TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Post-Convo Photography with #asfamily

Asssalammualaikum ^-^
throwback kejap kat entry ini dan ini (sila klik perkataan "ini").
Sehari selepas majlis konvokesyen eca, baru nak p STUDIO tuk gambar bersama FAMILY...kenapa eca tak p selepas majlis konvo, kan senang????!...oke,biar eca terangkan keadaan sekitar majlis konvokesyen eca yang berlangsung di UMS tu...

sebabnya...
PACKKKKK dan sangat PACK untuk pengetahuan korang!!!. Like seriously, selepas konvo eca di PWTC dulu, memang eca nak kalau boleh p cari studio luar dari kawasan majlis konvo sebab malas nak menyelit-nyelit dan hanya boleh bergaya dua-tiga pose. Bukan apa, majlis konvo UMS ne konfirm ramai. Sedangkan Sidang 1 pun hampir 300++ graduan, belum masuk sidang 2 (sesi petang)....Konfirmlah weiii, ramai orang pada hari tu. So, decide p cari studio luar dan yang penting, BOLEH KUMPUL FAMILY eca termasuk family kecik kakak dan abang eca.

INGAT, kalau nak bergambar dengan family :
  • Pastikan semua ahli keluarga boleh hadir.(Bincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu, cari masa yang semua boleh hadir)
  • Studio besar dan amat selesa. (Amat berguna untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai & jika terdapat anak kecil, lagi bagus supaya mereka selesa dan mempunyai MOOD yang bagus)
  • "CONFIRM"kan waktu untuk bergambar dengan jurugambar.(Selepas berbincang dengan ahli keluarga, konfirmkan kehadiran anda ke Studio agar tidak berselisih dan menanti agak lama dengan orang lain)
  • Tetapkan TEMA. (kalau nak nampak cantik, lagi bagus tetapkan tema warna bagi setiap ahli keluarga)

So, jom tengok hasil family-photography kitaorang.

"Akhil Rafiq tengok mana tuuuuuu?"
dengan tiga budak kecil, memang agak payah nak ambil gambar family dengan sempurna OKEY!...
tapi, sapa juga yang ada family sempurna...kita ne manusia biasa yang tak sempurna.
Nasib baik mood tiga budak ne nak bergambar jugakkk.
Paling excited Adik Najihah, studio tu dia buat macam rumah sendiri, lari sini sana....


lepas pegang budak n skroll, posing dengan bunga, posing dengan skroll, berdiri pastu duduk. penat, eh?!.

my PARENTS...yang paling banyak support.


Pandai berlakon dorang tengok, tengok result yang kosong tu~ =P


Paling penting bila nak ambil gambar studio ne kan, surveylah harga dulu....Macam PAKEJ yang eca ambil, RM88 je!..Walaupun takde FRAME, tapi banyak sangat pose.PUASHATI....tambah puashati, bila kawan-kawan yang ambil gambar dengan photographer kat UMS tu tak menepati expectation gitu.Kesian dekat kawan-kawan, ada yang tak dapat lagi gambar masing-masing.Pastu pulak, ada yang pilih pakej dengan FRAME, cermin FRAME pulak pecah....so, kiranya eca buat keputusan yang betul dengan pergi studio luar.


oke, sapa-sapa nak yang nak ambil gambar studio atau cari photographer, boleh contact :
CONTACT : 016-8171794


k, bye..see u next entry yang tak tahu bila.hikhikhik~

Post-Convocation Photoshoot

Assalammualaikum.
Last few days dah janji nak upload gambar post-convo photoshoot kan.Aktiviti ber"photoshoot" ne sebenarnya antara salah satu wishlist eca nak buat dengan geng ayam penyet. Tapi, tak jadi sebab banyak halangan. Last-last kat group, tetiba berbincang dengan kawan-kawan sekelas nak buat outdoor photoshoot...So, apalagi..dah dapat pun photographer dengan harga yang agak berpatutan jugak...jom layan je gambar kitaorang neyh~

 japp, bagi peluang tempek gambar berdua sebagai kenang-kenangan. 
INGAT, dalam satu kumpulan tu, mesti la ada yang tak berapa berkenan antara satu sama lain atau ada perselisihan faham  ke....ELAKKAN bergambar atau kalau dah tak boleh elakkk, layankan jak permintaan kawan-kawan. Macam budak berdua dalam gambar tu, relax je amik dua shoot sebabnya "The Past is Past, the future not ours to see"..eh?!.


Janji dengan Photographer Jam8.30...setup jubah masing-masing pukul 9lebih baru mula. Masa tu matahari dah naikkk oii!!! Terpaksalah bertahan kena pancaran mataahari.Peluh jangan cakap lah weiiiiii, rasa mengalir-ngalir je. INGAT!!! Bila ambil gambar beramai-ramai, marilah kita sama-sama saling mengingati masa yang dijanjikan.


LOVE konon~....photographer kitaorang layan je kerenah 16orang ne. Nak shoot sana-sini.Nak wat camna, kat UMS je memang banyak tempat-tempat yang cantik...tapi sempat shoot kat beberapa tempat je sebenarnya. Kalau tak dilanda kepenatan, konfirm sampai ke petang tak selesai lagi bergambar-gambar ne.hehehe!!!..16orang ne memang ramai, lagi cantik buat korang yang nak ambil gambar beramai-ramai, PASTIKAN MEMBERS KORANG SPORTING tuk bergaya, takda malu-malu, takda yang segan-segan.

Paling penting, walaupun penat, ringankan diri anda untuk memberi senyuman yang paling manis sekaliiiii, bukan apa, kat dalam gambar nampak lah cantik juga. ^____________^

antara gambar lain...banyak dalam simpanan segan nak tunjuk kat korang semua.
Nanti ada yang kata kita RIAK nak menunjuk-nunjuk pulakkk kan. 
oke, nak perkenalkan photographer kami pada hari tu :

Contact : 013-553 3373 | Facebook


next entry will be "Family Photoshoot".
tunggu tau~

UMS 17th Convocation.

Assalammualaikum.

lama tak bercerita di blog tersayang kan?!...last entry pun update ala kadar inform yang eca dah nak konvo. Kali ne, nak cerita pasal konvo pada 21 November 2015 bersamaan hari Sabtu. Hari tu, memang awal bangun sedia sarapan tuk family pastu nak make-up segala. Sampai kat UMS, jumpa peluk laga-laga pipi dengan kawan-kawan. Sambil-sambil betulkan jubah masing-masing, geng MEMG3 konfirm tak lepas dari amik gambar...layankan gambar kitaorang sebelum "Perarakan Masuk Graduan"....

with my lovely girls #ayampenyet
kawan dari sem 1 buat assignment, 
menangis, ketawa, kongsi cerita.
aippp, rindu betul lah dengan dorang~

MEMG3~
Ini baru sebahagian je rakan sekelas eca..Kalau ikutkan dalam 30orang juga classmates eca tu. Dah dua tahun sama-sama berkorban demi segulung ijazah sarjana.



 tu muka "aku dah ada master kot~"..haha.

Konvo eca ne Sidang 1 tau. Sidang 1 khas tuk graduan PhD, Master dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Doktor-doktor Perubatan). Ikutkan ada sampai 6 sidang tak silap eca...macam biasa tiap kali konvokesyen, mesti ada Tamu Gadang, tapi tahun ne tak singgah langsung gi Tamu Gadang.

Ohya, lepas habis majlis, memang PENAT habis...Nak bergambar dengan kawan-kawan pun dah tak larat. Terus, ajak Parents & adik-adik p lunch, PERUT lapar weii, tak makan apa kat Dewan Canselori. Nasib baik eca dah buat temujanji dengan photography studio yang amik gambar family hari esoknya (Ahad, 22 Nov 2015), tak lah terkejar-kejar kan nak pergi bergambar.

Last gambar, kawan-kawan seopis. Tak sangka betul dapat hadiah bunga ne.Terima Kasih kamurang!!!!...Bunga tu tahan lama sebab plastik








 nanti eca update pulak gambar studio photoshoot dengan family & outdoor photoshoot dengan kawan-kawan sekelas...yang paling penting, eca akan recommend korang yang berhampiran tuk gunakan perkhidmatan mereka ne.

^-^ jumpa lagi nect entry ^-^


Teaser Konvo

Assalammualaikum.
sedar tak sedar dah dua tahun sambung study, dah habis pun.....
dan hari yang dinantikan hampir tiba. Officially, sebulan dari sekarang. Kita nervous nak terima scroll sebenarnya.


Konvokesyen UMS sama je dengan konvo IPTA yang lain....
paling best ada TAMU GADANG.Macam-macam ada jual...
last year berkesempatan pergi dengan kawan-kawan sepejabat.  
Tahun ne, konfirm lah pergi lagi. Yang tak bestnya, nak p booth Adijuma, kemain ramai manusia.
tak sanggup nak bersesak tapi masa tu jugaklah keluar design yang cantik-cantik
=.="

oke, kalau nak meriahkan konvo eca, boleh lah datang :
Dewan Canselori
21 November 2015
Sabtu
Jam7am - 12pm

ohiya, majlis sanding bestfriend kita adalah pada hari yang sama kita konvo.
Nikah hari kita rehearsal, terpaksa tuang rehearsal konvo.
takpe, bukan selalu kawan baik kawen.Melainkan dia ada niat nak tambah satu lagi awal-awal.

nanti, tunggu eca update gambar konvo kat IG (@ecadwinkyasha)
kbye korang!
 
 

Final Result

Assalammualaikum.
yeah, nak kongsi final result eca dengan korang.Khas buat akak-akak dan abang-abang yang nak sambung belajar tu, ingat kat dalam hati..."kalau orang lain boleh, kenapa aku ndak boleh?".Dugaan tu biasalah, tapi insyaallah kalau kita usaha, pasti kejayaan akan jadi milik kita.

Masa nak dapat result ne pun dugaan yang amat tau takkk?!..Pandai tangguh-tangguh keluar result..Tengah bulan Ogos tu, dapat dah result tapi untuk 1subjek je dan result disertasi tak keluar lagi. Kitaorg semua memang NERVOUS tau!!!..sebabnya untuk disertasi, 12credit hour.Kalau dapat B- dan ke bawah tu, semua orang memang dah tertanya-tanya, dapat konvo ke tak ne?!..

1 Sept 2015, Isnin.
Selalu eca memang bawak phone masuk kelas.Kot-kot kengkawan kat opis cari ke...Tapi haritu, eca gi cas phone kat opis....Khusyuk tau ngajar anak didik kat dalam kelas.Habis kelas 4.30pm, terus naik opis dan siap nak balik...tengok tepon je, kawan call tanya pasal result. Apalagi, laju je tangan gi buka website cek result tapi HAMPA..Result kena block takleh tengok dah.

Sakit hati dia, hanya Allah je tau!!! ...ex-BF pulak dok cakap-cakap dia tak puashati result dapat B-.kawan-kawan pulak da wish tahniah-tahniah kat dalam group....geram betoi!...konon result keluar 4hb, tapi dari pagi dok tunggu xde pun keluar.Petang 4hb tu pulak gi amik kawan kat airport..OTW nak balik, terbaca whatsapp kawan tanya pasal result.Apalagi, terus whatsapp ex suh dia cek-kan result eca (tengah driving tak sempatlah nak cek result, kebetulan berhenti kat traffic light, terus minta dia cek kan).

puashati sangat tau!!!.Alhamdulillah result memberansangkan. Masa degree dulu merasa 3.33 jer.

Alhamdulillah, bersyukur dengan result ne. Boleh konvo dengan senang hati~
Konvo bulan November, misi kuruskan badan sekarang!