TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Selfie & Monopod, ada kaitan ke?!

Assalammualaikum.
Lama eca tak update #selfieoftheweek kan?!.Benci benci benci sebab mood nak ber'selfie' amat kelaut kelangit sekali.Asyik-asyik selfie hanya terfokus pada muka...nak jugak separuh badan ke, seluruh badan ke kan?!...Bila ada yang tanya, "Eca comel, gambar selfie terbaru tedakah?"...dengan cepat eca jawab, "belikan monopod!"....dan eca ditanya kembali, "monopod tu apa?"  =.=" ada juga yang tak tahu apa tu monopod, mari eca kenalkan korang dengan bendapatutbeli ini.

Monopod ialah satu alat yang MUDAH dibawa kemana sahaja dengan saiz yang agak KECIL dan RINGAN, tentu memudahkan para "perempuan" menyimpannya didalam handbag.Ianya direka khusus bagi mereka yang suka mengambil GAMBAR dari sudut (angle) yang berbeza.Bagi mereka yang GEMAR MELANCONG, monopod dapat membantu anda mengambil gambar ANDA berserta LATAR BELAKANG tempat yang anda kunjungi.(takdelah asyik nampak  muka korang jerrrr).Boleh digunakan untuk semua jenis smartphone sehingga saiz Galaxy Notes 3.

Kenapa eca dan korang-korang semua perlukan MONOPOD?!...meh eca terangkan.....


Bila ambil gambar dengan adik-adik, mesti ada je muka separuh...selalunya, muka tukang pegang kamera tau (eca lah selalunya~), tapi kalau guna MONOPOD konfirm takkan jadi macam ne melainkan korang muatkan satu kampung dalam gambar tu.haha!!!


dan tidaklah muka si tukang gambar kelihatan lebih besar dari geng-geng yang lain.Korang tengok gambar atas tu, macam tak asi je kawan daku yang hujung tu si Cik Fazihah ne nampak kecik..ini tidak adil tau..sebab kitaorang lebih kurang je saiz..kekekeke.So, kalau gunakan MONOPOD, konfirm lebih mudah nak ambil PHOTO GROUP...ajak satu kelas termasuklah lecturer pun konfirm muat!.


tengok gambar Awal Ashaari & Scha tuuuuuuu...guna monopod, LATAR BELAKANG pun nampak tau!...Tengok Awal pegang monopod tuuuu..ai is jealous!


gambar Elfira Loy pulak.....nampak cantik kat sebab ambil dari SUDUT ATAS...guna MONOPOD jugak tu!...kan dah cakap, MONOPOD ini bendapatutbeli bila korang kaki kamera.


BERKENAN tak nak dapatkan MONOPOD?!...meh beli dengan eca, eh eh bukan dengan eca, tapi beli kat KEDAI MONOPOD ONLINE...(dijamin sampai ke tangan anda!)..tapi sebelum tu, meh kita tengok pilihan monopod yang ada.....

pilihan warna : BIRU, HITAM, PINK.


SO, meh cuci-cuci mata + dapatkan lebih info mengenai MONOPOD di Kedai Monopod Online :

BLOG : http://xcyberlink.blogspot.com/2014/03/kedai-monopod-selfie-harga-murah.html
Official Page : https://www.facebook.com/monopodmalaysia01


agak RUGI kalau suka bergambar tapi takde MONOPOD.
so, korang tunggu apa lagi, gi TERJAH Kedai Monopod Online sekarang!!!!!!

Pink Week @The Cresent

Assalammualaikum.

mari hentak kepala ramai-ramai kalau lepaskan peluang nak shopping bila ada discount!!!!.Sebab korang semuanya sedang melepaskan peluang menarik.....siapalah yang nak lepaskan peluang dapat discount kan?!.Boleh beli barang idaman dengan harga yang jauh lebih MURAH.betul tak tipu.So, eca nak ajak korang SHOPPING dengan 20% discount hanya di The Cresent (eh, apa tu?!..tak pernah dengar eh?!.Takpe, korang baca dulu....)


The Cresent merupakan satu online shop yang mementingkan ciri-ciri kesopanan seorang muslimah,yesss its true sebab kebanyakkan item yang dijual disini amat sesuai dengan wanita muslim yang ingin menutup aurat tapi masih kelihatan cantik.tak tipu tauuu, tengok gambar dibawah ini :


Bukan sekadar baju sahaja, malah banyak lagiiii.Antaranya : 
...dan MENARIKNYA, The Cresent sedang mengadakan "Pink Week" dimana semua item terpilih diberikan diskaun sebanyak 20%...kan eca da cakap awal-awal, rugi kalau lepaskan peluang shopping bila ada diskaun...sampai eca pun rambang mata nak beli tau~

its PINK, plussize, and charming!!!!....tak mahal sangat tau, eca teruja tengok harga & teruja pulak memilikinya =)
tak lengkap penampilan tanpa make-up yang ringkas...dari SimplySiti dengan harga yang menarik tentunya.
penampilan yang menarik ditambah dengan penggayaan wedges & bag dari rona warna yang sama, menaikkan seri tau!!!!....mix&match the PINK colour and its beautiful.
cantik itu Anugerah ALLAH, so berhijablah agar nampak lebih cantik dan indah dimataNYA...tudung labuh express tapi masih menawan......
LELAKI & PINK, bukan lagi satu ke"pelik"an.....nampak "macho" gitu~..eh awak yang saya sayang tu, boleh pakai PINK tak?!..larikkkkkkkkkk~

tak tinggal untuk kanak-kanak....tentunya kelihatan lagi COMEL... :)


dah namanya PINK WEEK, mestilah semua item berwarna PINK terlibat....dari barangan wanita kepada barangan lelaki & kanak-kanak, semua akan dapat 20%...Jika pembelian korang di atas RM78, POSTAGE/SHIPPING FEE adalah PERCUMA...diulang PERCUMA....Proses penghantaran pula mengambil masa 3-7hari (Semenanjung Malaysia) dan 10hari (Sabah/Sarawak).Bagi korang fobia atau pertama kali "online shopping", jangan risau!!!!..Ini kerana The Cresent sedia membantu korang.

Phone : 019-200 0049
email : hello@thecrescent.my
atau pergi sahaja ke website The Cresent & Live Chat dengan staff mereka.
so, nak tunggu apa lagi...cepat terjah PINK WEEK @The Cresent sekarang juga kerana
 PINK WEEK ini akan berakhir pada 23March2014

.terjah sekarang!!!!!!

Resepi Agar-agar Pandan Bersantan

Assalammualaikum.

lama rasa tak share resepi kat blog ne.Kali ini nak share resepi agar-agar yang eca suka makan...kalau beli RM2 kat tamu, konfirm eca sorang yang habiskan.Buat sendiri baru puas hati tau, apatah lagi cara membuatnya senang sangat....yang penting kerajinan korang tu je :)

lama dah peram dalam draft sebenarnya.HAHA!!


Bahan-bahan :
10 gram Agar-agar
3/4 cawan gula
1 biji Telur
150ml Santan pekat
600ml Air
setitik pewarna hijau
perisa pandan (orang bandar tak jumpa daun pandan, kita beli je perisa pandan kat kedai erk~)
secubit garam






Cara Membuatnya yang simple tu... :
Didihkan agar-agar di dalam periuk bersama 600ml air
Masukkan perisa pandan,pewarna hijau,gula dan secubit garam
Kacau hingga agar-agar dan gula pasir larut
Pecahkan sebiji telur ke dalam santan dan kacau sehingga sebati (eca masukkan dalam blender & blend sekali)
Masukkan santan bertelur tadi ke dalam periuk
Kacau sebentar dan tutup api
Tapis adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yang di kehendaki
Biarkan agar-gar menjadi sejuk dan beku Masukkan ke dalam peti sejuk & sedap dimakan kalau sejuk-sejuk gitu :)

seriously, sangat simple & harga bahan pun eca rasa tidak melebihi RM10.So, bolehlah korang cuba petang nanti yer sebagai hidangan minum petang...Disebabkan eca 'tengah misi turunkan berat", makanan ini cuma mampu dipandang di dalam gambar.HAHA!..so,boleh tak kalau korang tolong buat & makan untuk eca.hikhik~

DIY Task Board

Assalammualaikum.

Hari ne eca nak kongsi salah satu benda penting dekat meja belajar eca dan eca nak ajak korang ber"diy" sendiri pulak...macam biasa, eca suka recycle.ohseeeem & jimat disitu oke?!.SO, benda ne eca gelarkan "Task Board", sebab fungsi utama benda ne tuk eca letakkan segala 'task-task' yang nak kena buat.Tak kiralah blog task ke, assignment, project atau apa-apa je yang perlu di'reminder'kan kepada eca.


Benda yang korang perlukan :
1) Reben
2) Selofen
3) Kotak (ambil kat belakang kedai je, HALAL!.hahaha)
4) Thumbtack

Kotak tu korang buka, jadikan ianya lebih lebar.Kemaskan kat tepi-tepi guna selofen tu.Then, buat 'department' contohnya 'assignment', 'blog task',  'project' atau apa-apa je yang related oke?!...cari bahagian tengah & buat 2 lubang (guna punch) untuk ikatkan reben.Kemas lagi apa yang patutu & boleh gantungkan kat dinding.Kalau nak, boleh lapis dengan kertas pembalut hadiah tau =)

Cara ini lebih jimat & efisien.Tak kuar duit banyak pun, memandangkan nak beli benda kaler putih (yang eca tak tahu namanya tu) agak mahal tau.Ada yang mencecah RM12 tau...kopak weeei, dah tu benda tu kan klu da cucuk sekali, payah nak cucuk thumbtack lagi.Kalau guna kotak, klu da tak leh letakkan thumbtack, boleh BUANG je.hahaha.....tapi betul jugak kan?!.

So, mari berjimat cermat & dekorasi ruangan belajar anda sendiri.
till then, Stay Healthy, Stay Postives

Zip Borneo hilangkan gayat anda!

Assalammualaikum.(tak jawab dosa, kalau jawab sayang!)

eca nak kongsi satu RAHSIA....eca kan sebenarnya seorang yang GAYAT.Teringat masa PLKN dulu, nak cuba Flying Fox, fuhhh menggigil-gigil tau!..Masa nak  mula tu, siap berjela-jela zikir dibaca.Even sampai dipenghujungnya pun, eca masih menggigil-gigil.Kata kawan eca, "muka ko pucat, kaki bergegar"....tapi sebenarnya, excited tau.Rasa nak naik balik pun ada...kakakaa~...bila dah tua-tua sikit ne, terasa lak nak berflying fox bagai..nak abselling, pendek kata nak try semua sukan lasak yang tak sempat nak buat masa PLKN dulu.

and yes, I meant it.Kalau ada yang berhampiran dengan tempat eca kan senang...ditakdirkan pulak satu hari tu, eca tengah survey-survey tempat menarik sebab nak "paw" mama bawak gi bercutiiiiiii (survey kat website Virtual Malaysia je, kata 2014, Tahun Melawat Malaysia) ,terjumpa pulak satu tempat yang awesome ne...Zip Borneo, salah satu tempat untuk menguji ketahanan fizikal & mental!...meh meh review sikit tentang Zip Borneo.
Zip Borneo merupakan satu zipline terpanjang di Borneo.Antara aktiviti yang dijalankan disini ialah abselling, climbing, tali aras tinggi & zipline (ala-ala flying fox dengarnya!).
terletak di Kiulu, iaitu 15minit perjalanan selepas pekan Tamparuli.Untuk pelancong luar ataupun sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan, Zip Borneo menyediakan perkhidmatan kenderaan pergi & balik sebanyak RM60 sahaja. (tempat tu tak sampai 30minit je dari rumah eca.bawak eca please!)
Aktiviti sukan lasak diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi (jam 9 - jam 12) dan sesi petang (jam 2 - jam 5).Terdapat beberapa pakej menarik yang ditawarkan kepada pengunjung dengan harga berpatutan.

jom kita tengok pulak apa yang ada di Zip Borneo neyh :

jangan tengok bawah, jangan tengok bawah, tengok kamera je *orang gayat macam eca, mesti cakap camne kan?*

ada INSTRUCTOR yang terlatih untuk mengawasi anda, so TAK PERLU RISAU!

masyaallah, cantik pulak tempat ne kan.Antara kawasan kat Zip Borneo tu.Kalau datang buat wedding photoshot jak, boleh ka Bos?kasi harga kawan-kawan bha, orang Sabah gia ne~ kekekekeke~

kalau nak tengok gambar lain, boleh lawat website ZipBorneo.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi :
Telefon : 01380 88075 / 088 269 289
Fax      : 088 25 8289
Email   : fly@zipborneo.com

dan kalau korang masih tercari-cari Tempat Menarik di Malaysia & sokong Tahun Melawat Malaysia, boleh survey-survey kat website Virtual Malaysia...nanti leh update kat FB, Instagram, Twitter terus hashtag #vmy2014, trendingkan #vmy2014 , so secara tak langsung dapat menarik minat pengunjung luar datang ke negara kita,betul tak?!

Kesat minyak pada kuali,
Mohon sental kuat-kuat,
Zip Borneo kita kunjungi,
Moga hilang perasaan gayat.

Ayam penyet santapan pagi,
ditambah pula minum kopi,
Virtual Malaysia website terkini,
tempat menarik ada disini.
 
 Roti bakar bersalut kaya,
minum jus oreng nampak bergaya,
2014 Tahun Melawat Malaysia,
nak buat apa ke luar negara.


so, SOKONGLAH Tahun Melawat Malaysia.Sapa yang datang Sabah, meh roger-roger eca tau!
till then,stay Healthy, stay Positives.