TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

RUMAH RONALD MCDONALD PERTAMA DI SABAH

 Assalamualaikum korang! Kita sedia maklum mengenai Rumah Ronald McDonald (RMH) yang banyak membantu keluarga pesakit semasa pesakit berada dalam tempoh rawatan dan pelbagai lagi kelebihan yang diberikan. Rumah Ronald McDonald akan dibuka di Sabah bertempat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS).

Rumah Ronald McDonald ini merupakan rumah yang ke-4 penubuhannya di Malaysia namun yang pertama di Negeri Sabah Bawah Bayu. Beruntungnya kami orang Sabah terutama bagi keluarga pesakit pediatrik. Tidak perlu lagi memikirkan penginapan sepanjang ahli keluarga mereka menerima rawatan terutama di hospital berkenaan. Rumah Ronald McDonald ini bakal dibuka pada suku pertama tahun 2023 setelah termeterainya Perjanjian Persefahaman (MoU) diantara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah diwakili oleh Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwakili oleh Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh selaku Ketua Setiausaha KKM serta Dr Marcus Netto, Pengarah HWKKS. 


Upacara menandatangani perjanjian persefahaman ini disaksikan oleh Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap EXCO Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dan Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.


Setelah termeterainya perjanjian ini, mesti kita bertanya, dimana agaknya lokasi Rumah Ronald McDonald ini akan dibina. Untuk pengetahuan korang, Rumah Ronald McDonald ke-empat ini akan dibina dalam pekarangan HWKKS dan akan dilengkapi dengan 16 bilik keluarga termasuk kemudahan lain untuk kegunaan keluarga seperti dapur dan ruang makan, bilik dobi, ruang istirahat, bilik permainan kanak-kanak dan juga bilik solat. Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan sementara atau “home away from home” untuk keluarga yang mempunyai anak yang dirawat di hospital. Fasiliti ini meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dengan kos penginapan yang sangat berpatutan bagi membolehkan ahli keluarga menginap berdekatan dengan anak mereka ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan.

 

Amat memudahkan bukan? Bagi Eca sendiri, apabila ahli keluarga berada dalam tempoh rawatan, pasti kita akan memikirkan penginapan mahupun fasiliti yang boleh kita gunakan sepanjang menjaga pesakit tersebut. Eca sendiri pernah menjaga arwah kawan baik serta ibu saudara yang sedang mendapatkan rawatan di wad. Agak payah untuk berulang-alik tambahan pula dengan ketiadaan kenderaan ketika itu, terkejar-kejar balik ke rumah untuk mendobi, menyelesaikan tugasan lain….dengan adanya Rumah Ronald McDonald ini, semuanya menjadi lebih mudah.

 



Tahukah korang sejarah penubuhan RMH ini?….

Menurut kata Dato’ Azmir Jaafar, “Rumah Ronald McDonald pertama di Malaysia telah dibina pada tahun 1999, bertujuan menawarkan penginapan yang mudah, selesa dan berpatutan dalam pekarangan hospital kepada keluarga pesakit kanak-kanak. Kami mahu meringankan beban kewangan dan emosi yang dihadapi keluarga terlibat, terutamanya yang daripada golongan B40, di mana anak mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan. Memberi sokongan kepada golongan masyarakat yang memerlukan ketika waktu-waktu sukar adalah teras utama bagi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia).” Tambahan beliau lagi, “Pembinaan Rumah Ronald McDonald ke-empat di negara ini dapat dilakukan dengan jayanya hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui tabung derma RMHC dan kiosk pesan sendiri yang terdapat di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara.”

 

Selain Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah yang dijangka dibuka pada 2023, terdapat tiga lagi Rumah Ronald McDonald yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. Salah satunya terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) di Kuala Lumpur yang sudah lebih 20 tahun beroperasi; satu lagi di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan yang lainnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan. Tanpa kita sedari, sebenarnya terdapat lebih daripada 370 RMHC di seluruh dunia, 4 daripadanya berada di Malaysia. Ayuh kita doakan agar lebih banyak pembinaan RMH dijalankan di seluruh Malaysia khususnya agar beban keluarga pesakit dapat kita ringankan.


Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II turut menzahirkan rasa bangga dan menyokong inisiatif yang sangat bermanfaat seperti penubuhan RMHC memandangkan banyak keluarga terpaksa berulang-alik untuk menjaga anak mereka yang sedang menerima rawatan perubatan di hospital. Menurut beliau lagi, “Rumah Ronald McDonald dibina dalam pekarangan hospital yang membolehkan keluarga yang terlibat mendapat kemudahan penginapan dengan harga berpatutan dan supaya mereka berada berdekatan dengan anak apabila diperlukan. Ini secara langsung memberikan ketenteraman kepada keluarga serta mengurangkan beban yang dihadapi. Kerjasama antara pihak Kementerian dan RMHC Malaysia menyatakan komitmen kami untuk terus membantu keluarga untuk sentiasa dekat bersama melalui inisiatif ini.”

Untuk pengetahuan korang, RMHC Malaysia melaksanakan empat program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan pek Kembali ke Sekolah untuk kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan. Program-program ini berdasarkan tiga teras utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Selain tabung derma RMHC Malaysia, pelanggan juga boleh membuat sumbangan melalui Kiosk Pesan Sendiri di restoran McDonald’s dan juga saluran pembayaran digital seperti PayPal, Boost, e-dompet Touch ‘N Go dan platform e-dagang Shopee.

Dalam tidak sedar, sebenarnya ada saja tempat kita boleh salurkan derma bagi meringankan beban orang lain. Lepas ni, bolehlah kita sama-sama menderma semasa membeli hidangan di McDonalds, restoran makanan segera kegemaran Eca tuuu. Jom kita bersama-sama ringankan beban orang lain. 

Kira-kira Pembelian Kereta Pasca C-19

Assalammualaikum korang!

Lama tidak bersua di blog Eca ne...kali ni, jom kita cerita pasal pembelian kereta selepas musim pandemik C-19 yang melanda dunia. Maklum mengetahui, banyak perubahan terjadi selepas C-19 apatah lagi hampir seluruh manusia menerima kesannya baik dari aspek kesihatan mahpun ekonomi. Kenaikan harga barangan antara yang hebat diperkatakan sekarang. Walaupun bertugas sebagai penjawat awam, Eca sendiri terasa kesannya. 

tapi, sebenarnyaaaa nak cerita pasalllllllll Pembelian Kereta selepas pandemik. Ramai kawan bertanya oke ke beli kereta sekarang? Jom ikuti tips Eca ni...


1. Keperluan atau Kehendak?

Tepuk dada, tanya selera. Adakah pembelian kereta itu satu keperluan mahupun kehendak? Perlu sangat ka membeli kereta baru ataupun boleh difikirkan untuk membeli kereta terpakai? Semua ini terus menjadi persoalan yang bermain di fikiran semua kan?. Bagi Eca, tak salah membeli kereta kerana ianya menjadi satu keperluan buat masa ini. Mempunyai kenderaan sendiri amat memudahkan kita untuk bergerak kemana sahaja. Memanglah ada pengangkutan awam, tapi agak sukar jika perjalanan itu agak jauh mahupun jika korang dalam situasi hendak pergi ke beberapa tempat.

Keperluan membeli kereta ini sebenarnya boleh bertukar menjadi kehendak apabila korang tidak membuat kira-kira kewangan dalam pembelian kereta. So, sebelum ianya bertukar menjadi kehendak, jom kita buat kira-kira kewangan.


2. Rancang Bajet dan Kemampuan.

Untuk korang yang baru bekerja mahupun baru berkira-kira menambah kereta kerana keperluan keluarga yang semakin besar, adalah baik membuat pengiraan bajet mengikut kemampuaan pendapatan. Jom ikuti pengiraan ini : 

i. Pastikan pembayaran kereta tidak melebihi 15% dari gaji kita.

ii. Harga kereta adalah bersamaan dengan gaji kita untuk tempoh setahun. 

Contoh : 

Gaji Sebulan : RM3000

Gaji Setahun : RM3000 x 12 = RM36,000

Dari pengiraan di atas, kita sebenarnya digalakkan membeli kereta yang berharga RM36k sahaja. Kenapa macam tu?....baca pulak tips seterusnya : 

gaji 3k, jom beli Axia dulu. tapi, sebenarnya kalau nak beli kereta lain, takdak hal. 
kereta kitaaaa kan?

3. Roadtax, Insurans Kereta & Maintenance Kenderaan.

Bila membeli kereta, bukan hanya CCM bulanan yang perlu kita jaga. Malah tabung kecemasan kereta juga perlu. Tabung kecemasan kereta ini adalah bertujuan untuk membayar roadtax dan insurans kereta (setahun sekali) dan penyelenggaraan kereta (dua kali setahun). Belum termasuk lagi pembaikan yang lain berkaitan kereta seperti penggantian bateri kereta, tayar dan macam-macam lagi.

Ohya, kena juga bersedia dari aspek harga minyak kenderaan yang kejap turun, kejapppp naik tu!


4. Pertimbangkan loan kenderaan.

Antara kesilapan besar bagi pembeli kereta ialah tidak mempertimbangkan loan kenderaan. Ramai yang mengharapkan jurujual mencari bank-bank untuk membuat pinjaman. Apalagi sebagai pembeli, semua hanya tahu mengiyakan sahaja dan tanpa fikir panjang, terus menurunkan tandatangan tanpa memeriksa perjanjian pinjaman tersebut. Sebenarnya, sebagai pembeli, kita punya hak untuk menimbangtara tawaran daripada semua bank yang memberikan servis pinjaman kenderaan. Carilah yang berbaloi untuk kita agar tidak menyusahkan di kemudian hari!.


Jom semak pengiraan pinjaman kenderaan berdasarkan jumlah pendapatan korang --> Car Payment Loan


sebenarnya, belilah kereta ikut kemampuan dan disiplinkan diri mengurus kewangan agar tidak terjerat kemudian hari!!!. Jom korang cek kelayakan membuat pinjaman kenderaan =)

Tips Membeli Rumah Pertama

Assalammualaikum korang! Musim pandemik yang telah berlalu membuatkan ramai yang berfikir untuk memulakan pembelian rumah. Antara yang wujud dalam benak fikiran adalah :

1. Kos Pembayaran, walaupun ada yang kurang terjejas pendapatannya namun ramai yang berfikir untuk membayar kos pembelian rumah. 

2. Tempoh pembinaan, tidak kurang mengenai tempoh pembinaan sesebuah rumah lebih-lebih lagi rumah teres mahupun apartment. Adakah siap dalam tempoh yang ditetapkan atau akan 'delay' kerana PKP?


Sebenarnya, sebelum Eca membeli rumah pertama Eca, soalan tu antara yang Eca fikirkan. Ibarat lirik lagu Que Sera Sera, "The future not us to see". Kita tidak pernah akan tahu apa akan terjadi pada hari esok, berbaloikah atau tidak untuk melalukan pembelian rumah ketika musim pandemik. Tapi setelah beberapa perkara yang ditimbangtara, akhirnya Eca melalukan pembelian rumah pertama. Jom ikuti Tips Membeli Rumah Pertama ....



#1. Beli untuk diduduki atau pelaburan?

Waktu Eca membuat pembelian rumah pertama, Eca terfikir untuk menjadikan Rumah Pertama tersebut sebagai 'pelaburan', bukan untuk diduduki. Antara sebabnya ;

i. Rumah tersebut mempunyai persekitaran yang kondusif. Berdekatan dengan sekolah menengah, tidak jauh dari supermarket. Dua faktor ini menarik minat Eca terhadap rumah yang baru sahaja dalam pembinaan itu. Target tentulah 'para guru' yang berkhidmat berhampiran sekolah-sekolah disana.

ii. Eca berkhidmat di Semporna ketika itu. Agak jauh dari 'rumah pertama' dan Eca takdak pula minta ke daerah tersebut. So, confirmlah untuk disewakan.


#2. Sesuai Budget

Seperti yang heboh di media sosial, harga sebiji apartment di Sabah sudah menyamai harga sebuah rumah teres di Semenanjung. Eca sendiri akui, harga rumah di Sabah agak 'mahal' apatah lagi bagi Eca yang baru beberapa tahun bekerja dan mempunyai komitmen ansuran kereta yang agak tinggi. Bila mencari dan bertanya kepada ejen, Eca terus decide beli!. Sebabnya harga rumah tersebut sesuai dengan 'budget' Eca untuk ansuran rumah. 

Camna boleh kira samaada sesuai budget, korang boleh guna Kalkulator ini. (Klik Sini)


#3. Ejen Hartanah yang dipercayai

Bila membeli rumah, kita perlukan bantuan pakar. Maksudnya carilah mereka yang memang dibidang Hartanah. Bagi Eca yang berada diluar daerah (ketika proses membeli rumah), Eca survey melalui Facebook dan Google. Malah Eca bertanya kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang terlebih dahulu membeli rumah di kawasan sekitar. 

Bila dah survey, tengok projek-projek yang lain tiada masalah besar, barulah Eca proceed dengan ejen-ejen syarikat hartanah tersebut. Adalah lebih baik kita survey terlebih dahulu dan jangan percaya janji manis ejen semata-mata. Ingat, ejen hanya mahu menjual rumah dan dapatkan komisen dari rumah hasil jualan mereka. So, kita kena selidiki sebaik-baiknya. 

Bila membeli rumah, ini antara perkara yang perlu kita titikberatkan. Bagi Eca, rumah pertama tentulah kita ingin beri yang terbaik, apatah lagi ianya merupakan hasil kita bekerja. So, sebelum membeli rumah, survey-lah terlebih dahulu! Paling penting, semak kewangan kita, adakah kita mampu membeli rumah mahupun tidak. 

Selain tiga tips yang Eca kongsikan diatas, antara yang perlu kita tahu sebagai pembeli adalah dokumen yang berkaitan dengan Pembelian Hartanah. Antaranya adalah :


1. Booking Fee. Selalunya booking fee adalah sebanyak 2% - 3% dariapada harga rumah, jangan risau ianya juga sebahagian daripada downpayment rumah anda. Namun semenjak Pandemik C-19, ramai pemaju hartanah tidak meletakkan sebarang booking fee tau!. Yerp, Eca beli rumah FREE BOOKING FEE. Tapi semuanya bergantung kepada pemaju .

Bayaran booking fee ni adalah sekali dengan pengisian Letter of Offer to Purchase, iaitu dokumen rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk membeli rumah tersebut. Antara maklumat yang anda kena isi dalam Letter of Offer to Purchase (borang tawaran pembelian) adalah:
  • Maklumat pembeli dan penjual.
  • Jumlah yuran tempahan yang telah dibuat (2% – 3%) dan jumlah downpayment selebihnya.
  • Tempoh untuk bayar baki jumlah downpayment.
  • Tempoh nak tanda tangan Sales and Purchase Agreement (SPA), biasanya dalam 2-3 minggu selepas pinjaman rumah anda lulus.
  • Tempoh untuk bayar baki 90% harga rumah.

Seterusnya, korang dan pemaju kena tandatangan Sales and Purchase Agreement (Perjanjian Jual Beli), atau singkatannya SPA.Kebanyakan perkara dalam Letter of Offer to Purchase tadi akan dibawa ke SPA, melainkan anda nak buat apa-apa perubahan yang perlu dipersetujui oleh pemaju dan pembeli. SPA ini ditandatangan dalam 4 salinan kalau tak salah Eca. Pembeli akan dapat 1 salinan selepas semua lengkap ditandatangani.


Antara perkara-perkara lain yang perlu diteliti dalam SPA adalah:
  • Maklumat terperinci akan rumah yang nak dibeli termasuklah alamat, keluasan tanah ataupun unit, dan sebagainya.
  • Jenis hak milik sama ada pegangan bebas (freehold) atau pajakan (leasehold).
  • Maklumat terperinci tentang binaan rumah seperti bahan yang digunakan untuk pintu, tingkap, dan dinding.
  • Tempoh bila rumah dijangka siap.

Teliti elok-elok tauuuuu, bukan main tandatangan saja sebabnya SPA ini merupakan dokumen paling pentinggggggg. Semua terma dan syarat bagi pembelian dinyatakan dalam SPA. Ramai juga yang galakkan pembeli untuk melantik peguam sendiri, tapi jangan risau pemaju akan sediakan juga peguam mereka. 

so, dah tahu ne, bolehlah korang yang baru bekerja mahupun baru ingin membeli rumah untuk melakukan langkah pertama yerrrrrr. Jangan lupa buat kira-kira mengguanakan calculator ini. <
till next entry!