3 element wajib ada dalam blog

3 element wajib ada dalam blog

Assalammualaikum.


Hari ini,eca nak kongsi 'benda' wajib ada didalam blog korang.yer,korang adalah digalakkan letakkan 'benda' ne didalam blog berbanding 'widget' yang memberatkan itu.jom jom jom lihat 'benda wajib ada' yang boleh jadikan blog kita mesra pengguna.#erk,lain je bunyi.hantam je labu.

Archive/Entry Lama

Dengan adanya 'archive' ini,kita dapat mencari dengan mudah artikel/entry kita yang lama.Ianya juga memudahkan para pengunjung untuk melihat tajuk-tajuk entry terdahulu.Mungkin ada diantara pengunjung setia blog kita akan datang 2/3 hari sekali.Bayangkanlah,kalau tiada archive,agak payah bagi pengunjung membaca entry-entry sebelum itu.

Bagi mencantikkan kolum archive,lebih elok kita letakkan 'scroll bar',dapat jimatkan ruangan sidebar.Loading pun tak berat,betul tak?...tutorialnya di SINI.


Label

Setiap entry dilabelkan mengikut keyword tertentu.Contohnya,entry 'wordless wednesday' dilabelkan dibawah keyword -- wordless wednesday / WW.Dengan adanya pelabelan seperti ini,ianya akan memudahkan kita mencari entry lama dibawah keyword yang sama.

Meletakkan label dalam satu kolum khas di blog juga boleh menarik minat para pengunjung blog untuk membaca entry-entry kita.Contohnya dibawah ini:

Label yang banyak boleh buatkan kolum menjadi besar mahupun panjang.So,penggunaan 'scroll bar' adalah digalakkan sama sekali.Jom baca tutorialnya di SINI
.

Kotak Search/Carian
Kotak Search sebenarnya membantu para pengunjung yang datang ke blog kita mencari entry-entry berkaitan dengan keywords yang mereka mahukan.Contohnya,mungkin ada yang mencari entry lama di blog kita dan mereka sebenarnya lupa link entry tersebut.Dengan penggunaan kotak carian,ianya memudahkan mereka mencari entry tersebut.Kan senang macam tu....even eca sendiri cari entry lama yang eca dah post dalam blog ini gunakan kotak search.
berbalik kepada entry 100 Wordless Wednesday,eca mudahcarakan pencarian 100 link entry berkenaan gunakan tiga element diatas.Ada diantara WW tersebut,baru eca post minggu lalu,so senang nak cari melalui ruangan 'archive',ada pula yang eca telah 'label'kan dengan label "WW" dan "wordless wednesday" dan kesilapan masa lalu (tidak letakkan label pada entry) buatkan eca sukar mencari entry yang lama,so gunapakai kotak carian dengan taip keywords berkaitan....lepas tu selesai juga pencarian 100 Wordless Wednesday daku >,<

kan lebih bagus kita letakkan ketiga-tiga element yang telah eca senaraikan diatas berbanding meletakkan widget yang memberatkan loading blog.Ada juga faedahnya biarpun bagi korang agak melecehkan.Tak caya apa yang eca kongsikan di entry ini,cuba tanya blogger-blogger otai.(yela,eca kan masih newbie sampai bila-bila.hehehe)


memang blog kita,suka hati kita nak tulis apa,nak letak apa.
tapi kalau dah menjengkelkan pengunjung,ko ingat dorang nak datang balik?!

"renung-renungkan"



(tajuk) tu macam tak sesuai,tapi tak de idea nak letak tajuk apa =.="
kalau rasa entry ini berguna,tolong KLIK yang mana patut.#takpaksa.

Post a Comment

19 Comments

  1. but i tink kotak follower is more important la syg.. kan ? hehhe.. tp btul jugak tu .. 3 ciri tu ptut ada .. hehe :)

    ReplyDelete
  2. Element lain ada, cuma kotak search saya belum letak lagi ^_^ hee.

    ReplyDelete
  3. awak di tag
    :)
    http://nuramirul.blogspot.com/2012/05/segmen-aku-nak-jadi-blogger-famous.html

    ReplyDelete
  4. betul tu cikgu eca..sokong 100%..
    dtg pepagi ni nk mintak top up hotlink la sikit..wlpn kak fieda guna celcom...hehehe

    ReplyDelete
  5. thanx sebab kongsi benda penting ni.. :)

    ReplyDelete
  6. ngeee ada pasang jugak ni.. lagi 1 linkwithin.. mmg org cari..hehe

    ReplyDelete
  7. zera ade 1 je. hmm. :(

    ReplyDelete
  8. yeayyy semua ni akak dah ada..hihii

    ReplyDelete
  9. @azizah :) linkwithin dah pena,tpi malas lak..haha.nak guna feedburner.

    ReplyDelete
  10. @Syuhada Nasya erk,kotak follower?.xde pun oke je.hehehe :D

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*