Banyak Sangat Rak......

Banyak Sangat Rak......

Assalammualaikum.

Lama gileeerrr tak menulis..di tengah malam mengambil kesempatan mengarang.Eca nak ceta pasal RAK yang ada dalam rumah kecik ne.Kot-kot la rak-rak eca ne beri korang idea untuk menyusun barang-barang didalam rumah.Rak-rak yang ada kat rumah eca ne harganya dalam lingkungan RM19 - RM40...mula-mula pindah, langsung takde RAK tau...Tapi, beli sikit-sikit.Tu pasal bila pindah masuk rumah, takyah kelam kabut membeli barangan sehingga sanggup berhutang.Kalau nak beli, beli ikut keperluan & bajet yer.


Rak pertama dibeli berharga RM20.Rak ne eca guna tuk susun kasut & selipar.Rak 3tingkat je...Lepas tu, eca beli lagi satu rak berharga RM20 (dari kedai yang sama, cuma rak kali ne agak kecil sedikit berbanding dulu)...So, rak pertama tu, eca ambil & letakkan kat dalam bilik, letakkan buku-buku eca dan printer diatas sekali.So, save ruang atas meja study....Rak baru eca jadikan rak kasut. (lupa nak ambil gambar masa rak tu jadi rak kasut!..haha)

ini rak yang pertama tu, sebelum ne, jadi rak kasut.Tukar rak sebab yang ne agak lebar sikit.Printer Canon E500 sesuai je letak kat atas rak tau...Dah letak tepi meja study, haruslah semua buku ilmiah eca letak kat sini.Senang nak gapai bila tengah siapkan assignment tau!.

Then, dijadikan cerita bakal-pengantin pergi survey barang rumah.Haruslah kan bakal pengantin beli barang keperluan rumah, rumah pun dah ada...Eca terus suh dorang survey rak kasut yang bertutup.Si ipar cakap rak kasut bertutup hanya RM40 je...ohmai, kira murah dah tu!!!...sebab tempat lain yang eca survey harga dalam lingkungan RM50++ - RM70++.Apa lagi terus suh dorang angkat tuk eca...then, haruslah happy bila ada rak kasut bertutup.Memang plan rak kasut tu HARUS BELI...dan eca dah siap plan nak letak kat mana rak tu...*gile menghias rumah kecik ne kan?!..haruslah semangat lebih*

Kat dinding tu masih kosong, plan nak letak gambar yang digantung pada tali...dah beli talinya, tak beli lagi penyepit comel & belum berkesempatan print gambar....kerusi tu pulak, kerusi meja makan, eca saja letak kat situ sebabnya balik dari kerja, eca suka simpan beg kat situ. 
nak tahu perkembangan, korang boleh intai-intai IG eca tau, eca selalu SHARE kat situ. IG: ecadwinkyasha

So, eca ada 3rak..Rak Buku dalam bilik, Rak Kasut & bekas rak kasut....Bila da susun elok kasut dalam rak kasut tu, bekas rak kasut tu pulak, eca bersihkan & letak ditepi meja TV.Susun segala novel-novel eca disitu...atas sekali, susun elok modem streamyx, decoder astro & telefon rumah...nampak kemas.Manakala, atas rak kasut bertutup, eca susun frame gambar konvo.Baru-baru ne, beli lagi rak baru berharga RM19...yang ne sama saiz dengan rak pertama eca beli...sampai rumah, bekerja lagi dengan rak-rak ne.Mulanya nak letak rak tu kiri kanan meja TV, tapi tak sesuai pulak & eca risau, bila letak kat tepi tingkap, senanglah orang nak gapai yerrr..kat kawasan ne tak boleh percaya sangat!
nak tahu eca susun camne, korang layan dulu gambar rak baru eca tu :

 rupa sebelum beli rak baru....dan dibawah, rupa selepas beli rak baru.

susun melintang dan bertingkat.Bahagian bawah, susun semua novel-novel kat rumah kecik ne.Susun sekali majalah & surat khabar...penggunaan kotak pink tu sebagai divider nak letak benda-benda kecil seperti flyers, CD dan macam-macam lagi.Rak atas, susun buku-buku...DIY kotak tisu jadikan tempat penyimpanan barang seperti charger phone, kotak meletak remote & wayar-wayar yang sering dipakai.Bahagian atas tentunya, serikan dengan frame gambar konvo, susun elok decoder Astro, modem Streamyx & telefon rumah...siap dah kertas tepi tu, kot-kot nak ambil pesanan.haha, bajettt sungguh.

Total harga kesemua rak-rak kecil : RM99 untuk 4 rak...murah tak murah?!..sebab menurut Kak Jijah, satu rak 3tingkat tu harganya RM30++ kat Giant.cuma bezanya kat Giant banyak pilihan warna...so, kalau nak beli barangan rumah, eca syorkan pergi survey kat kedai perabot dulu, lebih baik cari kedai perabot + kilangnya terus, dapat harga KILANG oooo.Selain tu, jangan lupa bandingkan HARGA serta lebih baik membeli ketika kedai tersebut membuat SALE.

 so, semoga entry eca dapat membantu korang menyusun atur rak dengan lebih baik.Sama-sama berkongsi idea gitu....eca bukanlah kreatif sangat tapi eca amatlah tak suka rumah bersepah, mulalah daku gatal tangan.Waima kul 3pagi, kalau rasa nak mengemas, daku mengemas je tak peduli apapun...erk, terpanjang pula entry ne, lepas gian lama tak menulis kot.hehe~

till then,
stay healthy, stay focus
happy decorate your home!