Fenomena Charles & Keith

Fenomena Charles & Keith

Assalammualaikum.
Eca kan, jenis yang takdela suka sangat branded item ne. Bukan sebab tak mampu tapi sebab kadang-kadang tak menepati citarasa eca...Tapi kan, kalau sebut Charles&Keith, rasanya bukan eca je yang putih mata, malah eca pasti ramai peminat bagi jenama ini. 

Kalau korang nak tahu, Charles & Keith adalah sebuah jenama yang cukup disegani dalam industri fesyen serantau dan menjadi sebutan ramai penggemar fesyen ini berasal daripada Singapura. Ianya diterajui oleh Charles Wong dan Keith Wong, jenama fesyen terkenal ini telah ditubuhkan pada 1996 dengan menawarkan rangkaian koleksi kasut, beg tangan dan aksesori wanita.

Bermula dengan membuka cawangan butik yang pertama, Charles & Keith juga mulai mencipta legasi di Filipina, Malaysia, Dubai, Afrika, Jepun dan India. Suatu pencapaian yang amat luar biasa bagi sebuah jenama Asia!!!!!!!!! Malahan di Malaysia juga, terdapat banyak outlet Charles&Keith ne....(cuma di Sarawak, kawan gtau Charles&Keith punya outlet dah ditutup...tapi takpe, ORANG SARAWAK jangan risau, nanti eca share dimana boleh dapatkan barangan Charles&Keith melalui online, malah ianya berbaloi juga dengan diskaun yang pelbagai tau~. Ohyaaa, apa yang menarik perhatian ramai penggemar fesyen, koleksi beg tangan dan koleksi kasut Charles & Keith amatlah berkualiti dan setiap rekaan diberikan sentuhan elegan yang amat menawan.

Charles&Keith Collection, memang puashati kan dengan pelbagai gaya yang menarik.

cantik kan?...boleh bawa ke majlis makan makan kalau kena tema kebabooom gitu!

Bukan itu sahaja, koleksi kasut dan koleksi beg tangan Charles & Keith ini juga rata-rata ditawarkan dengan tawarkan harga yang amat berpatutan. Pendek kata, kesemua barangan yang ditawarkan oleh Charles & Keith adalah mampu milik dan menepati citarasa ramai wanita.Koleksi aksesori wanita seperti tali pinggang dan kacamata juga ditawarkan dalam rekaan yang cukup terkini dengan harga yang menakjubkan. 
tampak ELEGEN, MENARIK dan pastinya FUNKY~



Lihat sahaja koleksi Charles&Keith ini. So, memang tak hairanlah apabila ketika awal kemunculan jenama ini di Malaysia, ia seakan-akan fenomena yang melanda industri fesyen tanah air!

Untuk pengetahuan anda juga, produk Charles & Keith ini juga boleh anda miliki secara online melalui laman web Shopback Malaysia dengan ganjaran promosi tambahan. Bukan sahaja dengan proses pembelian yang amat mudah, anda juga berpeluang menikmati diskaun tambahan yang hebat serta ganjaran cashback. Hanya klik sini untuk tawaran hebat Charles & Keith dan buat pembelian melalui Shopback Malaysia!