Laksa Sarawak

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak - Pes & Resipi.| Assalammualaikum & Salam Ramadhan uolls~

Ter-rajin pulak Eca nak update entry hari ini. Dah masuk minggu terakhir kita di bulan Ramadhan dan Eca pasti ramai yang dah mula menyiapkan biskut raya ke korang order biskut tunjuk je????. eh eh, entry kali ini taknak cerita pasal biskut, Eca nak cerita pasal LAKSA SARAWAK.


Bila korang nak sediakan hidangan Laksa Sarawak, bahan paling utama ialah PES LAKSA SARAWAK HJ MANAN. Kenapa kena guna Pes Laksa Sarawak Hj Manan?..sebab pes laksa sarawak ini merupakan pes paling sedap berbanding jenama lain (I've tried another pes before and its ends with dissapoinment in my laksa. So, please use Pes Laksa Sarawak Hj Manan yer!)

Harga Pes Laksa Sarawak ni untuk paket 200gm ialah RM4.50 - RM6.00++ 
Untuk paket 200gm ini actually bolehlah tuk 5-8 orang makan. 
Nak lagi puashati, beli paket 500gm tu!..hehehee~

Untuk dapatkan pes laksa Sarawak Hj Manan, korang boleh terus contact pembekal di facebook mereka : Pes Laksa Sarawak Hj Manan

Bila dah dapat pes tu, korang jangan dok risau. Sebabnya ada resipi di dalam bungkusan pes tu!..Senangkan kerja...Tapi takpe, Eca nak share cara Eca buat Laksa Sarawak dan sebenarnya Eca pun belajar dari member Eca...asalnya dari Kuching, Sarawak. Thanks Syifa Zafirah (suddenly, rindu main masak-masak dengan ko!)

So, bahan-bahan utama ialah :
1. Pes Laksa Sarawak Hj Manan
2. Mihun - dicelur
3. Ayam (Bahagian Dada) - direbus dan dicarik isi ayam
4. Kiub Ayam
5. Santan Kotak
6. Daun Ketumbar - dihiris halus
7. Taugeh - dicelur
8. Telur - digoreng dadar, kemudian dihiris nipis-nipis
9. Udang - direbus
10. Sambal belacan/sambal lada
11. Limau

Camna nak masak...
1. Korang kena rebus ayam + halia dalam air yang mendidih. Bila dah agak masak isi ayam korang, boleh keluarkan isi ayam dan rebus udang pulak.
2. Siap jak rebus udang tu, keluarkan terus. Kemudian korang boleh masukkan pes laksa dalam air rebusan tu.
3. Sementara tu, korang boleh mula panas air untuk celur mihun dan taugeh.
4. Hah, sini kena multitasking supaya laksa siap cepat, cepatlah makan!.
5. Bila dah masukkan pes laksa dalam air rebusan ayam+udang tu, korang masukkan kiub ayam.
6. Dah agak mendidih, korang masukkan santan.
7. Tunggu sampai dia mendidih lagi, dah siap celur mihun dan taugeh, korang boleh start goreng telur dadar. Siap goreng, hiris nipis-nipis telur dadar tu!
8. eh eh, daun ketumbar tu, korang jangan lupa!. Hiris nipis gak!.
9. Dah mendidih pes laksa tu, tutup api.
10...sebelum terlupa, ayam yang direbus korang carik-carikkan. Udang pulak buka kulit sedia. SENANG NAK MAKAN katanyaaaaaaa~

Camna nak makan...
1. Masukkan mihun terlebih dahulu.
2. Lepas tu, korang letak bahan-bahan lain : Ayam, Udang, Telur, Taugeh, Daun Ketumbar.
3. Kalau korang suka pedas, letaklah sambal belacan. *kitaorang selalu guna Sambal Belacan Asli Adabi tu..sedap dan senang keja*
4. Dah bubuh semua dalam mangkuk, baru tuang kuah laksa tu.
5. Gaul sekata, letak limau dan boleh ngap!.

..dah cakap senangkan?!..korang tak caya. Dah, jom layan gambar Laksa Sarawak Eca lakkkkk~

Yang ni buat kat Semporna. Gigih tau suh Syifa pos pes laksa dari Sarawak.hahaha!.
Pastu, tak best langsung...takdak udang dan takdak daun ketumbar. SERIOUSLY, kurang sangat rasa dia....sedih tapi nak buat camna!.

hah, yang ini pulak, airtangan Syifa sendiri. Eca dok tolong makan ja!.Tak ingat ini bila. kitaorang dulu kat ILPKK selalu makan Laksa Sarawak. everymonth, every occasion, mesti ada laksa sarawak!
Yang bestnya, kat KK..kitaorang dah hafal mana nak cari semua bahan...and mostly, selalu dapat semua bahan-bahan especially daun ketumbar yang susah nak carik tu!


close-up sikit bahan-bahan dia. Korang perasan tak, ada fishball dalam laksa Sarawak yang Eca tunjuk tu...hah, kitaorang suka menambah resipi. Letak fishball yang digoreng dan dihiris nipis. Menambah rasa gitu!!!!..

hah, korang apa lagik?..takkan nak terliurr pulak. G beli pes laksa sekarang dan gi buat. 
Eca tunggu balik KB, konfirm gi buat ne!.

till next entry!
xoxo, ecadwinkyasha~

Post a Comment

0 Comments