TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

raya oo raya.


.assalammualaikum.
sekarang dah masuk bulan Jun kan.yeppi yeppi yeppi.raya tak lama lagi,dan semestinya kena puasa sebulan dulu..opps,puasa yang tak cukup tahun lalu dah ganti ke belum cik kak?!.ganti dulu yer.kang tak sempat pula.hikhikhik.

bila ingat puasa,ingat pula bulan puasa yang lalu.Ala,baca kat entry ini je k!.rindu nak kembali ke waktu itu.duit masyuk jer...hahah,bukan duit tu yang I kisahkan,tapi PENGALAMAN itu yang I kenangkan sampai akhir zaman.Bermula dari peristiwa itu,..me,Kak Rain,Patma,Abu dan Ady rapat.sampai jadi one family.sumpah..aku rindu mau lepak Tg Aru ma kalian.(ayat mau bodek Abu bawa p tg aru bha neyh).tapi disebabkan abu nda suka p Tg Aru sudah,kita pegi IP jak lah.dekat sikit mau jumpa abg navy,BOLEH?!.hahaha.rindu mau berniaga bersama kalian sebenarnya,tapi I tahu tahun ne memang tak dapat buat sebab FINAL EXAM akan berlangsung dalam tempoh puasa tu.urmph!.

Bila nak dekat raya neyh,mesti dah banyak buat persiapan kan.Pegi beli kain,then hantar kat tukang jahit.Ingat tahun lalu,baju raya I siap last minit.ishhh,tak sukanya tertunggu-tunggu.I kalau boleh nak baju raya tu siap before bulan puasa,senang sikit nak cari shawl atau tudung tuk digayakan.DAN tahun ne pula,disebabkan I masih single(haha,menyampah nye statement tu)...segala urusan menghantar kain tuk dijahit masih terletak dibahu mama.Mama memang superb.(puji lebih sikit supaya boleh tambah bajet beli baju baru.haha).Mama dah cari kain awal-awal.I cakap dekat mama,kalau boleh nak 0ne family pakai baju hijau.mesti best kan?!.sedondon,baru amik gambar family.best sangat eh.Baju raya I,dah dihantar pun.actually mama dah hantar lebih kurang 10helai kain,dan ada yang dah siap pun,I siap guna beberapa baju baru g wedding kazen I tu.aishhh.nanti balik raya kang,mesti ada lagi.manatak,mama beli kain murah tapi cantik.

walaupun I dah berusia 22tahun,I masih bergelar seorang pelajar..so,korang haruslah yer bagi I duit raya.hahahaha.sowt je budak neyh kan.nak minta duit raya la sangat.bukan selalu pula yer,setahun sekali je puwn. :P

oh yer...disebabkan I bercuti 2 minggu sebelum raya,I lah yang akan bertanggungjawab tuk menyediakan semua kuih muih tue.kalau tahun lalu,I bawakan mama kuih batang buruk,tahun ne,maybe akan mengambil ahli tugas membuat kuih.buat kek tu selalu dah.tunggu mama dapat menantu yang neyh baru tugas buat kek tu berubah kot.hahaha.I cadang nak buat batang buruk,mini popia,chocolate chips,almond london-senarai wajib buat lah!.haha.kalau tahun lalu,I buat cheessecake & chocolate cupcake,tahun ini pula,I cadang nak buat tiramisu,oreo cheessecake(macam kat SR tu) dan buat cupcake.Dalam perancangan nak buat kek lumut dan kek lapis asam manis pula.wahhh,macam-macam rancangan neyh.hopefully menjadilah yer.nak g cari resepi dulu neyh.

so,korang punya persiapan macam mana pula?.jangan last minit buat sudah.kang takde baju raya baru.menangislah pula.pada yang ada anak tu,jangan lupa untuk anak-anak kalian dulu.budak-budak suka sambut raya neyh,apatak,asyik dihulur sampul hijau isi kaler biru je.haha.yang puasa tak ganti,ganti-ganti la yer.jangan bertangguh sudah!.

sampai sini je lah entry raya I even raya lambat lagi.haha.ini cuma buat peringatan pada kalian je tuk buat persediaan awal-awal.jangan last minute dan jangan terlalu membazir oke?!.BTW..JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH nanti.baru aman dunia akhirat.amin.

oke,mood petang ne memang dah mood raya.so I akhiri entry kali ini dengan lagu raya dendangan Dato' Siti Nurhaliza.antara feveret I.enjoy!.(jangan ada yang nangis dah ler...)

.alhamdullilah,semuanya buat saya happy.terima kasih.


.assalammualaikum kalian.
ramai yang tak tahu,blog I neyh dah berusia setahun 5hari.Alhamdulillah.tak sangka I masih lagi bersama blog ini.(I ne ada perasaan cepat bosan terhadap sesuatu.haha).tu pasal bersyukur masih lagi berblog.Happy Belated Bday Cerita Dari Hati.and after this will be this blog will be known as CDH:EcaDwinkyAsha.oke tak?..cuba beri pandangan sikit.nak juga minta pandangan korang.hehe.

walaupun setahun dah berblog,I cuma baru aktif  lewat tahun lalu.yerr.hampir 7bulan ada blog baru nak aktif eh.Dulu entry-entry macam ada kebudak-budakan(sekarang puwn)...cuma I rasa penulisan I semakin matang sikit.ye ker?!...korang judge sendiri lah yer.

followers?..erm,I akui blog I kurang follower.Tapi lagi best kan kalau blog kita ada pembaca setia dari beribu-ribu followers.hehe.I tau sesetengah dari pembaca setia I yang suka komen-komen entry I.mekasih kalian.I amat menghargai komen-komen kalian sumenya.I tau I masih belum berkesempatan membalas komen-komen kalian tu.tunggu oke.I masi lagi busy nak update.Insyaallah,dalam next week,before my class start,I will reply all comment,berBW ke blog kalian.yang dah follow tu,dan I tak follow balik.please do inform me k.hehe.

nuffnang earnings?!.haha.lucu bila tengok nuffnang earnings ne.orang lain dah cashout dah,I jauh lagi nak cashout pun.yela,kan I ne ada malas sikit nak fokus pasal nuffnang ne.bagi I,ada hasil,adalah.itu rezeki.takde,takpe,belum masanya.hikhik.cuma I terkejutlah bila I check nuff semalam.yerlah kan I offline dari minggu lalu tu,dalam hati komform earnings tak naik.alhamdullilah,nuffnang naiklah.mekasih encik nuff :))

segmen?!.ingat tak segmen yang I buat tue hari.itu segmen first dari I.kira experiment ada tak yang berminat nak join ataupun tidak.nampaknya hanya ada 5 orang yang je yang sudi join.takpe,namanya pun kan segmen experiment.tapi I bersyukur sangat-sangat ada yang join.dan ada sesuatu menanti anda.tunggu yer.insyaallah dalam masa terdekat.tunggu bajet dulu.dan I will coming up with giveaway.SOON.tunggu lah yer.I nak bajet-bajet dulu neyh.dah tau nak bagi korang apa.tapi I bajet dulu lah yerr.korang tunggu ok.hikhikhik.

apa lagi I nak merepek neyh?!.oh ya.sapa-sapa yang minta I editkan blog,terus send email ke ecasha.89@gmail.com.I cas tak mahal oke,I offer buatkan header,banner,shoutboxframe dsb atas permintaan korang.Harga?!.nanti I gtau dalam email.laju-laju la email I.hikhik.

oke,sampai sini je la.I nak g makan jap,tak makan lagi dari pagi tadi.perut pun dah bagi misscalled.lepas tu nak list barang-barang runcit bawa balik KK.hikhik(save duit I)...tak sabar nak balik KK,jumpa my buddies dan jumpa abg navy semestinya.Beliau dah selamat kot kat Teluk Sepanggar tu lepas dari belayar.suka suka suka.tunggu I balik KK,baru boleh jumpa.jumpa kalian di entry seterusnya :)

Randy Pangalila tue kan......

.assalammualaikum.korang sihat tak?!.hari neyh dah hari jumaat,penghulu segala hari kan,hari baik.Ahad ne I nak balik KK dah,cuti sem I dah habis oke.tak suka sangat,ditambah lagi dengan result yang jatuh teruk tue,memang mood nak balik KK tu takde,sumpah takde.Sebenarnya I nak kongsi ceta pasal Randy Pangalila.ish takkan tak kenal kot.kalau I sebut Elang dalam ceta Cinta Melody atau Erlangga dalam ceta Cinta Kirana,korang kenal tak?!.angguk-angguk cepat..

serba sedikit tentang beliau.Randy Pangalila dilahirkan pada 19 Oktober 1990(berusia 21tahun la tahun ne) di Surabaya,Jawa Timur.Memulakan kerjaya dalam bidang hiburan sebagai model dan mula dikenali selepas membintangi sinetron Cinta Fitri.Selain itu,Randy Pangalila juga menjadi vokalis dalam Eleven Band(aku kenal pun tidak band neyh)..haha tapi aku suka dengar lagu beliau Lewat Semesta.Lama dah lagu ne dalam lappy I .memang BEST oke.Randy Pangalila juga mempunyai seorang kakak yang juga pelakon Inggrid Pangalila.Selain itu,beliau juga pernah dikatakan bercinta dengan pelakon Donita(pelakon wanita sinteron Cinta Fitri) namun hubungan keduanya tidak kekal lama.Kini,dikhabarkan pula,beliau akan melangsungkan pertungan dengan kekasih barunya.oke,baca lanjut kat sini.

jom kita tatap pula muka jambu Randy Pangalila neyh..
comel kan dia neyh.memang jambu.hehe.
hah,kita dengar pula kemantapan vokal beliau dalam lagu Lewat Semesta.

actually,Randy Pangalila neyh kan,anak sedara I.tak caya eh?!.I pun macam tak caya,jauh gila sedara I ne kat Indonesia sana.haha.tapi betul,anak sedara I,korang tengok picture I dengan beliau kat bawah neyh..ne picture masa kahwin kazen I hari tu.korang tengok betul-betul eh....
Randy Pangalila yang kat tengah tu,nampak tak?.baju kaler hitam tu,gaya manja dengan adik pompuan I.

eu,bangga gila sedara artis.hahaha.
haha.anda tertipu oke?!.tu bukan Randy Pangalila la sayang.yang tu anak kazen I.Dia anak sulung dari 7beradik.Berusia 17tahun(tahun ne SPM),menuntut di SMK Matunggong Kudat.Dulu study kat SMK(A) Bukit Padang tue.kitaorg pangggil dia Atiq.dia comel kan?.hehe,adik pompuan I cakap muka dia ada iras-iras Randy Pangalila,bila I tengok,tercari-cari juga persamaannya.korang jumpa tak?!.hehe.psst,I rasa part hidung tu sama.haha. :P

oke la tu,iras-iras artis.bangga sikit.haha.korang ada sedara iras-iras artis,jom kongsi-kongsi :))

entry basi 1 [si baju biru]

.assalammualaikum.
hari neyh dah dapat update,sebab line celcom kembali oke di daerah kudat.so,sila jangan muntah jika I update.hahahahaha.gelak sakan.so,starting from right now,I akan publish segala entry-entry basi buat korang.cerita-cerita dari I sepanjang ketiadaan I di alam maya sejak minggu lepas.

entry basi 1 [si baju biru].
kejadian ne berlaku pada pagi Ahad,around 02.00AM kat ruma keluarga I di Kota Belud.Time neyh,I dan adik-beradik I baru sampai dari kampung my mom di Tandek,Kota Marudu.Malam tu,we suppose balik guna 1 kereta je,means,kereta abang I tinggal kat Tandek and we all balik guna my dad's car.Tapi,my mom still menolong kat rumah mama tua I potong daging tuk majlis kahwin my kazen tu.Abang dan adik-adik I dah tak larat nak tunggu lama,lagipun nak tidur kat situ,tak berapa selesa.So,abang I cakap,kita pulang dulu naik keta dia.Sepanjang perjalanan tu,paam-paam je lah.Jalan malam dan melalu jalan 'paling syok'[jalan ulu kukut,sapa-sapa yang tau kerasnya jalan neyh,paamlah perasaan I tu].I dalam hati berdoa je sepanjang perjalanan,semoga kami dijauhi perkara yang tak diingini.

Sampai je rumah kat KB tu,kami hairan kenapa lampu luar sume OFF.Padahal my dad kan dah pasang lampu yang automatik.Bila hari gelap,lampu akan ON,ala macam kat tepi jalan tu.tau kan?!.So,abang I call my dad tanya kenapa.Beliau pula cakap,mungkin blackout.Tapi tengok ruma jiran-jiran[padahal jiran jauh-jauh rumahnya,seberang jalan.]..sume terang benderang je.Time tu tak fikir apa lagi,I turun dari kereta dan buka pagar.Time nak buka pagar tu,I rasa nak terkencing je.Oke,sumpah I bukan seorang yang suka menahan kencing.Tau tak keburukannya jika tahan kencing..BATU KARANG oke.Lepas tu,dalam fikiran I,nak kencing je.I pun carilah tempat yang sesuai,sebab kalau nak masuk dalam rumah lagi,mesti lambat,nak buka bilik lagi nak p tandas lagi angkat barang lagi.huhuhu.I pun ingatlah,kat bawah tangga rumah kami neyh,ada paip air,dan keadaan agak gelap sikit.So,I pun pegi kat situlah.Sambil-sambil tengah tuttt tue kan,mata I meliar ngadap sawah kat belakang rumah tu.kat tepi sawah tu,ada lah rimbunan pokok pisang.jengjengjeng.pokok pisang tu,kang ada pula hantu pokok pisang si pasha sendat kat sana.haha.tetiba pulak,,I nampak macam kelibat seseorang dari belakang badannya saja.Komform lelaki yer..berbaju biru dan berseluar putih.rambut pendek paras tengkuk tu.dia macam sedang nak lari ke arah sawah tu.I pun apa lagi,tak ingat apa dah,terus je laju-laju tarik seluar dan lari pegi keta abang I.Abang I time tu tengah merokok kat luar keta,dan adik-adik I masi tidur kat seat belakang.

Lama I berdiri kat luar keta abang I sambil tengok ke arah tangga tue.Then,baru la I gtau abang I pasal orang yang I nampak tue.Abang I pula suh I masuk dalam keta balik.Then,dia call bapa inform pasal tu.My parents pula suh kami stay dalam keta takpun pegi ruma pakcik[masuk dalam kampung,rumah kami ne tepi jalan je.memang sapa-sapa nak pegi Kudat,KM atau Pitas,memang lalu rumah neyh].Abang I cakap "kita pegi rumah pakcik".So,dia start enjin dan terus keluar dari kawasan rumah tu,nak masuk simpang pula,tetiba dia rasa macam nak patah balik kat ruma kami.I pula nampak sekali lagi,kat sawah tu,macam orang tengah nyalakan lighter.I inform abang I,dia pula macam nak turun dari keta.I cakap lah jangan,takut dorang ramai kan.So,kami pun masuk pegi dalam.Sampai kat umah pakcik I,adik bapa I yang bongsu tu baru keluar dari rumah,pakcik I yang sorang lagi ada kat tangga dengan anak teruna dia.bincang punya bincang,dorang berempat(termasuk abang I) pun pegi tengok ruma kami tue.Dalam 30minit macam tu,dorang balik.Abang I terus tanya adik lelaki I "ps2 ko dimana".adik I cakap ada dalam keta.Abang I cakap balik "aku ingat hilang sudah,sebab tinggal joystick lagi dekat tv".Abang I cetalah,pintu ruma memang terbuka,tak terkunci.[erkk].

Tak lama lepas tue,my parents pun sampai rumah kami.Me and adik-beradik pun balik rumahlah.Sampai kat rumah,terus masuk dalam and check-check in case ada yang terambil oleh sang pencuri tue ke.hikhikhik.My mom cakap,memang betullah ada orang masuk rumah ne,sebabnya pintu bilik kaklong tu,my mom cakap before balik kudat ari tu,dia sendiri yang kunci.dan barang-barang dalam bilik kaklong dah terkacau.Katil selalunya kaklong I akan kemas sebelum balik rumah-in-law dia dan katil baby chenta pun berterabur.Nasib baik lah barang lain takde nak kena amik ke apa.Syukurlah.hehe.btw,nak amik apa kat ruma tu,ruam tu macam hotel je bagi kami yer.nak amik TV tu.larat ke nak angkat?.hehe.nak amik pinggang mangkuk,dan segala peralatan dapur tue,korang nak buat apa.kampung tu kecil je.ko amik,orang tau tu barang sapa.haha.

tapi malam tu,I teringat je si baju biru tu.Dalam hati I ne cakap "ada ka lagi kawan dia kat situ,ntah-ntah ada yang tengah skodeng I kencing tu"..uwaaaaaaaaa....sadisnya!.Malam tu sebenarnya beri pengajaran buat kami,agar lebih berhati-hati.Nak kena pasang pendinding kat rumah tu,supaya orang takde hati nak dekat kat rumah tu kalau takde tuan ruma,sapa ada pendinding tu?.jom kongsi-kongsi yer...

oke,itulah ceta si baju biru.Kalau I tau dia tu sapa,I mandulkan dia.haha.
nanti sambung lagi dengan entry basi 2.

result jatuh!.

.assalammualaikum.
result sem lalu jatuh :(
rasa down je sekarang neyh.
I dah hampakan parents I.huhu.
maybe kena mengulang one subject which I hate so much!.oke,damn shit kena ulang subject tu.please!!.I hate that subject.I hate cognitive,tapi KENA repeat.adooi.benci tau.tapi apa boleh buat.kena mengulang.
so,mood sekarang ialah tersangat lah buruk.ditambah dengan line celcom yang tak betul di Kudat neyh.ne pun guna digi internet tuk online.
so,tunggu je la entry seterusnya nanti!...bila LINE celcom dah oke?!.