Campaign,Buffered Earning & Metered Earning

Campaign,Buffered Earning & Metered Earning

Assalammualaikum


Nuffnang seperti mana semua orang dah tahu merupakan salah satu pengiklan blog terbesar di dunia maya ini.Memang ramai sekali blogger-blogger yang memilih nuffnang berbanding ajen pengiklanan yang lain.Nuffnang memberikan tiga jenis kempen yang berbeza kepada para blogger dan tidak kurang juga 'sponsored post'.<--- blogger-blogger otai tahu sangat apa ne.kita yang biasa-biasa,pelan-pelan kayuh dulu ye.

Jom kenali 3 jenis kempen iklan yang terdapat dalam nuffnang ::

Campaign (kempen), Buffered Earning (pendapatan tertumpuk), Metered Earning (pendapatan meter)


Campaign

Pendapatan daripada kempen kita boleh perolehi apabila ada diantara pengunjung blog kita yang secara sengaja mahupun tak sengaja menekan iklan nuffnang yang kita letakkan didalam blog.

Setiap nilai klik adalah berbeza bagi setiap status keahlian kita di Nuffnang.Nilai bagi setiapnya ialah ::
  • Ahli biasa(ordinary) : RM 0.15 (15sen) bagi setiap klik.
  • Ahli Glitterati : RM 0.25 (25sen) bagi setiap klik.


Anda mungkin seorang ahli biasa(ordinary) jika anda meletakkan iklan dari pesaing-pesaing Nuffnang,contohnya : Advertlets.So,untuk mendapatkan status glitterati (dan dapat earning yang lebih tinggi),silalah buang kod iklan dari pesaing-pesaing nuffnang.


Buffered Earning (pendapatan tertumpuk)

Pendapatan tertumpuk pula merujuk kepada iklan yang diberikan kepada blog kita.Untuk pendapatan jenis ini,kita tidak perlukan pengunjung untuk klik bagi mendapatkan pendapatan (earnings).Kalau rajin,mungkin ada peluang dapatkan earnings yang tinggi.Kalau tidak,mungkin sebaliknya.

Pendapatan jenis ini tiada had nilai seperti kempen.So,mungkin ada yang bermula serendah RM 0.02 dan tidak kurang hebat bermula dengan ringgit.Selagi iklan masih berjalan,kita masih dapat peluang untuk mendapatkan nilai yang tinggi.Apabila kempen iklan ini berakhir,maka berakhir jugalah peluang kita tambahan pendapatan.

Metered Earning (pendapatan Meter)

Apabila sesuatu iklan tertumpuk (buffered) telah tamat tempoh,maka segala pendapatan akan dipindahkan kepada pendapatan Meter untuk dimasukkan sekali dalam jumlah pendapatan kita.So,kalau dah pendapatan kita cukup had minimum,bolehlah 'cash out' ye.

nak dapatkan kempen,tak perlu susah.Cuma perlu orang klik sahaja iklan nuffnang yang terdapat diblog kita.Untuk dapatkan BE tu yang agak payah sikit....sebabnya kita kena update survey dekat website nuffnang.eca pun dah lama takde BE sejak BE Uni. of London dah tamat.SO,kena update survey dan maintain UV agaknya...sabar eca sabar,insyaallah dapat juga rezeki dengan nuffnang ne.


gambar ne semua dari akak Ina (IntaNBerliaN).eca minta tolong akak Ina printscreen earnings dia,sebabnya eca baru cashout hujung bulan lepas.So,takde BE dan ME terbaru.yang ada cuma kempen-kempen biasa tu je.hehehe.Untung kak Ina kan,BE je ada 4.(3 di blog GA,1 di blog perseonal).ne rezeki baby dalam kandungan agaknya...eca bila pula eh?...grr,kawen pun tak lagi.hahaha.


so,kalau korang rasa dapat sedikit ilmu pengetahuan dari entry ini,tolonglah klik yang mana patut.



Post a Comment

20 Comments

  1. terang & jelas penerangan dr eca ni..hihii


    akak br tau yg psl status glitterati tu, kita dpt 25sen... hahahhah.. sian tol akak.. hihii

    alaa eca sabo la.. nanti eca dptlah tu BE.. aak ni, bak kata eca, rezeki baby.. so, kalu eca nak BE gak, knelah ada baby dulu... opsttt.. ahhahhahhahah ;p

    klik2 renoma & hotlink...

    ReplyDelete
  2. thanks sebab share info ni..baru sekarang betol2 faham

    ReplyDelete
  3. makneng langsung xde..huhh..hampeh tol..=(

    ReplyDelete
  4. dulu tak tahu benda ni semua..skrg banyak blog dah buat totur dah dapat sikit ilmu nuffnang..

    ReplyDelete
  5. Nur pun susah nak dapat BE..huhuh

    ReplyDelete
  6. Ada 3 jenis rupanya ye iklan nuff ni eca...thxs...yas tak amik tau sangat..seminggu sekali je bukak tgk akau dlm tue...hehehe

    ReplyDelete
  7. Info yang berguna, dan sangat senang difahami ;)

    ReplyDelete
  8. saya pun selalu jer dapat kempen.. nak BE jugakkk huhuhuhuhu.....

    ReplyDelete
  9. @Yas y eca hari2 buka,tgk kot2 ada BE..ada BE terlebih rajin la tu.hahaha

    ReplyDelete
  10. @ziezah akak tu otai da bab2 ne.hehehe

    ReplyDelete
  11. @Pink Lavender nnti ada la tu.sabar eh makneng :D

    ReplyDelete
  12. @IntaNBerliaN jgn sesekali tmbh apa2 iklan..hehehe

    ReplyDelete
  13. wah...sekarang baru betul2 faham..

    ingat benda tu semua sama jer...

    uwaaa azza mmg betul2 tak tahu....

    thx tau sebab bagi tahu hal yang sebenarnya....

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*