TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Lagi tentang BukanBlogPink.

Assalammualaikum.

Bunyi tajuk entry macam tak suka je blog ne bukan blog pink da..menyesal ke eca oii?!..hahaha,takde oke?!.memang dah lama decide nak tukar kaler ini.titik noktah...btw,di entry Bukan Blog Pink,ada yang ingat kaler ne kaler biru + dark pink,nak iyakan payah juga,nak menafikan pun payah juga..mari eca explain sikit kaler yang eca gunakan ini.
ada yang cakap biru  kan?!.sampai ada yang cakap turquoise pula...eh eh,eca pun jadi confius,tapi menurut fahaman eca,kaler TEAL yang eca gunakan  ini boleh digolongkan dalam kumpulan Hijau atau Biru..kira combination gitu...ini dia jenis-jenis kaler TEAL :

  • Light Teal Blue (Teal Blue (Crayola)) (Hex: #18A7B5) (RGB: 24, 167, 181)
  • TEAL (web color) (Hex: #008080) (RGB: 0, 128, 128)
  • Teal Blue (Plochere) (Hex: #367588) (RGB: 54, 117, 136)
  • Steel Teal (Crayola Silver Swirls) (Hex: #5F8A8B) (RGB: 95, 138, 139)
  • Teal Green (www.99colors.net) (Hex: 006D5B) (RGB: 0, 109, 91)

kaler TEAL yang eca gunakan kod pada photoshop (HEX) #009999
selain itu,eca gunakan juga jenis TEAL - 

Teal Blue (Plochere) - pada  background menutab & sidebar title image.
Teal Green + Steel Teal ( Crayola Silver Swirls) untuk border post & border sidebar box serta links.
untuk image effect pada Nama Blog di bahagian Header pulak,eca gunakan Teal #009999.

Apa itu Teal Colour?!.....
Menurut Wikipedia, Teal is a deep green/greenish-blue color; a dark cyan.Teal gets its name from the fact that it surrounds the eyes of the common teal, a member of the duck family.The first written use of Teal as a color name in English was in 1917.

jom cuci mata pula tengok benda berkaler TEAL ini yer.... #konfirm jatuh cinta la~

  
wedding card pun kaler TEAL..alahai,so cute tau!!!!...yang sebelah tu pulak,beads tu sangat cantik.

boleh mula berangan dah tak?!..nak baju macam ne for bigday~

 uwaaaaaaa..nak kelopak kaler TEAL ne diatas katil pelamin boleh?!...#beranganlagi.

untuk TEAL GREEN pulak,korang leh tengok gambar perkahwinan Scha + Awal...gojes kan kalernya.inilah gambar yang sebenarnya menjadi inspirasi eca tau...tengok sini ::

 

bukan hijau turqouise tau,tapi TEAL GREEN..hehehe,nak jugak ada TEAL....kuikuikui~
arghhh. tetiba sakit mata + sakit hati pula tengok kan?!.hahaha..apapun,SELAMAT BERANGAN la Cik Eca Dwinky Asha.......hikhikhikhik.So,korang rasa amacam kaler TEAL ne..oke tak?!..ingat tau TEAL!..bukan turqouise,bukan blue,bukan green..tapi TEAL~
 
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.
nak juga gitau kaler TEAL ne dengan lebih mendalam...hahaha~
 apasal tetiba rasa corak baju pengantin Scha + Awal tu macam corak background eca je?!.hahahaha....sakit sakit.

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

Assalammualaikum.

sebelum GA ini berakhir,eca nak JOIN sebagai tanda sokongan...jom ler..sempat gi sebab korang just copy kod yang dah disediakan oleh Kak Mia.



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

pelan-pelan mood blogging kembali datang...nak join banyak GA/Contest...kot kot ada rezeki tapi kesibukan itulah yang banyak menghalang,kena cari cara untuk blogging-on-the-go.

Selepas Setahun

Assalammualaikum.

pejam celik pejam celik,setahun sudah berlalu.Hari ini,7 April 2013 genap setahun pemergian teman-teman tersayang ekoran kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari rumah family eca di Kota Belud,Sabah.

seriously,setahun tanpa mereka,eca masih bagaikan tak percaya...eca masih beranggapan mereka menanti  eca disatu tempat kerana sehingga hari ini,terngiang-ngiang di gegendang telinga ayat terakhir mereka.

"kami tunggu kau dirumah ca."

itulah ayat yang berulang kali mereka ungkapkan petang itu.Bagaikan tak percaya,makan lauk kenduri itulah saat terakhir kami semua makan bersama,bergurau bersama...apatah lagi,pada hari tersebut adalah hari kami berjanji memakai pakaian yang sama iaitu Lepaking Team Official Shirt.

Bagai baru semalam kami duduk beramai-ramai diruang tamu rumah kecil ini...dimana lutut bertemu lutut,yela rumah kan sempit,nak muatkan 10orang,gitulah caranya....meriah sungguh waktu dulu.Apatah lagi, makanan yang sedikit itu dipenuhi kegembiraan yang melimpah ruah,itulah kita semua.Berbeza cara,berbeza fahaman,berbeza rupa,berbeza bangsa namun saling melengkapi,saling menghormati.


Al-Fatihah.
Damailah kau teman didunia sana,daku kan titipkan doa buat kalian.
aku rindu waktu dulu.
aku rindu kamu.
aku rindu kita.

Ya Allah,tempatkanlah teman-temanku disisi-Mu.Sebagaimana mereka dekat dihati kami,dekatkanlah mereka didunia sana.Balaslah segala kebaikan,hati yang murni mereka di dunia ini dengan harum syurga-MU di dunia sana.Ku titipkan doa ini,agar mereka tak pernah luput dari kenangan,agar mereka terus tersenyum menanti kehadiran kami teman-temannya disini didunia sana.


teman, 
biar ramai yang melangkah dalam hidup ini,
tiada yang dapat menggantikan kehadiran kalian.


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Syok-ker Ber-blogging Ni?

Assalammualaikum.

ada kawan tanya,"syok ker berblogging?"..eca cuma mampu tersengih macam kerang busuk.Dorang tak tahu lagi betapa SYOKNYA BERBLOGGING ni,rugi sapa yang tak nak try kan?!....baru-baru ini,tambah seronok bila MENANG Contest budak merah....ala,cuba korang baca entry Apa Seronoknya Blogging tu....entry tu yang eca MENANG tau..nak tahu hadiah kemenangan tak?!..meh meh,nak bagi korang JELES sikit.....

Hadiah Utama: 
TOP UP RM30 serta
Bertenggeknya feed blog anda secara percuma sampai 5 post di blog ini. serta
1 set buku buku keluaran PTS
1 helai T-Shirt Running Man

Speechless juga bila tahu eca MENANG.hadiah pulak MANTAP-MANTAP gitu...eca JOIN tu sebenarnya menyokong si budak Merah yang macho tue...orang sokong kita,kita sokong orang pulak kan?!...itu namanya "win-win situation".Terima Kasih kepada penganjur serta penaja atas hadiah-hadiah kemenangan itu.sangat hargainya.


Penganjur Contest - Kertas Warna Merah ditaja hebat oleh Pencari Jalan-MU & Running Man Memory.


tambah SYOK blogging bila eca menjadi penulis jemputan di eyriqazz.com.Ingat tak dulu eca pernah buat entry tentang ini...kini da masuk tugasan yang ke-3 tau.Alhamdulillah,syukur atas rezeki ne...kumpul-kumpul boleh buat bayar broadband.hehehe.jom baca pulak tugasan pertama eca yang telah pun diupload didalam blog beliau...Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Pandangan Saya...tunggu tugasan ke-2 untuk dipublish & tugasan ke-3 bakal menyusul tidak lama lagi.


kalau nak tahu Syok ke tidak berblogging,hanya dengan menjadi blogger boleh merasakan semua itu.
Apatah lagi,setiap penulisan kita di blog mendapat pengiktirafan dari rakan-rakan.
duit,hadiah,...itu merupakan satu bonus penghargaan kepada kita.
*-*
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.


p/s : tuan blog dah mula mengumpul kembali semangat berblogging yang hilang.harap-harap semakin konsisten hendaknya....tapi bakal mengabaikan blog dari hari sabtu sehingga minggu depan...acane nak konsisten tu?!..schedule entry agaknya ye.hehehe~

Bukan Blog Pink Lagi.

Assalammualaikum.


 

disebabkan tangan ini sangat gatal dan mata ini dah bosan menghadap blog lama,eca beralih kembali ke template lama..yeah,gunakan template yang eca ubahsuai kira-kira 90% dari Picture Window Template.kali ini TIADA PINK *owh pelislah tiada pink,rasa macam nak meminang anuar zain tuk nora danish je.

TAPI,template ne tak siap lagi tau..kena pilih kaler yang sesuai untuk tulisan,nampak akan serabai & menyilaukan...any suggestion are welcome in the comment box.btw,masih gunakan Intense Debate tau,jangan lupa tinggalkan link blog anda agar memudahkan eca terjah kembali.

 entry ditaip pukul 4.04 am,nak tidor sebab jam 6 nak bangun untuk pergi interview lagik.
eh eh eh,tukar template kali ke-2 untuk tahun ini.
urmmm,servis edit blog,kepada bakal pelanggan,sila email - ecasha.89@gmail.com untuk maklumat lanjut 


bukan BLOG PINK?!oke...jom muntah secara berjemaah

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.