Tempah Penginapan Mewah di Kota Kinabalu dengan Traveloka

Tempah Penginapan Mewah di Kota Kinabalu dengan Traveloka

Assalammualaikum.
Bila hari Isnin hingga Ahad kerja, langsung takde masa bercuti tapi dalam hati memberontak nak cutiiiiiii. Takyah gi jauh-jauh pun takpe, eca teringin rasa nak stay-stay kat mana-mana, menikmati nikmat kurniaan Allah SWT tanpa ada sebarang gangguan dari pejabat. Aduhhh, teringingnnya tapi kalau dapat pergi dekat-dekat je pun oke bak lirik “Apa guna pergi luar negeri, naik kinabalu, hati saya rindu!!. (kes meroyan lama tak bercuti)..hahaha~

Jumaat lepas, eca gi rumah client untuk ajar anak dia berumur 10tahun. OTW nak pergi rumah client tu, eca kena masuk Sutera Harbour sebab ruma client tu dalam Sutera Harbour Residency….bila lalu je entrance Sutera Harbour tu then Nampak pulak laut yang terbentang, ehhhhh geram rasa hati ne. Rasa nak checkin je kat Sutera Harbour Resort tu!!!..Bukan apa, dari hotel tu, fuhh memang terbaik. Nak tengok sunset pun view lawaaaa apatah lagi menjamu makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Tetiba rasa nak tengok harga sebilik berapa kat sini, kita tengok kat website Traveloka Malaysia  je lahhh! Ohya, meh eca nak share sikit pulak pasal Sutera Harbour Resort (kot-kot ada yang nak berbulan madu kat Sabah kannnnn!)


Sutera Harbour Resort

luas kan kawasan Sutera Harbour ne, spend 1 day pun rasa tak larat tu~

Sutera Harbour Resort terletak di antara pantai Laut China Selatan, berhadapan dengan pulau-pulau tropika dan kemegahan Gunung Kinabalu. Resort yang gah ini mempunyai keluasan sebesar 384 ekar. Oleh itu, ia berkemampuan menyediakan pengunjungnya sebuah padang golf dan beberapa kemudahan rekreasi lain. Senang cakap, kalau stay sini dah rasa macam tak nak pergi berjalan ke luar. Sebab dalam ni saja pun dah sangat best. Sutera Harbour ini terbahagi kepada dua jenis penginapan iaitu The Pacific Sutera Hotel dilengkapi dengan kedamaian resort The Magellan Sutera Resort. Secara keseluruhannya resort ini menawarkan sejumlah 956 bilik tetamu dan suite-suite keselesaan mewah. 



The Magellan Sutera Resort menyediakan sebanyak 456 bilik dan suite. Rekaan lobinya seperti rumah panjang yang mewah berinspirasikan seni bina penduduk asal Rungus Sabah. Dengan perabot kayu halus dan artifak kraftangan tradisional, resort ini menjadi kegemaran keluarga dan pasangan yang mencari percutian yang santai sambil menikmati pemandangan tropika Borneo. Selain itu, suite-suite juga didekorasi mewah dan menghadap ke arah pemandangan taman-taman indah. Korang juga boleh pilih suite yang mengahadap Laut China Selatan. 






The Pacific Sutera Hotel turut menyediakan bilik dan suite yang dihias rapi dan menampilkan gaya kontemporari. Korang juga boleh pilih sama ada nak pemandangan kehijauan padang golf atau nak pemandangan laut yang terbentang luas tanpa sempadan. Jumlah keseluruhan bilik dan suite Pacific Suter ini adalah 500 buah. Hotel ini lebih lebih digemari pelancong businessmen. Kedua-dua Magellan dan Pacific ini menyediakan swimming pool dengan keindahan yang tersendiri. Selain itu, di kedua-dua jenis peninginapan ini juga korang boleh enjoy romantic dinner dengan pemandangan sunset dan pantai. Untuk golfer pula, pasti tak berjalan ke mana sebab asyik nak pukul bola je kan. Yelah, padang golf dia ni dijaga dan dimaintain bersih, rapi dan cantik. Tak kira lah Magellan atau Pacific, janji nak stay di Sutera Harbour Resort ni ye.


Orang Sabah bila sebut pasal Sutera Harbour Resort, ramai yang rasa mahal bahhh pulakkkk!!..Terbantut gitu rasa mau “check-in” semalam…from Sabahan to Sabahan, apa bah guna kita ada teknologi smartphone semua, download tu apps Traveloka dan book hotel di sana!..meh eca gtau, yang Traveloka menawarkan harga murah berbanding website lain malahan lebih murah daripada kita terus ke kaunter…hah, dibuatnya masa nak pergi tu bilik dah fully booked, nangis tak berlagu lah korang!.Nasib ada Traveloka kan, senang dan paling penting harga berpatutan. Meh kita cuci mata pulak tengok beberapa gambar Sutera Harbour Resort :




Kalau korang baca dan tengok gambar je pun dah rasa best, cuba korang betul-betul stay sini untuk beberapa hari, confirm taknak check out dari sini. Hahaha. So, apa tunggu lagi? Bah, jangan kamurang kasi lama a,,kita book tu hotel secara online di website Traveloka Malaysia  seja.

Post a Comment

12 Comments

  1. Bila la akak dpt gi sabah

    ReplyDelete
  2. Tringin juga nak gi cuti2 d cne, slalu limpas2 jak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..pena juga p spa dia ne..spa dia best ooooo

      Delete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  4. sutera harbour mmg cantik! dapat lalu situ pun jadilah eca

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan?..tpi gik best kalau bermalam.

      Delete
  5. Belum tercapai lagi nak jejak kaki kat sabah.. Huhu..

    www.erazfadli.com

    ReplyDelete
  6. teringin nak stay sni jgk..tp tggu ada rezeki lebih dlu..hehe

    ReplyDelete
  7. bila laaa dapat naik flight ke sabah. tapi rancang hujung tahun ni.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah dtg ke sini.best Sabah ne.hehehe

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*