TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak - Pes & Resipi.| Assalammualaikum & Salam Ramadhan uolls~

Ter-rajin pulak Eca nak update entry hari ini. Dah masuk minggu terakhir kita di bulan Ramadhan dan Eca pasti ramai yang dah mula menyiapkan biskut raya ke korang order biskut tunjuk je????. eh eh, entry kali ini taknak cerita pasal biskut, Eca nak cerita pasal LAKSA SARAWAK.


Bila korang nak sediakan hidangan Laksa Sarawak, bahan paling utama ialah PES LAKSA SARAWAK HJ MANAN. Kenapa kena guna Pes Laksa Sarawak Hj Manan?..sebab pes laksa sarawak ini merupakan pes paling sedap berbanding jenama lain (I've tried another pes before and its ends with dissapoinment in my laksa. So, please use Pes Laksa Sarawak Hj Manan yer!)

Harga Pes Laksa Sarawak ni untuk paket 200gm ialah RM4.50 - RM6.00++ 
Untuk paket 200gm ini actually bolehlah tuk 5-8 orang makan. 
Nak lagi puashati, beli paket 500gm tu!..hehehee~

Untuk dapatkan pes laksa Sarawak Hj Manan, korang boleh terus contact pembekal di facebook mereka : Pes Laksa Sarawak Hj Manan

Bila dah dapat pes tu, korang jangan dok risau. Sebabnya ada resipi di dalam bungkusan pes tu!..Senangkan kerja...Tapi takpe, Eca nak share cara Eca buat Laksa Sarawak dan sebenarnya Eca pun belajar dari member Eca...asalnya dari Kuching, Sarawak. Thanks Syifa Zafirah (suddenly, rindu main masak-masak dengan ko!)

So, bahan-bahan utama ialah :
1. Pes Laksa Sarawak Hj Manan
2. Mihun - dicelur
3. Ayam (Bahagian Dada) - direbus dan dicarik isi ayam
4. Kiub Ayam
5. Santan Kotak
6. Daun Ketumbar - dihiris halus
7. Taugeh - dicelur
8. Telur - digoreng dadar, kemudian dihiris nipis-nipis
9. Udang - direbus
10. Sambal belacan/sambal lada
11. Limau

Camna nak masak...
1. Korang kena rebus ayam + halia dalam air yang mendidih. Bila dah agak masak isi ayam korang, boleh keluarkan isi ayam dan rebus udang pulak.
2. Siap jak rebus udang tu, keluarkan terus. Kemudian korang boleh masukkan pes laksa dalam air rebusan tu.
3. Sementara tu, korang boleh mula panas air untuk celur mihun dan taugeh.
4. Hah, sini kena multitasking supaya laksa siap cepat, cepatlah makan!.
5. Bila dah masukkan pes laksa dalam air rebusan ayam+udang tu, korang masukkan kiub ayam.
6. Dah agak mendidih, korang masukkan santan.
7. Tunggu sampai dia mendidih lagi, dah siap celur mihun dan taugeh, korang boleh start goreng telur dadar. Siap goreng, hiris nipis-nipis telur dadar tu!
8. eh eh, daun ketumbar tu, korang jangan lupa!. Hiris nipis gak!.
9. Dah mendidih pes laksa tu, tutup api.
10...sebelum terlupa, ayam yang direbus korang carik-carikkan. Udang pulak buka kulit sedia. SENANG NAK MAKAN katanyaaaaaaa~

Camna nak makan...
1. Masukkan mihun terlebih dahulu.
2. Lepas tu, korang letak bahan-bahan lain : Ayam, Udang, Telur, Taugeh, Daun Ketumbar.
3. Kalau korang suka pedas, letaklah sambal belacan. *kitaorang selalu guna Sambal Belacan Asli Adabi tu..sedap dan senang keja*
4. Dah bubuh semua dalam mangkuk, baru tuang kuah laksa tu.
5. Gaul sekata, letak limau dan boleh ngap!.

..dah cakap senangkan?!..korang tak caya. Dah, jom layan gambar Laksa Sarawak Eca lakkkkk~

Yang ni buat kat Semporna. Gigih tau suh Syifa pos pes laksa dari Sarawak.hahaha!.
Pastu, tak best langsung...takdak udang dan takdak daun ketumbar. SERIOUSLY, kurang sangat rasa dia....sedih tapi nak buat camna!.

hah, yang ini pulak, airtangan Syifa sendiri. Eca dok tolong makan ja!.Tak ingat ini bila. kitaorang dulu kat ILPKK selalu makan Laksa Sarawak. everymonth, every occasion, mesti ada laksa sarawak!
Yang bestnya, kat KK..kitaorang dah hafal mana nak cari semua bahan...and mostly, selalu dapat semua bahan-bahan especially daun ketumbar yang susah nak carik tu!


close-up sikit bahan-bahan dia. Korang perasan tak, ada fishball dalam laksa Sarawak yang Eca tunjuk tu...hah, kitaorang suka menambah resipi. Letak fishball yang digoreng dan dihiris nipis. Menambah rasa gitu!!!!..

hah, korang apa lagik?..takkan nak terliurr pulak. G beli pes laksa sekarang dan gi buat. 
Eca tunggu balik KB, konfirm gi buat ne!.

till next entry!
xoxo, ecadwinkyasha~

Resepi Puding Jagung | Menu Kegemaran Iftar.

Resepi Puding Jagung | Menu Kegemaran Iftar.
Assalammualaikum.....kat group Sabahan Blogger, sibuk pulak dorang ceta pasal menu iftar. Telan liur jak lah baca conversation bebudak eh mak budak kat situ. Eca "UP"-kan terus menu kegemaran Eca kat blog...biar terliur korang semua eh eh!



pudingjagung


tu dia Menu Kegemaran Eca iaitu Puding Jagung...like seriously, Eca memang suka makan jagung. Tak pernah jemu makann, so apa ja yang ada kaitan dengan jagung, Eca memang suka contohnya, jagung rebus, jagung bakar, bubur jagung....sekarang teringin nak minum air jagung yang tengah HOTTT tu!

ok ok, Eca tak nak membebel panjang, nak share dengan korang Resepi Puding Jagung. 
Bahan-bahan
1cawan tepung kastard
3cawan air
1 tin krim jagung
1/2 cawan gula
1/2 pek santan
Garam

Cara Membuatnya
1) Gaul kesemua bahan kecuali krim jagung dan sebatikan.
2) Dah agak-agak sebati iaitu tepung jagung + santan tak berketul, masukkan krim jagung.
3) Masak atas api sederhana & gaulkan sehingga adunan puding nampak masak & berkilat.Tempoh dalam 30minit - 45minit bergantung kepada adunan kamu)
4) Dah masak, letakkan ke dalam mangkuk puding

 kalau korang nak tahu, tiga bahan utama iresepi ini iaitu tepung kastard, jagung & santan boleh korang beli secara "online" di Lazada?..tak caya, jom tengok gambar dibawah ne :





Lebih mudah kan menyediakan juadah iftar, apatah lagi kalau buat Puding ne waktu Sahur...simpan je dalam peti ais, lagi sejuk, lagi sedapp gitu!...Ohya, korang tahu tak Lazada sedang mengadakan Marhaban Ya Ramadan dan Riang Ria Raya Sale bermula pada 19 Mei 2017 - 30 Jun (sempat lagi ne nak memborong kat Lazada sebab diskaun sehingga 90% tau~)

Selamat Mencuba Resepi Puding Jagung by ecadwinkyasha =)
kalau sedap, khabar-khabarkan tauuuuuu.

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha.

Sanggar Peppek a.k.a Pisang Penyet.

Assalammualaikum.
eca bab masak bukan nombor satu tapi kalau diri tu kepingin dahhh, laju je cari bahan & masak!....Konfirm bukan pilihan bakal-mak-mertua tuk dijadikan menantu. Pemalas kemainnn tapi bila bakal-mak-mertua dah rasa sanggar pepek & sambal belacan eca, perghhh, dan2 nak jadikan menantu..#ehhh?!.

sanggar pepek atau senang korang panggil pisang penyet ne makanan suku kaum Bugis. Dulu masa study degree, eca duk serumah dengan orang Bugis...dari situlah pandai makan. Pastu dulu ada satu restoran kat Alamesra jual sanggar pepek ne tapi dah tutup. Makanya, kita buat sendiri lah ikut anak tekak!...

Bahan-bahan :
Pisang (yang masih hijau tauu!)
Minyak Masak
Belacan *
Bawang Putih + Bawang Merah *
Tomato *
Cili Padi *
Gula + Garam *
*Bahan untuk buat sambal belacan.

Cara memasak :
1. Blend bahan-bahan tuk buat sambal.
2. Siap blend, boleh tumis ikut kesesuaian korang. Agak-agak dah masak semua, rasa pun dah cukup..boleh angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak sambil kupas kulit pisang.
4. Agak dah panas, pisang sebiji-sebiji masukkan ke dalam minyak panas.
5. Agak dah kekuning-kuningan pisang tu, keluarkan.
6. Lepastu, gunakan lesung tuk penyet-penyetkan pisaang tu supaya jadi melebar. (korang tumbuk-tumbuk je, takyah nak guling-gulingkan sangat!)
7. Then, masukkan kembali ke dalam minyak panas tadi & goreng sehingga garing.
8. Bila dah garing, boleh angkat & nikmati pisang penyet koraang dengan sambal belacan + secawan kopi.




nyummm, weekend ne kalau free nak buat lagi aaaaaa.
korang try lah dulu buat yer~
nanti khabar kat eca apa rasany ^-^

Resepi Ayam Masam Manis

Assalammualaikum.
lama tak update blog, rasa nak share beberapa resepi....dulu rajin masak, sekarang rajin hulur duit kat kedai makan!.haha~

resepi ayam masam manis gambar ayam masak masam manis

Resepi Ayam Masam Manis

Bahan-bahan :
  • Ayam *goreng dengan sedikit tepung kanji
  • Timun *potong dadu
  • Nenas *potong dadu
  • Lada *optional kalau nak pedas-pedas
  • Bawang Merah+Bawang Putih *tumbuk halus
  • Sos Plum
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Air,Garam,Secukup Rasa,Minyak

Cara masak :
  • Ayam tu goreng dengan tepung kanji biar sampai kekuning-kuningan
  • Tumis bawang biar bagi wangi satu taman.
  • Masukkan sos plum, sos tomato, sos cili..takyah banyak sangat yer!
  • Tambahkan air dan kemudian masukkan timun,nenas,lada merah
  • Then, masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Bagi pekat sos, campurkan garam dan secukup rasa ikut selera tekak korang
  • sedia dimakan dengan nasi putih.

kurang 30minit je masak..siap satu hidangan...sesuai sangat makan dengan nasi putih panas-panas,konfirm la tambah nasi dua kali kan?!.ngeeee...dah dah, gi sedia bahan & masak :)


errr, makcik...saya habis belajar lagi 6 bulan kot! #hintsejabhadulu.

Jeruk Epal AsamBoi

Assalammualaikum.

Semalam penuh timeline fb eca dengan jeruk asamboi,,,gilerr tak terliur..meleleh aje tidak air liur tu!So, menggagahkan diri p beli bahan kat kedai berhampiran...senang je tau buatnya!!Budak sekolah pun boleh buat sendiri..

BAHAN-BAHAN :
1) Epal hijau (guna mangga lagi sedap, tapi eca tak makan mangga)
2) Asam Boi
3) Gula
4) Cili padi

CARA BUAT :
1) Cuci epal & potong dadu.
2) Letak dalam bekas sekali dengan asam boi
3) Gunting cili padi tu dan masukkan ke dalam bekas.
4) Tabur 1sudu gula dan gaulkan sebati.
5) Simpan semalaman dalam peti ais.

Dah simpan semalaman tu, bolehlah melantak jeruk epal tu.Bila eca upload gambar jeruk tu kat instagram (boleh follow ig eca : ecadwinkyasha), opismate plak suh bawa gi opis...tak sangka dapat sambutan.Tadi kat opis, kawan hulur duit suh beli epal & buat tuk esok....harap-harap rasa sesedap yang hari ne punyerrr,hehehe.

So, makcik...boleh kot masuk meminang anytime!....*larikkkkkkkkkkkkk*
Sila jeleskan diri sendiri tengok gambar kat bawah neyh ::

Resepi Pisang Cheese

Assalammualaikum.

Saja nak buat korang terliur, eca nak share resepi Pisang Cheese.Daku ne gilakan pisang cheese, kalau ada kuliah, mulalah mengidam bagai dengan geng ayampenyet.Pergilah mencari pisang cheese yang berlambak kat Alamesra tu....tapi kali ne, jauh dari Alamesra, eca sediakan pisang cheese sebab adik bongsu daku ketagih lak nak makan.meh meh, kelas bermula ye puan-puan.

Bahan-bahan :
1) Pisang
2) Tepung gandum + tepung goreng pisang Adabi
3) Air
4) Minyak 
5) Susu pekat
6) Cheese buku jenama Cheddar.

Cara-caranya :
1) Sediakan adunan tepung + air tuk menggoreng pisang macam biasa.
2) Selepas selesai menggoreng, susun leh lawa-lawa atas pinggan.Bajet tengah makan kat kedai.haha!
3) Tuangkan susu pekat atas pisang.(tak yah banyak-banyak sangat sampai tersalut pulak pisang tu dengan susu...sedang-sedang je!)
4) Parut cheese diatas pisang tu.
5) Siap untuk dilantak sepuasnya.


total harga bahan-bahan :
Tepung : RM2++
Susu : RM2++/tin
Pisang : RM2-4/seikat
Cheese : RM10++/kotak

nampak mahal kan, tapi sebenarnya, cheese tu boleh dua-tiga kali guna..sama juga dengan tepung & susu. so resepi yang eca bagi ne amat simple kan?!..kalau kena waktu hujan, sambil minum kopi O, Nescafe O, milo suam, perghhhh...BF yang tak handsome lalu pun mesti korang tak peduli.haha!...So, dari terliur sendiri, gi siapkan pisang cheese,nanti tunjuk kat eca tau~

ohya, kalau korang area Alamesra, nak merasa pisang cheese ne, eca rekomen korang p Restoran Ummi Aishah (dok ingat nama dia tulis Aishah ke Aisya...hahaha!).Pisang Cheese kat situ LEBIH SEDAP berbanding kat Restoran Padang Jawa.hikhikhik.

till then,
stay healthy, stay positives,
enjoy your meal!!!

Resepi Agar-agar Pandan Bersantan

Assalammualaikum.

lama rasa tak share resepi kat blog ne.Kali ini nak share resepi agar-agar yang eca suka makan...kalau beli RM2 kat tamu, konfirm eca sorang yang habiskan.Buat sendiri baru puas hati tau, apatah lagi cara membuatnya senang sangat....yang penting kerajinan korang tu je :)

lama dah peram dalam draft sebenarnya.HAHA!!


Bahan-bahan :
10 gram Agar-agar
3/4 cawan gula
1 biji Telur
150ml Santan pekat
600ml Air
setitik pewarna hijau
perisa pandan (orang bandar tak jumpa daun pandan, kita beli je perisa pandan kat kedai erk~)
secubit garam






Cara Membuatnya yang simple tu... :
Didihkan agar-agar di dalam periuk bersama 600ml air
Masukkan perisa pandan,pewarna hijau,gula dan secubit garam
Kacau hingga agar-agar dan gula pasir larut
Pecahkan sebiji telur ke dalam santan dan kacau sehingga sebati (eca masukkan dalam blender & blend sekali)
Masukkan santan bertelur tadi ke dalam periuk
Kacau sebentar dan tutup api
Tapis adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yang di kehendaki
Biarkan agar-gar menjadi sejuk dan beku Masukkan ke dalam peti sejuk & sedap dimakan kalau sejuk-sejuk gitu :)

seriously, sangat simple & harga bahan pun eca rasa tidak melebihi RM10.So, bolehlah korang cuba petang nanti yer sebagai hidangan minum petang...Disebabkan eca 'tengah misi turunkan berat", makanan ini cuma mampu dipandang di dalam gambar.HAHA!..so,boleh tak kalau korang tolong buat & makan untuk eca.hikhik~

Resepi Puding Kastard Pisang

Assalammualaikum.

ok ok, hari ne hari sabtu dan eca tahu eca ada kelas jam8pagi - 5petang.Sila bergedik-gedik cari eca di Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, UMS...sila bawa bubur ayam McD sebab daku kebulur sangat nak makan bubur....tapi sebelum daku kebulur, meh sini nak kongsi resepi puding kastard pisang.
*rujuk entry ne tuk puding kastard jagung*

adakah gambar ini cukup buat anda terliur?!..jom lihat resepi yang simple neyh ::

1) 1 gelas kastard.
2) 1sisir pisang.
3) 2 cawan air
4) 1 tin susu cair.
5) 3sudu susu pekat *tak manis sangat ne*
6) 2sudu gula
7) Mixed Fruit (guna kismis je lagi sedap)



cara nak buat simple dan mudah je oke?!
1) kupas pisang, potong & goreng tanpa tepung.Ketepikan setelah selesai.
2) Masukkan kastard & air ke dalam bekas dan sebatikan agar tidak berketul-ketul.
3) Atas api yang perlahan, gaulkan kastard & air tadi.Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, gula.
4) Gaul sehingga aduanan tu jadi agak likat/pekat.Padamkan api.
5) Tuang adunan kastard ke dalam bekas, kemudian susun pisang.Langkah ini diulang sehingga adunan kastard & pisang habis.Selepas tu, boleh letakkan mixed fruit atau kismis di atas adunan tadi.

*eca letak mixed fruit sebab tak jumpa kismis kat Gmart....okelah kalerpul sangat ye!*
Thanks buat cik peguam, Innanie atas perkongsian resepi yang sedap ini! :)


gigih gila daku update sebelum pegi kelas tau!..
ne sebab kawan-kawan (ramai tu kawan-kawan) cakap,
"oiiii, Bila nak update belog hah?!"... =.="
tetiba rasa nak UMUM satu dunia, SAYA DAH UPDATE BELOG! =P

Resepi Puding Roti Bercoklat Kukus

Assalammualaikum.


hepphepp,hari neyh eca update pasal resepi je la k.kali ini nak kongsi pula tuk dessert.Puding Roti Bercoklat Kukus....resepi ini diolah dari resepi Puding Roti Kuku Bersos Kastard dari makcik ini.(sila klik jika nak mengurat anak beliau)

Resepi Roti Bercoklat Kukus.


Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • susu cair
  • susu pekat
  • esen vanila
  • coklat cadburry *dihiris*
  • 4-5keping roti
  • mentega yang dicairkan

Untuk kuah kastard :
  • susu cair
  • air 
  • gula
  • kastard*dalam dua sudu makan da oke*

Cara Membuatnya :
  • Pukul 2 biji telur,susu cair, susu pekat, esen vanila dan ketepikan.
  • Sapu mentega disekeliling loyang.Kemudian susun roti.
  • Boleh masukkan coklat berselang seli dengan susunan roti tadi.
  • Curahkan mentega cair pada roti.
  • Ambil bahan yang diblend tadi dan tuangkan ke atas roti.Kemudian boleh tekan-tekan roti tu eh.
  • Kukus dalam 30minit dengan api sederhana.

untuk membuat kuah pulak :
  1. Satukan kesemua bahan (susu cair,gula,air,kastard).
  2. Kemudian, masak atas dapur dengan api sederhana.
  3. Masak sehingga dapat kepekatan yang kamu suka.

coklat mencurah-curah jatuh ke ladang gandum.......kikikiki~


jangan terliur, saya tak suka.Dah dapat resepi, teruskan mencuba.

Bukan Bubur Ayam McD.

Assalammualaikum.


Tak tahu sebab apa,tapi yang pasti..eca suka makan bubur....bubur jagung, bubur durian, bubur nasi....tapi tidak pada bubur kacang hijau.Seriously,bubur kacang hijau bukan feveret eca.Rasa nak muntah je bila makan bubur kacang hijau.Kalau kat Bazaar Ramadhan tu, berlambak orang jual bubur kacang hijau.takde feel oke nak makan.hikhikhik.Tapi kalau sebut bubur nasi..bubur jagung...meh meh bagi kat eca oke?!.

SO, last Friday eca kan OFF..merajinkan diri pulak masak bubur nasi + ayam.....nak makan bubur ayam McD, takde geng...so masak lah snediri....superb sedap oke?!...mari mencuba resepi yang kononnya sedap tu..*sendiri masak,baik puji diri sendiri kan?!*

Resepi Bubur Ayam ala McD-lah sangat.

Bahan-bahan ::
  • 1/2 cawan beras (makan sorang tuk berbuka + sahur)
  • 3 sayap ayam 
  • 1/2 lobak
  • Rempah Kering (Kayu Manis + Bunga Lawang)
  • 2 batang serai
  • Bawang Merah + Bawang Putih + 1 inci Halia (dihiris nipis)
  • Serbuk Lada Putih + Serbuk Lada Hitam
  • 1 kiub Stok Ayam (eca guna Maggi punya)
  • eca tambahkan sayur sawi
  • Air (12 kali ganda dari sukatan beras)
untuk hiasan :
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Sosej yang dihiris nipis & digoreng
  • Sotong kering
Cara Masak (ikut suka hati daku je ne oke?!)
  • Panaskan minyak (kalau ada minyak bijan lagi meletup!).
  • Tumiskan rempah kering sehingga naik bau kemudian masukkan bawang putih,bawang 
  • merah,halia & serai.
  • Tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan ayam.
  • Campurkan serbuk lada putih  & serbuk lada hitam,kemudian gaul sebati.
  • Agak-agak ayam da mula masak gitu....tambahkan air + masukkan beras.
  • Bila dah mendidih, kecilkan api dan masukkan lobak.
  • Agak-agak dah nak kering air tu,masukkan sayur sawi.
  • Lepas tu,bolehlah letakkan hiasan.Eca letak sosej + sotong kering pun dah memadai tau.
teringat-ingat rasa sosej, sotong kering, bawang goreng tuuuuuuuuuuuu.sedap!

bukan selalu masak-masak macam ne, so maaflah kalau ada yang kurang berkenan eca upload gambar makanan ekhhhh.

Resepi Puding Kastard Jagung.

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!

Assalammualaikum.
Hari ini nak kongsi resepi puding....buat hari tu (eh,hari tu macam semalam je kan...hikhikhik,buat masa kenduri Arwah kawan dulu)...Memula eca nak beli kek je tapi ada duit lebih sikit, buatlah puding...Lagipun simple dan mudah.payah tang menunggu puding kastard tu masak je :)  
oke oke,ne bakal-masterchef nak sediakan bahan-bahan & ajarkan cara memasaknya.
puding kastard jagung

Resepi Puding Kastard Jagung.

Bahan-bahan
1cawan tepung kastard
3cawan air
1 tin krim jagung
1/2 cawan gula
1/2 pek santan
Garam
Cara Membuatnya
1) Gaul kesemua bahan kecuali krim jagung dan sebatikan.
2) Dah agak-agak sebati dna tepung jagung + santan tak berketul, masukkan krim jagung.
3) Masak atas api sederhana & gaulkan sehingga adunan puding nampak masak & berkilat.Tempoh dalam 30minit - 45minit bergantung kepada adunan kamu)
4) Dah masak, letakkan ke dalam mangkuk puding (mangkuk biasa pun boleh je...bekas aiskrim tu), dan sejukkan sebelum dimakan.
HOSTING untuk website/blog anda

Kos untuk membuat Puding Kastard Jagung 
 Tepung Kastard - RM3++
Santan - RM1++
Krim Jagung - RM3++
tak sampai RM10 kan?!..tepung kastard tu pula,bukannya sekali beli terus habis tau.boleh buat lagi tuk kenduri kahwin.eh eh?!..dia dah mula dahhhhhhhhh.

bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.
minggu ne agak busy sebab nak packing barang-barang, kemas rumah baru, pindah ke rumah baru, unpack barang-barang..alahai,ada sesapa nak tolong?!....tolong tengok pun takpe,bawak pizza 2 kotak sekali,dah bersyukur dahhhh =)

bila dah pindah rumah baru, baru eca terjah rumah korang yer.

Resepi Ikan Masak Kari Kering

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!  

Assalammualaikum.

Menu hari ini,kita akan belajar cara masak Ikan Masak Kari Kering...ye ibu-ibu sekalian,mohon sediakan pen & kertas..nanti masak,takyah buka blog eca yang cute ne....susah payah lak ulang alik,melainkan anda ada ipad ke iphong ke..boleh la tengok resepi sambil menumis,nak masukkan ipad ke iphong tu pun boleh,ada perisa tambahan gitu...hikhikhik. 


Bahan-bahan :
1kg ikan basung (kat Semenanjung,eca tak tahu nama ikan ne yer...)
3 biji bawang merah (ditumbuk/blend)
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
3 batang serai
Daun kari 
3 sudu makan serbuk kari
1 cawan cili giling/cili boh
Garam + AjinomotoAir + Minyak untuk menumis


optional :
Cili Padi (nak lagi pedas,tambahkan je)
kayu manis, bunga lawang dll.
Lada Merah 

Cara Memasak :
1 ) Bersihkan ikan (buang insang & isi perut..eca kalau da malas,sekali potong kepala ikan tu.Kemudian cuci)
2) Lumurkan ikan dengan garam.
3) Goreng ikan sehingga garing.
4) Angkat ikan yang dah habis digoreng dan ketepikan. 
5) Panaskan kuali baru & masukkan minyak.
6) Masukkan bawang yang dah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
7) Masukkan serai & daun kari.
8) Bila da naik bau,masukkan cili boh dan tumis sehingga keluar minyak.
9) Masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga keluar minyak.
10) Tambahkan air sedikit jika tumisan terlalu pekat.
11) Bila dah masak kesemuanya,masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
12) Gaul sebati bahan tumisan & ikan di dalam kuali.
13) Sebatikan rasa (tambah garam,ajinomoto @ gula ikut selera anda)
14) Setelah siap,boleh dimakan dengan nasi putih...konfirm mak mertua lalu,tak nampak!


bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.  

kenapa ada optional ingredients?!
1) Ada yang tak suka pedas sangat,so tak perlu tambah cili padi.Sebabnya kari & cili boh tu memang da pedas.
2) Rempah kering seperti kayu manis,bunga lawang dll (yang orang dok panggil 5 sekawan tu lahh) sebenarnya menaikkan lagi bau masakan & tambahkan rasa pada masakan..tapi kalau nak simple-simple,takyah letak lah.
3) sebagai hiasan & penambah rasa boleh tambah lada merah.
 
sebenarnya, masa masak hari tu,eca terlupa letakkan daun kari ketika menumis...Dah siap masak baru teringat...sungguh pelupa diri ini.Then,baru eca gorengkan daun kari tu (gunakan minyak bekas goreng ikan) kemudian gaul sebati dengan ikan masak kari kering bagi naikkan selera & bau kari...even buat macam tu,sedap tak terhingga tau!!!

    
simple je kan,tapi penatnya....sebab masak 4kg tuk kenduri arwah hari tu.dah la kita masak sorang-sorang tak berteman......makcik,cepatlah masuk minang!hikhikhik.
sekali lagi nak tanya, kat Semenanjung/Sarawak panggil ikan ne apa eh?!..sebab kat Sabah,eca panggil ikan basung..masak ampap pun sedap...haish haish terliur sudah bha.

Resepi Agar-agar Jagung

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!

Assalammualaikum.

duk rumah sewa ne buat eca teringin la sangat nak buat macam-macam..sambil edit blog,sambil tu jugaklah eca menyumbat makanan masuk kedalam mulut comel ini.Tu pasal ecadwinkyasha makin comel dan membulat...kuikuikui.dah dah,taknak membulat seorang-seorang,mari kita membulat sesama dengan resepi ini.

Resepi Agar-Agar Jagung.


Bahan-bahan
1) Satu tin jagung manis (pastikan yang berkrim tu yer....kalau takde,korang gunakan yang sebiji-sebiji tapi kena blend seketika)
2) Serbuk agar-agar dua paket. 
3) Secawan gula.
4) 2 cawan air.
5) Secubit garam
HOSTING untuk website/blog anda


Cara memasak.
1) Panaskan air + gula + serbuk agar-agar sehingga larut.
2) Apabila da mendidih, masukkan jagung.
3) Gaul seketika bagi sebati rasa dan masukkan garam.
4) Selepas itu,letakkan dalam bekas.Apabila da sejuk,masukkan ke dalam peti ais.
Dicadangkan agar dihidangkan ketika sejuk dan boleh juga dituangkan susu cair diatasnya.


Simple je kan,apatah lagi bila :...
Harga Kos Bahan Utama :
1) Setin jagung - RM3++
2) 2 paket serbuk agar-agar - RM3++
tak sampai pun RM10 tau...
Masa membuat pun tak sampai 30minit.
so,mari mencuba yer.... =)
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

lepas ne nak update Puding Kastard Jagung..
eca sediakan tuk kenduri setahun arwah kawan-kawan baik tempoh hari.super sedapppp i tell u'olls~
tapi kan,lupa ambil gambar..hahaha.terpaksa i buat balik tu u'olls tau.
i? u'olls?...#pengsan~

Resepi Agar-Agar Buah

Assalammualaikum.
hari ne kita main masak-masak yang mudah.tak perlukan Chef Wan dalam entry ini ye...Chef Eca cukup dah..so,makcik-makcik yang ada anak teruna,akak-akak yang ada adik lelaki,adik-adik yang ada abang...sila cepat gtau yang bujang tu saya masih bujang lagi.#eh?!...melalut betul!.dah,g amik pen dan kertas ye,kelas memasak nak mula...

Resepi Agar-Agar Buah


Bahan-bahan :
  • 2 pek serbuk agar-agar (yang kat kedai harga RM1-RM2 tue)
  • 1/2 susu manis (nak lagi manis,tambahkan je susu..sebab resepi ne tak guna gula)
  • 1 cawan air
  • 1 tin buah-buahan campur (gunakan sekali air buah tu yer...jangan membazir)
  • susu cair (ikut suka,sebab yang ne kita letak time nak makan je pun.hikhikhik)
Cara Memasak :
  • Didihkan secawan air & 2 pek agar-agar tersebut.
  • Bila serbuk agar-agar agak larut,korang masukkan air buah-buahan dalam tin tu ye. (AIR dia je tau!)
  • Agak-agak dah mendidih,sejukkan sebentar kemudian tuangkan susu manis ke dalam tu.
  • Selepas tu, masukkan kesemua buah-buahan dalam tin tu.
  • Dah sejuk,boleh masukkan ke dalam peti ais.
  • Agak-agak dalam dua jam dalam peti ais korang da boleh makan.Time nak makan tu,potong kecil-kecil dan letakkan susu cair diatas agar-agar kita.

Agar-agar ne eca buat dah lama,masa birthday eca bulan Jan (lambat gila up entry.hahaha).Habis oleh adik sepupu eca yang baru masuk tadika sambil mulut dia cakap,"sedappppppppp oo kak eca"...oke makcik,tu tanda makcik dah boleh masuk meminang tawww.cepat sikit boleh tak,saya da bosan tidur sorang.hakhakhak. =P

p/s : kalau waktu panas makan manis-manis macam ne kan bagus.

Resepi Nasi Lemak Ikan #terjun.

Assalammualaikum.

kali ne nak kongsi resepi yang amat sesuai tuk dijadikan sarapan.Malaysian Most Favourite Breakfast Menu..iaitu Nasi Lemak.Kali ne eca kongsi satu resepi yang sangatlah mudah sebab tak sampai sejam dah siap oke?!...tak caya leee tue~

Resepi Nasi Lemak Ikan



Bahan-bahan :
untuk nasi lemak.
  • Beras 3 cawan 
  • Santan 1 peket
  • Air secukupnya

untuk sambal ikan (ikan masak merah je puwn).
  • ikan agak-agak setengah kilogram
  • bawang merah 3 biji (ditumbuk)
  • bawang putih 5 ulas (ditumbuk)
  • bawang besar 1 biji (dihiris)
  • cili boh 4sudu makan
  • sos cili 4sudu makan
  • sos tomato 1sudu makan
  • kicap 1sudu makan
  • nak pedas tambahkan cili padi.
  • serbuk kunyit - untuk menggoreng ikan
  • garam secukupnya.
  • air secukupnya.

Cara Memasak :
  • siang ikan,bersihkan & kemudian goreng (peram ikan bersama kunyit & garam sebelum menggoreng)
  • Bersihkan beras,kemudian campurkan serbuk santan dalam beras tadi.Gaul sebati & tambahkan sedikit garam.Kemudian,tambahkan air mengikut sukatan beras.
  • eh,tengok-tengok gak ikan kamu tu,jangan sampai HANGUS lak yer..garingkan sedikit sahaja tau.
  • Dah habis menggoreng ikan,buat sambalnya pula.
  • Panaskan minyak,kemudian tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
  • Dah naik bau,masukkan cili boh dan masak sehingga keluar minyak.
  • campurkan sos cili & sos tomato.
  • Didihkan sebentar dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
  • Dah agak layu bawang besar tersebut,masukkan sedikit air.
  • Last masukkan kicap & sebatikan rasa sambal kamu.
  • Dah masak semuanya,masukkan ikan goreng tadi ke dalam sambal dan sebatikan.
  • kalau nasi da masak,boleh la terus makan yer.

seriously,tak sampai sejam dah siap tau.kalau lagi expert tak sampai pun setengah jam..eca rasa eca masak dalam 45minit je tau..expert tak expert?!....hahaha,tapi ne nasi lemak ikan versi SIMPLE eh...bukan versi pemalas.kalau versi pemalas,guna je sambal ikan tin tu.hikhikhikhik.


err,makcik..saya sayang anak makcik.agak-agak makcik boleh masuk meminang saya tak?!.kuikuikuikui.
p/s : BREAKFAST korang apa eh pagi ne.....ke terus BRUNCH ke?.....
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Popcorn Ayam Pedas versi eca

Assalammualaikum.

kat entry Wordless Wednesday #62,ada yang tertanya-tanya apatu..cucur ke popcorn.hikhikhik....Actually,itu adalah Popcorn Ayam yang eca sediakan untuk menu makan-makan Khamis lalu.


Resepi Popcorn Ayam versi eca :
1) setengah kilo isi ayam yang dipotong dadu.
2) Sebiji telur.
3) 3 sudu makan serbuk cili.
4) Tepung Goreng Ayam (cari yang pedas punya)
5) Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Popcorn Ayam :
1) Isi ayam dipotong dadu,dibersihkan kemudian ditoskan.
2) Selepas itu,tuang sedikit tepung goreng kebekas mengandungi isi ayam tu.(sedikit je tau,dalam 1-2sudu makan.lepas tu korang gaul sebatikan!)
3) Pecahkan telur ke dalam bekas tadi kemudian gaul lagi.
4) Selepas korang gaul sebati,ketepikan sebentar kemudian panaskan minyak.
5) Selepas tu,masukkan 3 sudu makan serbuk cili (nak lagi pedas,tambah je ikut sukahati korang)
6) Gaul sebati serbuk cili dengan isi ayam.
7) Kemudian masukkan tepung goreng ayam kedalam bekas tadi,gaul sebati.
8) Last,gorenglah sehingga garing.

tips : 
1) setiap kali eca nak buat popcorn atau cucur,eca suka letak sedikit minyak kedalam adunan tu.Sebab ianya agak lebih garing tau.
2) tak perlu nak campurkan air kedalam adunan tu oke,sebabnya ayam tu akan mengeluarkan air lagipun dah ada telurkan.
3) Pastikan minyak dipanaskan sebelum memasukkan isi ayam tu,jika tidak alamatnya 'rosak'lah hasil gorengan kamu.

nampak je rumit,tapi sebenarnya TIDAKlah SUSAH MANA pun kan?!..hikhikhik.
korang pun boleh cuba sendiri tau mahupun pelbagaikan resepi ini.
Oh ya,kak Ina (IntaNBerliaN) pun pernah berkongsi resepi ini di Blog beliau.Baca Entry
jom cuba,konfirm sedap.


ehem!.Makcik,dah boleh masuk meminang dengan segera oke?!

Wordless Wednesday #60

Assalammualaikum.


dah makan belum? ne eca nak belanja korang yer~

#resepi lain entry eca upkan.

Resepi Sambal Ikan Masin

Assalammualaikum.

Dah makan tengahari belum ne?!...kalau sudah,syukurlah..anda masuk blog ne selepas kenyang!.Kalau belum,,,eca taknak bertanggungjawab kalau ada air liur meleleh oke?!.......so,jom kita lihat resepi yang ingin eca kongsikan bersama korang.actually ini last week punya menu =)

Resepi Sambal Ikan Masin



bahan-bahannya :
Ikan Masin (dipotong/gunting kecil-kecil)
Bawang Putih & Bawang Merah (ditumbuk bersama cili padi)
Cili Giling (eca guna lebih kurang secawan lebih.Depens berapa banyak ikan kamu)
Bawang Besar (dihiris nipis)
Tomato (dihiris nipis)
Sedikit Belacan
Cili Padi (depens tahap kepedasan yang kamu inginkan)
Air Asam Jawa (setengah cawan dah cukup)
Sos Cili (dalam botol tu yer..so,bila guna sos,tak letak gula pun dah oke!)


cara memasak :
1) Ikan Masin digoreng terlebih dahulu bersama-sama sedikit cili.(biar masuk rasa pedasnya)
2) Apabila sudah garing,ikan masin diangkat dan ditoskan.
3) Keluarkan minyak bekas menggoreng.(Tinggalkan untuk menumis jer)
4) Tumiskan bawang putih,bawang merah,cili padi,belacan sehingga naik bau.
5) Masukkan cili giling dan tumiskan sehingga keluar minyak (means,dah masak la tue!)
6) Masukkan bawang besar & sos cili.
7) Bila bawang besar da sedikit masak,masukkan air asam jawa.
8) Kemudian masukkan ikan masin yang da digoreng tadi.
9) Bila dah hampir nak masak,masukkan pula tomato.
10) Dah masak,matikan api.Letakkan sambal ikan masin ke dalam pinggan dan bolehlah melantak!.


kenapa takde garam?!.sebab ikan masin da cukup masin.
kenapa kaler sambal dalam gambar sedikit gelap?!.sebab eca letak sedikit kicap.Arwah Ady ajar macam tu.
kenapa letakkan bawang besar awal?!.sebab eca suka bawang yang betul-betul masak.
kenapa eca bagi korang resepi ne?!.sebab eca taknak makan sorang-sorang..jom masak & makan!

"selamat mencuba"

Resepi Kek Lapis Keju Pesona

Assalammualaikum.
totally hardfan of chesse..camne nak diet macam ne?!.hehehe.ok,mari kita teruskan dengan resepinya......

Resepi Kek Lapis Keju Pesona

resepi asal rujuk : Ryo Azhar.
Bahan A :
sebungkus biskut Marie Coklat.(eca gunakan perisa coffea,tak tahu brand biskut tu pula)
200ml susu segar (eca guna susu Full Cream Dutch Lady) -dipanaskan.
Bahan B :
500g chesse cream (eca gunakan jenama Tartura 600g)
10ml susu Full Cream Dutch Lady
20ml whipping cream (eca tambah sendiri...muahaha)
1/4cawan gula halus.

Whipping cream da ada perasa vanilla,susu memang sedikit manis,so kurangkan gula yer ^,^
nak sedap,tambah sikit perahan jus lemon.
Cara-cara penyediaan :
1) Putar chesse cream bersama gula halus sehingga sebati.
2) Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit,diselang selikan dengan susu segar.Jangan sampai adunan terlalu cair yer...pukul sehingga kembang kemudian diketepikan.
3) Alaskan loyang dengan kertas minyak/baking paper/plastik.
4) Panaskan susu segar.Kemudian,celup biskut Marie sesaat sahaja.
5) Susun biskut Marie ke dalam loyang.(lapisan pertama)
6) Sapukan adunan chesse diatasnya.
7) Ulang langkah 5&6 sehingga adunan chesse habis.Pastikan adunan chesse berada dilapisan teratas.
8) Lebihan biskut marie tadi boleh dikisar dan diletakkan diatas sekali.
9) tekan-tekan permukaan tadi dan tutupkan dengan aluminium foil.
10) Masukkan ke dalam freezer selama 6jam ++ baru potong yer.

ini rupanya yang sudah dihabiskan didalam perut.
oke,eca makan sepotong ne je yer...DIET katanya!.LOL.

ohye,KOS untuk buat ne murah je :
Biskut Marie - RM3.60
Chesse Tartura 250g(X2) - RM17.00
Susu - RM1.60
gula halus - banyak lebihan dari rumah.(harga sebenar RM2++)
whipping cream - sekotak tak habis lagi kat rumah.(harga sebenar RM9++)


murah,segera & sedap dimakan.....betul tak?!
so,kalau rasa-rasa terliur,boleh mencuba ye.


p/s :: Nak nasihat kat makcik,kakak,adik manis,adik comel,...benda ne senang je buat.Mari mencuba dan asah bakat terpendam anda.ohyee,percaya tak,eca memula buat kek span,sampai 3 kali buat tak menjadi.tapi itu bukan pematah semangat ye kawan-kawan..... =)