TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Inteemor Jamu Moden untuk dalaman & luaran wanita.

Assalammualaikum korang!
cehhh tajuk eca, hebat benar bunyinya..sama hebat dengan Inteemor.urm, kenapa eca cakap HEBAT?!..sebab eca dah guna dan terbukti keberkesanannya.Kenapa Inteemor menjadi pilihan eca?!...Sebelum tu, nak gtau Ephyra ne hasil campuran Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Kunyit, Kolagen, Dong Qui, Akar Serapat, Habbatussauda, Buah Tin, Aprikot Seed, Acai Beri, Delima, Aloe Vera, Durian Belanda, Sireh dan Madu.

1. Haid yang tidak teratur.
eca akui masalah ne merupakan masalah besar bagi eca...dah 27tahun ne, takkan selamanya nak haid tu tak teratur kan.Apatah lagi, bagi perempuan kalau tak buat haid tu jadi teratur kang susah pulak nak merancang dapat anak (bunyi macam tengah merancang pulak...gua bujang lagi oi!)..bulan Jan and Feb, haid oke. Tapi bila bulan Mac, jadi tak okey lak.lambattttt sangat!...So, decide amik Inteemor dan alhamdulillah tengok syok travel, dia muncul pulak.

2. Masalah Keputihan.
Perempuan dan masalah keputihan, sakit hati kan?!..tapi Alhamdulillah...sekarang dah oke.Macam aritu, lepas habis je period, eca rasa keputihan banyak sangat.Baru nak amik Inteemor sebab masa datang bulan takleh tau amik inteemor. Alhamdulillah, lepas amik inteemor keputihan pun takde...=

3. Lebih bertenaga.
Mula-mula ambil Inteemor, eca sendiri terkejut dengan perubahan diri. Tetiba macam lebih bertenaga pulak....terlebih rajin bolehlah makcik-makcik masuk meminang.ehhh~ Tapi betul ne tak tipu...cuma kena ambik Inteemor pada waktu yang tepat dan teratur baru lebih bertenaga gitu.Macam eca, eca amik Inteemor ne dua sudu sehari. 1sudu selepas bangun pagi dan 1sudu sebelum tidur.



Sebenarnya, banyak lagi kelebihan Inteemor ne...Eca senaraikan untuk rujukan korang :
  • Mengetatkan, menegangkan & merapatkan otot faraj
  • Membuang toksin dalam badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan bau badan 
  • Mengatasi masalah kemaluan berbau
  • Menguatkan keinginan hubungan seksual
  • Membentukkan punggung agar lebih menawan 
  • Menyuburkan rahim & merapatkan pintu rahim
  • Mengurangkan masalah lemah tubuh badan
  • Mengatasi kekeringan faraj bagi wanita yang menopous
  • Menghilangkan keletihan dan kesakitan sendi
  • Menghalang jangkitan kulat dan virus
  • Memberikan perlindungan antioksidan yang tinggi
  • Meningkatkan pengaliran darah (membantu dalam meransang seksual wanita)


Ohya, pengambilan Inteemor ne adalah sesuai untuk Anak dara/ Wanita Berkahwin/Wanita Berpantang/Ibu Menyusu. Bagi wanita yang berusia 18-30tahun, dicadangkan untuk minum 1sudu besar sehari waktu pagi dan malam. Manakala, bagi wanita yang berusia  31tahun ke atas, adalah dicadangkan untuk minum 2 sudu besar sehari waktu pagi dan malam. Untuk dapatkan kesan lebih efektif, baik teruskan pengambilan Inteemor ne...Jangan pulak, tak nampak kesan seawal pengambilan dan stop yer then tukar p suplemen yang lain, memang taklah berkesan oi!...


Eca beli Inteemor dengan Blogger IntaNBerlian, tentulah dengan harga promo waktu tu.Hanya RM59 masa eca beli sebab untuk Sabah & Sarawak, tambah RM10 daripada harga promo RM49....tapi sebenarnya, eca dapat less lagi tau, cuma taknak cakap dekat korang berapa. Eca kan pelanggan tetap @ehhhhhhhhh?!

kalau korang nak beli atau hanya nak tanya-tanya dulu, 
boleh contact Kak Zarina (013 530 9850) atau PM kat Facebook : Zarina Tazari.  
ehh, lupa nak cakap Inteemor ne adik-beradik Ephyra tau.So, bukan setakat Inteemor je malah korang boleh beli Ephyra, Ephyra Skin Bar dan Ephyra Skin Nano jugak dengan kak Ina...sila-sila PM beliau secepat mungkin tau~

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kolej Vokasional ILP Kota Kinabalu.

Assalammualaikum.
Khamis yang lalu, ILP Kota Kinabalu (tempat kerja eca!) adakan satu majlis untuk pelajar Kohort2013 iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Vokasional (SVM) yang mana pelajar-pelajar ini sebenarnya dah tamatkan pengajian di peringkat sijil (selama 4 semester) dan sekarang dorang dah "otw" nak dapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

 
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
ILP Kota Kinabalu | 24 Mac 2015 | Khamis

 Penerima Pelajar Terbaik dengan CGPA 3.50 ke atas..dari 46 orang calon SVM, mereka ini antara yang dapat keputusan 3.50 ke atas...Tahniah buat semua.Dorang ne masa amik SVM, eca tak ajar...eca hanya ajar KOHORT2013 untuk subjek Pengurusan Kewangan semasa Semester 1 DVM...Pelajar-pelajar ini juga adalah antara pelajar yang memberi perhatian semasa kuliah.



Dari ramai-ramai tu, tiga orang pelajar ini dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Bengkel. Dari kiri, NoorFitriyanie (Bengkel Cadd-Senibina), Hillary Sapok (Bengkel Rekabentuk Produk Industri juga penerima Anugerah Pelajar Terbaik Kohort2013) dan Mohd Ika Izham (Bengkel Mekatronik)
 



Suasana di dalam Dewan Teratai ILPKK sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan.Pelajar Kolej Vokasional ILPKK memang tak ramai sebab pengambilan hanya dibuka untuk dua Kohort sahaja iaitu Kohort2013 dan Kohort2014.Untuk pelajar Kohort2014, eca ajar dorang subjek Bahasa Melayu dari sem 2 sehingga sem 4.....dan sebab tu jugaklah eca tak sabar tunggu Majlis Anugerah Kecemerlangan Kohort2014..konfirm ramai je akan dapat 3.50 (insyaallah).

...dan yang bestnya, semasa Pengarah ILPKK buat ucapan, sempat pulak beliau mention Keputusan Bahasa Melayu SVM yang mana semua pelajar lulus dan ILPKK merupakan ILP Terbaik untuk subjek Bahasa Melayu.Harussssslahhh bangga! ohya, lupa pulak nak ceta...sebelum penyampaian Anugerah, ada satu sesi dialog antara ibubapa, pelajar dan Pengarah ILPKK..Bolehlah ibubapa bertanya lebih jelas halatuju pelajar Kolej Vokasional ini.



Lepas majlis Anugerah Kecemerlangan, kat Dewan Rafflesia pulak ada majlis Penyerahan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Tenaga pengajar bengkel akan menyerahkan transkrip dan Sijil kepada ibubapa serta pelajar. Lepas tu, ibubapa ne boleh jumpa setiap pengajar untuk bincangkan mengenai result serta attitude pelajar...Tambahan pulak, lebih baik kenal sesama ibubapa+tenaga pengajar kan?.

selesai sudah majlis ringkas yang persediaan tak sampai seminggu...yes, hanya 3hari. Isnin, meeting & sebelum tu, eca teman Kak Sitti uruskan hadiah. Rabu pulak ambil hadiah serta uruskan "Goodies Bag" dan buku program tuk dimasukkan ke dalam Goodies Bag tu...Ringkas je kerja, tak pening kepala.Macam tu baru best bekerja!.

sampai sini je cerita kali neyh. Jumpa korang next entry yaaaaa~
xoxo,
eca.dwinky.asha




Post-Convo Photography with #asfamily

Asssalammualaikum ^-^
throwback kejap kat entry ini dan ini (sila klik perkataan "ini").
Sehari selepas majlis konvokesyen eca, baru nak p STUDIO tuk gambar bersama FAMILY...kenapa eca tak p selepas majlis konvo, kan senang????!...oke,biar eca terangkan keadaan sekitar majlis konvokesyen eca yang berlangsung di UMS tu...

sebabnya...
PACKKKKK dan sangat PACK untuk pengetahuan korang!!!. Like seriously, selepas konvo eca di PWTC dulu, memang eca nak kalau boleh p cari studio luar dari kawasan majlis konvo sebab malas nak menyelit-nyelit dan hanya boleh bergaya dua-tiga pose. Bukan apa, majlis konvo UMS ne konfirm ramai. Sedangkan Sidang 1 pun hampir 300++ graduan, belum masuk sidang 2 (sesi petang)....Konfirmlah weiii, ramai orang pada hari tu. So, decide p cari studio luar dan yang penting, BOLEH KUMPUL FAMILY eca termasuk family kecik kakak dan abang eca.

INGAT, kalau nak bergambar dengan family :
  • Pastikan semua ahli keluarga boleh hadir.(Bincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu, cari masa yang semua boleh hadir)
  • Studio besar dan amat selesa. (Amat berguna untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai & jika terdapat anak kecil, lagi bagus supaya mereka selesa dan mempunyai MOOD yang bagus)
  • "CONFIRM"kan waktu untuk bergambar dengan jurugambar.(Selepas berbincang dengan ahli keluarga, konfirmkan kehadiran anda ke Studio agar tidak berselisih dan menanti agak lama dengan orang lain)
  • Tetapkan TEMA. (kalau nak nampak cantik, lagi bagus tetapkan tema warna bagi setiap ahli keluarga)

So, jom tengok hasil family-photography kitaorang.

"Akhil Rafiq tengok mana tuuuuuu?"
dengan tiga budak kecil, memang agak payah nak ambil gambar family dengan sempurna OKEY!...
tapi, sapa juga yang ada family sempurna...kita ne manusia biasa yang tak sempurna.
Nasib baik mood tiga budak ne nak bergambar jugakkk.
Paling excited Adik Najihah, studio tu dia buat macam rumah sendiri, lari sini sana....


lepas pegang budak n skroll, posing dengan bunga, posing dengan skroll, berdiri pastu duduk. penat, eh?!.

my PARENTS...yang paling banyak support.


Pandai berlakon dorang tengok, tengok result yang kosong tu~ =P


Paling penting bila nak ambil gambar studio ne kan, surveylah harga dulu....Macam PAKEJ yang eca ambil, RM88 je!..Walaupun takde FRAME, tapi banyak sangat pose.PUASHATI....tambah puashati, bila kawan-kawan yang ambil gambar dengan photographer kat UMS tu tak menepati expectation gitu.Kesian dekat kawan-kawan, ada yang tak dapat lagi gambar masing-masing.Pastu pulak, ada yang pilih pakej dengan FRAME, cermin FRAME pulak pecah....so, kiranya eca buat keputusan yang betul dengan pergi studio luar.


oke, sapa-sapa nak yang nak ambil gambar studio atau cari photographer, boleh contact :
CONTACT : 016-8171794


k, bye..see u next entry yang tak tahu bila.hikhikhik~

Post-Convocation Photoshoot

Assalammualaikum.
Last few days dah janji nak upload gambar post-convo photoshoot kan.Aktiviti ber"photoshoot" ne sebenarnya antara salah satu wishlist eca nak buat dengan geng ayam penyet. Tapi, tak jadi sebab banyak halangan. Last-last kat group, tetiba berbincang dengan kawan-kawan sekelas nak buat outdoor photoshoot...So, apalagi..dah dapat pun photographer dengan harga yang agak berpatutan jugak...jom layan je gambar kitaorang neyh~

 japp, bagi peluang tempek gambar berdua sebagai kenang-kenangan. 
INGAT, dalam satu kumpulan tu, mesti la ada yang tak berapa berkenan antara satu sama lain atau ada perselisihan faham  ke....ELAKKAN bergambar atau kalau dah tak boleh elakkk, layankan jak permintaan kawan-kawan. Macam budak berdua dalam gambar tu, relax je amik dua shoot sebabnya "The Past is Past, the future not ours to see"..eh?!.


Janji dengan Photographer Jam8.30...setup jubah masing-masing pukul 9lebih baru mula. Masa tu matahari dah naikkk oii!!! Terpaksalah bertahan kena pancaran mataahari.Peluh jangan cakap lah weiiiiii, rasa mengalir-ngalir je. INGAT!!! Bila ambil gambar beramai-ramai, marilah kita sama-sama saling mengingati masa yang dijanjikan.


LOVE konon~....photographer kitaorang layan je kerenah 16orang ne. Nak shoot sana-sini.Nak wat camna, kat UMS je memang banyak tempat-tempat yang cantik...tapi sempat shoot kat beberapa tempat je sebenarnya. Kalau tak dilanda kepenatan, konfirm sampai ke petang tak selesai lagi bergambar-gambar ne.hehehe!!!..16orang ne memang ramai, lagi cantik buat korang yang nak ambil gambar beramai-ramai, PASTIKAN MEMBERS KORANG SPORTING tuk bergaya, takda malu-malu, takda yang segan-segan.

Paling penting, walaupun penat, ringankan diri anda untuk memberi senyuman yang paling manis sekaliiiii, bukan apa, kat dalam gambar nampak lah cantik juga. ^____________^

antara gambar lain...banyak dalam simpanan segan nak tunjuk kat korang semua.
Nanti ada yang kata kita RIAK nak menunjuk-nunjuk pulakkk kan. 
oke, nak perkenalkan photographer kami pada hari tu :

Contact : 013-553 3373 | Facebook


next entry will be "Family Photoshoot".
tunggu tau~

UMS 17th Convocation.

Assalammualaikum.

lama tak bercerita di blog tersayang kan?!...last entry pun update ala kadar inform yang eca dah nak konvo. Kali ne, nak cerita pasal konvo pada 21 November 2015 bersamaan hari Sabtu. Hari tu, memang awal bangun sedia sarapan tuk family pastu nak make-up segala. Sampai kat UMS, jumpa peluk laga-laga pipi dengan kawan-kawan. Sambil-sambil betulkan jubah masing-masing, geng MEMG3 konfirm tak lepas dari amik gambar...layankan gambar kitaorang sebelum "Perarakan Masuk Graduan"....

with my lovely girls #ayampenyet
kawan dari sem 1 buat assignment, 
menangis, ketawa, kongsi cerita.
aippp, rindu betul lah dengan dorang~

MEMG3~
Ini baru sebahagian je rakan sekelas eca..Kalau ikutkan dalam 30orang juga classmates eca tu. Dah dua tahun sama-sama berkorban demi segulung ijazah sarjana.



 tu muka "aku dah ada master kot~"..haha.

Konvo eca ne Sidang 1 tau. Sidang 1 khas tuk graduan PhD, Master dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Doktor-doktor Perubatan). Ikutkan ada sampai 6 sidang tak silap eca...macam biasa tiap kali konvokesyen, mesti ada Tamu Gadang, tapi tahun ne tak singgah langsung gi Tamu Gadang.

Ohya, lepas habis majlis, memang PENAT habis...Nak bergambar dengan kawan-kawan pun dah tak larat. Terus, ajak Parents & adik-adik p lunch, PERUT lapar weii, tak makan apa kat Dewan Canselori. Nasib baik eca dah buat temujanji dengan photography studio yang amik gambar family hari esoknya (Ahad, 22 Nov 2015), tak lah terkejar-kejar kan nak pergi bergambar.

Last gambar, kawan-kawan seopis. Tak sangka betul dapat hadiah bunga ne.Terima Kasih kamurang!!!!...Bunga tu tahan lama sebab plastik








 nanti eca update pulak gambar studio photoshoot dengan family & outdoor photoshoot dengan kawan-kawan sekelas...yang paling penting, eca akan recommend korang yang berhampiran tuk gunakan perkhidmatan mereka ne.

^-^ jumpa lagi nect entry ^-^