Ingat tak dulu, Eca pena menulis mengenai Sutera Harbour iaitu hotel bertaraf 5 bintang di Kota Kinabalu (rujuk entry ini : Sutera Harbour). Kali ini, Eca berkesempatan pula mendapatkan khidmat urutan di Mandara Spa yang terletak di Magellan Resort Sutera Harbour.
kehadiran Eca disambut dengan wajah ceria staff Mandara Spa.
Malah segala pertanyaan Eca di jawab dengan penerangan yang jelas.
INFO : Mandara Spa merupakan rangkaian spa yang bekerjasama dengan pelbagai hotel bertaraf 5 bintang. Malah di Malaysia sahaja, terdapat 9 buah Mandara Spa & 1 Chavana Spa. Bukan itu sahaja, hampir 55buah spa di seluruh dunia ini bermula dari Kepulauan Bali. Bukan sekadar spa, Mandara Spa turut menjual rangkaian produk mereka terdiri daripada minyak, losyen, mandian dan pelbagai lagi.
Mandara Spa memberikan pelbagai jenis urutan dengan beberapa pilihan minyak urutan yang diimport khas dari Bali. Pilihan Eca ialah : Balinese Mandara Massage. Pilihan Eca ne adalah salah satu daripada "signature massage" dari Mandara Spa. Menariknya, setiap sesi urutan akan dilakukan oleh dua orang terapi. Pengalaman baru bagi Eca dan secara jujurnya, sesi urutan dengan dua terapi sekaligus memuaskan hati Eca. Korang tengok gambar di bawah ini, empat jemari terapi sedang mengurut Eca. Tak dapat Eca katakan pengalaman baru ini sangat menarik. Terapi Mandara Spa juga merupakan terapi yang terlatih, so tak perlu risau mengenai teknik urutan mereka.
*SUMPAH, selepas kes tukang urut datang ke rumah beberapa tahun lepas, eca serik panggil tukang urut yang tidak terlatih tau, badan tambah sakit adalahhhh =.="
*SUMPAH, selepas kes tukang urut datang ke rumah beberapa tahun lepas, eca serik panggil tukang urut yang tidak terlatih tau, badan tambah sakit adalahhhh =.="
Selain Balinese Mandara Massage, korang juga boleh memilih urutan jenis : Shiatsu, Thai, Hawaiian Lomi Lomi dan Swedish. Pakej ini bernilai RM660 (sesi 1jam 20minit) dan RM415 (sesi 50minit). Untuk pilihan pakej Mandara Massage, dua terapi akan melakukan urutan ke atas korang ya! Ohya, sebelum sesi urutan dilakukan, semua pelanggan akan menikmati secawan teh halia agar angin dalam badan lebih mudah dikeluarkan semasa sesi urutan. Bukan itu sahaja, setiap pelanggan juga boleh memilih minyak urutan yang memberikan kesan berbeza iaitu Mandara, Spice Island, Harmony and Tranquility. Pilihan Eca : Harmony sebab wangian ini memberikan ketenangan serta menghilangkan tekanan. Sesuai sangat dengan tekanan yang Eca hadapi beberapa minggu ini.
Untuk pengetahuan korang, Mandara Spa yang terletak di Magellan Sutera Harbour ini mempunyai 12 bilik iaitu :
4 Double Spa Suites with Steam Shower and Outdoor Bath
2 Double Spa Suites with Steam Shower and Bath
6 Single Rooms with Shower
Untuk setiap bilik, "privacy" pelanggan adalah amat diutamakan walaupun adanya "outdoor bath", ianya masih agak tertutup daripada dilihat oleh orang lain. Malah, korang juga boleh melihat pemandangan indah dari dalam bilik tersebut. Macam bilik yang Eca dapat hari tu, tengok luar ja nampak lautan yang membiru...eh tenang terus hati tu!. Tak kurang hebat hiasan dalam bilik yang amat ringkas tapi menarik.
Selain daripada mendapatkan sesi urutan, sesi "facial" juga disediakan. Menariknya, setiap bahan yang digunakan untuk setiap sesi juga dijual di sini :
Antara rangkaian produk Mandara Spa & Elmis
korang juga boleh dapatkan produk-produk ini di laman sesawang timetospa/mandaraspa
antara pakej di Mandara Sapa lihat info ini : Mandara Spa Packaged
special untuk orang SABAH, dapatkan pakej Mandara Sapa Membership Programme berharga RM399 yang ditawarkan oleh Mandara Spa, Magellan Sutera Habour.
dengan apply membership ini, korang boleh dapat macam-macam tau! |
walaupun berharga RM399, korang sebenarnya dapat lebih itu tau. Berbaloi ke tidak apply membership ne?..Eca nak apply ne kalau ada bajet lebih..hihihi!
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Mandara Spa, Magellan Sutera Harbour :
Hubungi : +6088308720
Spa Website : http://www.mandaraspa.com
Hotel Website : www.suteraharbour.com
Facebook : https://www.facebook.com/MandaraSpaMalaysia/
Alamat : The Magellan Sutera Resort, 1 Sutera Harbour Boulevard, Kota Kinabalu, Sabah.
kalau korang nak tahu rasanya diurut oleh dua terapi sekaligus, apakata dapatkan segera pakej-pakej yang ditawarkan oleh Mandara Spa di seluruh Malaysia tau! (klik SINI untuk dapatkan lokasi Mandara Spa Malaysia)..Eca jamin, korang pasti akan suka seperti mana Eca jatuh cinta dengan teknik urutan dua terapi ini. Akhir kata, terima kasih Mandara Spa kerana sudi melayan Eca pada hari itu. Sangat-sangat puas hati dan paling penting, Eca akan repeat lagi berurut disini. Insyaallah =)
till next entry,
xoxo ecadwinkyasha~
Mandara Spa, Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah.
Mandara Massages | Shiatsu, Thai, Hawaiian Lomi Lomi, Swedish, Balinese
Mandara Spa Membership Programme RM399
19 Comments
Wah.....bestnya dpt berspa, mesti segar bugar tu bdn lepas spa..
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
Deletepeuwwww bru tgk ni pun mcm dpt rasa ketenangan kena urut tuu =D
ReplyDeleteiya babe..best sgt brurutttt ne
DeleteBoleh tahan juga bayaran dia ni..tp janji best..hehe
ReplyDeletenanti jom kita pergi spa..hihi..
ReplyDeleteentah bila dpt tpigi spa
ReplyDeleteWah bestnya...berspa sakan
ReplyDeletemenariknya pakej-pakej spa yang ditawarkan
ReplyDeleteWahh syoknya pergi spa..
ReplyDeletemak aku ada kedai spa.. best je sebab dapat mandi dalam tab sambil bau yang sedap plak tu. hehehe. scrub badan semua. hehe
ReplyDeleteWah bestnya berspa
ReplyDeleteMcm berbaloi utk dptkan pakej spa tu. Lepas spa mesti seluruh badan rasa lega.
ReplyDeletenampak berbaloi
ReplyDeleteSeronoknya berspa manjakan diri gitu
ReplyDeletebestnya kalau dpt berspa ni
ReplyDeleteAsalam blogers Sabah..hebatnya infor anda..very nice
ReplyDeleteWah bestnya...berspa bagai. Makin gojes la
ReplyDeletebest yer manjakan diri dengan berspa. bila la nak dapat ni.
ReplyDeleteTerima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*