UMS 17th Convocation.

UMS 17th Convocation.

Assalammualaikum.

lama tak bercerita di blog tersayang kan?!...last entry pun update ala kadar inform yang eca dah nak konvo. Kali ne, nak cerita pasal konvo pada 21 November 2015 bersamaan hari Sabtu. Hari tu, memang awal bangun sedia sarapan tuk family pastu nak make-up segala. Sampai kat UMS, jumpa peluk laga-laga pipi dengan kawan-kawan. Sambil-sambil betulkan jubah masing-masing, geng MEMG3 konfirm tak lepas dari amik gambar...layankan gambar kitaorang sebelum "Perarakan Masuk Graduan"....

with my lovely girls #ayampenyet
kawan dari sem 1 buat assignment, 
menangis, ketawa, kongsi cerita.
aippp, rindu betul lah dengan dorang~

MEMG3~
Ini baru sebahagian je rakan sekelas eca..Kalau ikutkan dalam 30orang juga classmates eca tu. Dah dua tahun sama-sama berkorban demi segulung ijazah sarjana.



 tu muka "aku dah ada master kot~"..haha.

Konvo eca ne Sidang 1 tau. Sidang 1 khas tuk graduan PhD, Master dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Doktor-doktor Perubatan). Ikutkan ada sampai 6 sidang tak silap eca...macam biasa tiap kali konvokesyen, mesti ada Tamu Gadang, tapi tahun ne tak singgah langsung gi Tamu Gadang.

Ohya, lepas habis majlis, memang PENAT habis...Nak bergambar dengan kawan-kawan pun dah tak larat. Terus, ajak Parents & adik-adik p lunch, PERUT lapar weii, tak makan apa kat Dewan Canselori. Nasib baik eca dah buat temujanji dengan photography studio yang amik gambar family hari esoknya (Ahad, 22 Nov 2015), tak lah terkejar-kejar kan nak pergi bergambar.

Last gambar, kawan-kawan seopis. Tak sangka betul dapat hadiah bunga ne.Terima Kasih kamurang!!!!...Bunga tu tahan lama sebab plastik








 nanti eca update pulak gambar studio photoshoot dengan family & outdoor photoshoot dengan kawan-kawan sekelas...yang paling penting, eca akan recommend korang yang berhampiran tuk gunakan perkhidmatan mereka ne.

^-^ jumpa lagi nect entry ^-^