nak EXAM?..ne TIPS segera.SILA BACA!

nak EXAM?..ne TIPS segera.SILA BACA!

assalammualaikum wahai readers sekalian.......muahmuahmuah(buat yang gegirl sahaja!).Oke,tak lama lagi my FINAL EXAMINATION for Semester January 2011 akan menjelma..dah nak habis semester 5 I..lepas ne nak naik semester 6 dah...tak sangka woow!!.Insyaallah kalau takde aral melintang,I akan menjalani praktikal pada Mei2012,akan habis study penghujung 2012 dan akan KONVO pada 2013.tak sabar rasanya :)

sempena EXAM yang bakal merebak di seluruh IPTA/S especially for all UNIRAZAK dimana-mana campus puwn,I doakan u'll buat yang terBAIK wok!.hehe.jom kita tengok TIPS SEGERA dari ecadwinkyasha yang comel itu.

TIPS SEGERA hadapi EXAM:

1) TIDUR.
Tidur yang cukup akan buat kamu lebih segar untuk menjawab soalan exam.TAKGUNA kalau tidur tak cukup,nanti time nak jawab soalan kamu ngantuk pulak dah...taklah dapat nak jawab kan..sebab FOKUS dah LARI ke arah proses merehatkan mata.

2) MAKAN.
Ambillah makanan yang akan buat kamu bertenaga.Tak kisahlah sewaktu nak buat revision atau nak duduk exam,jangan amik makanan yang berlebihan pula.Cukuplah sekadar mengisi perut.Kalau terlampau kenyang pulak dah,korang akan rasa nak tidur je!.dan MINUMlah banyak air putih,elakkan minuman beralkohol.

3) GROUP DISCUSSION.
Tak salah kalau kita mengulangkaji bersama teman.Ini boleh menguatkan daya ingatan kita dengan cara sesi menjawab soalan,bertanya satu sama lain,bertukar-tukar info.Tak salah study secara group tapi INGAT SEBAB kenapa u'll buat group discusion,bukan untuk BERJOYAH ya!.

4) PAST EXAM QUESTION
Anda adalah digalakkan untuk menjawab soalan-soalan exam lepas.Manalah tau kan,soalan yang sama akan berulang lagi.Lagipun,bila kita mula menjawab soalan-soalan yang lepas,,,rasa nervous bila nak jawab EXAM yang betul-betul tu kurang dah,sebab kita sudah terbiasa menjawab soalan-soalan yang lalu :)

5) MAAF!.
kata MAAF tue memang sukar nak ucapkan,tapi dekat-dekat nak EXAM ne,tak salah buang EGO kamu.Mohon MAAF dari semua orang,especially ur parents and lecturer.Doa dan restu  mereka akan lebih memberkati kamu nanti :)

6) ENJOY.
Enjoy kat sini bukan bermaksud,U'll ENJOY kat mall yer.Means of,ENJOY baca nota u'll,when u'll enjoy u'll akan lebih senang nak hafal dan faham.Bila ENJOY jawab exam,korang akan dapat lebih banyak IDEA dalam menjawab soalan :)

7) JADUAL EXAM.
Jadual EXAM jangan lupa nak letak diatas meja study kamu pula!.Kalau boleh siap SET ALARM oke.So,kamu tidak akan lupa tarikh dan waktu kamu menduduki exam.PENTING.kalau tertinggal exam,kan payah!.NAK KENA REPEAT?..erm,fikirlah sendiri?..ini pesanan I,janganlah nak kira-kira a.k.a COUNTDOWN ke tarikh exam kami itu..tindakan sedemikian akan buat kamu semakim lemah sahaja.CONTOHNYA: kamu sedang sibuk baca-baca notes,tetiba nampak HASIL COUNTDOWN kamu itu,,tidakkah kamu akan rasa "eh...banyaknye aku lum baca lagi..adooi!"..-situasi sedemikian lah yang akan buat kamu nervous dan mungkin akan cepat lupa.SO,JANGAN COUNTDOWN please :)

8) FORGET THE LOVE!.
oke,kalau boleh..lupakan lah masalah cinta itu yer.(peringatan kepada diri sendiri.heehee).Jauhkan diri dari terjebak dengan perasaan itu buat sementara waktu yer.Bagi yang tengah berkapel pula,,,tak salah study sama-sama ya.

9) DOA dan TAWAKAL.
Setiap dari kita yang mempunyai pegangan agama,jangan lah pula lupa mohon petunjuk dari tuhan.Insyaallah,dengan usaha yang diiringi DOA dan Tawakal,kita akan berjaya.

Doa sewaktu mengulang kaji pelajaran.
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
 
Doa Memasuki Dewan Peperiksaan.
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
 
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan.
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit)3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
 
Doa memohon kejayaan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' 
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
 
oke.sampai disini perkongsian kali ini.Diharap apa yang I dah tulis ne,membawa seribu kemanfaatan kepada kita semua.My UNIMATE...wish u'll akan berjaya dalam exam kali ini.kasi d'BOOM result.biar sume dapat  DEAN LIST dengan jayanya :)

btw..final exam I akan bermula pada 27.April.2011.wish me luck too.

p/s : LAST assignment sem ini dah siap :)
p/ss : nak tidur dulu.ngantOOk sangat-sangat.
p/sss : lagu BAIK-BAIK SAYANG tu best sangat.nak kongsi dengan korang di entry akan datang :)

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*