TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Online Gaming and MC0

Assalammualaikum korang!. MCO ni memang belum ada tanda akan berakhir kan. Walaupun kes semakin menurun, tapi masi ditahap yang membimbangkan. So, kita kenalah ambil langkah berjaga-jaga ikut SOP yang disarankan kerajaan tu. Musim MCO ni, Eca tentulah Bekerja Dari Rumah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Best ke tidak PdPR ne, bergantung kepada mood. HaHaHa..bukan apa, mood dia bagus bila ramai pelajar respon. tapi bila da krikkk krikkk krikkk, senyap dan sunyi kehidupanku ituuuuu nak. Stress Tc Asha korang sebenarnya tau!

So, camna hilangkan stress? Tentulah layan Online Games. Eca ada download beberapa games dari Google Play tapiiiii tambah stress, sebab banyak iklan. Kena matikan wifi baru takde iklan. Pastu, bila on Wifi balik, berdesup whatsapp masuk!..lagik stress korang layan whatsapp parents, layan whatsapp pelajar, layan member-member membawang (eh!). 

Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Assalammualaikum korang!. 

Ingat tak entri Eca pada Tahun 2017 : KLIK SINI. Post kali ini, Eca nak cerita apa jadi kat kehidupan Eca selepas menerima jawatan sebagai Guru Interim masa tu!..Selepas setahun menyandang tugas sebagai Guru Interim, kami akhirnya dipanggil untuk hadir temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau senangnya jawatan guru. 

11tahun terbinanya Blog Eca Dwinky Asha.

Assalammualaikum & Selamat PKP korang.

So, apa cer PKP korang? Mesti bosan kan, tapi dua minggu pertama ne..Eca happy sebab takyah kejar budak nak ber-pdpr. Kalau tak, jenuh tunggu pagi ke petang tuk budak siapkan tugasan. Selepas dua minggu ne, sambung lagi kejar budak. haha!

ohya, tuk pengetahuan korang....Eca dah berblog hampir 11tahun. Tak sangka betul dah 11tahun. Kiranya blog ne dah masuk Tahun 5 lah kan?...dah akil baligh kannn?...tapi tu lah, kesibukan melanda diriku (alasan je tuuuuu!).  

Entry pertama Eca, hanya ada dua baris. Like newbie sesangat awakkkkkk. Baca : Entry Pertama 

My Roommate Is A Detective | Review Cdrama

Asslammualaikum dan Selamat PKP korang. 
Korang nak tahu, dari PKP tahun lalu bawa ke tahun ini...Eca dah habiskan banyak sangat drama China atau lebih dikenali sebagai Cdrama. Kali ini Eca nak review drama China yang Eca dah tonton. Jom mulakan!

My Roomate Is A Detective.
My Roomate is a Detective



Sinopsis
MRIAD merupakan sebuah cerita penyiasatan pada Era Republikan iaitu pertengahan tahun 20-an. Drama ini dibintangi oleh tiga pelakon utama iaitu Hu Yitian(Lu Yao) , Leon Zhang (Inspektor Qiao Chu Sheng) dan Shane Yan (Wartawan Bai You Ning). Cerita ini bermula dengan satu pembunuhan pada suatu malam. Inspektor Qiao menyiasat pembunuhan tersebut dan menjadikan Lu Yao sebagai suspek utama. Kenapa jadi suspek utama? Sebab sebelum berlaku pembunuhan tersebut, Lu Yao telah bergaduh dengan mangsa. So, masa sesi siasatan dijalankan, si Lu Yao ni pun defend diri dia kata dia tak buat. Dia nak buktikan diri sendiri dengan melawat ke tempat kejadian. Selepas tu, dapatlah tahu siapa pembunuh sebenar. Hasil siasatan Lu Yao ini telah membebaskan dia dari menjadi suspek, tapi dalam masa sama dia telah diberhentikan kerja. 

So, camna nak ada duit bila tak kerja?. Inspektor Qiao lah yang tolong dia. Minta Lu Yao jadi konsultan dalam semua kes jenayah yang berlaku di Concession Station. Lepastu pulak, wartawan Bai You Ning ni tertarik dengan Lu Yao sebab dia dianggap genius dalam menyelesaikan pelbagai kes pembunuhan. Dia pun gunalah tipu helah tuk jadi penyewa di dalam rumah si Lu Yao. Si Lu Yao ne sebenarnya bukan orang miskin, tapi dari keluarga berada. Cuma dia tak sefahaman sealiran dengan family dia. So, dia bawa diri ke tempat lain selepas tamat pengajian di Universiti Cambridge.

Start dari tu, banyak kes pembunuhan berlaku. Sebenarnya, kes ini terancang!..Hahh, yang tu korang kena tengok sendiri kenapa Eca cakap terancang. Inspektor Qiao ni sebenarnya ahli kumpulan mafia sebelum dia jadi polis. Ketua Mafia tu pulak bapak wartawam Bai You Ning. Dapat tak relationship dorang camna?...dannnnn family Lu Yao sebenarnya tak sealiran dengan geng mafia ni. Tapi Lu Yao dan Bai You Ning akhirnya akan kahwin, hahhh camna tu?. Masing-masing tak suka sama lain so......
Main Lead My Roomate is a Detective

Dalam cerita ni, korang akan sakit hati dengan geng orang putih. Sebab dorang sebenarnya nak ambil kawasan tu tuk dijadikan jajahan. Tapi kawasan tu dijaga oleh geng mafia. Hahhh lagik!.

Geram tak geram dengan plot dia, tapi BEST dan korang mesti tak bosan.Eca nak cerita pasal watak-watak tiga pelakon utama ni pulak.


Pelakon.
Hu Yitian Main Lead

Lu Yao.
Watak Lu Yao ini sebenarnya lain dari watak yang pernah dilakokan oleh Hu Yitian. Dalam MRIAD, watak Lu Yao ini agak immature tapi dia genius dalam selesaikan kes pembunuhan. Lu Yao ni tersepit juga di tengah-tengah, nak sokong Geng Mafia ke masuk geng bapak dia. Pastu, dia ni lulusan luar negara tapi taknak kerja dengan kerajaan. Tu yang "terpaksa" jadi konsultan polis. Ohya, dia ne tak berapa reti nak berlawan so dalam cerita ni kalau part bergaduh ke apa, memang dia pass dengan Inspektor Qiao.Satu lagi, Lu Yao ni suka bercakap (kira macam becoklah!) tapi bila part selesaikan kes dia memang fokus. 

Leon Zhang


Inspektor Qiao.
Sebelum jadi polis, Inspektor Qiao adalah pembantu Mafia Bai (Ketua Mafia merangkap kepada Bapak si Bai You Ning). So, sebenarnya Inspektor Qiao ni tidak disukai oleh beberapa golongan sebab asal usul dia dari geng mafia dan dorang cakap dia jadi Inspektor sebab pertolongan dari Mafia Bai. Sebenarnya, dari usaha dia juga. Bestnya sebab dia datang dari golongan mafia, beberapa kes dapat bantuan dari geng mafia. Ohya, dia ada kisah silam tapi dalam drama tu akan direveal sikit-sikit. Sebab dia polis dan asal dari mafia, Inspektor Qiao memang hebat berlawan. Dia yang banyak protect Lu Yao yang tak reti berlawan tuuuuu. 

Bai You Ning


Bai You Ning.
Watak Wartawan Bai ini sebenarnya annoying. Contoh perempuan nak ke lelaki tu, tapi tak dilayan tapi dia nak jugakkkkkk. hahaha! Tapi dia nekad, keluar dari rumah bapak dia dan pindah masuk ke rumah si Lu Yao. Sebab apa dia nak pindah, tentulah nak dapat first-hand-information dari Lu Yao dan Inspektor Qiao. Kan dia wartawannnnn. Sikit-sikit dia simpan perasaan kat si Lu Yao dan akhirnya dorang kahwin.


Butiran My Roomate Is A Detective
Original Network : iQIYI
Episod : 36 episode
Durasi : 45minit/episod
Genre : Penyiasatan, Misteri, China Republik Era


Drama MRIAD ni antara drama awal yang Eca tengok masa pkp tahun lepas. Selain sebab Heronya ialah Hu Yitian, Eca sebenarnya suka cerita penyiasatan misteri macam ni. Lebih-lebih lagi pada Era 20-an. Tertanya juga camna dorang nak menyiasat, nak bedah siasat, sebab zaman tu teknologi tak sehebat sekarang. Antara yang menarik dalam cerita ni bonding ketiga-tiga watak utama sangat kuat dan nampaklah dorang ne perlukan satu sama lain (kecuali watak Bai You Ning yang agak annoying tu!). Untuk OST Drama ni pulak, tak best langsung (nasib ada pilihan skip titles and credit kat iqiyi). Eca tak suka dengar OST Drama ni, tak kena dengan jiwa kot.
Hu Yitian Chinese Actor
psstt, ne pakwe Eca. Jangan bising-bising tau. tanak kontroversi!!


Taknaklah syok sendiri kata cerita ni best kan, so korang kena tonton sama. Boleh tengok kat IQIYI, VIKI atau download kat telegram ya. Dah tengok, jom komen kat bawah kita sembang lebih lah kan!.

so, till next entry!.Nak review drama apa pulak yer? Suggest please!



Perkembangan Blog Eca Dwinky Asha

Assalammualaikum dan Selamat PKP korang!

Eca sebenarnya mencari momentum untuk berblogging semula. Lama sangat tinggal blog ni tanpa update. Nak sangat update, tapi tu lahhh masa mencemburui diriku!!!. (tapi booong tuuu~ busy layan cdrama) .

Bila PKP tiba lagi, memang dah pasang niat nak kembali aktif. Atleast sehari dua jam luangkan masa update blog dan blogwalking blog korang semua. Sudi-sudikanlah terima kunjungan Eca ya. So, kali ini, Eca nak cerita perkembangan blog Eca. Biarpun lama dah terabai, bila buka sekali-sekala...seronok juga!.

SEO Checker.

Benda pertama Eca nak update ialah tentang SEO Blog ini. Eca check SEO Blog gunakan website : Freetool Seobility. dan ini adalah hasil selepas semakan : 

Seobility Score for ecadwinkyasha.com

SEO Blog Eca Dwinky Asha adalah pada tahap 87%. Agak jauh lagi untuk dapatkan 100% tapi kalau 87% ni dah gred A kannnnn (dasar cikgu betul ingat gred aja!!!). Kekuatan blog Eca ne sebenarnya dari template blog. Template Blog ni Eca beli lama dahhhhh, selepas tukar template, blog ni lebih terima organik trafik dari enjin carian seperti Google. Lupa lak kenalkan template Eca ne adalah Thesis Template, kekuatan pada SEO memang terbukti. Sanggup beli tauu dulu tapi alhamdulillah Eca sangat puashati tau. 

Semasa check SEO tu, antara perkara yang perlu Eca perbaiki adalah : 

1. Declaration HTML Language.

2. Perfomance Blog. Kiranya blog Eca ni agak lambat nak loading. Blog respond adalah sebanyak 0.98saat, yang dicadangkan adalah kurang dari 0.4saat. Bila lambat loading, enjin carian pun akan lambat detect blog kita. Camna nak duduk tangga 10 teratas kan, tak membantu untuk dapatkan pengunjung blog camtu.

3. Alt Atribute.  Hal ini sebenarnya merujuk kepada memberi keterangan ringkas kepada gambar yang kita upload dalam blog seterusnya dapat membantu enjin carian cari gambar yang bersesuaian dengan alt tag.

4. External Links. Dalam blog Eca, banyak sangat external links ke entry rakan-rakan lain. Bukan tak elok, elok je pun sebenarnya. Cuma bila jadi terlalu banyak, ada yang duplicating dan mungkin banyak links yang dah tak direct ke website/blog tersebut. Tu jadi broken links.

5. Javascript Files. Untuk ini, sama seperti point nombor 2. Terlalu banyak javascript files, blog jadi lambat loading. :(


Page Rank Checker.
Seterusnya, Eca juga check Page Rank. Dulu-dulusuka check, asyik PR1 je...ada lah sekali tu PR2 pastu turun g PR1 lagi. Aipppp! Tapi baru ne check resultnya adalah : 

backlink checker

yeeeeahh! PR3 dah rupanya Blog Eca Dwinky Asha ni. Setelah bertahun berblogging. PR ni sebenarnya tunjukkan kepentingan website kita kepada enjin carian. Semakin laku blog kita dalam enjin carian, semakin tinggi PR Blog. Penting juga bagi pihak-pihak pengiklanan. Sebab bila asyik keluar dalam enjin carian, iklan-iklan mereka lebih senang dilihat. 


cukup update dua benda ne dulu. Lain kali kita update yang lain pula. Doakan semoga Eca semakin rajin dan membawa lebih banyak perkongsian dalam blog ini untuk korang semua. 
So, korang dah cek tak SEO dan PR korang?