Resepi Agar-Agar Buah
- 2 pek serbuk agar-agar (yang kat kedai harga RM1-RM2 tue)
- 1/2 susu manis (nak lagi manis,tambahkan je susu..sebab resepi ne tak guna gula)
- 1 cawan air
- 1 tin buah-buahan campur (gunakan sekali air buah tu yer...jangan membazir)
- susu cair (ikut suka,sebab yang ne kita letak time nak makan je pun.hikhikhik)
- Didihkan secawan air & 2 pek agar-agar tersebut.
- Bila serbuk agar-agar agak larut,korang masukkan air buah-buahan dalam tin tu ye. (AIR dia je tau!)
- Agak-agak dah mendidih,sejukkan sebentar kemudian tuangkan susu manis ke dalam tu.
- Selepas tu, masukkan kesemua buah-buahan dalam tin tu.
- Dah sejuk,boleh masukkan ke dalam peti ais.
- Agak-agak dalam dua jam dalam peti ais korang da boleh makan.Time nak makan tu,potong kecil-kecil dan letakkan susu cair diatas agar-agar kita.
Agar-agar ne eca buat dah lama,masa birthday eca bulan Jan (lambat gila up entry.hahaha).Habis oleh adik sepupu eca yang baru masuk tadika sambil mulut dia cakap,"sedappppppppp oo kak eca"...oke makcik,tu tanda makcik dah boleh masuk meminang tawww.cepat sikit boleh tak,saya da bosan tidur sorang.hakhakhak. =P
p/s : kalau waktu panas makan manis-manis macam ne kan bagus.