"saya sayang awak...awak?"

"saya sayang awak...awak?"

saya sayang awak......awak???
setiap hari kita pasti menganyam mimpi untuk bersama dengan insan yang tersayang dan berada di dalam sebuah mahligai indah,penuh dengan kebahagian dan gelak tawa.disirami wangian cinta dan dihujani kelopak mawar merah....ya!!! semua orang pasti pernah bermimpi dan tidak salah jika kita menyimpan impian sedemikian.Mencari seseorang yang boleh dijadikan pasangan hidup,,,bukan mudah.Pelbagai kriteria perlu kita fikirkan,namun yang pasti..bila berkenan di hati...kita menjadi BUTA dan ALPA.kita buta melihat kekurangannya bila kelebihan sudah ada dihadapan mata kita...kita alpa menguruskan diri sendiri bila kita terpaksa memikirkan orang lain...Namun satu yang pasti tentang cinta ialah...
cinta boleh memotivasikan diri kita apabila betul niatnya dan betul arah tujuannya.
Cinta bukan setakat ucapan i love u mahupun i miss u...ia lebih dari itu.Cinta bererti kita telah memberi kepercayaan kepada orang lain untuk menjaga hati kita.Kerna hati ini mudah terguris dan terhiris.pedih dan amat menyakitkan. dan kadang kala cinta bisa membunuh kita.Apabila rasa itu mati...kita turut mati.maka jagala hati insan yang telah kamu curi.
Cinta bukan setakat memberi dan menerima tetapi cinta juga memerlukan kita saling memahami.Apabila kita saling memahami maka akan wujudlah sikap toleransi antara satu sama lain.

jika cinta kita tertulis di atas sekeping kertas putih mahupun di atas skrin putih ini,
aku tertanya zahirkah cinta kita itu?benarkah kita telah berkongsi rasa yang sama?
Apakah hatimu telah kau berikan aku lewat puitis nya warkahmu yang beralun kepadaku?
Apakah hatiku ini telah mendapat tempat dihatimu..atau kah hanya di atas lembaran2 itu?

awak!!!bila awak kata awak sayang saya...saya bertanya kepada diri..adakah saya juga sama?
saya bertnya sendiri..apa jawabnya???mungkin suatu hari soalan itu akan terjawab sendiri..
namun...terima kasih cinta kerna aku...wanita yang kau pilih.......

Post a Comment

0 Comments