Kenali Hepatitis dan Cara Pencegahannya.

Kenali Hepatitis dan Cara Pencegahannya.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Jika mendengar mengenai Hepatitis,masyarakat akan menganggap ianya merupakan penyakit berkenaan hati.Hepatitis merupakan inflamasi hati yang diakibatkan oleh jangkitan virus mahupun penyakit-penyakit seperti Disentri Ameba dan Lupus.Hepatitis dinamakan mengikut virus yang membawanya.Antaranya ialah Hepatitis A,B,C,D dan E.

Hepatitis A
Hepatitis jenis ini digelar 'hepatitis berjangkit' yang disebarkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang telah tercemar dengan bahan buangan manusia.Ia selalu berlaku di kawasan yang kurang mendapat penjagaan yang rapi.Hepatitis ini kurang membawa maut.Namun,ianya juga boleh disebarkan melalui hubungan seksual.

Hepatitis B
Juga dikenali sebagai 'hepatitis serum'.Ianya kurang disebarkan berbanding Hepatitis A.Hepatitits B disebarkan daripada ibu kepada anak melalui kelahiran mahupun proses selepas itu(penyusuan bayi contohnya).Selain itu,hepatitis jenis ini juga boleh disebarkan melalui perhubungan seksual,pemindahan darah serta perkongsian jarum yang telah tercemar oleh virus.Ianya boleh menyebabkan parut pada hepar(sirosis) dan membawa kepada barah hati.

Hepatitis C
Dulu lebih dikenali sebagai 'non-A,non-B hepatitis'.Hepatitis C merupakan bentuk hepatitis virus yang biasa berlaku.Walaupun ia boleh disebarkan melalui darah atau jarum yang telah tercemar sewaktu pemindahan darah,penyebabnya masih kurang diketahui.
Ia boleh menyebabkan parut pasa hepar.Jangkitan hepatitis C kebiasaanya berlaku kepada 25% mereka yang disahkan positif HIV.Hepatitis C juga dijangkiti kira-kira 90% penagih dadah telah dijangkiti HIV.Tanpa diketahui penyebabnya juga,penagih alkohol yang menghidap penyakit hati juga kerap menghidap hepatitis C.

Hepatitis D
Bentuk ini biasanya berlaku kepada penagih yang menyuntik dadah ke dalam tubuh mereka serta penaguh yang berkongsi jarum.Mereka ini yang juga merupakan pembawa virus hepatitis B.
Ia merebak hanya dengan kehadiran virus hepatitis B dan disebarkan dalam cara yang sama.hepatitis D merupakan masalah kesihatan yang serius kerana ia berlaku kepada mereka yang telah menghidap hepatitis B,sekali gus meningkatkan keterukan gejala-gejala yang dikaitkan dengan hepatitis B.

Hepatitis E
Jenis ini hampir sama dengan hepatitis A.Hepatitis E tersebar luas di negara-negara yang tahap kebersihannya agak teruk.Ia selalunya tersebar daripada makanan dan minuman yang tercemar dengan najis.

Berikut adalah gejala-gejala penyakit hepatitis:
1) Kehilangan selera makan.
2) Loya dan muntah.
3) Cirit-birit
4) Air kencing berwarna gelap dan najis agak pucat.
5) Sakit perut.
6) Jaundis,penyakit kulit dan mata berwarna kekuningan.

Cara pencegahan yang boleh kita lakukan:
1) Mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja-pekerja di pusat penjagaan kanak-kanak dan warga tua,pekerja makmal,dan mereka yang mengembara ke bahagian dunia dimana hepatitis adalah penyakit biasa berlaku perlu mendapatkan vaksin hepatitis A.Kanak-kanak adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian hepatitis A.

2) Vaksin hepatitis B kini juga diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bawah 18tahun yang tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin.Vaksin ini juga boleh diambil oleh orang dewasa yang berisiko tinggi seperti penjaga kesihatan professional,pengguna dadah melalui HIV,dan mereka yang melakukan hubungan seksual berisiko tinggi.

3) Selain vaksinasi,suntikan immunoglobin juga mampu mencegah jangkitan.Perkara ini benar walaupun selepas anda terdedah kepada perkara berikut;.
- Ia boleh diberikan sebaik sahaja selepas anda melakukan hubungan rapat(seperti bercium atau berkongsi peralatan makanan) dengan mereka yang telah didiagnosis hepatitis A dalam masa dua minggu ia berlaku.

- Ia juga perlu diberikan dengan segera,bersama-sama dengan vaksin hepatitis B,kepada bayi yang baru dilahirkan oleh wanita yang menghidap hepatitis B.


eca cakap-cakap:


Jaga kesihatan kita dan orang sekeliling kita.Hidari dari terus makan di luar(seperti restauran mahupun pasar malam).Jangkitan kuman seperti ini amat membahayakan kesihatan.Apatah lagi ianya mudah tersebar melalui porkongsian bekas makanan,hubungan intim mahupun perkongsian jarum suntikan.So,jaga kebersihan dan kesihatan kawasan sekeliling.


sumber:majalah Mingguan WANITA,Februari 2011.

Post a Comment

0 Comments