TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Senarai Peserta Rumah Terbalik FM Giveaway (UPDATE)

Assalammualaikum.

sorry sorry sorry atas kelewatan update nama peserta disini.
sorry,tadi baru perasan yang ada dua nombor dari penyertaan yang sama.eca dah betulkan.
So,tengok nama anda disini dan nombor anda.


  1.  http://adramycien.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  2.  http://affaf-contest.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  3. http://nanakimie.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  4.  http://24-7nay.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway-oleh.html
  5.  http://pinknlavender.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  6.  http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  7.  http://atiezie82.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  8. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  9. http://bintuabuhassan.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  10.  http://alongnidar.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  11.  http://mieza221088.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  12. http://lobaksusue.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  13. http://afiman81.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  14. http://husna-una.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  15. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  16. http://suhadarazman.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html 
  17. http://www.akmarwati.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  18. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  19. http://loveyoucontest.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  20. http://kupu2xgemuk.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  21. http://fizah-sukhri.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  22. http://recycleboxes.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
  23. http://mrsbullat.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  24. http://asyikin-ga.blogspot.com/2012/02/rumahterbalik-fm-giveaway.html
  25. http://onshoppershop.blogspot.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway.html
Pemilihan pemenang akan dinilai melalui :
#entry menarik dan yang lain dari yang lain..#something special maybe?!.hehehe


Pemilihan pemenang bertuah (2 oleh housemate eca,3 lagi by random.org).




Nantikan pemenang jam12.00am.1/Mac/2012

Rumah Terbalik FM GiveAway

Assalammualaikum.


* eca bagi peluang korang JOIN sehingga 29/Februari/2012*
disebabkan esok(rabu-29Feb) kelas eca dari 12.30pm-4.45pm,so,GA ini akan berakhir pada pukul       06.00pm,sila lihat senarai nama(link ada dibawah)  untuk memastikan nama anda tersenarai dalam list penyertaan.So,malam esok eca akan terjah blog korang satu persatu untuk mencari pemenang!.

Kelmarin,eca dan keluarga sempat melawat Rumah Terbalik (The Upside Down in Borneo).itu cerita lain entry!.Ini entry nak bagi korang FM(fridge magnet) dari Rumah Terbalik.Jom tengok syarat-syarat penyertaan!.


<a href="http://www.ecadwinkyasha.com"><img src="http://3.bp.blogspot.com/S4999VhGlc8/Ty5_z_2J_4I/AAAAAAAABDA/6jNmMwiw9bo/s1600/RumahTerbalikFMGA.jpg" /></a>

Syarat-syarat/Cara-cara Penyertaan anda.....
1/  Tajuk  Entry : RumahTerbalik FM GiveAway.
2/  Letakkan banner diatas.(guna kod yang telah diberikan yer!)
3/  Pilih salah satu entry dari eca (entry-entry sebelum ini dan selama eca berblogging) yang anda suka dan gemari.Tuliskan sebab kenapa anda suka/gemari entry tersebut!.
4/ Anda digalakkan untuk Follow Blog ini atau Like Fanpage untuk mengikuti update-update terbaru mengenai GiveAway ini.
5/ Link Entry anda hendaklah diletakkan di ruangan komen.

update
Dua FM untuk dua pemenang utama
5 keychain untuk 5 pemenang bertuah.


Tarikh Tutup: 28/Februari/2012.jam 11.59malam.
29/02/2012 = eca akan listkan senarai peserta.So,anda boleh cek nama anda.
01/March/2012= PENGUMUMAN PEMENANG!

nak tahu cerita RUMAH TERBALIK?.Klik SINI
senarai peserta...|cek disini!|

keliru dan celaru

Assalammualaikum.

pernah tak korang berada dalam satu keadaan dimana korang dihimpit oleh perasaan keliru,suka,benci dan membuatkan korang datang migrain sehingga terpaksa disuntik dengan sebatang jarum yang agak-agak besar untuk membuatkan adrenalin korang kembali kepada biasa?!.<--asal hiperbola berbola-bola sungguh ayat ne!

dalam erti kata yang lain,seseorang yang dulu 'dump' a.k.a menolak cinta korang tetiba menghubungi korang semula dan mengharapkan cintan kembali.apakah?!.dan masa tu,korang dan hampir 85% berjaya melupakan kisah lalu.\wtf/


so,here's my story.
Last Sunday,tetiba adalah seorang ne..bukan BF tapi hampir nak jadi BF.eca dah hampir terima dia nak jadi BF tau...tapi,tetiba dia cakap,"kita kawan jak lah!".Mestilah hati ne hancur lebur macam iphone4s yang dihempas ke lantai kan,tapi nasiblah hati eca ne macam Nokia3310 yang dihempas ke lantai sehingga menyebabkan lantai pecah |tak logik langsung!|reaksi eca time orang tu call eca,"oke,fine..nda mau ambil tahu!".<--he dump me a.s.a.p he make me fall in love with him!

Another story orang yang berbeza,
berlaku masa eca tengah khusyuk bersiap sebab housemate minta ditemankan supper dekat kedai mamak.Memula 'dia' call eca.Nampak je nombor,terus tahu its him.Rasanya dah dua tahun kenal dengan dia.Seriuosly,jatuh hati dengan dia...dan dan dia sentiasa terbayang-bayang.Tapi one fine day,eca tercakap dekat dia,"if u dont want me to be your love,stop giving me hope.stop call and stop sms me.bukan taknak berkawan dengan u,tapi u sentiasa beri i harapan dan buat i jatuh hati!" <--tak kejam pun kan?!.
text dari dia tanya khabar,rindu dekat eca,nak sambut birthday dia bulan April nanti..erm,macam-macam perangai!.text eca balas dekat dia,"i tak rindu u pun,dan i tak boleh buat apa kalau u rindu i.Better u sambut birthday u dengan family u,lagi berkat hidup u!" <--tak kejam juga kan?!.


Sekarang ne dah macam-macam perasaan,orang yang pertama tu,kalau terjumpa dekat mana-mana,rasa nak lempang semacam je....dia tu macam tak layak je bercinta tapi dengar-dengar "dia mengurat hampir setiap gadis di uni!".omg,rugi rugi dapat lelaki macam dia.hahahaha.Tapi orang yang kedua tu,eca akui la eca suka,sayang,rindu dia..tapi yela,kalau dia sendiri tak bersedia,nak buat macam mana kan?!.hehehe.

dari eca keliru dan bercelaru,baik eca edit blog korang...tak sakit otak ne main coding dari main cinta!.muahahaha.servis edit blog-RM20 sahaja [lengkap header,banner,watermark,icon-icon mengikut permintaan].hantar email ke ---> ecasha.89@gmail.com

#sempat pula nak mempromote bisnes sendiri *-*

kulihat kehijauan

Assalammualaikum.

sesekali kita lari untuk melihat keindahan alam tiada salahnya kan?.Lari dari dunia teknologi,lari dari dunia kesibukan dan melihat betapa indahnya hidup ini atas kurniaanNya.

ohya,ahad yang lalu,eca outing dengan members of we love lepaking.melihat panaroma tempat orang..dan yerp,eca melihat sesuatu yang hijau..apakah dia?!.will update soon!.

dan kali ini,eca nak bawa korang melihat kehijauan yang lain pula....JOMmmm (semangat weii semangat!)

.penaja 'giveaway' akan datang!.
edit blog beliau sebagai satu tanda penghargaan atas kesudian menaja giveaway eca.
#so,kalau rasa nak menaja giveaway yang akan datang,email me --> ecasha.89@gmail.com




Peserta pertama Rumah Terbalik FM Giveaway.
tanda penghargaan sebab laju je join giveaway eca.
#mungkin akan diteruskan untuk giveaway akan datang?!..tunggu :)


#latest client.

semuannya hijau!.dan marilah kita sama-sama melihat kehijaun diblog mereka ^-^
lepas ne nak edit satu lagi blogshop bertemakan merah,hitam,putih!#I LIKE.
#alhamdulillah,ada gak top-up duit bulan ne.nak beli baju!nak beli baju!
\*-*/




Rumah Terbalik[Part 6]

Assalammualaikum.

Rumah Terbalik's story sampai ke penghujungnya...memandangkan Rumah Terbalik FM Giveaway akan berakhir esok[28/Februari/2012].So,kali ini eca ceritakan apa sebenarnya yang terjadi selepas episod menghabiskan duit di GiftShop dengan membedal sehelai baju dan 3biji Fridge Magnet.Bagi yang baru mengikuti cerita Rumah Terbalik,sila baca episod-episod sebelumnya.


Selepas keluar dari GiftShop dan Cafe,kami bergerak agak slow sebab teruja menikmati pandangan Rumah Terbalik sambil ambil gambar.Then,disebabkan dah penat sebab keterujaan,kami pun decide pulang balik ke rumah.Tapi sebelum tu,bapa eca sempat pula nak tengok Kancil Terbalik yang berada diluar rumah tue.Sebelum ne,bapa tak perasan......

So,untuk anda...


JDX 6168
#pergi kedai jual nombor ekor.....6168.esok 1st-prize!.muahahahaha[TIPU SAHAJA!!]

ini episod terakhir.insyaallah,kalau ada rezeki datang sini,eca cerita lagi.
siapa yang nak datang sini,informlah eca..nanti eca leh tolong korang kalau-kalau sesat jalan.
*hikhikhik*

Rumah Terbalik [Part 5]

Assalammualaikum.

Perkongsian pengalaman eca ke Rumah Terbalik bersambung dalam Part 5..bagi yang belum membaca dari episod pengenalan,mari kita baca dulu...


Turun je dari Rumah Terbalik,masa untuk kempiskan poket.muahahahaha.
Ada GiftShop dan Cafe.


Macam-macam ada dijual....
Cawan,gelas,bekas habuk rokok,keychain,fridgemagnet,sabun dan macam-macam.
dan family eca bawa balik sebagai kenangan......


Baju for Apek.


FridgeMagnet.
3 semuanya,satu diletakkan dirumah,dua sedang digiveawaykan!.

Menarik di Cafe?!...
..ada jual variety of donut and so on.
.icecream vedablue *mahal!*
.kopi tenom pun ada....................

esok atau lusa,akan publish episod terakhir Rumah Terbalik neyh.
dan Giveaway pun akan tutup tak lama lagi...cepat join!




The Journey of us.

Assalammualaikum.

hye hye hye,menikmati hujung minggu depan lappy ke?.xpe xpe,oke apa...save duit tak keluar kemana-mana....eca pula...sedang menikmati hujung minggu kami,means of me and my buddies...bukan me and my boyfriend k!

Racangan hari ini,seawal jam 6pagi sehingga 6petang.#takleh lama-lama,Isnin eca ada kelas >,<"
Kami nak pergi sini...........................

North Borneo Railway Station


apakah tempat ini?.jeng jeng jeng....
jika sempat,akan ke sini juga.
Ini Miss Rain yang beria-ia mengajak,even dia praktikal disini!!.hahaha

So,sedang anda membaca entry ini,eca mungkin sedang berada dalam kekalutan..mungkin berada dalam keretaapi,atau sedang tawar-menawar di tamu...atau mungkin sedang menikmati keindahan di Muzium Sabah.

ohya,jika tidak dapat buat semua rancangan ini,mungkin kami sedang berada di shopping mall,berkaraoke,cuci mata pasangan kekasih sedang bercengkerama atau sedang menonton Adnan Sempit 2.

doakan perjalanan kami ^-^

p/s:: sorry tidak sempat BW sejak kebelakangan ini.Sibuk cari maklumat untuk upcoming assignment yang dah mula mencekik!#nasib amik 4subjek je..uwaaaa.Bila eca dah free,insyaallah,eca akan BW gila-gila!.Insyaallah,next week ada orang bakal memenangi hadiah FM Rumah Terbalik + Keychain dari Sabah.Eca akan update tempat-tempat yang eca lawati!.

Bila mereka jadi blogger =.="

Assalammualaikum.

best ke jadi ada blog neyh?.
pertanyaan dari bakal-kakak-ipar!.

uiyoo,blogger bha tue!.
-ayat tak boleh blah dari si abang.

tetiba,suatu petang yang indah...bertempat di Tg Aru Food Court,si abang bertanya,"kau kenal Ben Ashaari".=.=",siapa tidak kenal Ben Ashaari!!!.si abang mungkin juga terkena simptom Ben Ashaari sebab officemate beliau juga seorang blogger.Nak kenal,si SyuwaiStory|bukan cerita tentang coklat| and her blogshop yang menyajikan barangan yang lawa-lawa!......tapi sekarang,insan-insan yang bertanya tu.....dah ada blog!.#terberjangkit ke apa neyh?.hahaha.

personal blog (mungkin akan jadi B2B blog) untuk si bakal-kakak-ipar.
photography blog dari si abang.#si abang pengguna camera filem..tapi dia juga banyak mengajar eca pasal dslr..dan terimakasih atas tripodnya(mr kens~ ada kaki uda!)...kira hadiah bday la ya!.muahahaha.

..dan si kaklong mula tertanya-tanya:::...


mestilah syok kan,bila dapat kongsi cerita dengan teman-teman...baca cerita teman-teman lain.dapat $$$ satu bonus lagi.hahahaha.

si kakak tertanya-tanya pasal blog bertukar cerita the princess man...tiba-tiba,si bakal-kakak-ipar tanya kerja kosong dan si adik pula macam sedang jeles!.apakah?!.hahaha.


jemput singgah dan follow kalau sudi blog mereka

lupa nak cakap,Blog Jijie Lah diedit oleh Eca Dwinky Asha.Kalau nak buat tempahan edit blog,boleh rujuk disini.sekian,terima kasih!.

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow

Assalammualaikum.



mau tag:
Jijie Lah
Amanina Nasuha


*jemput join semua*


Jangan Cepat Membuat Tuduhan Melulu!

Assalammualaikum.

Hari ini,eca nak kongsi satu cerita disini.Cerita ini sangat memberi kesan kepada diri eca...Jom baca dengan tekun.

seorang doktor melangkah masuk ke hospital dan bergegas menuju ke bilik pembedahan....di ruangan itu seorang bapa sedang menunggu doktor tersebut untuk melakukan pembedahan ke atas anaknya...dan bapa itu memarahi doktor tersebut pabila dia meihat kelibatnya disitu..."kenapa awak lambat sangat?awak tahu ka yang nyawa anak saya dalam bahaya?....awak ni ada rasa tanggungjawab ka?....

doktor itu hanya tersenyum dan berkata..."maaflah...saya tak berada di hospital sewaktu terima panggilan ni.....tapi saya cuba secepat mungkin untuk datang kesini kerana ini tanggungjawab saya...dan saya harap awak bertenang sekarang agar saya dapat menjalankan tugas saya..."

"...bertenang awak kata?bagaimana kalau di dalam tu adalah anak awak?ataupun anak awak mati sekarang, bagaimana?..."kata si bapa dgn nada yang amat marah....

dgn tenang si doktor menjawab...."kalau begitu kita kembali Allah...daripada-Nya kta datang dan kepada-Nya kita kembali....sekarang awak banyakkan berdoa...saya tak bleh bagi nyawa....saya hanya mampu apa yang terdaya....."

"bagi nasihat bila kita tidak peduli memang la senang..."murung si bapa...

pembedahan itu mengambil tempoh beberapa jam yang akhirnya si doktor keluar dengan perasaan gembira.."syukur alhamdulillah, anak awak selamat..."tanpa menunggu kata2 dari si bapa td, doktor bergegas semula keluar dari hospital..."kalau ada apa-apa pertanyaan, jumpa saja dgn jururawat bertugas...."

"kenapa doktor tu sombong sangat?kenapa dia tak boleh tunggu sekejap ka untuk saya bertanya..."kata si bapa selepas dia ternampak jururawat bertugas....

jururawat menjawab sambil air matanya mengalir..."semalam anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya....tadi dia di perkuburan untuk mengebumikan anaknya...sebentar tadi dia dah selamatkan anak awak dan sekarang dia kena bergegas semula untuk menyempurnakan pengkebumian anaknya kembali..."

Moral dari cerita ini,janganlah kita menilai orang lain sesuka hati kita.Bak kata orang,dont judge a book by its cover!.

Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat kita semua.Kalau nak copy,teruskan.....eca pun copy dari Facebook juga *-* #abaikan notakaki dibawah,notakaki ini diletakkan disitu sebab hari tu entry kesayangan eca dicopypaste tanpa meminta izin.sekian!

Sakit Telinga kali ke-3.

Assalammualaikum.

Kali neyh eca nak cerita pasal kesakitan yang eca tengah alami buat sekarang.yeah...SAKIT TELINGA kali ke-3.Kali ke-tiga pergi Permai Poliklinik dengan sakit yang sama.Nasib bukan doktor yang sama!.hikhikhik.Eca nak ceritakan pasal penyakit ne dari kali pertama eca kena.

ini telinga kita!.

Kali pertama kena penyakit neyh,awal tahun 2011.Masa tu dekat rumah parents,tetiba cecair (macam hingus) keluar dari telinga dengan bauan yang amatlah 'busuk'!.Masa tu juga tengah kena selsema yang agak teruk.So,ingatlah hingus je lari alignment kuar ikut telinga.*muahahahaha*.Then,balik uni..tetap dengan masalah yang sama.Lebih teruk lagi,telinga ne akan berdesing.Lepas kelas,terus pergi amik surat sakit dan terus gi Permai Poliklinik.Masa tu,jumpa Dr Sanjiv (indian doctor,the main doctor in the clinic).

Doctor India tu cakap,"Ini bukan hingus ye Siti.Ini telinga u ada kulat.So,I bagi u ubat titis,u titis selepas mandi.Lepas tu,u makan antibiotik sampai habis.Dan ubat tahan sakit,makan bila u rasa telinga u sakit.Next week,u datang sini,i cek balik".


Lepas makan ubat,selepas seminggu dah oke.Lupa pergi klinik tu!.
Kali kedua kena balik,akhir tahun 2011.Dalam bulan 10/11.tak ingat =.=".Kali ne pergi Permai Poliklinik cawangan Beverly Hills (dekat dengan area apartment).Kali ini pula,telinga gatal sangat..lepas korek-korek sikit,terus telinga keluar nanah.Doktor India juga (tapi tak tahu nama dia).

Doktor tu cakap,"oke Siti,I tengok u punya telinga ne ada effect kuman yer.Tapi u punya pendengaran masih oke,itu bagus.I bagi u ubat..u kena bagi habis antibiotik,yang lain kalau suda bagus,u boleh berhenti makan.Ubat titis,titis 3kali sekali,4kali sehari."

dan yang terbaru,bermula hari isnin tue,tapi tak berapa lagi kuar ne nanah macam dulu.Hari Isnin tu,telinga gatal...eca ikut petua orang-orang tua,nak korek telinga,letak minyak zaitun dekat putik kapas,supaya senang nak kuar tahi telinga tu.Adik pompuan eca pula pesan,lepas mandi baru korek!.Then,eca korek,kuar pula tahi kaler hitam :(...titis la ubat titis sebelum tidur.Bangun je dari tidur,terus korek lagi,,kali ne tersangat-sangatlah sedih....tahi telinga punya banyak..Esok pula,eca korek dah start bengkak....Hari Rabu,terlalu bengkak sampai susah nak tidur.Khamis petang baru pergi jumpa doktor.Kali ne doktor handsome (sabahan I guess!).

Doktor  handsome cakap,"telinga u kena jangkitan kuman ne,sebab tahi telinga yang tertinggal lama.So far,pendengaran u bagus..so,tiada apa yang u perlu risau k!".

then,doktor handsome cakap lagi (masa eca ambil ubat)...."nanti kalau u dah baik demam,u datang sini,kita cuci."....|kita?!..bukan U je ke doktor?.I pesakit =.="|

maybe,next week...datang pergi Permai Poliklinik atau Klinik Luyang (klinik kerajaan) tuk bersih kan telinga neyh..I ada baca,penyakit ne boleh berlanjutan sehinggakan boleh menyebabkan pendengaran hilang!.So,better bersedia awalkan..pergi cuci telinga dengan doktor handsome..bukan cuci telinga (kena bebel) nanti!.muahahaha.

Terung ala Filipino.

Assalammualaikum.


err,tajuk masakan main hentam je kan?!...macam begini ceritanya,eca teringin nak sangat nak makan terung,which masakan terung ne asalnya dari pilipin....yeah,sila percaya!.Kebetulan hari ahad yang lepas,my best friend,Jen stay dekat rumah sewa ne,so ask her to prepare the dish for our lunch.senang,cepat dan sedap!.

Bahan-bahan:
Terung
Telur
Garam
Minyak (untuk menggoreng)

Cara memasak:
1) Panggang/Bakar terung terlebih dahulu.
2) Setelah masak,kupas kulit terung.(kesan dipanggang tu dibuang yer)
3) Pecahkan telur dalam bekas dan pukul (macam buat telur dadar) + tambah sedikit garam.
4) Panaskan minyak dalam kuali.
5) Terung yang telah dipanggang tadi dilenyekkan.
6) Tuang telur yang telah dipukul keatas terung tersebut.
7) Sebatikan telur dan terung.
8) Setelah minyak dipanaskan,masukkan terung.
9) Goreng sehingga telur masak.

seperti biasa,bagi korang terliur sedikit.(ishhh,lepas ne boleh buat sendiri,taklah terliur lama-lama)
Terung yang siap dipanggang dan dibuang kulitnya.

Terung yang telah dilenyekkan menggunakan sudu

Terung dicampur dengan telur

Terung yang sudah siap digorang.

terliur ke tidak ne?..cepat gi pasar,beli terung..boleh masak sekarang,takpun malam ne.hehehehehe.
My bestfriend,Jen pun blog pasal ne dekat tumblr dia.muahahahaha.jom singgah-singgah sambil follow Jen di tumblr dia.->> AkemiJenn

Teringat dan tak boleh buat?....

Assalammualaikum.

Pernah tak korang putus cinta?.Siapa sini yang tak pernah putus cinta,untunglah!..Dah dapat cinta sejati kan?.Tapi korang pun rugi juga,sebab tak pernah rasa perasaan kecewa,putus cinta dan yang sewaktu dengannya..eh eh,lain orang lain pendapatnya kan?! #jangan nak hentam eca sangat oke?...

Siapa yang dah lama jadi pembaca setia blog ini,mesti tahu kan dulu eca pernah bercinta (cinta lah sangat!) dengan seorang navy neyh...NAVY oke?!.tak tahu kenapa boleh terbercinta dengan dia..eh eh,bukan bercinta rasanya,,,,lebih kepada teman tapi mesra.#As I mention him as TTM here!.

Bila dah tak bercinta eh eh tak rapat dengan dia,ada banyak perkara yang buat eca tak boleh buat secara tiba-tiba.Eca maksudkan tetiba eca tak boleh buat benda tu..tetiba rasa macam malas buat benda tu..tetiba rasa meluat tengok benda tue....macam-macam lah yang terjadi!.

1st; tetiba tak suka YM.

tahu kan YM tu apa?.yahoo messengers lah!.Dulu,rajin bebenar YM,sampai kadang-kadang 4-5pagi masih berjaga.Bila dah tak rapat dengan dia tue,rasa nak ONLINE YM puwn payah!.dah jarang erm,rasanya dah tak pernah online YM tue.Tapi bagus gak kan putus cinta,terus dah takde nak online sampai 4-5 pagi!.Dapat tidur awal,dapat beri perhatian kepada blog.muahahahahaha >,<



2nd; tetiba tak suka makan kfc.
eh eh,tipu je!.ada pula tak suka makan kfc.Kalau boleh,KFC tu dah jadi dapur nombor 2 eca.Takdelah nak melantak KFC hari-hari..badan puwn dah semakin comel dan comel jadinya!.Eca dah tak boleh duduk dekat KFC dekat area apartment ne je...macam teringat-ingat kisah duduk makan berdua.(romantik lah tu #romantiklahsangat!).Nasiblah kawan-kawan rapat pandai cheers up eca.So,tak lah teringat-ingat sangat!.


3rd; tetiba tak suka dengar lagu......


wah,dulu time ehem ehem sakan....bukan main suka dengar lagu Luahan Hati (yang Kristal nyanyi,penyanyi asal from Singapore!) dan lagu Disaat Aku Mencintaimu (Dadali Band).Ingat lagi,dia pernah nyanyi lagu Luahan Hati tu....#touching sehhhh!..Dari lagu Luahan Hati tu kepada lagu Disaat Aku Mencintaimu,itulah dua lagu menceritakan kisah cinta ehem ehem kisah cinta tak cinta kami!.hah ahaha.Waktu mula-mula putus,eh eh jarang berhubung...dengar dua lagu neyh je dah mencurah-curah airmata neyh jatuh.Sampaikan bestfriend eca,Encik Amir tahu yang eca menangis!.Nampak sangat mata bengkak tu kan?.
                                      Tapi kedua- dua lagu ne lagu feveret eca...camna tue?!.hikhikhik


4th; tetiba tak suka panggilan Hubby/By/B dan yang sewaktu dengannya.

Dulu,eca panggil dia B...#korang tahu la maknanya tue kan?!.....dia panggil eca,"ayang".romantik la pula!.acecececeh.Abaikan perasaan itu!.hukhukhuk.Tetiba,lepas putus dengan dia,try-try pula bercinta dengan orang lain..Orang lain tu pula gelarkan diri dia "B",ish ish ish,tak boleh blah langsung!..Mestilah teringat-ingatkan dekat encik TTM tue.Tetiba rasa macam "erm,gelaran yang sama..macam takde yang istimewa".hahaha.


Seriously,sampai sekarang masih teringat,terkenang,terbayang,ter-ter-termengalir airmata...muahahahahaha.Tapi sampai bila nak macam tue kan,so..perlahan-lahan eca kuatkan semangat tuk lupakan dia.payah dan memeritkan..tapi bila difikirkan kembali,eca yang rugi!.Lagi ramai orang sayang eca.Biarlah dia dah bahagia,takkan eca terus menderita kan?...Mungkin mulut katakan ya,hati tak siapa yang tahu kan?...hikhikhik.....SO,bagi kamu yang putus cinta tue...jangan ingat kamu kalah!.Ingat,masih ramai orang sayang kamu.Allah SWT ada disamping kita,ingat tue!.

derita itu sekejap!...nak tahu macam mana eca lupakan ex-bf kesayangan tu?.....#tunggu entry akan datang!

Tutorial Lebarkan Body Post

Assalammualaikum

Hari ini,eca nak ajar bagaimana kita boleh lebarkan/besarkan ruangan body post,terutama bahagian main post (bahagian dimana entry kita terpampang).Sebelum itu,eca nak ingatkan,bila buat tutorial ini,pastikan anda tahu jenis template yang anda gunakan,samaada template designer,layout template ataupun blogskin.Disebabkan eca tidak begitu arif dengan blogskin,so eca akan ajar untuk template designer dan layout template(minima template).

Bagi pengguna Template Designer.

1) Dashboard - Template - Customize -Adjust Width.

2) Fokus pada ruangan Entire Blog dan Left/Right Sidebar (jika anda gunakan dua column sahaja)


Jika Entire Blog kamu 940 px,dan sidebar kamu 310px..maka entry post kamu adalah dalam 600px++.
So,boleh adjust ikut sukahati kamu,sebab blog kamu.Bukan blog eca!....hehehehehe ^-^.
Recommended: 
Entire Blog: 1040px.
Right Sidebar : 310px.
\gerenti puas hati!/


Bagi pengguna Layout Template (contohnya minima template).


1) Dashboard - Design -Edit HTML.

2) Cari kod ini.

   /* Content

----------------------------------------------- */

3) Di bawah kod tersebut,sila fokus kepada tiga kod berikut:

keseluruhan body post ::
      #content-wrapper {
width: 1040px;
}


untuk entry post:
#main-wrapper {
width: 700px;
}


untuk sidebar :
#sidebar-wrapper {
width: 310px;
}


Ini ialah nilai yang eca cadangkan,kamu boleh ubah mengikut kehendak kamu.Kalau kamu nak letakkan background pada bahagian-bahagian berkenaan,boleh rujuk tutorial ini.|Tutorial letakkan background pada Body Post,Main Post dan Sidebar|

Layout Template susah sikit berbanding Template Designer yang sedia ada.So,bijaklah memilih template.Kalau ada yang tak paham,sila ajukan soalan diruangan komen.Demikian juga,jika kamu nak request apa-apa tutorial,jeritkan diruangan shoutbox atau komen.

Result of Semester Holiday Activities.

Assalammualaikum.

Masih ingat tak,sebelum cuti semester yang lepas,eca ada tulis berkenaan aktiviti cuti semester yang eca nak buat sangat tue....baca di sini ---> Planning The Semester Holiday's Activities.So,here the result :)

1) Decorating Own Room.
Disebabkan sepanjang cuti semester tu,tidur dekat bilik adik (he's got aircond in his room T_T").So,rancangan mendecorate bilik sendiri tu tak berapa nak berhasil.tapi good news,I change the mattress on another side and it easier for me then....

Got new lamp!.muahahaha,simple one.But still planning to buy lamp-desk for me.When I need to stay up and doing my lesson-plan or teaching aids or maybe blogwalking,no need to switch on the main lamp.

Mosquito net?!...pending!.But oredi ask my mom for it...and yet 'new bed' still pending.hahahaha.

2) Doin' Felt Craft.
yeahhhh,I done it well.But only two are done.Then,I'm so lazy to continue it.............Lets check it my felt craft.



bentuk love + E (e for eca ye!,jangan ingat nama BF pula.)

eca buat dua je....ne pun dah bersusah payah!.muahahaha.satu gantung bersama-sama pendrive yang dibawa kehulur hilir...satu lagi gantung dengan cop nama+kunci rumah.Jika jumpa,sila kembalikan semula.
\hahahahahahhaa/
sebenarnya kan,dua benda ne selalu campak dalam beg kalau nak pergi kuliah!.
bila perlu baru lah meraba-raba isi beg tu.


Jadual semester neyh masih terumbang ambing tahu tak?!...geram sangat tapi tue lah pasal,kena banyak bersabar....Memula ingat kelas hari Isnin + Rabu je.Dua subjek setiap Isnin & Rabu.Bila tengok group kelas eca,ada pula pertukaran jadual,pertukaran lecturer,class clash dengan subjek lain...ish,macam-macam ada!.So,dipendekkan cerita....by next week baru boleh announce jadual sebenar,baru boleh buat jadual untuk bahagikan masa study+blog.Sekarang,..jadi nelayan diatas kapal,mengikut arus ombak yang beralun.#eh eh,pepatah......

btw,semalam eca tak berapa nak sihat,ikutkan dah berapa hari...tapi gagahkan hati untuk berBW dan update ringkas-ringkas...Episod WW pula hanya dapat update 2 je semalam....sebab laptop baru pasang RAM baru,bila pasang RAM,terus format balik!..dari Windows XP dah upgrade pergi Windows 7 Ultimate.Baru tapi dah rasa best sebab LAJU.......tapi,photoshop CS5 tu pula banyak songeh.terhegeh-hegeh buat kerja.muahahahaha.So,yang nak eca editkan blog,diminta bersabar ye...bukan taknak buat,eca buat tapi mengambil masa membiasakan diri. ^-^

WW #56 |Jalan Putus|

Assalammualaikum.


Jalan putus Ranau-Sandakan.
Penumpang bas dari KK-Sandakan,Lahad Datu,Semporna-Tawau,diminta bersabar dan digalakkan naik flight balik kampung.

p/s: wakil rakyat diminta turun padang untuk menyelesaikan segera masalah ini!
cian weeiii housemate eca  pagi dah baru sampai KK kelmarin,menyebabkan dia lambat pergi kerja.

sumber: Facebook

WW #55 |exist|

Assalammualaikum.


some people act like this!
need their friend when they in trouble or need something.
hell-O,what are do you think your friends are?.
\grrrr/

Cucur Sayur Terjun

Assalammualaikum.

Petang-petang camne kalau makan pisang goreng dan minum air teh,terangkat betulkan?.Tapi takde pisang goreng pula....so,kita DIY cucur je lah yer...jom jom cuci mata dan telan air liur.

Cucur Sayur Terjun
#main hentam bagi nama camtu eh.hahaha

Bahan-bahan:
Tepung Gandum
Sayur Kubis. (highly recommended sayur jenis ini)
Udang Kering (udang basah pun boleh gak)
Bawang Besar
Bawang Putih/Bawang Merah
Cili Padi
Lada Sula
Telur
Garam+Ajinamoto (sedikit saja)
Air
Minyak masak

Cara Memasak:
1) Panaskan kuali,dah panas boleh masuk minyak dan panaskan minyak.
2) Sayur kubis dipotong nipis.
3) Bawang Besar dipotong dadu
4) Bawang putih/merah ditumbuk bersama udang kering dan cili padi.Kalau gunakan udang basah,sebaiknya udang tu dipotong nipis.
5) Campurkan bahan-bahan yang dipotong kedalam bekas sederhana besar.
6) Gaulkan bersama lada sula,garam dan ajinamoto. <--asal nama dia ajinamoto eh?!.
7) Pecahkan telur kedalam bekas dan gaul lagi.
8) Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air dan gaulkan sehingga adunan sesuai (untuk dimasak!)
9) Setelah minyak masak,boleh mula menggoreng.

Tips sedikit;...
Kalau guna udang basah,taknak potong udang tu,rebus dulu sebentar.Then,guna air rebusan tu tuk dicampurkan kedalam adunan tadi.
Minyak kenalah dipanaskan dulu,baru mula menggoreng agar adunan cucur tidak melekat dalam kuali kita.
Memasukkan sedikit minyak kedalam adunan boleh buatkan adunan cucur tu jadi lebih gebu + ranggup.
Cucur ne sedap dimakan kalau ada sambal.

jap jap,teruskan menelan air liur korang dengan tengok gambar-gambar neyh:...

gaul sebati dulu yer.

masukkan tepung sedikit demi sedikit.

.
.
.
.
.
.

cucur/jemput-jemput/konto-konto(bahasa bugis sabah) tak sempat gambar dah ngapp dalam mulut.

Cop Nama dah ada.

Assalammualaikum.

3months ++  lagi!.....
cop cop cop,bukan menghitung tarikh apa-apa eh...eca just menghitung tarikh untuk praktikal.Ada 3bulan ++ lagi.Tarikh sebenar tak pasti lagi,tapi dalam penghujung Mei atau awal June.Tolak tambah masa cuti,cuti umum,cuti bersalin eh eh?!....tinggal 3bulan++ lagi!.Nervous?.Memanglah...dah lama tak berdepan dengan murid-murid...ehem ehem,murid-murid yer!.Sila bagi laluan,cikgu nak lalu......

Sempena praktikal eca yang tak lama lagi tu,eca pergi buatlah cop nama sendiri!.awesome,ceh tetiba kan?!.Jom tengok-tengok jap :)


selain bertindak sebagai cop nama,benda comel ini juga berfungsi sebagai keychain.
#eca letak kunci rumah dekat sini!.muahahaha


tulis nama penuh + nombor IC.
#comel kan?

harga baru RM18.siap dalam tempoh 1 jam je.
memang dah lama teringin nak cop sendiri,sejak my mama buat cop nurse dia.
ingat tuk blog puwn nak juga..#ngade pula kan?!.hahahaha. :)

kalau nak,boleh eca tolong...RM25 termasuk pos+kos-kos terbabit.


kelas jam 12.30pm-02.30pm.
last class tuk minggu neyh.rabu-ahad:CUTI.
boleh blog puas-puas.........

Rumah Terbalik [Part 4]

Assalammualaikum.

Rumah Terbalik lagi!...dah 3 part siap,terasa malas sikit pula nak sambungkan?.Kali ini eca akan sambung lagi cerita perjalanan ke Rumah Terbalik.Hari tu,dah cerita pengalaman berada di dalam Rumah Terbalik kan,tak ingat?...jom terjah balik entry neyh.



Keluar je dari Rumah Terbalik tu,mata pun berpinar-pinar.Sebelum ne kan asyik pandang kat atas je,sampai sakit leher ne!...tetiba guider tu suh pusing belakang,..

"disini,kita boleh lihat jemuran dan basikal anak tuan rumah terbalik ne".


mama : dik dik,jemur ko kain sini!


my family
(mama,bapa,adik pompuan dan adik lelaki eca)
*sume pakat tinggi hampir sama!muahaha.*

Ini suasana dari belakang Rumah Terbalik tu.Turun je dari sini........................#to-be continue.


Bertudung vs Free-hair.

Assalammualaikum.

hello lovers & readers!.Hari ini hari Isnin..............yeehaa,kelas jam 10 dan hari ini terbangun awal pula dah.Sebab semalam tak sihat sangat,so tidur awal.Hari ne,nak tunjuk dekat korang gambar-perasan-cantik eca!.muahahaha.


watermark letak banyak-banyak untuk elakkan penyalahgunaan gambar dialam maya.
anak siapalah yang comel sangat neyh?!.
AMARAN : gambar kelihatan agak kurus...
ke eca yang dah makin kurus?!.muahahaha (*-*)


 Ini kisah last week tau.Eca nak bank-in duit (beli something thru online),so minta temankan kawan eca.He's got car and I'm not!.Sedang lepak-lepak dengan kawan,dia text,suruh sedia sebab nak jalan.So,bersiap pun ala kadar je.Selalu kan,bila keluar dengan kawan ne,tak pakai tudung.Macam gambar kat atas tu lah.Tapi ntah malam tu,tengah bersiap tercapai tudung kaler oren tu,terus pakai dan jalan.#takdenye eca nak make-up segala oke?!.

Naik je keta dia kan,kawan eca senyum-senyum.Naik pelik lah pula...tanya lah kat dia,"ada yg tak kena?"...sepanjang perjalanan nak pergi bank tu,dia senyum je.NAIK GERAM sampai tak bawa dia bercakap pun lepas tu!.So,lepas bank-in,dia buat perangai terlebih pelik.....dia pusingkan muka eca menghadap dia dan cakap,"kan comel macam ne!".grrrrr,ingatkan kenapa jak!.

me : ishh,macamlah first time baru pakai tudung.Sebelum ne pun ada kan?.
dia : tiadalah............baru kali ne.
me : pena.1st,ambil dekat kolej dan tolong hantar p CP.Time tu guna shawl pink,yang mau lepak-lepak dengan kawan tue.....
dia : owh,tu pakai shawl.tak comel.
me : ermm,penah lagi bha..pakai tudung denim macam ne juga.
dia : ini yang comel,sesuai jak.....
me : oke,fine..gaji nanti hulur sikit buat beli tudung.

#haha,menyempat pula!...bila dia cakap,"comel",ish mestilah HAPPY kan?!.owh,gedik jap.turun dari keta dia pun senyum-senyum.*penyakit berjangkit dari dia lah tue*...sampai dalam rumah pun,senyum-senyum.Terus cakap dengan kawan-kawan,"comel ka juga macam ne?". <--tetiba!.

SO,kesimpulannya disini,bila kita dapat pujian,mesti nak buat lagi agar pujian tu terus wangi dan menjadikan kita lebih yakin.Kali ne,eca yakin dah sangat-sangat perempuan bertudung tu comel!.macamlah first time pakai tudung kan?!.hahahaha.

Tips kepada jejaka diluar sana,kalau nak awek,adik,tunang,wife kamu nak berubah pakai tudung,cakaplah dia COMEL bila PAKAI TUDUNG.hikhikhik.
jap jap,belum habis lagi!....

nak tanya,COMEL TAK ECA PAKAI TUDUNG?!.
#muahaha XD

kuhadiahkan puisi cinta

Assalammualaikum.




aku ingin katakan,
aku cinta kamu,
pada segenap alam,
agar mereka tahu isihatiku.


aku ingin lakarkan,
aku sayang kamu,
pada kanvas putih,
yang suci sesuci cintaku.


aku ingin menyanyi,
aku rindu kamu,
pada melodi nan indah,
agar rinduku beralun kepadamu.


tapi aku tak mampu,
lantas kuhadiahkanmu,
sebuah puisi cinta,
agar kau mengerti.


....dan aku dalam duniaku,tanpa berbicara padamu tentang rasa ini.



#tetiba hari ini tertulis sebuah puisi cinta penuh makna.erk?!..jiwang betul!.-out!-

semua rasa itu ada.

Assalammualaikum.

dua tiga hari ini sepi dari dunia blog kejap.kesibukan menyelubungi hidup seorang ecadwinkyasha.muahahaha.sibuk kalah-kalah menteri la katakan!.Sibuk bukan apa,saja melarikan diri kejap,sebab apa?!...merajuk dengan blog.#erkkk.maka,terhasillah entry scheduled dua tiga hari yang lepas.lepas ne,kena rushing reply komen kawan-kawan dan berblogwalking dengan sepantas kilat.

seriously,nak merajuk lah dengan dunia blog neyh.hehehe.merajuk dengan nuff sebab tak bagi BE.arghhh,rindu BE sangat-sangat.Harap dalam minggu depan,dapat BE baru!.hahaha.<--harapan indah hanya sementara...tu pasal hari tu terletak pula iklan adverlets.muahahaha.sekali status dekat nuff jadi ordinary,menangis ooo.Tapi takpe,biarpun beberapa hari je letak iklan adv tu,adalah earning yang memberansangkan.So,ingat nanti kalau nuff dah cashout,boleh letak adv.Buat masa sekarang iklan adv duduk elok dekat blog ecagiveaway!.heho.

klik SINI untuk ke blog ecagiveaway.
pssstt.....anda dialu-alukan untuk TAG eca untuk sebarang contest/giveaway.



sekali lagi merajuk bila,...ehem ehem ehem..ada blogger copy-paste entry kesayangan eca. T__T"
entry yang dimaksudkan ialah ---> klik SINI lah!.tapi bak kata seorang teman,"sabar tu separuh dari iman".So,sabarlah...orang yang sabar disayang Allah.Dengan penuh kesabaran,pergi pula komen dekat blog dia dan tulis,"macam kenal je entry ne".<--sweet je tulis macam tu kan?.hikhikhik.



dari pagi tadi sibuk mengedit blog sister-in-law to-be.Abang eca punya awek lah!!!...jemput follow blog dia ...Coretan Hatiku.#seriously,blog dia lagi lawa dan kemas dari blog eca T__T".ada lagi dua tiga blog sedang menanti untuk dinodai.muahahaha.tolonglah percaya,lepas habis edit sume blog dari blogger-blogger berkenan,blog ini akan berubah wajah sekali lagi. muahahahaha.Kalau nak eca editkan blog korang,jangan malu jangan segan antar detail dekat ke email eca --> ecasha.89@gmail.com

nak tanya siapa sini PEMINAT Ustaz Don?..Ustaz Don dalam rancangan 30minit bersama Ustaz Don?...boleh tak tolong jawab survey di SINI dan SINI.sudi-sudikanlah menjawab survey tu ye..tolong kawan eca buat assignment pula.hikhikhik *-*

cukuplah membebel..nak sambung BW sambil layan MegaMovie.muahahaha.


DIY Henna Bercorak

Assalammualaikum.

Henna merujuk kepada inai.Selalu masyarakat Melayu akan gunakan inai untuk majlis perkahwinan.Tapi hanya inai di hujung jari je kan?.Kini,inai bercorak juga semakin popular tau.Kalau diikutkan,masyarakat India juga yang terlebih dahulu menggunakan henna bercorak ini.Kita boleh lihat ceta-ceta Bollywood kan?!.Kali ini,eca nak kongsikan bagaimana kita buat henna bercorak.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Sticker henna.
Henna (boleh buat atau beli yang telah siap sedia dalam bentuk kon/ala-ala colgate)
Tisu (sebanyak mungkin)
ne contoh sticker henna tu yer.
one set (gambar dekat bawah kaler biru) - RM7.
set tangan (dekat atas) - RM6

henna dalam bentuk ala-ala colgate.lebih kurang yang eca gunakan.
eca guna black henna.

mari kita mulakan kerja menconteng :)
1) Bersihkan tempat yang ingin diconteng.Lepas dibersihkan,lap sehingga kering.
2) Lekat/tampal sticker henna tersebut.


3) Bila da lekat/tampal,boleh la mulakan proses mewarna menggunakan henna yang kita sediakan tu.Just ikut je corak tu kan..paste pada kawasan yang berlubang tu.Atau,kalau tiada sticker tu,kamu boleh melukis sendiri corak berdasarkan kreativiti kamu.

gunakan sticker.

lukis corak sendiri.#tapi buruk!.hahaha.

4) Sticker tu boleh dibuka selepas 30minit atau sehingga corak agak kering.

hasil kerja yang dah siap.

ada yang tanya.....halal ke bawa solat?!.
errr,cuba tanya kepada yang lebih arif.eca taktahu sangat.Lagipun masa eca buat ne,eca dilanda penyakit pompuan.Henna ne pun cepat luntur tau,apatah lagi jika letak henna yang tak tebal.Sehari je dah luntur.Nak lebih cepat luntur lagi,cuci tempat yang kita conteng-conteng henna tu dengan air sabun cuci kain+sabun mandi dan gosok guna tuala.Cepat je,tak sampai sehari dah boleh tanggal.

eca tak galakkan korang buat tau,cuma kalau nak buat bila korang period.#macam eca lah tu.So,takde la ragu-ragu air wuduk tu sah atau tidak?.betulkan?.FYI,eca buat henna ne hari Isnin petang tau,then hari rabu dah hilang bila eca cuci kain yang bertompok 3 hari.hehehe.

kalau ada yang nak pesan sticker henna tu,eca boleh tolong.
cakap je!.hikhikhik .
dan semoga kornag berjaya buat henna bercorak ne.
# semalam masa lepak dengan kawan dekat rumah sewa eca ne,kami buat lagi!.

boleh email eca untuk tempahan -->  ecasha.89@gmail.com

cikgu cikgu,boleh tak ___________?

Assalammualaikum.


PL : Cikgu,mau pegi tandas.
cikgu : OK.
PP : Cikgu,kerja semalam mau hantar.
cikgu : OK
PL : Cikgu,keluar sekejap.
cikgu : OK
PP : Cikgu,mau pegi tukar pad.
cikgu : OK

semua akan dijawab dengan OK!.means ini bakal-cikgu tak ambil kisah,buat jelah apa korang nak buatkan,yang penting masuk kelas,kita mengajar dan belajar,kita siapkan kerja sekolah,kita participate proses pengajaran dan dapatkan ilmu secukup mungkin.

tapi bagi eca,seorang cikgu itu,bukan sekadar masuk-mengajar-beri kerja sekolah-buat ujian-pastikan pelajar lulus....oh no!.bukan sekadar itu.Masa 6-8jam bersama murid disekolah haruslah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendidik,membimbing,memotivasikan seSEOrang pelajar tersebut.#that what I want to-be!!!.

tapi bila ada murid yang tanya pasal ini...........................

nuffnang keywords for 14Februari2012

cikgu jawab,.."untunglah ada orang nak ngurat kamu.cikgu ne takde sapa nak ngurat!.oh ya,cikgu ne ajar subjek BI,bukan subjek CINTA!".

* 3months++ to practical!!!!*

WW #54|makan kepsi|

Assalammualaikum.


selalu buat macam c otto buat neyh!.
sampai pekerja KFC pun naik menyampah
tapi #KAMI SUKA!.hahaha.

sumber : Sabahan Troll

WW #53 |end of relation|

Assalammualaikum



(>_<)





WW #52 |cikgu suruh TIDUR|

Assalammualaikum.



mana nak cari seorang cikgu yang berdedikasi suruh murid tidur dalam kelas?!.
hahahaha!.

bekas murid-murid eca.
Tahun 1/2008 | SK Gumandang,Kudat.
sekarang mereka ne semua mesti dah tahun 5 kan?!.
arghhhhhhhhh..rindu gila dengan ex-student2x neyh

WW #51 |Ben10's cake|

Assalammualaikum


 kek bday Apek(umur 10/11 tahun).
beli dekat SR.

WW #50 |school's uniform|

Assalammualaikum



perhatian perhatian...eca yang ditengah tu yer.
tak berubah langsung kan?!.hahaha.

tak pakai tudung nama dia Sherlina Johan a.k.a Shirly
pakai tudung tu nama dia Siti Azlinah Simarup a.k.a Liena.
dua-dua dah berpunya,eca?!.
#sabar jaklah.hikhikhik