depan TV yer..jam 9,setiap Sabtu,Astro Ria
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Fear Factor Selebriti Malaysia,boleh layari :
Facebook Fear Factor Selebriti Malaysiahttps://www.facebook.com/FearFactorMalaysia  Official Website Fear Factor Selebriti Malaysiahttp://www.astrogempak.com.my/fearfactor.aspx

Episod 2 05 Januari 2013, 9.00pm - 10.00pm

Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com