Permohonan Kemasukan ke UiTM sesi 2012

Permohonan Kemasukan ke UiTM sesi 2012

^_ASSALAMMUALAIKUM_^


Universiti Teknologi Mara(UiTM) kini membuka permohonan dalam talian bagi pengambilan sesi 2012.




















Cara-cara memohon melalui aplikasi dalam talian(online) adalah seperti berikut:.
1)Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).
2)Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011
3)Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.
4)Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
5)Sila baca dan teliti senarai serta syarat program sebelum mengisi permohonan agar pemohon tidak tersalah memilih program.
6)Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

sumber rujukan:UiTM Online.

eca cakap-cakap:.
selagi kita tak usaha,kita takkan nampak apa yang bakal kita dapat.Setiap apa yang kita inginkan,mesti memerlukan sedikit pengorbanan.Tak kira wang ringgit,masa dan tenaga,insyaallah ianya pasti akan berbaloi.Sedikit pengorbanan kita lakukan,sejuta pencapaian akan kita perolehi.Mungkin tidak dilihat dari mata kasar,mungkin tidak dapat kita rasakan,namun apapun ia,ia pasti tiba :)

Post a Comment

1 Comments

  1. tak layak lagii nak mohon..hehe :)
    lepas SPM nanti !

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*