TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Kenapa Mama Cakap BODOH?

Assalammualaikum.
"bodoh" adalah perkataan yang eca elakkan untuk cakap lebih-lebih lagi bila ada anak-anak saudara eca yang kecik-kecik tu...bukan apa, risau dorang terikut-ikut cakap macam tu...tapi ntah kenapa hari tu, tetiba perkataan tu jugaklah terkeluar dari mulut eca.

ceritanya macam ne...Haritu ajak anak saudara eca, si Nurul Hasanah gi G-Mart beli barang dapur.OTW nak balik tu, tunggu la kat simpang keluar dari kawasan kedai tu.Tunggu turn keluar sebab masa tu ada kereta dari belah kanan...ai is pemandu yang baik kan, bagilah signal ke kiri...tetiba kereta yang dari sebelah kanan tu bagi signal terus masuk simpang.

Daku apa lagi, haruslah MARAH kan!..terus tercakap, "Kenapa kau ndak bagi signal bodoh???"
masa tu juga anak saudara eca cakap, "Kenapa mama cakap bodoh?"
erkkkkkk =.=" TERDIAM kejap weii, terus cakap kat anak saudara, "eh..mama cakap kenapa kau ndak bagi signal makcik?" ..dia balas lagi, "mama cakap bodoh"

gua dah senyum-senyum kambing dahhh..sepanjang dari rumah sampai selamat parking kereta, eca cakap kat dia, "mama tak cakap bodoh bha kakak...mama cakap, kenapa kau ndak bagi signal makcik"...ulang-ulang sampai selamat parking kereta dengan harapan dia tak ingat dan harapan besar dia tak akan inform sesapa.Sampai rumah, kemaslah barang-barang belian tadi...Tetiba dia minta eca masakkan maggi kari untuk dia.Sampai tunggu tepi pintu dapur tanya dah masak ke belum.Bila eca hidangkan dia, duduklah berdua kat meja makan sambil tunggu maggi tu sejuk sikit.Tetiba dia cakap kat mummy dia, "Mummy, tadi mama Ca cakap bodoh.Tidak boleh kan mummy cakap bodoh tu"

ne la dia budak yang bijak pandai tu...tak boleh sebut "BODOH" ye depan dia.


adoii anak, kenapa kau ingat!!!...mati-mati eca ingatkan dia takkan gitau sesiapa.Sebabnya eca da ulang-ulang tak cakap bodoh, siap masakkan maggi kari tuk dia tau!.Tetap juga dia ingat.ne kesan suka makan kismis minda ikut adik bongsu eca yang lelaki la tu.aish, terbukti berkesan untuk ingatan ye kismis minda tu..nak makan lah kismis minda, exam ada 11hari lagi ne.hehehe~

moral of the bebelan :
1) Jangan sebut perkataan yang tak baik depan anak-anak kecil.
    Contohnya : BODOH, GILA, BABI, PALUI dan lain-lain.
2) Makanlah Kismis Minda untuk ingatan yang lebih baik.
 ^-^
Nurul Hasanah & Nurul Najihah..jadi anak-anak yang solehah, baik dan bijak ya!

korang ada pengalaman macam eca ne?!
cuba share sikit~
 



Rak Kasut atau Kereta?!

Assalammualaikum.
sejak dah keja, sejak tu juga pandai menambah koleksi kasut, sandal, wedges, sejak ada kereta sendiri yang bulan-bulan kena bagi minum, sejak tu jugaklah daku rasa kereta daku dah jadi rak kasut daku...Dulu, ada sorang kawan penuh heels dia kat kereta..daku siap gelakkan..Bila jadi kat diri sendiri, baru PADAN MUKA ekau kan Asha!
 antara koleksi dalam kereta..tu belum masuk kat dalam bonet.eca rasa dalam bonet ada kasut sukan...*eh, daku pun bersukan jugaklah kadang-kadang*...wedges hitam tu harga tak sampai pun RM50.beli masa diskaun aje korang....kaler turqouise tu pulak harga asal RM75, beli RM50 jugak masa tengah SALE.dipendekkan cerita, daku asal je beli mesti masa SALE.penjimatan hebat katanya!

begitu banyak kasut daku beli, ada satu je kasut daku suka pakai, selesa pakai, senang pakai..
wedges bata kaler merah....selesa oke!...dulu asyik tengok kat rak kasut kedai Bata.
merata mata tengok tau...harga RM75....cakap kat diri sendiri, SABAR Eca, nanti beli jugak tu.
sampai Mama cakap, "Dik, sudah beli kasut yang di Bata tu?"...mampu geleng kepala.
sekali tu, Kedai Bata buat SALE, kasut tu harga RM57, daku apa lagi, rembat lah~
tapi lepas seminggu daku beli, harga dia RM80 tuk 2 kasut...demn!!!!
seminggu aje tau, kalau tahu...akanku kata pada hatiku supaya bersabar.
HAHA~

 *ramai orang puji kasut ne sesuai kat kaki comel daku*
~kembang semangkuk jap~

ada sesapa jugak macam eca ne?
kita geng~


Seminggu Lagi

Assalammualaikum.
ohyeahh, cuti sekolah hampir nak ke penghujungnya.Kalau tahun lepas, waktu-waktu camne eca tengah nangis-nangis sebab kisah cinta yang tak kesampaian sambil-sambil pecutan study tuk exam.Kalau diikutkan hari ne dah start exam kitaorang, tapi ntah kenapa kena TUNDA kononnya p bulan Januari...memang hadiah hari jadi datang awal buat daku.

since kitaorang memang takde cuti macam cikgu-cikgu sekolah, takde la istilah CUTI HUJUNG TAHUN...memeraplah kat opis tu.Macam last week, tinggal beberapa orang je kat opis.Memang tak nampak le beberapa orang tu duk opis...start enjin keta, JALAN...gi sarapan kat McD, lunch kat Alamesra, jenjalan 1B....tu lah rutin.Last week, before cuti Krismas....eca gi hantar tesis proposal *ohyeah, gembira gilak bila sudah hantar!, agak tinggi diri dengan kawan-kawan jap...hahaha*....Lepas hantar proposal kat UMS, terus gi lepak 1Borneo dengan kenkawan opis yang sorang tunang orang, yang sorang bapak orang...eh, janganlah anggap kitaorang asyik keluar je.Sebenarnya, kitaorang saja menghabiskan waktu terluang.Memandangkan next semester jadual semua PADAT...takde masa nak lepak-lepak 1B lag, so nikmatilah sisa waktu yang ada.

seminggu ne je lagi masa relax-relax.Nanti student dah masuk, tak de ekau nak relax-relax dah.relax pun mesti dihantui banyak kerja.Bayangkan minggu pertama je ada sesi pendaftaran & Minggu Suai Kenal pelajar baru...konfirm lah selain tugas hakiki seorang cikgu, ada lagi tugas lain...dah biasa dahhhh,dah enam bulan keja kat ILPKK ne...masuk minggu kedua, eca dah start exam pulak...adoi, nak amik cuti tu senang, nak cari orang gantikan kelas tu...agak susah hati sebab semua pun sibuk je dengan kelas masing-masing...so, sebelum mula sesi kuliah, kenalah cikgunya ne sediakan TUGASAN tuk anak-anak...

seminggu yang tinggal ne lah kena prepare semua supaya next week, boleh bernafas dengan senang hati.supaya next weeknya pulak boleh bercuti dengan tenang, supaya masa exam takde orang cari daku tanya pasal kelas and so on.seminggu lagi, moga anak-anak dah sediakan peralatan belajar...jangan lah cari alasan takde duit beli pen, kertas semua tu..sebulan lebih kot cuti, tak percaya kalau budak-budak ne cakap dorang tak kerja.KONFIRM gi buat kerja sambilan tu!!!.Hopefully perangai dorang tak menjadi-jadi sepanjang cuti sekolah ini.



dulu masa zaman sekolah rendah/sekolah menengah, perkara paling eca suka bila buka sekolah ialah
KASUT BARU, BAJU BARU, BUKU BARU, SEMANGAT BARU,...korang pulak?

Resepi Ayam Masam Manis

Assalammualaikum.
lama tak update blog, rasa nak share beberapa resepi....dulu rajin masak, sekarang rajin hulur duit kat kedai makan!.haha~

resepi ayam masam manis gambar ayam masak masam manis

Resepi Ayam Masam Manis

Bahan-bahan :
  • Ayam *goreng dengan sedikit tepung kanji
  • Timun *potong dadu
  • Nenas *potong dadu
  • Lada *optional kalau nak pedas-pedas
  • Bawang Merah+Bawang Putih *tumbuk halus
  • Sos Plum
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Air,Garam,Secukup Rasa,Minyak

Cara masak :
  • Ayam tu goreng dengan tepung kanji biar sampai kekuning-kuningan
  • Tumis bawang biar bagi wangi satu taman.
  • Masukkan sos plum, sos tomato, sos cili..takyah banyak sangat yer!
  • Tambahkan air dan kemudian masukkan timun,nenas,lada merah
  • Then, masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Bagi pekat sos, campurkan garam dan secukup rasa ikut selera tekak korang
  • sedia dimakan dengan nasi putih.

kurang 30minit je masak..siap satu hidangan...sesuai sangat makan dengan nasi putih panas-panas,konfirm la tambah nasi dua kali kan?!.ngeeee...dah dah, gi sedia bahan & masak :)


errr, makcik...saya habis belajar lagi 6 bulan kot! #hintsejabhadulu.

Adat ooo Adat

Assalammualaikum.

beberapa hari yang lepas, BF hantar satu whatsapp yang mengejutkan tapi buat eca ketawa tak ingat dunia...sumpah, masa baca tu...rasa macam nak hempuk-hempuk encik cintahati.Masa tu, eca baru habis tengok ceta Tagalog TV3...urm, whatsapp tu bunyi macam ne :-

"Yang betul kah...? Bilang kwn... Adat bajau kawin, wang hantaran tu kira tiang umah?Hehehe...Tiang umah yayang ada berapa?"
bilang = kata = cakap


Daku apa lagi, suka sangatlah soalan beliau ne.Terus tanya, "tiang rumah mana?yg di Kudat, KB, KM atau Telipok?!...hahaha.Sesaja tau menambah sakit kepala encik cintahati.hikhik ^-^
Tapi yang sebenarnya, suku kaum bajau KB, takde pun adat-adat macam tu.Kira tiang rumah segala, dibuatnya rumah aku takde tiang, acaner nak bagi wang hantaran?!...kawen preeeee lah ne?kuikuikui.Eca pun ada tanya kat whatsapp group family..ada ke tidak adat-adat macam tu.Anak sedara cakap, tiada adat-adat macam tu.Kaum murut kot kata anak sedara, tapi bila tanya kawan, lagilah takde adat-adat macam tu...so, kira tiang tu adat sapaaaa?!.ke adat korang buat sendiri.Kalau camtu, bila daku ada anak sendiri, nak request kat encikcintahati, nanti kita kawen, nak buat rumah tiang seribu boleh?!.kekekekeke,mataduitan betul dak eca ne.


Bila cakap pasal adat ne, kadang-kadang rasa menyusahkan juga.Yela, ada antara adat tu sudah tidak releven pada zaman globalisasi ini.So, dari kita je nak ikut ke tidak kan?!..Kalau yang rasa masih berbaloi, tak salah nak ikut.Tapi kalau dah menyusahkan, tak yah lah!.Contohnya, adat sebelum kahwin, pengantin tak leh pijak tanah.Dibuatnya tandas rumah ko di luar, acaner?!..takkan tak mandi sampai majlis kahwin kan. *eh, ada lagi ke orang buat tandas kat luar rumah zaman camne?*

Ataupun, adat bagi kerbau tuk pengantin perempuan.Dibuatnya bakal pengantin lelaki jauh, camne nak bawak kerbau tu?!...aish, melalut betul da eca ne.Sebenarnya nak cakap, adat yang baik, kita buat.Yang tak baik, takyah buat.Bukan membelakangkan adat, tapi nak mudahkan majlis bina masjid kan?!...

Macam kawan seopis cakap, "Ikut adat, nak kawen kena ada duit.Tapi, menurut Islam, nak ada duit, kena kawen"...pendek kata, jangan sampai adat ke mana, majlisnya ke mana.pendapat korang pulak?!

Kebaikan Minum Air di awal pagi.

Assalammualaikum.
*tak jawab dosa,hihihi~*

bangun pagi-pagi aje, cari air.Macam dah jadi kebiasaan pulak.Sebelum & Selepas tidur habislah air dalam botol air 500ml tu.Lepas beberapa minit, terus jadi tetamu tandas.Laju betul pelawasan...tu pasal kalau petang-petang jam 6-7 tu, tak kisah makan banyak, esok pagi konfirm buang!!!

Memang tak dinafikan minum air di awal pagi ne bagus sangat.Lebih-lebih lagi bila bangun terus minum air...maksudnya tak gi mandi dulu, tak di gosok gigi dulu.Senang Hati la pelawasan oke, tapi kurusnya ntah bila!.hahahaha..jom kita baca kebaikan minum air di awal pagi :


Bila pagi-pagi dah cari air, haruslah air dah sedia awal-awal kan?...selalunya air dalam bekas air besar tu..malas pulak nak p amik gelas lagi, nak tunggu air dalam gelas penuh...aish, dasar pemalas betol budak eca tu, *moga bakal-mak-mertua tak reject!..hahaha~*...Tapi sekarang jadi lebih mudah, bila encik Boyfriend yang macho & handsome tu tolong belikan botol air Tupperware yang comel sangat tu...minta yang lain, beli yang lain...takpe la sygku, asal ada botol air tu, sygmu ne bersyukur sudah.Stok air bebanyak dalam botol, masuk dalam fridge, bila nak minum tinggal buka fridge je.Setiap malam sebelum tidur kena pastikan air dalam botol semua telah diisikan air.hehe ^-^




meh meh nak cakap pasal promosi Eco Bottle Tupperware untuk bulan November ne :

Eco Bottle Flip Top 1.0L  - RM59 (Sabah/Sarawak)
Eco Bottle 750ml - RM49 (Sabah/Sarawak)
Eco Bottle 500ml - RM37.40

Setiap promosi tu, sebenarnya ada 2 botol yer...so, kiranya RM29.50 untuk setiap 1botol.Murah kan?lebih-lebih lagi botol berkualiti...takdela kalau jatuh terus pecah macam botol plastik yang lain.so, kalau korang berminat nak beli dengan harga kasih sayang, sila hubungi nombor berikut :

whatsapp/SMS = 0148594953
atau kalau nak terus jadi member, boleh terus hubungi = 0128370031 (Lan)
Jangan risau, korang akan dilayan & diberi penerangan dengan baik & jelas.
cuma, mohon jangan diurat mahupun rela diurat oleh pakcik tu!.hihihi.
so, tunggu apa lagi!..contact awal-awal untuk harga penuh kasih sayang >,<


Jeruk Epal AsamBoi

Assalammualaikum.

Semalam penuh timeline fb eca dengan jeruk asamboi,,,gilerr tak terliur..meleleh aje tidak air liur tu!So, menggagahkan diri p beli bahan kat kedai berhampiran...senang je tau buatnya!!Budak sekolah pun boleh buat sendiri..

BAHAN-BAHAN :
1) Epal hijau (guna mangga lagi sedap, tapi eca tak makan mangga)
2) Asam Boi
3) Gula
4) Cili padi

CARA BUAT :
1) Cuci epal & potong dadu.
2) Letak dalam bekas sekali dengan asam boi
3) Gunting cili padi tu dan masukkan ke dalam bekas.
4) Tabur 1sudu gula dan gaulkan sebati.
5) Simpan semalaman dalam peti ais.

Dah simpan semalaman tu, bolehlah melantak jeruk epal tu.Bila eca upload gambar jeruk tu kat instagram (boleh follow ig eca : ecadwinkyasha), opismate plak suh bawa gi opis...tak sangka dapat sambutan.Tadi kat opis, kawan hulur duit suh beli epal & buat tuk esok....harap-harap rasa sesedap yang hari ne punyerrr,hehehe.

So, makcik...boleh kot masuk meminang anytime!....*larikkkkkkkkkkkkk*
Sila jeleskan diri sendiri tengok gambar kat bawah neyh ::

Balik Kerja : Tepat Waktunya atau tidak?

Assalammualaikum.

salah satu benda yang eca suka tentang tempat kerja & waktu bekerja eca sekarang ialah
i. Rumah ke ILPKK cuma mengambil masa 15-20minit (bawak keta 60km/j, tak tipu oke?!urm,tipu sikit je sikit oke?!)
ii. kerja bermula pukul 07.30pagi & berakhir pukul 04.30petang.HEAVEN tul balik kerja 0430petang...tak berapa nak jammed lagi.

persoalannya, kalau waktu balik kerja..perlu tepat 0430petang ke tidak?!...Kitaorang kat opis, memang On-Time kalau balik.ngeee ~.~ Tidaklah hari-hari 0430petang terus keluar opis, selalunya 0435 gitu, turun gi bawak tuk punch baru gerak balik.Bagi eca, memang tak salah nak lepak-lepak lepas habis waktu kerja, cuma tak bolehlah selalu.Bukan apa, kita kena On-Time sebab banyak hal kena fikir.hikhikhik *alasan*


Memang betullah bila balik keja tepat waktunya, banyak kelebihan.Tapi macam orang bujang macam eca, duk sorang, dengan family jauh, tambah lagi BF jauh *nak juga mention BF keja jauh*...boleh aja balik lewat..Tapi memandangkan kawasan tempat tinggal eca tu parking tak banyak, eca kena balik awal supaya dapat parking yang diingin.Haruslah laju-laju supaya dapat parking, kalau tak menangis tak dapat masuk parking...Lagipun, kalau balik lewat contohnya keluar office jam5..menangislah jalan jammed oooo.perjalanan 15minit jadi 30minit.uwaaaaa T___T"

tu pasal kita sebagai pekerja yang berdedikasi, HARUSlah balik keja tepat waktunya yer! =)
korang pulak camne, balik kerja awal ke tidak?!....

Malu-Malu Tapi Mahu

Assalammualaikum.

Pernah terjebak dalam situasi korang nak sangat tapi korang malu-malu, dalam kata yang lain...tergedik-gedik kata tak nak tapi dalam hati sebenarnya nak.fuhhh, kemain intro!.haha.Tapi, selalunya kita macam ne kan?...nak sesuatu tapi malu-malu.kisahnya, daku pun gitu juga.Kata TAK NAK, TAK SESUAI,...merendah diri pulak.dalam hati, "nak nak nak!"...*silajanganbayangkandakutergedikgedikcamtu*..contohnya : korang jatuh hati dekat seseorang yang care sangat dengan korang, tapi malu-malu nak tahu perasaan tu....

Yelaaa, kadang-kadang bila orang terlalu baik dengan kita, kita mesti rasa macam, "dia ne ada udang disebalik batu neeee"..Tak Baik buruk sangka macam tu, tapi selalu terjadi macam tu kan?!..Kadang-kadang bila ada orang yang care dengan kita, kita mesti rasa, "eh, dia ne sayang aku ka atau just caring seorang rakan kepada rakan, care seorang abang kepada adik"...selalu jadi macam tu.Apatah lagi bila orang tu adalah rakan sekelas mahupun rakan sekerja.dalam hati cakap, "agak-agak dia suka kat aku tak?"

Terus jadi tanda tanya kan?!....keliru tu haruslah!!!..macam bodoh je kalau takde perasaan macam tu kan?!.Ibarat orang mentertawakan ko, ko ikut ketawa sekali. =.="
Dari terus jadi tanda tanya, baik kita tanya terus kan...malu bertanya sesat jalan kata Cikgu BM *macam merujuk kepada diri sendiri je tu.hikhikhik*


kesimpulannya, JANGAN MALU BERTANYA walaupun korang sebenarnya MALU-MALU KUCING....paling senang, tanya dalam nada bergurau atau bagi dia buat pilihan.Demi masa depan juga kan, kalau korang malu-malu...perasaan tu sampai bila pun korang akan pendam dalam hati...Kalau korang dah tahu jawapan pada soalan hati tu, kan lebih mudah.Takut apa yang korang harapkan tidak seperti diharapkan, naya hati tu..lagi sakit sangat.

...dan sebenarnya, daku pun malu nak tanya.Tapi malu sampai bila, takkan nak tunggu sampai habis study, ke nak tunggu sampai dia mengaku dia just anggap kita adik ke, kawan je ke...kan kan.

Beranikan diri dan tanya, "Hby syg kucing hby ka syg yayang?"....
nasib dia jawab, "syg yayang lebih".
rasa macam nak hempuk-hempuk dia aje....NAPA TAK CAKAP DARI DULU?!...takde la buang masa dengan lelaki lain, kan kan kan?!....tapi, oke lah, biar lambat dari tak tahu perasaan tu camne.erk?!


doakan baik-baik aje.
bak kata dia, "mudah-mudahan jodoh berpanjangan antara kita".
#senyumlebar.

Wanita Istimewa by Feelhoney

Assalammualaikum.

Feelhoney kenal tak?..maybe ramai lagi yang tak kenal...Tapi kalau eca sebut nama Mr Bie, konfirm ramai orang KENAL...kalau tak kenal, memang korang bukan kaki youtube.Ce g youtube, search nama Mr Bie (vitaminbie)....sila dengar semua parody beliau yang superb terkesan dihati.meh la, kita dengar satu parody beliau yang eca suka sangat dengar....


*ehem ehem..boleh tolong nyanyi tuk yayang? =P

oke, nak ceta siapa tu Feelhoney...Feelhoney ne kumpulan nasyid yang dianggotai oleh Mr Bie, Amin, Matt, Kimo dan Anip.Untuk album Wanita Istimewa ne, semuanya ada 7 lagu iaitu Wanita Istimewa, Bukan Kekasih Biasa, Curang, Cinta Jarak Jauh, Merindukanmu, Doa Terakhir, Sekadar Lelaki Biasa dan 10 Sen...lagu kegemaran eca?...semua sekali, tapi kalau lagu Wanita Istimewa, Curang, Cinta Jarak Jauh (yela, dah dok jauh dari family..sesuai sangat lagu ne!!hehehe), Merindukanmu dan Sekadar Lelaki Biasa. Oke, bagi korang dengar teaser lagu-lagu dalam album ne yer....KLIK SINI.

dah dengar?...nak beli kat mana CD Feelhoney ne,...jom baca cara pembelian dibawah ne ye :
Bagi yang ingin mendapatkan CD album ini, senang saja..emelkan:
-NAMA
-NO TELEFON
 -ALAMAT
-JUMLAH TEMPAHAN
-BUKTI PEMBAYARAN (bank transfer, atm dll)

Ke emel:
kamifeelhoney@gmail.com
Atau PM kami di facebook fanpage www.facebook.com/feelhoney
HARGA ALBUM :
Semenanjung Malaysia RM 20.00 (+rm6 kos penghataran poslaju ) : Rm26.
Sabah/Sarawak : RM 20.00 (+rm10 kos penghantaran poslaju) : Rm30.
______________________________
2.Boleh juga dapatkan album ini secara muat turun (akan dihantar terus ke emel anda)
HARGA 'Muat Turun' ALBUM - : RM18
HARGA 1 LAGU 'Muat Turun' - : RM 3/satu lagu kegemaran anda
Cara pembeliannya, emelkan :
-NAMA, -NO TELEFON, -EMEL, -LAGU PILIHAN (Bagi yang ingin membeli lagu tertentu sahaja) dan -BUKTI PEMBAYARAN (bank transfer, atm dll)
Ke emel :
kamifeelhoney@gmail.com
 PM kami di facebook fanpage www.facebook.com/feelhoney
Sebarang pertanyaan boleh terus pm kami di www.facebook.com/feelhoney

  terus beli 2, satu tuk eca...satu tuk Cik Fazihah.
terus letak dalam keta, tiap pagi p kerja dengar lagu ne sambil drive sambil ikut nyanyi walau kelaut.
so, apalagi, gi beli cd album mereka ne yer.....jangan malu-malu  nak PM Feelhoney dekat fb, konfirm korang akan dilayan dengan baik & mesra...opss,jangan lebih-lebih sudah ya, mentang-mentang ahli-ahli Feelhoney ne macho-macho semuanya!

takbosan dengar tau, lagu menusuk kalbu.
keep up goodwork...keep up dakwah via your music.
*-*

Wallpaper Laptop Baru

Assalammualaikum.

Wallpaper Laptop Baru....ne nak cakap pasal wallpaper baru ke laptop baru eh?confuse penulis blog ini...muahahaha.Kita cakap pasal WALLPAPER Laptop dulu yer sayanggggg.wallpaper tau dok?Bukan rumah je ada wallpaper, lappy pun kena ada....wallpaper a.k.a screen background yer.

comel tak? *puji wallpapersendiri pulopppp*
camne nak buat ne?...jom tengok tutorial...

First, korang kena cari DESKTOP ROOM WALLPAPER/ ROOM BACKGROUND FOR DESKTOP atau apa-apa je yang related yer.....then, SAVE IMAGE tu....pastu, dah boleh gunakan kat laptop korang...Susun setiap folder cantik dan sekemas yang mungkin, sedap mata memandang.
ohya, camne nak buat setiap folder tu takde nama?...yang tu nanti eca tunjuk yer =)


*-*

bila hari jumaat, baru dapat mengarang tuk entry blog..hari ne je free sebenarnya kat opis :)

Day 3: 3 songs

Assalammualaikum.
dah masuk hari ke-3 untuk cabaran ini.Untuk hari ke-tiga ne, kita kongsi pasal 3buah lagu kegemaran eca, eh antara 3 buah lagu kegemaran eca sebenarnya...jom sama-sama dengar yer!


Hadapi Dengan Senyuman-Dewa19
Lirik lagu ne boleh memotivasikan diri sendiri tau....like seriously, memang sesuai sangat dengar masa tengah down, rasa nak nangis-nangis, putus asa ......tu pasal eca suka dengar, mesti cair dengar lagu ne..terus tersenyum kembali..... "Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi...hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja."




kau tahu kusuka kamu, kutahu kau suka aku.
eh,yeke?!...tak tahu pun.kalau suka cakap je suka kan?...
Kalau tak suka, takkan daku nak paksa pulakkkkkkkk.hikhikhik.


Sebelum Kau Tidur - Mocca
Lagu yang eca dengar sebelum tidur...konfirm tidur dalam senyuman....sambil-sambil teringat lirik lagu ne, "sebelum kau tidur, ingatlah padaku".....oke, kawan saya cakap saya angau, itu tipu. =P


day 3...DONE.
esok, ceta apa pulakkkk =)

Day 2 : 2 Films

Assalammualaikum.

yeah, masuk day 2 dah!..kita cerita pasal filem...eca ne bukanlah kaki wayang sangat.Ikut mood dan ikut duit.muahahaha~...Dulu masa degree, ikut je kawan-kawan pergi tengok,melayan kengkawan katanya...Bila dah kerja ne, pergi tengok wayang melayan adik-adik.Takpe, bukan selalu ponnnn.So, apa dia 2 wayang yang jadi pilihan eca neyhhhh......


Movie terakhir yang eca masa bulan puasa lepas...dan sebenarnya eca tengok dua kali....tamak gilerr kan?!.Actually, ada cerita dia.Eca dah janji dengan Cik Fazihah nak tengok movie ne.Tapi asyik tangguh-tangguh aje.So, hari tu adik lelaki eca pulak datang rumah eca.Temanlah dia gi tengok wayang ne.Masa tu, lupa nak ajak Cik Fazihah pulakkk..So, menunaikan janji, eca pergi jugak tengok sekali lagi.muahahaha...Tak Rugi jugak sebenarnya, sebab ceta ne BEST..Apalagi tengok kecomelan bumblebee =)  ps : SORRY Faziiiiii, aku lupa bawa ko ari tu dan SORRY sebab tertidur masa wayang sedang berlangsung..mesti ko rasa lonely kan?!.muahahahaha =P


3 Idiots ne, antara filem yang eca suka..semua perasaan ada dalam filem ini.Persahabatan, percintaan dan kekeluargaan, yang paling penting minat belajar tu.Banyak pengajaran dalam filem ne dan rasanya bukan eca sorang yang minat cerita ne kan?!...cepat mengaku weiii!

2 filem pilihan eca..kita sambung esok dengan 3 lagu pilihan eca yer.
#day2 DONE :)
rujuk entry ini kalau nak buat entry ini.

Day 1 : 1 Picture

Assalammualaikum.
10 Days Challenge #day1.

nampak tak perbezaan?hahaha...rasa BANGGA sangat kat diri sendiri,walaupun sikit je sebenarnya turun.Eca still rasa kalau kita hendak buat sesuatu, pasangkan niat dan bertekad.
oke, lepas ne diet balik...cabar diri sendiri ya Asha =)


10 Days Challenge, rujuk entry ini.

10 Days Challenge

Assalammualaikum

eca tetiba aje rasa nak join segmen-segmen yang tengah HOT..then,ternampak pulak satu 10Days Challenge ne..sangat menarik untuk dikongsi yer..jom tengok dulu :


eca jumpa masa blogwalking kat Blog Sally...so, jom kita beri komitmen dalam cabaran ini ye.
p/s : entry teaser lagikkk,cari balik semangat berblogging.Rasa macam berbulan tak menulis di blog.

Lulus & Teruskan Perjuangan

Assalammualaikum.

lama tak menulis, kadang-kadang kekok nak mulakan bicara.Bukan sepi takde idea nak update belog tapi sepi sebab sentiasa sibuk + malas.ikutkan hari-hari nak update belog tau!...Selalu singgah belog kawan-kawan pun jadi silent reader aje.maapkan daku tau!..keje mengedit bagai pun macam mood kelautkelangit sangat =.="

So, sebenarnya nak kongsi result semester lepas yer.Semester lepas dugaan tak banyak tapi busynya banyak.Semester lepas ada projek #cintapulaugaya...eh,bunyi macam cinta sangat!..Eca ceta lain entry boleh?..sekarang nak ceta pasal result...ce tengok gambar dibawah ::





Alhamdulillah, biarpun tak 4flat, eca bersyukur dapat kekalkan result semester lepas.Janganlah bawah 3.67 yer sayang...takut ada nanti yang tak konvo-konvo pulak.hikhikhik...lagi dua minggu kuliah bakal MULA..ohya, geng ayampenyet eca pun dapat keputusan yang memberansangkan.Alhamdulillah semua.

selamat datang semester 3,
semoga yang baik-baik sahaja...semoga semuanya akan jadi nyata.

CD Fynn Jamal, akhirnyaaaaaaa!

Assalammualaikum.

yeah,akhirnya dapat juga CD Fynn Jamal...itupun TERPAKSA beli online...nak buat camna, kat Sabah takda JUAL CD tu...eh, bukan takde tapi ntah macam sentiasa habis stok ke apa kat SPEEDY tu...tiap-tiap minggu tanya cakap dah habis, belum sampai stok...sampaikan eca terpaksa tinggalkan nama & number phone kat budak jaga SPEEDY.

Berbulan-bulan tunggu, akhirnya jumpa juga website jual cd tu.kat mana?!..HIHIHIHI.






ps : Nanti eca review website tu yerrrr.ini entry TEASER sebab Miss Ashah nak masuk kelas dulu yerrr. :)

Boyfriend & his Girlfriend.

Assalammualaikum.

kekadang kan eca rasa macam tak tahu camna nak 'LABEL'kan lelaki-lelaki ne.like seriously asyik nak tanya je kat si dia, "awak suka ke mainkan hati perempuan?"...dia ada GF lain, memula macam boleh terima siap kata dalam hati, "ala, kawan-kawan jak kali..main-main panggil syg-by"..fikir camtu lah, sebab eca dengan kawan sekelas eca ada yang macam tu, gelarkan diri "hubby-yayang".Tapi, si dia & perempuan tu lebih-lebih pulak.

Memula, taknak ambil kisah...tapi bila nampak da pompuan tu post macam-macam, mulalah hati rasa TAK TAHAN.huhuhu..tanyalah elok-elok kat si dia,"S*** dengan budak tu, betul-betul ke main-main?"...dia jawab, "Jumpa pun tak pernah, macam mana nak cinta?..giler la tak jumpa tapi cinta"...eca terus fikir,..eca dulu dengan exbf yang bapa reject pun tak pernah jumpa, tapi cinta gila juga.Tak mustahil kan, bila bercinta takpernah jumpa WUJUD juga rasa CINTA...bila si dia cakap lagi, "S*** dengan dia cuma kawan dalam phone jak, kita ne serius kan?..Dah selalu spent masa sama-sama.Janganlah risau, takda apa-apa pun dengan dia"...Semakin si dia cakap macam tu, makin pula pompuan tu eca rasa menggedik post-post status BAHAGIA berdua....(walaupun tak pernah jumpa =.=")

Sebab cemburu eca kan, selalu jadi pergaduhan.Selalunya, bila si dia jauh kat sana (ala, outstation je ke Sandakan).Sometimes, boleh sabar tau!!!.Cuma bila tengok status pompuan tu, siap cakap orang PERAMPAS, PENCURI, JANGAN KACAU PACARKu....Makin sakit hati sangat-sangat.ala, pompuan mana takde rasa cemburu, sakit hati kan kan kan?!....makin hari, makin sakit.Eca ambil keputusan BIARKAN & TINGGALKAN...kalau cinta, nanti dia akan datang semula kan kan kan? (taknak berharap, tapi kalau datang semula...tengoklah kalau hati masa sama!hahaha)

pening bila dia cakap, "FB tu memang ada, tapi dia yang pegang.Password pun tak tahu"..ada eh macam tu?!..hahaha.(rasa SUCI je bila percaya bulat-bulat kata-kata tu, sebab sayangkan dia, daku percaya 10% je)...tu pasal, orang selalu pesan, BILA SAYANG,JANGAN SAYANG SANGAT.NANTI MELAYANG, KAU JADI GILA BAYANG.

Bila fikir isu ne, mulalah rasa taknak makan, takdakmood nak makan, takdapat tidur lena.mulalahhhhh, giler a fikir pasal cinta.KAN?!..kan bagus kalau da berkenan, takyah cinta-cinta, TERUS MASUK MEMINANG, boleh? (eca is serious)


dari terus fikir si dia yang ada GF lain,
cari BF lain lagi senang kan?!....
tunggu-tunggu-tunggu pun
macam gaya dia taknak lepaskan pompuan tu.
huhuhu~

Gaza diserang lagi!

Allahuakhbar allahuakhbar allahuakbar.
Dalam meraikan kemenangan Germany ke atas Brazil....kita dikejutkan pula dengan serangan Israel ke atas Gaza...sungguh kejam, dibulan puasa ini, dugaan menimpa penduduk Gaza.

Sebagai umat Islam, marilah kita berdoa untuk saudara kita disana...agar mereka terlindung dibawah lindungan Allah SWT...mari sama-sama kita baca Qunut Nazilah sebagai satu doa buat mereka.

Yahudi merancang, Allah menentukan..semoga doa kita didengar Allah SWT.

berpisah juga akhirnya!

Assalammualaikum.

sungguh perpisahan itu bukan eca yang pinta, tapi perpisahan ini perlu demi masa depan yang cemerlang, terbilang dan gemilang....dan engkau da KENAPA eca?!..hehe.meh meh nak story kat kome-kome semua, kawe dah berhenti kerja di tempat lama..yer, selepas setahun dua bulan bekerja disana.
 agak-agak dorang rindu tak Cikgu Ai Sha dorang ne?!

Banyak kenangan pahit-manis-masam-tawar eca alami disana.Nangis, konfirm la.Sebenarnya, eca memang nak berhenti selepas murid-murid eca HABIS UPSR.taknaklah tinggalkan mereka  tergapai-gapai..dah sebati kan dengan Cikgu Ai Sha dorang ne.nak dua bulan lagi UPSR ada cikgu baru pulak.Sepanjang eca disana, memang banyak sangat peningkatan murid-murid eca...ada yang dari sukar nak bina ayat, dah reti bina ayat....tapi nak buat camna, eca berhenti kerja untuk kerja yang lebih baik.....

sebenarnya, eca dapat tawaran kerja Pengajar di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu...tapi bukan sebagai penjawat awam TETAP..i'olls KONTRAK je.kontrak 3bulan, kalau tunjukkan prestasi baik,insyaallah diteruskan lagi kontrak tu.*harap-harap kontrak berterusan, ai kan baik (masuk bakul angkat sendirikkkkkk)*

minggu ne KELAS belum MULA..so, a bit free.Tapi kena lah sediakan Rancangan Pengajaran dan bahan-bahan.Actually, benda tu semua da ada..cuma tunggu nak PRINT aje lagi.Tak reti nak guna printer canggih sini u'olls.kena tunggu senior-senior dulu yerk.Tapi eca dah masuk kelas relief, gantikan cikgu yang bercuti.SO far, oke-oke lah yer!!!.Eca ngajo nanti budak-budak Kolej Vokasional maksudnya lepasan PMR.Dorang tu ambil Diploman 4tahun, dah tak duduk SPM lagi.So, tu yang ada subjek-subjek teras.

ehemmm, eca ajar apa eh???...ajar mengurat boleh?hikhikhik <--- SOLEHAH gelak camne tau!!!!
eca ajar subjek Bahasa Melayu & Sejarah...mesti cikgu BM eca tersenyum-senyum.SEJARAH?!..janganlah cikgu sejarah eca ngucap panjang yer...budak asha ne dalam kelas membuta aje kejanya masa sejarah =.="

next week dah mula kelas, dah mula jumpa students, dah mula ngajo ye Cik Asha.sila-sila bertabah untuk 3bulan akan datang.doakan eca!

tau COMEL, tak yah cakap a..ai malu~


kepada PELAJARku,
boleh jangan panggil saya PUAN,
saya tak kawen lagi, tunggu orang masuk meminang,
cepat-cepatlah eh makcik!~

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

Assalammualaikum.


alhamdulillah, kita bakal bertemu Ramadhan lagi dua hari.Sungguh cepat waktu berlalu tanpa terduga.Lepas Ramadhan, insyaallah ada satu majlis menyusul di rumah eca..ehem, majlis kami! *jeng jeng jeng*...dah dah, sebelum fikir apa-apa, mari kita pasangkan niat puasa dalam bulan ramadhan ne yerrr

niat puasa


Tanamkan niat agar puasa kita lebih diberkati, lebih afdal dan lebih menyedarkan kita hikmah puasa ini....lepas puasa, tiba waktu berbuka...baca doa dulu yerrr....



Semalam eca gi kedai, nampak dah kurma bisik-bisik Yusoff Taiyoobbb dah mula dijual..mari la rembat sekota dua kan, afdal berbuka dengan buah kurma ne.Banyak khasiatnya gitu *-*

ohya, jika tahun lalu....most of the days, eca berbuka dalam bas...tahun ne insyaallah akan berbuka di rumah sendiri.Alhamdulillah...sebabnya eca dah mula kerja baru Selasa depan..waktu pejabat 07.30 - 04.30 rasanya...tempat kerja baru walaupun dekat sikit dengan rumah, terpaksa jalan awal sebab tumpang si abang & si ipar pergi kerja.Belajar meredah jem nenas la pepagi yerrr..kekeke~

please, boleh tak SAHUR ikut waktu Perlis, BERBUKA ikut waktu Sabah?!.kidding ^-^

till then,
happy fasting
may our Ramadhan make us a better person,
insyaallah.

Bola Buat Orang Jadi Gila #gilabola

Assalammualaikum.

demam #gilabola kian melanda sejak beberapa hari lepas.Habis timeline FB & Twitter penuh dengan hashtag #gilabola #worldcup #brazil2014 #spaindahbalikkampung #englandpundahbalikkampung #eh,apaakumelalutne?!...nampak sangat kan gila bola.Walaupun bukan peminat World Cup, eca tetap ambil tahu juga pasal World Cup ne.Yelah, perlawanan berprestij tinggi ini hanya diaadakan 4tahun sekali.

Bak kata Joe Flizzow dalam lagu #gilabola, 
        Everybody gembira bila game mula, pakai jersey cap muka kibarkan bendera....

face painting for spain, but spain is home oredi =.="


Itu baru FACE PAINTING, musim #gilabola ne memang kita akan jumpa banyak lagi kegilaan.Contohnya, CUTI SAKIT yang berlambak, Mata panda tetiap hari..the most worst yang eca alami sendiri, student suggest buat karangan pasal World Cup =.=", budak sekolah yang baru tahun 6 tu pun tahu banyak pasal World Cup...adedede,kalah cikgu!!!Memang betullah, dari nenek ke cucu jadi tontonan keluarga, Dari office office hingga sekolah sekolah, Dalam territory ini kita semua gila bola ....pening arrrr, kalau semua da #gilabola jangan makan nanti pun makan bola.



Ramai yang meramal Germany, Argentina & Brazil akan menang World Cup ne...dengan skill NEYMAR pada perlawanan yang lepas, memang ada harapan besar kan?..eh eh, dah mengkaji taktik dan formasi Brazil pulak eca ne, hok hebat sangat weeee.#padahal?!...tapi rasanya bukan eca sorang je kot nampak macam tu.Rasanya lagi ramai orang akan tengok siaran ulangan walau tahu spain da gulung tikar...hikhikhik *-*
Ramai peminat sukan yang cintakan game ini
Taktik dan formasi pasukan semua dikaji
One match is not enough nak kena tengok lagi
24/7 365 malam siang dan pagi


makin lama eca berceloteh, makin #gilabola juga daku jadinya kan?!.hahaha...korang layan lah dulu lagu #gilabola oleh Joe Flizzow, baru korang terasa betapa hebatnya musim #gilabola ne kan?!..kekekeke.....



Layan LIRIK LAGU #gilabola di SINI.
 eca cakap : dari tak #gilabola, boleh jadi #gilabola dengar lagu #gilabola dari #joeflizzow..hahaha!

Gelagat Lepas Exam

Assalammualaikum....

Exam dah habis!!!!!!....muahahahahaha, sesaja nak bagi korang yang tengah duk exam tu tension-tension sikit.final exam eca tuk semester 2 dah berakhir ahad lalu.ala, 2paper je kot, haruslah habis awal kan?Lagipun rata-rata classmate @ pelajar master pendidikan ne adalah golongan cikgu, haruslah habia awal sebab cikgu-cikgu nak kena keja lagi kan.....

Semester ne, eca tak dapat join study group!Sebabnya keja, lagipun da amik cuti panjang hujung bulan 5.So, study sendiri jawabnya.Nasib baik kawan-kawan sudi share nota mereka.BAHAGIA DAPAT CLASSMATES MACAM TU!.

Lepas exam 1st paper, eca tengok muka kawan-kawan semua ketat.Mesti dalam hati cakap, "legaaa.....", "habis aku hentam jawab soalan ntah pa-pa", "yess, dapat jawab!".....bagi eca pulak, lepas exam eca cakap, "apa aku baca apasal nda kuar, yang aku nda terbaca pulak kuar...grrrrrrr!"....biasalah masa tunggu paper kena kutip tu, mulalah sakat kawan-kawan.Bagi dorang semangat konfirm lulus paper tu!...syok benar bincang jawapan masing-masing, sampai classmate eca cakap, "ishhh, da da...xyah bincang.tension je!"....eh, nampak sangat semua jawab ntah apa-apa paper tu kan?!

Tu 1st paper, 2nd paper pulak....omaigushhhhhhh.eca rasa 3jam tu tak cukup tuk jawab 4soalan esei..Terlalu banyak nak cakap tapi eca rasa duk ulang-ulang je jawapan daku.Yelah, soalan lebih kepada "memasyarakatkan sekolah", pembudayaan perubahan dalam profesion keguruan, "meningkatkan profesion keguruan"....dan semuanya memang berkait rapat oke?!..cuma perlu bijak mainkan ayat dan lebih utarakan fokus pendidikan.Even dapat jawab, eca tak berapa nak yakin dapat result sebagus semester lalu =.="

Apa-apapun, SELAMAT TINGGAL semester 2!
Jumpa semester 3 lagi 3bulan..nak mula mencari idea untuk siapkan tesis pulak :)
Result?!...kita tunggu dan tunggu je lah!

SHOES : Kasut Raya yang Bergaya!

Assalammualaikum.

antara sedar atau tidak, tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan dan sebulan lepas tu kita semua akan beraya....Bagi eca, raya memang eca tunggu-tunggu.Inilah masa nak jumpa saudara-mara yang jarang sangat nak jumpa.Perantau lah katakan (eh?!)..So, masa raya memang OUTFIT memang ALL OUT.Dari atas ke bawah, memang eca akan pastikan semuanya MATCHING!...Oleh sebab raya nanti nak berkunjung ke rumah saudara-mara, paling penting ialah KASUT.Sebabnya, kalau kita menggunakan kasut yang selesa, nak bergerak ke sana ke mari pun mudah..Tak menyakitkan kaki, mood raya pun oke!..Bayangkan je lah, kalau guna kasut yang tak selesa & menyakitkan kaki, mesti kita akan rasa sakit kaki + sakit kaki, hah...double sakit tu.Belum masuk lagi SAKIT PERUT makan banyak.kekekeke~



Disebabkan kebanyakkan kedai dah mula SALE Pra-Ramadhan, jalan pun jadi sesak.Belum masuk bulan Ramadhan, lagilah SESAK kan.SO, eca memilih SHOPPING ONLINE.kenapa HARUS MEMILIH membeli-belah atas talian?!...korang harus ingat, shopping online ne sangat menarik ok?!..Tak perlu keluar untuk beli apa yang korang mahukan.Boleh buah pembelian dari mana-mana je, even dari office ke, masa tunggu mata nak lelap ke, masa berbuka ke..kan mudah tu?!So, mari shopping KASUT dengan eca di SHOES ONLINE SHOPPING.

pilihan kasut bukan sekadar untuk wanita malah ada untuk lelaki jugak!..
dari harga serendah RM50, korang memang akan rambang mata nak pilih mana satu.




Destinasi fesyen online terkini seperti Zalora menawarkan shoes collection untuk lelaki dan wanita dengan harga yang cukup murah. Kasut mereka adalah  terdiri daripada pelbagai jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan oleh itu anda tidak perlu risau akan kualiti kerana semuanya dihasilkan daripada bahan bermutu tinggi. Jom layari website mereka sekarang dan lihat apa yang menarik untuk dibeli di sana!
Korang tunggu apa lagi, klik Shoes Online Shopping @ Zalora sekarang!
Pelbagai pilihan menarik tuk korang oke?! 


Cakap siang berpadah-padah,
kiri ke kanan pusingkan kepala,
Shopping di Zalora agak mudah,
tak perlu lagi pening-pening kepala.

^_____________^ Happy Shopping!

Kenapa Cikguuuuuuuuuuuuu?!

Assalammualaikum.

Tugas cikgu nampak mudah, sangat mudah.
masuk ke kelas, bercakap dan memberi tugasan,
loceng berbunyi terus keluar kelas...
itu kalau satu kelas, dibuatnya sehari 3-4 kelas, sangat mudah kan?

Tugas cikgu nampak senang, takde payahnya.
Hujung minggu cuti, Cuti Am tentu cuti, cuti sekolah panjang...
sakan cuti, ye dak?
tapi, hujung minggu ada aktiviti kokum, cuti am menyemak kerja pelajar, cuti panjang dipanggil kursus...
tak payah ada cuti, lagi senang kan?

Tugas cikgu hanya mengajar, itu aje.
Pelajar sakit, cikgu jadi doktor.
Pelajar bermasalah, cikgu jadi polis.
Pelajar tension, cikgu jadi kaunselor.
amboi, da serupa pelakon tukar-tukar watak.


dah tu KENAPA JADI CIKGU?
gaji cikgu besar,
        kalau hati tak ada, apa guna?
title cikgu sampai ke mati,
        kalau jasa tak tertaburi, kemana arah?
cikgu semua cantik,
        cantik budi  cantik rupa, adakah sama?


jadi cikgu, jadilah cikgu
pada hati letakkan jiwa
pada jasad letakkan rohnya
pada manusia biar berjasa
di akhirat kelak mendapat pulangannya.


Kenapa Cikgu jadi pilihan eca?!
usah ditanya andai dari kecil itulah cita-cita.
Melihat sebatang kapur dan sebuah papan tulis hitam, bagai melihat sebuah ferari dan sebiji banglo
Membimbit buku diselitkan rotan, bagai membawa sniper membunuh kebodohan
gila bukan imaginasi?!...hanya cikgu yang mengerti.
jadi, Selamat Hari Cikgu, cikgu~
tahniah kerana menjadi lilin membakar diri,
tahniah kerana menjadi pembunuh pada satu kebodohan,
tahniah kerana memanusiakan manusia.
Tahniah Cikgu~

Cikgu & Pensyarah, Tadika Lok Yuk Kudat, SK Lok Yuk Tamalang, SK Lok Yuk Bt 1 Kudat, SMK Abdul Rahim Kudat, SM Lok Yuk Kudat, SMK Kota Marudu, SK Gumandang Kudat, Universiti Tun Abdul Razak Sabah, Ceria Educational Centre, Universiti Malaysia Sabah...especially kaum kerabat eca yang rata-rata pegang title Cikgu, Rakan Seperjuangan Group 3 MEM 2013/2014 & diri sendiri khususnya.
SELAMAT HARI GURU.



p/s : 16 Mei Hari Guru.17 Mei gua ulang tahun 25tahun 4bulan, silakan beri dua hadiah.

Monopod Menipu

Assalammualaikum.
benci benci benci dengan MONOPOD!!!...sungguh daku benci dengan binatang yang namanya monopod tu...ah?!...korang tak tahu apa monopod tu, gi terjah ENTRY ini jap......[Selfie & Monopod].baca & fahamkan.

dah?!..so,ceritanya begini...kan monopod tu tak leh guna dengan TAB eca, so eca pinjam samsung grand kawan eca.Ceritanya masa kelas Sabtu lalu, eca & Kak Wid berselfie la di dalam kelasssssss.Dalam banyak-banyak gambar tu, Kak Wid bagi eca satu gambar yang eca YAKIN dan TELUS bahawa gambar tu TIPU..erkk, semua salah monopod tu la..tak patut monopod tu buat hati eca remuk bagai digilis lori ikan bilis..tak patut tau..tak patut sangat bila eca nampak KURUSssssss dalam gambar tu, padahal atas scale angka 6+ kg...fuhhh!.


nampak tak....kawan cakap "KURUSSSSS sudah!"..benci bha tu.sebab hakikatnya BELUM KURUS...like seriously, many to loose lagi ne.tapi dek kerana MONOPOD MENIPU ne, nampak kurus pulak eca dalam gambar tu..sangat tak suka OKE?!...as a teacher, tak baik menipu...as a blogger, tak baik menipu...as a human being, lagi lah tak baik MENIPU kan~~~~~~

walaupun dalam gambar, tetap tak baik menipu tapi sebenarnya dalam hati, "cehhh, kurus suda aku!"..hahaha, yang penting monopod pink daku tu mampu buat daku tersenyummmm limasaat tengok gambar sendiri yang kelihatan kurus walaupun hakikatnya TIDAK KURUS!!!!!..

encik monopod, 
sayasayangawak limasaat bila awak beri satu satu penipuan yang buat saya bahagia walau hanya dalam gambar.saya tahu saya sangat comel dalam gambar itu.terima kasih encik monopod. =P


till then,
stay healthy, stay positives,
look the camera & say KEJU >,<

Resepi Pisang Cheese

Assalammualaikum.

Saja nak buat korang terliur, eca nak share resepi Pisang Cheese.Daku ne gilakan pisang cheese, kalau ada kuliah, mulalah mengidam bagai dengan geng ayampenyet.Pergilah mencari pisang cheese yang berlambak kat Alamesra tu....tapi kali ne, jauh dari Alamesra, eca sediakan pisang cheese sebab adik bongsu daku ketagih lak nak makan.meh meh, kelas bermula ye puan-puan.

Bahan-bahan :
1) Pisang
2) Tepung gandum + tepung goreng pisang Adabi
3) Air
4) Minyak 
5) Susu pekat
6) Cheese buku jenama Cheddar.

Cara-caranya :
1) Sediakan adunan tepung + air tuk menggoreng pisang macam biasa.
2) Selepas selesai menggoreng, susun leh lawa-lawa atas pinggan.Bajet tengah makan kat kedai.haha!
3) Tuangkan susu pekat atas pisang.(tak yah banyak-banyak sangat sampai tersalut pulak pisang tu dengan susu...sedang-sedang je!)
4) Parut cheese diatas pisang tu.
5) Siap untuk dilantak sepuasnya.


total harga bahan-bahan :
Tepung : RM2++
Susu : RM2++/tin
Pisang : RM2-4/seikat
Cheese : RM10++/kotak

nampak mahal kan, tapi sebenarnya, cheese tu boleh dua-tiga kali guna..sama juga dengan tepung & susu. so resepi yang eca bagi ne amat simple kan?!..kalau kena waktu hujan, sambil minum kopi O, Nescafe O, milo suam, perghhhh...BF yang tak handsome lalu pun mesti korang tak peduli.haha!...So, dari terliur sendiri, gi siapkan pisang cheese,nanti tunjuk kat eca tau~

ohya, kalau korang area Alamesra, nak merasa pisang cheese ne, eca rekomen korang p Restoran Ummi Aishah (dok ingat nama dia tulis Aishah ke Aisya...hahaha!).Pisang Cheese kat situ LEBIH SEDAP berbanding kat Restoran Padang Jawa.hikhikhik.

till then,
stay healthy, stay positives,
enjoy your meal!!!

Banyak Sangat Rak......

Assalammualaikum.

Lama gileeerrr tak menulis..di tengah malam mengambil kesempatan mengarang.Eca nak ceta pasal RAK yang ada dalam rumah kecik ne.Kot-kot la rak-rak eca ne beri korang idea untuk menyusun barang-barang didalam rumah.Rak-rak yang ada kat rumah eca ne harganya dalam lingkungan RM19 - RM40...mula-mula pindah, langsung takde RAK tau...Tapi, beli sikit-sikit.Tu pasal bila pindah masuk rumah, takyah kelam kabut membeli barangan sehingga sanggup berhutang.Kalau nak beli, beli ikut keperluan & bajet yer.


Rak pertama dibeli berharga RM20.Rak ne eca guna tuk susun kasut & selipar.Rak 3tingkat je...Lepas tu, eca beli lagi satu rak berharga RM20 (dari kedai yang sama, cuma rak kali ne agak kecil sedikit berbanding dulu)...So, rak pertama tu, eca ambil & letakkan kat dalam bilik, letakkan buku-buku eca dan printer diatas sekali.So, save ruang atas meja study....Rak baru eca jadikan rak kasut. (lupa nak ambil gambar masa rak tu jadi rak kasut!..haha)

ini rak yang pertama tu, sebelum ne, jadi rak kasut.Tukar rak sebab yang ne agak lebar sikit.Printer Canon E500 sesuai je letak kat atas rak tau...Dah letak tepi meja study, haruslah semua buku ilmiah eca letak kat sini.Senang nak gapai bila tengah siapkan assignment tau!.

Then, dijadikan cerita bakal-pengantin pergi survey barang rumah.Haruslah kan bakal pengantin beli barang keperluan rumah, rumah pun dah ada...Eca terus suh dorang survey rak kasut yang bertutup.Si ipar cakap rak kasut bertutup hanya RM40 je...ohmai, kira murah dah tu!!!...sebab tempat lain yang eca survey harga dalam lingkungan RM50++ - RM70++.Apa lagi terus suh dorang angkat tuk eca...then, haruslah happy bila ada rak kasut bertutup.Memang plan rak kasut tu HARUS BELI...dan eca dah siap plan nak letak kat mana rak tu...*gile menghias rumah kecik ne kan?!..haruslah semangat lebih*

Kat dinding tu masih kosong, plan nak letak gambar yang digantung pada tali...dah beli talinya, tak beli lagi penyepit comel & belum berkesempatan print gambar....kerusi tu pulak, kerusi meja makan, eca saja letak kat situ sebabnya balik dari kerja, eca suka simpan beg kat situ. 
nak tahu perkembangan, korang boleh intai-intai IG eca tau, eca selalu SHARE kat situ. IG: ecadwinkyasha

So, eca ada 3rak..Rak Buku dalam bilik, Rak Kasut & bekas rak kasut....Bila da susun elok kasut dalam rak kasut tu, bekas rak kasut tu pulak, eca bersihkan & letak ditepi meja TV.Susun segala novel-novel eca disitu...atas sekali, susun elok modem streamyx, decoder astro & telefon rumah...nampak kemas.Manakala, atas rak kasut bertutup, eca susun frame gambar konvo.Baru-baru ne, beli lagi rak baru berharga RM19...yang ne sama saiz dengan rak pertama eca beli...sampai rumah, bekerja lagi dengan rak-rak ne.Mulanya nak letak rak tu kiri kanan meja TV, tapi tak sesuai pulak & eca risau, bila letak kat tepi tingkap, senanglah orang nak gapai yerrr..kat kawasan ne tak boleh percaya sangat!
nak tahu eca susun camne, korang layan dulu gambar rak baru eca tu :

 rupa sebelum beli rak baru....dan dibawah, rupa selepas beli rak baru.

susun melintang dan bertingkat.Bahagian bawah, susun semua novel-novel kat rumah kecik ne.Susun sekali majalah & surat khabar...penggunaan kotak pink tu sebagai divider nak letak benda-benda kecil seperti flyers, CD dan macam-macam lagi.Rak atas, susun buku-buku...DIY kotak tisu jadikan tempat penyimpanan barang seperti charger phone, kotak meletak remote & wayar-wayar yang sering dipakai.Bahagian atas tentunya, serikan dengan frame gambar konvo, susun elok decoder Astro, modem Streamyx & telefon rumah...siap dah kertas tepi tu, kot-kot nak ambil pesanan.haha, bajettt sungguh.

Total harga kesemua rak-rak kecil : RM99 untuk 4 rak...murah tak murah?!..sebab menurut Kak Jijah, satu rak 3tingkat tu harganya RM30++ kat Giant.cuma bezanya kat Giant banyak pilihan warna...so, kalau nak beli barangan rumah, eca syorkan pergi survey kat kedai perabot dulu, lebih baik cari kedai perabot + kilangnya terus, dapat harga KILANG oooo.Selain tu, jangan lupa bandingkan HARGA serta lebih baik membeli ketika kedai tersebut membuat SALE.

 so, semoga entry eca dapat membantu korang menyusun atur rak dengan lebih baik.Sama-sama berkongsi idea gitu....eca bukanlah kreatif sangat tapi eca amatlah tak suka rumah bersepah, mulalah daku gatal tangan.Waima kul 3pagi, kalau rasa nak mengemas, daku mengemas je tak peduli apapun...erk, terpanjang pula entry ne, lepas gian lama tak menulis kot.hehe~

till then,
stay healthy, stay focus
happy decorate your home!