TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Post-Convocation Photoshoot

Assalammualaikum.
Last few days dah janji nak upload gambar post-convo photoshoot kan.Aktiviti ber"photoshoot" ne sebenarnya antara salah satu wishlist eca nak buat dengan geng ayam penyet. Tapi, tak jadi sebab banyak halangan. Last-last kat group, tetiba berbincang dengan kawan-kawan sekelas nak buat outdoor photoshoot...So, apalagi..dah dapat pun photographer dengan harga yang agak berpatutan jugak...jom layan je gambar kitaorang neyh~

 japp, bagi peluang tempek gambar berdua sebagai kenang-kenangan. 
INGAT, dalam satu kumpulan tu, mesti la ada yang tak berapa berkenan antara satu sama lain atau ada perselisihan faham  ke....ELAKKAN bergambar atau kalau dah tak boleh elakkk, layankan jak permintaan kawan-kawan. Macam budak berdua dalam gambar tu, relax je amik dua shoot sebabnya "The Past is Past, the future not ours to see"..eh?!.


Janji dengan Photographer Jam8.30...setup jubah masing-masing pukul 9lebih baru mula. Masa tu matahari dah naikkk oii!!! Terpaksalah bertahan kena pancaran mataahari.Peluh jangan cakap lah weiiiiii, rasa mengalir-ngalir je. INGAT!!! Bila ambil gambar beramai-ramai, marilah kita sama-sama saling mengingati masa yang dijanjikan.


LOVE konon~....photographer kitaorang layan je kerenah 16orang ne. Nak shoot sana-sini.Nak wat camna, kat UMS je memang banyak tempat-tempat yang cantik...tapi sempat shoot kat beberapa tempat je sebenarnya. Kalau tak dilanda kepenatan, konfirm sampai ke petang tak selesai lagi bergambar-gambar ne.hehehe!!!..16orang ne memang ramai, lagi cantik buat korang yang nak ambil gambar beramai-ramai, PASTIKAN MEMBERS KORANG SPORTING tuk bergaya, takda malu-malu, takda yang segan-segan.

Paling penting, walaupun penat, ringankan diri anda untuk memberi senyuman yang paling manis sekaliiiii, bukan apa, kat dalam gambar nampak lah cantik juga. ^____________^

antara gambar lain...banyak dalam simpanan segan nak tunjuk kat korang semua.
Nanti ada yang kata kita RIAK nak menunjuk-nunjuk pulakkk kan. 
oke, nak perkenalkan photographer kami pada hari tu :

Contact : 013-553 3373 | Facebook


next entry will be "Family Photoshoot".
tunggu tau~

UMS 17th Convocation.

Assalammualaikum.

lama tak bercerita di blog tersayang kan?!...last entry pun update ala kadar inform yang eca dah nak konvo. Kali ne, nak cerita pasal konvo pada 21 November 2015 bersamaan hari Sabtu. Hari tu, memang awal bangun sedia sarapan tuk family pastu nak make-up segala. Sampai kat UMS, jumpa peluk laga-laga pipi dengan kawan-kawan. Sambil-sambil betulkan jubah masing-masing, geng MEMG3 konfirm tak lepas dari amik gambar...layankan gambar kitaorang sebelum "Perarakan Masuk Graduan"....

with my lovely girls #ayampenyet
kawan dari sem 1 buat assignment, 
menangis, ketawa, kongsi cerita.
aippp, rindu betul lah dengan dorang~

MEMG3~
Ini baru sebahagian je rakan sekelas eca..Kalau ikutkan dalam 30orang juga classmates eca tu. Dah dua tahun sama-sama berkorban demi segulung ijazah sarjana.



 tu muka "aku dah ada master kot~"..haha.

Konvo eca ne Sidang 1 tau. Sidang 1 khas tuk graduan PhD, Master dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Doktor-doktor Perubatan). Ikutkan ada sampai 6 sidang tak silap eca...macam biasa tiap kali konvokesyen, mesti ada Tamu Gadang, tapi tahun ne tak singgah langsung gi Tamu Gadang.

Ohya, lepas habis majlis, memang PENAT habis...Nak bergambar dengan kawan-kawan pun dah tak larat. Terus, ajak Parents & adik-adik p lunch, PERUT lapar weii, tak makan apa kat Dewan Canselori. Nasib baik eca dah buat temujanji dengan photography studio yang amik gambar family hari esoknya (Ahad, 22 Nov 2015), tak lah terkejar-kejar kan nak pergi bergambar.

Last gambar, kawan-kawan seopis. Tak sangka betul dapat hadiah bunga ne.Terima Kasih kamurang!!!!...Bunga tu tahan lama sebab plastik








 nanti eca update pulak gambar studio photoshoot dengan family & outdoor photoshoot dengan kawan-kawan sekelas...yang paling penting, eca akan recommend korang yang berhampiran tuk gunakan perkhidmatan mereka ne.

^-^ jumpa lagi nect entry ^-^


Teaser Konvo

Assalammualaikum.
sedar tak sedar dah dua tahun sambung study, dah habis pun.....
dan hari yang dinantikan hampir tiba. Officially, sebulan dari sekarang. Kita nervous nak terima scroll sebenarnya.


Konvokesyen UMS sama je dengan konvo IPTA yang lain....
paling best ada TAMU GADANG.Macam-macam ada jual...
last year berkesempatan pergi dengan kawan-kawan sepejabat.  
Tahun ne, konfirm lah pergi lagi. Yang tak bestnya, nak p booth Adijuma, kemain ramai manusia.
tak sanggup nak bersesak tapi masa tu jugaklah keluar design yang cantik-cantik
=.="

oke, kalau nak meriahkan konvo eca, boleh lah datang :
Dewan Canselori
21 November 2015
Sabtu
Jam7am - 12pm

ohiya, majlis sanding bestfriend kita adalah pada hari yang sama kita konvo.
Nikah hari kita rehearsal, terpaksa tuang rehearsal konvo.
takpe, bukan selalu kawan baik kawen.Melainkan dia ada niat nak tambah satu lagi awal-awal.

nanti, tunggu eca update gambar konvo kat IG (@ecadwinkyasha)
kbye korang!
 
 

Final Result

Assalammualaikum.
yeah, nak kongsi final result eca dengan korang.Khas buat akak-akak dan abang-abang yang nak sambung belajar tu, ingat kat dalam hati..."kalau orang lain boleh, kenapa aku ndak boleh?".Dugaan tu biasalah, tapi insyaallah kalau kita usaha, pasti kejayaan akan jadi milik kita.

Masa nak dapat result ne pun dugaan yang amat tau takkk?!..Pandai tangguh-tangguh keluar result..Tengah bulan Ogos tu, dapat dah result tapi untuk 1subjek je dan result disertasi tak keluar lagi. Kitaorg semua memang NERVOUS tau!!!..sebabnya untuk disertasi, 12credit hour.Kalau dapat B- dan ke bawah tu, semua orang memang dah tertanya-tanya, dapat konvo ke tak ne?!..

1 Sept 2015, Isnin.
Selalu eca memang bawak phone masuk kelas.Kot-kot kengkawan kat opis cari ke...Tapi haritu, eca gi cas phone kat opis....Khusyuk tau ngajar anak didik kat dalam kelas.Habis kelas 4.30pm, terus naik opis dan siap nak balik...tengok tepon je, kawan call tanya pasal result. Apalagi, laju je tangan gi buka website cek result tapi HAMPA..Result kena block takleh tengok dah.

Sakit hati dia, hanya Allah je tau!!! ...ex-BF pulak dok cakap-cakap dia tak puashati result dapat B-.kawan-kawan pulak da wish tahniah-tahniah kat dalam group....geram betoi!...konon result keluar 4hb, tapi dari pagi dok tunggu xde pun keluar.Petang 4hb tu pulak gi amik kawan kat airport..OTW nak balik, terbaca whatsapp kawan tanya pasal result.Apalagi, terus whatsapp ex suh dia cek-kan result eca (tengah driving tak sempatlah nak cek result, kebetulan berhenti kat traffic light, terus minta dia cek kan).

puashati sangat tau!!!.Alhamdulillah result memberansangkan. Masa degree dulu merasa 3.33 jer.

Alhamdulillah, bersyukur dengan result ne. Boleh konvo dengan senang hati~
Konvo bulan November, misi kuruskan badan sekarang!

bersedekah.

Assalammualaikum.
dah bersedekah hari  ne tak?...cuba kita amalkan bersedekah, walaupun tak selalu, sekali sekala takde salahnya. Walaupun tak banyak, kita usahakan sedikit. Sedar tak sedar, kita beroleh pahala pada amalan yang kita lakukan  secara tidak langsung.

kalau kita lihat secara umunya, banyak cara boleh kita usahakan untuk menjalankan aktiviti bersedekah...contohnya, belanja kawan teh tarik kat kantin, beli atau masak makanan dan ajak kawan-kawan makan bersama dan macam-macam lagi...Nak amal pahala sedekah berpanjangan lagi banyak cara. Antaranya, wakaqkan sejadah, telekung dan Al-Quran di surau mahupun masjid, biar sepasang telekung senaskah Al-Quran, pahala kita berganda-ganda nilainya di sisi Allah SWT.

Dari Abi Umamah, ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda : “ Orang yang melakukan perbuatan makruf, bererti dia menjaga dirinya dari permusuhan yang tidak baik ; sedangkan bersedekah dengan sembunyi-sembunyi , bererti memadamkan kemurkaan Tuhannya ; dan melakukan silaturahim akan memanjang umur .” 

Bila bersedekah, tak perlulah dihebohkan...macam riak je.Tapi tak salah beritahu rakan, ianya seakan-akan mengajak rakan kita bersedekah kan?..tetiba, rasa nak share bila eca bersedekah (ewahhh, nampak RIAK disitu!)....Pulang kerja Rabu lepas, eca singgah kat kedai nak beli minuman. Masa nak bayar tu, ada dua budak lelaki umur dalam 9 tahun tengah beli aiskrim. Masa tu, budak berdua ne tengah memilih dan tanya harga aiskrim kat tauke kedai. terdengar lah perbualan dorang, macam duit tak cukup...Eca pun cakap dekat tauke, "ko kira sekali aiskrim budak-budak ne"...Iyelah, masa tu, baru dapat upah advertorial blog, kita kongsi sikit...Masa keluar tu, budak-budak tu cakap, "Terima Kasih kak!!!". Auuuuuuw, cair hati kita bila ada yang menghargai kan?!


Kadang-kadang, orang beranggapan bila kita ada banyak duit barulah bersedekah. Sebenarnya, sedekah yang paling baik ialah bila kita tidak begitu memiliki wang yang banyak tapi tetap ingin berkongsi dengan yang lain.

Last few weeks, bersedekah bawak puding kat opis. Bila tak habis dan masa tu dah nak waktu pulang, eca panggil students suh habiskan puding tu....Dalam minggu-minggu selepas tu pulak, datanglah rezeki buat eca...Tak sedarkan semua tu?!..tapi kalau mengharap sangat ada rezeki datang baru nak bersedekah, baik takyah!!!. 



jom jadikan amalan bersedekah sebagai salah satu acara wajib kita.
agar rezeki yang ada lebih diberkati....
sekian, tazkirah Jummat ustadjaeca.
eh japppp, nak sedekahkan korang sebijik ^-^ (itu senyuman oke?)
senyuman juga satu sedekah, apatah lagi ia dapat menyenangkan orang lain.

Fenomena Charles & Keith

Assalammualaikum.
Eca kan, jenis yang takdela suka sangat branded item ne. Bukan sebab tak mampu tapi sebab kadang-kadang tak menepati citarasa eca...Tapi kan, kalau sebut Charles&Keith, rasanya bukan eca je yang putih mata, malah eca pasti ramai peminat bagi jenama ini. 

Kalau korang nak tahu, Charles & Keith adalah sebuah jenama yang cukup disegani dalam industri fesyen serantau dan menjadi sebutan ramai penggemar fesyen ini berasal daripada Singapura. Ianya diterajui oleh Charles Wong dan Keith Wong, jenama fesyen terkenal ini telah ditubuhkan pada 1996 dengan menawarkan rangkaian koleksi kasut, beg tangan dan aksesori wanita.

Bermula dengan membuka cawangan butik yang pertama, Charles & Keith juga mulai mencipta legasi di Filipina, Malaysia, Dubai, Afrika, Jepun dan India. Suatu pencapaian yang amat luar biasa bagi sebuah jenama Asia!!!!!!!!! Malahan di Malaysia juga, terdapat banyak outlet Charles&Keith ne....(cuma di Sarawak, kawan gtau Charles&Keith punya outlet dah ditutup...tapi takpe, ORANG SARAWAK jangan risau, nanti eca share dimana boleh dapatkan barangan Charles&Keith melalui online, malah ianya berbaloi juga dengan diskaun yang pelbagai tau~. Ohyaaa, apa yang menarik perhatian ramai penggemar fesyen, koleksi beg tangan dan koleksi kasut Charles & Keith amatlah berkualiti dan setiap rekaan diberikan sentuhan elegan yang amat menawan.

Charles&Keith Collection, memang puashati kan dengan pelbagai gaya yang menarik.

cantik kan?...boleh bawa ke majlis makan makan kalau kena tema kebabooom gitu!

Bukan itu sahaja, koleksi kasut dan koleksi beg tangan Charles & Keith ini juga rata-rata ditawarkan dengan tawarkan harga yang amat berpatutan. Pendek kata, kesemua barangan yang ditawarkan oleh Charles & Keith adalah mampu milik dan menepati citarasa ramai wanita.Koleksi aksesori wanita seperti tali pinggang dan kacamata juga ditawarkan dalam rekaan yang cukup terkini dengan harga yang menakjubkan. 
tampak ELEGEN, MENARIK dan pastinya FUNKY~



Lihat sahaja koleksi Charles&Keith ini. So, memang tak hairanlah apabila ketika awal kemunculan jenama ini di Malaysia, ia seakan-akan fenomena yang melanda industri fesyen tanah air!

Untuk pengetahuan anda juga, produk Charles & Keith ini juga boleh anda miliki secara online melalui laman web Shopback Malaysia dengan ganjaran promosi tambahan. Bukan sahaja dengan proses pembelian yang amat mudah, anda juga berpeluang menikmati diskaun tambahan yang hebat serta ganjaran cashback. Hanya klik sini untuk tawaran hebat Charles & Keith dan buat pembelian melalui Shopback Malaysia!

Tips Menggayakan Selendang Terkini

Asslammualaikum.

sekarang ne kan, kalau nak p opis....eca lagi suka nak pakai selendang. Bukan apa, dahlah senang nak lilit je (tak risau nampak kusut sebab tak iron sebab lilit-lilit je kan?) malah bermacam-macam fesyen boleh diaplikasikan. Yela, kalau tengok kat Youtube, Facebook even Instagram, banyak sangat orang dok upload tutorial menggayakan selendang even tudung bawal. Walaupun nampak ringkas, tapi ianya tetap kelihat bergaya malah hasilnya cukup menarik. Ramai yang cakap, pakai selendang ne LECEH, tapi dengan design-design selendang terkini, ianya sangat mudah. Malah, eca sendiri kadang-kadang tak pakai inner pun tau =)




Lihat kedua-dua gaya pemakaian selendang di atas, nampak berbeza kan, korang sebenarnya boleh pilih samaada hendak memakai inner ataupun tidak untuk gaya tersebut. Brooch memainkan peranan dalam menaikkan seri pada si pemakai. Kalau nak pakai inner, kita lihat gambar dibawah ini, tentu sahaja kelainan terhadap kedua-duanya menampakkan kelainan kepada si pemakai :


Dua gaya berbeza dengan pemakaian inner yang menarik....cantik kan?..
Malah ianya kelihatan lebih labuh dan sopan.

Japppp, eca nak tunjuk lagi dua cara menggayakan selendeng terkeni.
Lihat dua gaya berani ini....ianya nampak lebih moden dan menjadikan si pemakai lebih eksklusif gitu.....kalau berani menggayakan selendang berserta dengan inner, memang korang akan menjadi tumpuan (tengok gambar dibawah neyh :: )



 Sebenarnya, kalau kita berani menggayakan selendang or even tudung bawal, pelbagai gaya boleh ditampilkan. Ianya bergantung sepenuhnya ke atas kreativiti anda untuk membuat lilitan selendang yang unik dan kemas. Gayakan selendang anda mengikut citarasa anda asalkan anda berasa selesa dan confident!
 

tepuk dada, tanya selera.
mesti kita nak tampil menawan kannnnnn~
see u next entry!!!!




4 years and counting ...

Assalammualaikum.

oke, taip cepat-cepat sebab sedang menyalahgunakan PC pejabat untuk update belog *guarasabersalahhokkai!*...Last week, mahu tak mahu TERPAKSA renew domain!!.yelah, asal bulan 8, belog usang daku ne memang sambut birthday dia,,tahun ne tahun ke-4 dan bayaran cuma RM33 je~



untuk pengetahuan, dah 4 tahun usia blog ne.Bukan setakat blog...malah ECADWINKYASHA usianya 4tahun dah...branding dah nama tu, walaupun payah amat nak sebut =P *adaakukesah~

alhamdulillah, walaupun kurang dah update..still mengikuti perkembangan rakan-rakan blog yang lain. Bukan takde waktu nak mengupdate blog, kemalasan melanda...cerita pun dah basi tau dakkk Konvo Bachelor Degree pun tak tulis lagi, dah nak konvo Master Degree (doakan tau thesis eca LULUS CEMERLANG baru dapat konvo dengan GUMBIRA....tapi dah tahu, daku lulus tesis, cuma tak tahu gred lagi~)


Happy Sweet 4th Birthday www.ecadwinkyasha.com
eh, kalau nak tahu cerita eca, korang boleh FOLLOW :
FB : ecadwinkyasha
IG : ecadwinkyasha


okeybai!
esok-esok gua rajinkan diri update belog k!


Raya 2015

Assalammualaikum.

Eca masih dalam mood raya, even tak banyak beraya tahun ne....mood raya tu tetap ada.Kesian kat adik bongsu, raya pertama kena cacar!!!..tu lerr doa-doa cuti seminggu, sekali kena cacar komfirmla cuti dia lama sikit dari kawan-kawan.Memandangkan adik bongsu sakit, kitaorang pun takde sangat kemana-mana.cian, tak dapat kumpul duit raya T_T"

tinggal tiga orang anak bujang...
tahun depan tak tahulahh..kot-kot sampai seru dakeca tu nak kawen.#eh??!


Baju raya tema HIJAU...ntah sapa yang pilih hijau tu!!!..Tahun lepas lupa tema apa, tapi tahun depan tema dah ada dalam kepala.(melampaukan, syawal tak habis lagi..Puasa tak ganti lagi..dah fikir raya next year!)...Baju eca, mama & adik perempuan sama cuma berbeza saiz..Kalau ladyboss yang dah pilih, jangan derhaka...ikut je!!!!. 

Cuti raya kali ne, panjang..ikut cuti raya students.Ai is happy to the moon and back!!!.Boleh berlama-lama tak fikir kerja, boleh bangun lewat...padahnya cuti lama, sampai sekarang eca rasa masi bercuti....(tu pasal punch card asyik merah kan Asha?!)..Sambutan Raya kat opis komfirm la kitaorang buat jugak kan....Here's some picture, tapi gambar makanan tak ambil pulak!!!.



*buddies di opis..
Kawan tengok berita, kawan makan tengahari, 
kawan shopping dan kawan yang depan mereka, ayat tapis tolak tepi*
Ohyeah, aritu, kawan seopis yang berhenti sebelum raya meninggal....sedih, sebab mendiang salah seorang kawan yang rapat dengan eca T_T", dah ajal dia pada usia yang agak muda.


so, siapa rasa-rasa nak bagi kuih raya ke, duit raya ke...sila-sila PM! =P
kot-kot tak sedar dalam akaun ada 2.6B..kekekekeke~

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin, kita KOSONG-KOSONG tauu!
#rayanemasihsingle #eh?!


psssttt : eca tak aktif update blog, tapi kalau nak ikuti cerita eca, 
jemput FOLLOW Instagram...beria update IG tau! =P


Move On-lah~

Apa yang perit bila putus cinta?..tentu sekali melupakan orang yang kita "pernah" sayang. Memang tak dinafikan, payah nak buat keputusan. Tapi demi kebaikan "dia" dan diri sendiri, ambil jalan yang terbaik. Kalau "dia" dah berdiam diri, berhentilah berharap. Bukan kerana hati dah tak sayang, tapi "diam" tu buat hati makin sakit. Lebih baik jaga hati sendiri sebab "dia" dah tunjukkan "dia" dah takde hati. 

Walaupun memutuskan itu senang, kau sedar melupakan itu susah. Macam soalan Add Math, kau tak tahu mana datang nombor tu tapi kau dah kata susah...sedarkan tak, yang percintaan tu, macam kita buat soalan kira-kira. Kau sedar soalan Math tu susah, tapi sekali kau cuba jawab, mesti kau dapat punya!. Gerenti dapat sebab dah belajar baik-baik. Hahhhh, macam tu lah melupakan orang yang kita pernah sayang. (sampai sekarang, masih tertanya..dari mana datang titik perpuluhan)

Kau percaya, kalau kita teringatkan seseorang, waktu tu dia mesti sedang ingat kat kita?!.JANGAN PERCAYA, boleh tak?!...sebab kalau dia ingat kat ngko, lama dulu dia akan mesej ko, call ko....dah, gi amik air sebaldi buat siram diri sendiri, biar sedar sendiri. Paam dak ne?!.

Kau percaya cakap kawan kau yang cakap kawan dia pesan suh jaga dia baik-baik sebab kawan dia tak pernah nampak dia serius dengan mana-mana perempuan kecuali dengan kau. Ngko jangan mudah percaya cakap kawan, boleh tak?!.Mungkin tak cukup sebaldi air buat siram, kau perlu setangki air kan?!...dah, cakap kawan kau amik sikit-sikit sebab dia tak pernah cakap apa pun, jangankan cakap, tunjuk pun tidak. Dah, gi sapu airmata ngko, buat semak daku tengok!!






'ngko MOVE ON aje, senang cerita.
sebab orang yang sayang kau, dia akan cari kau sampai dia dapat.
Bukan cari kau bila perlu...dan diam bila tak perlu.
Move On dari semua kenangan, boleh?!

Hadiah Untuk Lelaki

Kalau cari hadiah untuk perempuan, macam-macam dalam fikiran kan?!..Ala, perempuan memang terima apa pun yang lelaki berikan...contoh, bagi bunga, bagi coklat, bagi handbag, bagi minyak wangi, bagi telekung....kan, the list is on going.Macam-macam hadiah boleh bagi...tapi, bila fikir bab bagi hadiah kat lelaki, perempuan jadi BLANK, tak tahu nak bagi apa.Meh nak listkan korang, hadiah apa nak bagi kat ayah, abang, adik lelaki, suami, tunang atau boyfriend korang!!!.

1. Jam Tangan - Ramai yang cakap, kalau bagi jam tangan, tu tandanya, kita nak lelaki tu ingat kita selalu seperti mana dia selalu tengok jam....(patut bagi ex-boyfriend tu jam tangan lah, supaya dia ingat kat eca selalu kan..takdelah daku rasa macam orang single & available even ada BF!!!)

2. Wallet  - Lelaki ne antara golongan yang tak fikir pasal wallet. Kalau ada, adalah tuk dorang simpan duit. As long as dorang dapat simpan ic, lesen, segala kad & duit, tak kisah lah camna rupa wallet tu, pasti lelaki akan guna sampai rosak.Memang padan sangat perempuan hadiahkan lelaki, wallet.

3. Tali Pinggang - Lelaki suka pakai tali pinggang.Selain buat rasa selesa pakai seluar, dorang rasa tambah macho...Pastu, lelaki suka letak tali pinggang dorang sembarangan tempat...Bila da letak sana-sini, mula lah tak jumpa bila nak pakai kan?!...Memang patut beli banyak-banyak bagi kat dorang. 

4. Tie - Kalau lelaki bekerja pejabat, amat wajarlah hadiahkan tie.Walaupun dorang mungkin "jarang pakai" tie tu, tapi sesekali nak pakai, mesti kena sesuaikan dengan baju kan?!..SO, tambahlah tak salah hadiahkan tie.
 - Lagi Jimat, Hadiahkan je lah set wallet, tali pinggang & tie tu.Kan senang =)

5. Kain Sarung - Ramai lelaki dorang selesa berkain sarung samaada kat rumah atau nak p berjemaah kat Masjid...Takkan hari-hari nak recycle kain yang sama kan.Walaupun sifat lelaki ne sifatnya "recycle" ataupun "pakai selagi tak berbau busuk", hadiahkan kain sarung boleh buat dorang happy jugak tu.Sebabnya, takdelah hari-hari nak recycle pakai kain sarung yang sama kan?!.

6. Helmet - Kalau si lelaki tu bawak motor, hadiahkan lah helmet.Sebagai tanda, korang nak dia sentiasa selamat dalam perjalanan gitu!..baru nampak sangat "caring" korang tu.

7. Gadget - Kalau terlebih mampu, tak salah hadiahkan si lelaki gadget terkini. Kalau dorang dah ada smartphone, hadiahkan pulak tablet. Senang sikit si lelaki tu nak main C.O.C kan?!...(kalau tak mampu, apa kata, hadiahkan casing smartphone je lah~)

8. Buku - Tak ramai lelaki suka membaca..tapi kalau kena dengan minat mereka...komfirm dorang membaca. Contohnya, lelaki tu suka bidang permotoran, hadiahkan dorang buku berkaitan permotoran gitu~...nampaklah korang tahu minat mereka kan?!

so, senang dah fikir nak hadiahkan apa buat si jejaka idaman korang kan?!...Kadang-kadang lelaki ne, tak kisah pun korang nak hadiahkan apa je barangan, mereka tentu suka...*eh, yeke~*

suprise bagi "dia" dulu..hadiah Hari Guru konon~ (yang penting dia HAPPY)

Berakhirlah Sudah

Assalammualaikum.

tak sangka, sedar tak sedar...dah dua tahun berlalu dari saat mulai  melangkah kaki meneruskan pengajian....bak kata kawan, cerita konvo yang dulu tak update-update lagi, dah nak konvo sekali lagi.NEVER EXPECT yang dah habis dah study master.like seriously, RINDU pulak nak gi kelas.

nak #throwback pasal perjalanan dua tahun tu.

permainan dia.

Assalammualaikum.

Pernah tak rasa, kawan korang ke boyfriend korang ke mempergunakan korang tuk kepentingan diri dia...Masa dia ada masalah, rajin je contact korang. Masa dia tak mampu buat kerja, laju je cari korang....tapi, bila korang ada masalah, nak mengadu sesuatu....dia buat bodoh je!.Sekali takpe, yang ne berkali-kali sampai tiap kali korang rasa sedih, dia tiada kat situ macam dulu.


Sakit hati kan bila terjadi macam tu.Memula bolehlah pendam..buat bodoh..buat tak tahu.Even, kawan-kawan sekeliling dah cakap macam-macam.Kawan Baik sendiri yang terlebih geram.Kawan yang makan sepinggan, minum secawan dah kutuk-kutuk...buat donno je kan?!..sebab apa, sebab SAYANG.

ntahlah, sebab sayang atau sebab bodoh jadi macam tu?!..Nak kata masih sayang, sakit hati tu dah membunuh perasaan sayang tu (cewahh ayat cikgu BM).Nak kata dah benci, masih pulak ambil kisah pasal dia.(yang tu konfirm hati&minda tak sehaluan)....sampai diri sendiri pun konfius gitu nak pilih mana.

block la FB, block la segala chatline. tak guna juga!!
selagi dalam hati kau tak block dia. 
selagi dalam kepala kau teringatkan dia.
bagitau hati, kau sedang dipermainkan.
bagitau akal, kau sedang dipergunakan.


dia mungkin cakap tidak,
tapi kalau tidak,
kenapa masa dia susah,
rajin bebenar dia cari kau?!.
 #nampak permainan dia?!


cuba untuk menidakkan, tapi hati dan akal mungkin sudah lelah.
ini masanya untuk lari, bukan kerana kau salah, tapi kerana kecewa.

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

satu kepada dua kepada tiga

Assalammualaikum.

sedar tak sedar, makin besar keluarga kecil kami.Dari keluarga kecil, muncul lagi keluarga kecil yang lain.Alhamdulillah..kalau last year, parents terima seorang menantu dan seorang cucu, tahun ne bertambah seorang lagi....eh, eca tak pernah cerita pulak pasal anak sedara eca yang ke-dua kan?!..Asyik cerita pasal kakak dia aje...so, nak kongsi pasal dua heroin dan seorang hero dalam keluarga besar kami.


satu : Nurul Hasanah a.k.a babychenta


Anak saudara sulung, cucu sulung dalam keluarga.Of course la manja lebih kan?!.Memang tidak dinafikan tapi kalau takde dia, macam ada je yang kurang.Sekarang umur dah 4tahun, dah masuk sekolah..bab mengenakan semuaorang, paling RATU lah..semua pun dia kenakan.


dua : Nurul Najihah a.k.a babyjeeya


Anak saudara kedua..anak kedua kaklong eca.Lahir penghujung September 2014...sekarang dah masuk enam bulan.Dah mula makan bubur dah,..makin gendut anak sedara eca yang sorang ne..Ohya, BabyJeeya ne bagus tau...Tak pernah dengar dia nangis kuat sangat.Kalau nangis pun sebab lapar jer.


tiga : Akhil Rafiq Asriella a.k.a babyakhil

"Akhil kecik lagi, tak boleh tunjuk muka tau...Nanti Akhil besar sikit Mama Ca masuk dalam blog tau...
biar semua orang tahu Akhil Rafiq handsome sebab Mama Ca dia comellllll"

Anak saudara ke-tiga...anak sulung abang eca & cucu lelaki sulung dalam family.Lahir hujung bulan Februari..Nasib baik tahun ne bukan tahun lompat..hikhikhik~...dak kecik ne tak padan dengan kecil tau!!!..Menggeliat kuat sangat siap tangan buat gaya kuak renang..Pastu, pandai la buat muka suka mencebik, geram tengok!!!...


Alhamdulillah, dah tiga anak sedara...Should be 4 by this year, tapi takde rezeki kaklong eca...
ada hikmah semua ne, boleh kak long lebihkan babyjeeya yang masih kecil tu.
hikmah Allah beri, kita tak pernah tahu kan?!...


anak sendiri jangan tanya, AYAHnya aje belum ketemu sihhh~
#tolongcarikanboleh?!











Hilangkan bau busuk dengan Carrificklean

Assalammualaikum.

tau tak perasaan tu bila kereta kesayangan diNODAI dengan NAJIS...sedangkan bila terkentut dalam kereta pun rasa bersalah tau!!!.Dijadikan cerita Ahad lepas, eca gi amik anak sedara kat ruma dia ajak g rumah eca.Petang tu pulak nak g hospital jenguk anak sedara yang nak pembedahan.Konon-kononnya, sebelum gi hospital nak singgah rumah anak sedara hantar kucing dia balik....Tapi tak sempat, ye lah masa melawat pun sampai jam berapa je kan...angkutlah sekali kucing tu.OTW nak gi hospital pulak, kucing-kucing tu  BERAK+KENCING...elok-elok wangian kereta Lavender terus bertukar.

So, apalagi..lepas aje habis melawat, g bersihkan NAJIS-NAJIS tu semua.Sembur sikit pewangi, letak daun pandan sikit (bf daku cakap hilangkan bau!)...tapi hari Isnin tu masih ada bau busuk lagi.Gi sembur dengan sabun cuci sikit, siap parking kat panas, bagi panas-panas konon...STILL ADA BAU...Hari Selasa tu sebelum gi kerja, gi basahkan kerusi yang terkena NAJIS tu dengan air panas (tak tahu motif & keperluannya, daku buat aje!)...Tengahari kuar lunch, menyengat lagi bau tu..So, buatlah keputusan HANTAR KEDAI STIM KERETA!!!!.

eca hantar gi Carrificklean,Sulaman Central....senang aje nak cari kedai ne..Sebaris dengan Nasi Ayam Juara, bersebelahan dengan kedai aksesori kereta & restoran.lagi mudah, kalau nak buat temujanji terlebih dahulu sebab kedai ne buka Selasa - Ahad, jam 9am - 6pm

eca biarkan gambar-gambar dibawah ini berbicara :


owner sedang tanya-tanya pasal #cinta1701 daku.Banyak juga dia share pasal steam kereta ne.
Kata Cikgu Khairul, dengan steam ne, jimat air dan kereta lebih terjaga..Kadang-kadang, conventional way nak cuci kereta tidak dapat bersihkan beberapa tempat especially yang kecil-kecil tu....Bukan tu aja, kalau selalu cuci, tidak bagus sangat untuk kereta...Lagi satu, kereta yang selalu ada semut & lipas tu, HATI-HATI.tu tanda semut & lipas tu dah berumah kat dalam kereta..cuba tengok kat spare-tyre katanya......banyak tips & pengetahuan dapat dari owner ne ^-^


kalau takde owner tu, jangan risau...pekerja dia memang terlatih & profesional habis
korang boleh tanya macam-macam, semua dorang tahu oke?!
dan yang best, dorang buat kerja memang teliti yerr...
eca siap komen masih ada bau lagi, dorang buat sampai 3 kali......untung tak untung?!

kat bawah ne PAKEJ yang dorang sediakan :


eca amik PAKEJ D : Full Fabric Extraction. bayar RM30 jer!
Steam & Vacuum je, kalau nak fully RM55.
tengah bulan oiii, duit takde nak amik fully extraction...
insyaallah, ada rezeki lebih boleh pergi sekali lagi kannn~



Jangan risau kalau kena tunggu lama, ada sofa korang leh lepak-lepak + WIFI FREE oke.
Budak kecik tu pun pandai melayan orang tau..eca baru duduk je, dia da sapa.
aishhh, dah la montel...rajin bercakap pulak tu!!!!

Nak tahu pasal Carrificklean ne, korang boleh ushaa :
FriendCarrificklean
Office : 088-489800
HP : 0178017977
Whatsapp : 0138777977
Alamat : Lot 10, DBKK Unit No. 21-0, Block B, Ground Floor, 
Lorong Sulaman Sentral, Sulaman Sentral, 
Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.



TESTIMONI DARI DAKU SENDIRI :
Bau najis kucing dah takde, jemur kejap dibawah matahari dalam 4 jam bau totally hilang.Tak lama tunggu pun, lagi best, kereta segar semacam je!!!


lepas ne nakminta discount lah! *-*

Selamat Tinggal Februari

Assalammualaikum.


Februari berlalu tanpa satu entry, nampak tak betapa pemalasnya daku...apa yag terjadi dengan Februari pun tak tahu...cepat sangat masa tu berlalu pergi...cepat sangat tanpa disedari, Mac telah tiba & semakin berlalu pergi.

Februari, 
Eca buat presentation tuk proposal.Alhamdulillah, LULUS dengan PEMBETULAN yang banyak sangat..masalahnya kan, sampai sekarang tak sentuh-sentuh lagi...bagilah sikit kekuatan buat daku tuk buat kerja tu.


Februari yang pergi.
Dapat result sem 3.tak target 4flat tapi berharap ada keajaiban....Mampu kekalkan aje prestasi tu.Yang sedihnya, kawan baik yang sesama study dapat bagus...bukan takat kawan baik...ada sorang lelaki tu, result dia lagi baik dari eca....tambah sedih T_T




So, Februari tu dikira saat-saat yang menyakitkan hati sebenarnya.





Harap-harap bulan Mac ne baik-baik aje~

Kenali Wangian Anda...

Assalammualaikum.
semalam update ceta pasal ole-ole dari seseorang kan, kali ini nak share sesuatu yang mungkin ramai tak tahu pasal wangian...kalau kita gi beli wangian (atau dalam kes daku, ada orang suka sangat bagi  wangian), cuba tengok ada tak tulis Eau De Parfum, Eau De Toilette, Eau De Cologne, Body Mist dan lain-lain.Tahu ke tidak yang semua tu berbeza, nama je minyak wangi tapi setiap satu EDP, EDT, EDC tu berbeza...jom baca perbezaan EDP, EDT, EDC, Body Mist...


Eau De Parfum
EDP mengandungi kandungan minyak wangian antara 10-15%.So, baunya lebih pekat dan kuat berbanding yang lain.Bau EDP pulak tahan sehingga 10jam...kalau p kerja, boleh lah sembur sebelum gerak ke opis, balik opis bau still tahan.Tapi, EDP tidak boleh disembur ke atas baju sebabnya nanti akan tinggalkan kesan.


Eau De Toilette
EDT pula mengandungi minyak wangian antara 3-8%.Maknanya hanya boleh bertahan untuk satu tempoh yang singkat...So, sentiasa pastikan korang bawa perfume dalam bekas kecil, boleh sembur selalu sampai orang kat sebelah menyampah asyik sembur minyak wangi je.


Eau De Cologne & Body Mist
Kedua-dua ini merupakan gabungan air dan minyak wangi sekitar 3% sahaja.So, kepekatan minyak wangi adalah kurang dan tak hairanlah ianya jauh lebih murah berbanding EDT & EDP.Untuk kedua-dua EDC & Body Mist, elok digunakan selepas mandi bagi melembapkan kulit kita..

minyak wangi peneman sepanjang hari.


dah tahu perbezaannya kan?
So, bijaklah membeli..ada yang murah tapi tak tahan lama, rugi jugak tu!
setuju ke tidak?


Ole-ole dari dia.

Assalammualaikum.
Ada orang tu, dia baru balik dari luar negara *sangat*...So, kita yang duk Malaysia ne, dapatlah ole-ole kan...berani tak bagi ole-ole, kang ada orang merajuk muncung itik. =P (sebenarnya, tak kisah pun ada ke tak de..hehe)


Fridge Magnet Vietnam.
Macam tau-tau je eca suka FM...tambah lagi koleksi FM atas petiais.hehehe.


Elianto Seduction Set
haishh, ne lagi!Macam tau-tau jak dua minyak wangi daku tu nak habis.Sebelum ne guna White Musk Perfume Oil (Body Shop) & Citrus Bilberry  EDT (Nutrimetics).....nak habis dah.White Musk tu memang nak habis...Citrus Bilberry hadiah pemberian si dia jugak!!!..memang suka bagi perfume la mamat tu.Untuk Seduction Set ne, wangi dia lembut sangat.SUKA..tapi sebenarnya eca suka wangian buah bery...paling suka kalau wangian strawberry.TOLONG INGAT TAU!.hikhikhik~


Telekung Sulam.
yang ne buat orang sayang lebih ne...tak tahu pasal apa, tapi bila nampak ne, sayang lebih sikit dari yang aritu...boleh kah?!.hehehehe.telekung lembut sangat, selesa guna.


THANKS FOR THE SOUVENIRS.
really appreciate those things u give me.
<3


btw, yang ne ole-ole kan?
bukan hadiah bday kena bagi awal kan?
So, bday nanti boleh minta hadiah lagi...kalau tiada hadiah, kek pun boleh bha~
hikhikhik ^________^



kalau kawan-kawan korang gi bercuti,
selalu ole-ole apa yang korang akan dapat?!
kongsi sikit.








Catatan MatLutfi, hadiah bday tiba awal!

Assalammualaikum.
untung dapat opismate yang bukan orang Sabah...asal dorang balik kampung memasing, ada lah kiriman dari sana.Last week, eca kirim buku MatLutfi.TERPAKSA kirim sebab buku tu teda di Sabah lagi.Dah puas pusing Times, pusing Harris...tak jumpa.Nak beli online, malas lak sebab kos penghantaran tu melampau mahalnya.hihihi..kebetulan lak ada kawan balik kampung kat Melaka tu, apa lagi, kirim je lah~




bagi korang yang tak kenal Mat Luthfi, sila tengok video beliau kat youtube -- klik sini.

Haruslah happy bila dapat buku yang jadi idaman kalbu untuk masuk list bahan bacaan penting!.hehehe...kalau ikut harga SM RM25..ikut harga SS RM28..tapi dapat FREE, sebab kawan cakap, "takyah bayar, hadiah bday ko dapat awal"...selamat duit daku, tapi bday aku nanti KEK Red Velvet Secret Recipes 1slice boleh?!..hikhikhik~


Ustaz Muhd Syafiq Wagimi...*fullname aku letak*
terima kasih sebab selalu jadi abang yang baik buat adik-adik.
terima kasih sebab selalu jadi kawan yang sangat jahat.
terima kasih sebab selalu ajar aku buat kerja bodoh.
semoga cepat bertemu jodoh dengan si dia ngko tu, 
aku doa-doakan doa aku ne dimakbulkan Allah.
^_____________^


best ke tak Catatan Matlutfi ne?!...haruslah best kan.
youtuber terkenal tu, nanti eca review sikit pasal buku ne tau~

#throwback 2014

Assalammualaikum.
tetiba rasa nak throwback tahun 2014...nak kata bermakna sangat, takde juga.cuma bagi eca, banyak pengajaran yang harus simpan sendiri & tentu saja mematangkan fikiran.jom throwback perkara-perkara yang manis-manis je, supaya 2015 akan lebih manis.... :)

jan14.
turning 25years.yeahhh, tak menyangka dah 25tahun hidup dengan bahagia.Special on my bday, si kakak ipar belikan Kek Baskin Robin.Hadiah bday yang istimewa, Mr Tabby (Samsung Galaxy Tab 3)...peneman setia sepanjang hari.hikhik...kalau tahun ne ada orang hadiah sonyexperia Z series pun daku terima dengan hati yang terbuka.paling cikai bagi lenovo je lah!.hahaha~


feb-apr14.
nothing special except BERAT BADAN TURUN...tu pun tak timbang, tau turun sebab baju lama boleh pakai.hikhikhik

ohya, dapat result Sem 1 masa ne..tak menyangka result baik.3.67 tu.TAHNIAH buat diri sendiri!


may14.
akhirnya selepas beberapa tahun dari zaman sekolah sampai zaman masing-masing dah kerja...abang eca yang sorang tu (abang daku memang sorang je kot!), mendirikan rumahtangga dengan si ipar.HAPPY la dapat kakak ipar, bulan Mac nanti si kakak ipar nak due..ohyeah, tahun depan dapat anak sedara lagi.

jun14.
exam semester 2.Alhamdulillah, dapat buat dengan baik walaupun tak join study group.
..last month kerja kat Ceria Educational Centre sebab dapat kerja baru. ^-^

julai14.
mula kerja sebagai Pensyarah Jemputan kat ILP Kota Kinabalu.satu pengalaman yang tak kan dapat dimana-mana.1st week kerja, mampu senyum sebab segan nak tegur sesiapa.hahaha~

ogos14.
sibuk-sibuk-sibuk dengan aktiviti ILPKK.Tapi kesibukan itu membuatkaan diriku ini lebih bijak dan berani bergaul....tambah sibuk, majlis resepsi kat rumah parents di kampung.lama tul baru buat kan.kes ramai orang kahwin masa cuti sekolah & before Ramadhan.oke..nak kawen masa bukan cuti sekolah, BOLEH?!.hehehe~

sept14.
1st month bawa kereta even kereta tu dah lama beli.1st passengers selain daripada my own family is U....gigil kot bawak kereta ada orang tu disebelah sampai siap cakap, "kalau ehem ada disini, ndak mau drive"..takut punya pasal.ngeee.
ehh U...i know u read this~...i just want u to know...this is the lovely month of the year.#hubbyayang.kalau ada jodoh, kita doakan ia kekal.kalau takde jodoh, kita doakan juga supaya ada jodoh.Boleh ka macam tu?!..hehehe.

oct14.
bulan yang tahu dah tak boleh main-main sebab kena siapkan PROPOSAL THESIS.hukhuk.sangat-sangat stress tapi daku relax je....dalam hati tak siapa tahu.

nov14.
anak-anak murid exam dan cikgunya pulak yang neves..nasib baik semua lulus dengan CEMERLANG...hehehehe~

dis14.
yeah, berjaya siapkan proposal thesis before christmas...terus rasa best sangat sebab boleh bercuti dengan gembira tanpa fikir apa-apa ^-^

itu cerita 2014.kita tutup buku, kita simpan jauh-jauh.Jadikan sebagai satu kenangan dan pengalaman...2015 yang bakal kita tempuhi, doakan semuanya baik-baik..Azam 2015, sama je macam tahun-tahun lepas ^-^ banyak yang akan, bakal, mungkin terjadi untuk tahun ini.paling tak sabar tunggu November2015, hari Konvo...semoga dapat konvo dengan baik & cemerlangnya.hikhikhik!

azam baru korang pulak apa yer?
share sikit......