TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Tips Menggayakan Selendang Terkini

Asslammualaikum.

sekarang ne kan, kalau nak p opis....eca lagi suka nak pakai selendang. Bukan apa, dahlah senang nak lilit je (tak risau nampak kusut sebab tak iron sebab lilit-lilit je kan?) malah bermacam-macam fesyen boleh diaplikasikan. Yela, kalau tengok kat Youtube, Facebook even Instagram, banyak sangat orang dok upload tutorial menggayakan selendang even tudung bawal. Walaupun nampak ringkas, tapi ianya tetap kelihat bergaya malah hasilnya cukup menarik. Ramai yang cakap, pakai selendang ne LECEH, tapi dengan design-design selendang terkini, ianya sangat mudah. Malah, eca sendiri kadang-kadang tak pakai inner pun tau =)




Lihat kedua-dua gaya pemakaian selendang di atas, nampak berbeza kan, korang sebenarnya boleh pilih samaada hendak memakai inner ataupun tidak untuk gaya tersebut. Brooch memainkan peranan dalam menaikkan seri pada si pemakai. Kalau nak pakai inner, kita lihat gambar dibawah ini, tentu sahaja kelainan terhadap kedua-duanya menampakkan kelainan kepada si pemakai :


Dua gaya berbeza dengan pemakaian inner yang menarik....cantik kan?..
Malah ianya kelihatan lebih labuh dan sopan.

Japppp, eca nak tunjuk lagi dua cara menggayakan selendeng terkeni.
Lihat dua gaya berani ini....ianya nampak lebih moden dan menjadikan si pemakai lebih eksklusif gitu.....kalau berani menggayakan selendang berserta dengan inner, memang korang akan menjadi tumpuan (tengok gambar dibawah neyh :: )



 Sebenarnya, kalau kita berani menggayakan selendang or even tudung bawal, pelbagai gaya boleh ditampilkan. Ianya bergantung sepenuhnya ke atas kreativiti anda untuk membuat lilitan selendang yang unik dan kemas. Gayakan selendang anda mengikut citarasa anda asalkan anda berasa selesa dan confident!
 

tepuk dada, tanya selera.
mesti kita nak tampil menawan kannnnnn~
see u next entry!!!!




4 years and counting ...

Assalammualaikum.

oke, taip cepat-cepat sebab sedang menyalahgunakan PC pejabat untuk update belog *guarasabersalahhokkai!*...Last week, mahu tak mahu TERPAKSA renew domain!!.yelah, asal bulan 8, belog usang daku ne memang sambut birthday dia,,tahun ne tahun ke-4 dan bayaran cuma RM33 je~



untuk pengetahuan, dah 4 tahun usia blog ne.Bukan setakat blog...malah ECADWINKYASHA usianya 4tahun dah...branding dah nama tu, walaupun payah amat nak sebut =P *adaakukesah~

alhamdulillah, walaupun kurang dah update..still mengikuti perkembangan rakan-rakan blog yang lain. Bukan takde waktu nak mengupdate blog, kemalasan melanda...cerita pun dah basi tau dakkk Konvo Bachelor Degree pun tak tulis lagi, dah nak konvo Master Degree (doakan tau thesis eca LULUS CEMERLANG baru dapat konvo dengan GUMBIRA....tapi dah tahu, daku lulus tesis, cuma tak tahu gred lagi~)


Happy Sweet 4th Birthday www.ecadwinkyasha.com
eh, kalau nak tahu cerita eca, korang boleh FOLLOW :
FB : ecadwinkyasha
IG : ecadwinkyasha


okeybai!
esok-esok gua rajinkan diri update belog k!


Raya 2015

Assalammualaikum.

Eca masih dalam mood raya, even tak banyak beraya tahun ne....mood raya tu tetap ada.Kesian kat adik bongsu, raya pertama kena cacar!!!..tu lerr doa-doa cuti seminggu, sekali kena cacar komfirmla cuti dia lama sikit dari kawan-kawan.Memandangkan adik bongsu sakit, kitaorang pun takde sangat kemana-mana.cian, tak dapat kumpul duit raya T_T"

tinggal tiga orang anak bujang...
tahun depan tak tahulahh..kot-kot sampai seru dakeca tu nak kawen.#eh??!


Baju raya tema HIJAU...ntah sapa yang pilih hijau tu!!!..Tahun lepas lupa tema apa, tapi tahun depan tema dah ada dalam kepala.(melampaukan, syawal tak habis lagi..Puasa tak ganti lagi..dah fikir raya next year!)...Baju eca, mama & adik perempuan sama cuma berbeza saiz..Kalau ladyboss yang dah pilih, jangan derhaka...ikut je!!!!. 

Cuti raya kali ne, panjang..ikut cuti raya students.Ai is happy to the moon and back!!!.Boleh berlama-lama tak fikir kerja, boleh bangun lewat...padahnya cuti lama, sampai sekarang eca rasa masi bercuti....(tu pasal punch card asyik merah kan Asha?!)..Sambutan Raya kat opis komfirm la kitaorang buat jugak kan....Here's some picture, tapi gambar makanan tak ambil pulak!!!.



*buddies di opis..
Kawan tengok berita, kawan makan tengahari, 
kawan shopping dan kawan yang depan mereka, ayat tapis tolak tepi*
Ohyeah, aritu, kawan seopis yang berhenti sebelum raya meninggal....sedih, sebab mendiang salah seorang kawan yang rapat dengan eca T_T", dah ajal dia pada usia yang agak muda.


so, siapa rasa-rasa nak bagi kuih raya ke, duit raya ke...sila-sila PM! =P
kot-kot tak sedar dalam akaun ada 2.6B..kekekekeke~

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin, kita KOSONG-KOSONG tauu!
#rayanemasihsingle #eh?!


psssttt : eca tak aktif update blog, tapi kalau nak ikuti cerita eca, 
jemput FOLLOW Instagram...beria update IG tau! =P


Move On-lah~

Apa yang perit bila putus cinta?..tentu sekali melupakan orang yang kita "pernah" sayang. Memang tak dinafikan, payah nak buat keputusan. Tapi demi kebaikan "dia" dan diri sendiri, ambil jalan yang terbaik. Kalau "dia" dah berdiam diri, berhentilah berharap. Bukan kerana hati dah tak sayang, tapi "diam" tu buat hati makin sakit. Lebih baik jaga hati sendiri sebab "dia" dah tunjukkan "dia" dah takde hati. 

Walaupun memutuskan itu senang, kau sedar melupakan itu susah. Macam soalan Add Math, kau tak tahu mana datang nombor tu tapi kau dah kata susah...sedarkan tak, yang percintaan tu, macam kita buat soalan kira-kira. Kau sedar soalan Math tu susah, tapi sekali kau cuba jawab, mesti kau dapat punya!. Gerenti dapat sebab dah belajar baik-baik. Hahhhh, macam tu lah melupakan orang yang kita pernah sayang. (sampai sekarang, masih tertanya..dari mana datang titik perpuluhan)

Kau percaya, kalau kita teringatkan seseorang, waktu tu dia mesti sedang ingat kat kita?!.JANGAN PERCAYA, boleh tak?!...sebab kalau dia ingat kat ngko, lama dulu dia akan mesej ko, call ko....dah, gi amik air sebaldi buat siram diri sendiri, biar sedar sendiri. Paam dak ne?!.

Kau percaya cakap kawan kau yang cakap kawan dia pesan suh jaga dia baik-baik sebab kawan dia tak pernah nampak dia serius dengan mana-mana perempuan kecuali dengan kau. Ngko jangan mudah percaya cakap kawan, boleh tak?!.Mungkin tak cukup sebaldi air buat siram, kau perlu setangki air kan?!...dah, cakap kawan kau amik sikit-sikit sebab dia tak pernah cakap apa pun, jangankan cakap, tunjuk pun tidak. Dah, gi sapu airmata ngko, buat semak daku tengok!!






'ngko MOVE ON aje, senang cerita.
sebab orang yang sayang kau, dia akan cari kau sampai dia dapat.
Bukan cari kau bila perlu...dan diam bila tak perlu.
Move On dari semua kenangan, boleh?!

Hadiah Untuk Lelaki

Kalau cari hadiah untuk perempuan, macam-macam dalam fikiran kan?!..Ala, perempuan memang terima apa pun yang lelaki berikan...contoh, bagi bunga, bagi coklat, bagi handbag, bagi minyak wangi, bagi telekung....kan, the list is on going.Macam-macam hadiah boleh bagi...tapi, bila fikir bab bagi hadiah kat lelaki, perempuan jadi BLANK, tak tahu nak bagi apa.Meh nak listkan korang, hadiah apa nak bagi kat ayah, abang, adik lelaki, suami, tunang atau boyfriend korang!!!.

1. Jam Tangan - Ramai yang cakap, kalau bagi jam tangan, tu tandanya, kita nak lelaki tu ingat kita selalu seperti mana dia selalu tengok jam....(patut bagi ex-boyfriend tu jam tangan lah, supaya dia ingat kat eca selalu kan..takdelah daku rasa macam orang single & available even ada BF!!!)

2. Wallet  - Lelaki ne antara golongan yang tak fikir pasal wallet. Kalau ada, adalah tuk dorang simpan duit. As long as dorang dapat simpan ic, lesen, segala kad & duit, tak kisah lah camna rupa wallet tu, pasti lelaki akan guna sampai rosak.Memang padan sangat perempuan hadiahkan lelaki, wallet.

3. Tali Pinggang - Lelaki suka pakai tali pinggang.Selain buat rasa selesa pakai seluar, dorang rasa tambah macho...Pastu, lelaki suka letak tali pinggang dorang sembarangan tempat...Bila da letak sana-sini, mula lah tak jumpa bila nak pakai kan?!...Memang patut beli banyak-banyak bagi kat dorang. 

4. Tie - Kalau lelaki bekerja pejabat, amat wajarlah hadiahkan tie.Walaupun dorang mungkin "jarang pakai" tie tu, tapi sesekali nak pakai, mesti kena sesuaikan dengan baju kan?!..SO, tambahlah tak salah hadiahkan tie.
 - Lagi Jimat, Hadiahkan je lah set wallet, tali pinggang & tie tu.Kan senang =)

5. Kain Sarung - Ramai lelaki dorang selesa berkain sarung samaada kat rumah atau nak p berjemaah kat Masjid...Takkan hari-hari nak recycle kain yang sama kan.Walaupun sifat lelaki ne sifatnya "recycle" ataupun "pakai selagi tak berbau busuk", hadiahkan kain sarung boleh buat dorang happy jugak tu.Sebabnya, takdelah hari-hari nak recycle pakai kain sarung yang sama kan?!.

6. Helmet - Kalau si lelaki tu bawak motor, hadiahkan lah helmet.Sebagai tanda, korang nak dia sentiasa selamat dalam perjalanan gitu!..baru nampak sangat "caring" korang tu.

7. Gadget - Kalau terlebih mampu, tak salah hadiahkan si lelaki gadget terkini. Kalau dorang dah ada smartphone, hadiahkan pulak tablet. Senang sikit si lelaki tu nak main C.O.C kan?!...(kalau tak mampu, apa kata, hadiahkan casing smartphone je lah~)

8. Buku - Tak ramai lelaki suka membaca..tapi kalau kena dengan minat mereka...komfirm dorang membaca. Contohnya, lelaki tu suka bidang permotoran, hadiahkan dorang buku berkaitan permotoran gitu~...nampaklah korang tahu minat mereka kan?!

so, senang dah fikir nak hadiahkan apa buat si jejaka idaman korang kan?!...Kadang-kadang lelaki ne, tak kisah pun korang nak hadiahkan apa je barangan, mereka tentu suka...*eh, yeke~*

suprise bagi "dia" dulu..hadiah Hari Guru konon~ (yang penting dia HAPPY)