TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Membeli barangan terpakai.

Assalammualaikum.

Pernah beli barang terpakai...yang orang dok panggil secondhand.....barang bundle...korang pernah tak?!.Bagi eca,tak salah beli barangan terpakai ne,asal bijak memilih.Betul tak?!......

Mari eca senaraikan TIPS ketika memilih barangan terpakai secara online ::

1) Kenali Penjual.
Adalah lebih baik jika anda mengenali penjual/peniaga barangan tersebut.Bukan sahaja lebih memudahkan pengurusan,malah anda juga mungkin dapat pelbagai kelebihan lain.(Maybe akan dapat diskaun,hehehe).Selain itu,ianya juga boleh mengelakkan anda lebih ditipu.

2) Gambar.
Barang terpakai merupakan barang yang pernah digunakan sebelum itu,anda harus ingat itu.So,untuk mengelakkan anda tertipu,boleh lah meminta peniaga untuk mempamerkan barangan yang ingin anda beli.Semoleknya,minta detail daripada peniaga mengenai barangan yang anda inginkan.

3) Harga yang berpatutan.
Dah sah-sah barangan itu merupakan barangan terpakai,harganya mungkin jauh lebih murah.So,anda digalakkan survey dahulu harga barangan tersebut dan bandingkan harga dengan peniaga yang lain.Adalah lebih molek jika anda boleh C.O.D iaitu (cash on deliver atau collect on deliver),nampak peniaga lebih serius dalam urusan jualbeli.

Tips ini bukan sahaja untuk membeli barangan terpakai secara online,malah untuk membeli apa juga barangan secara online....jangan sampai tertipu ye kalian.Kang terbang melayang duit kita tue,betul tak?!.

oke,actually eca ada beli barangan terpakai secara online.Lama dah sebenarnya,tapi asyik pending je nak upload kat blog.eca beli novel terpakai.sumpah,novel tu masih dalam keadaan yang baik,macam baru keluar dari kilang pun ada.Ini dia novel yang eca maksudkan ;;


3buah novel  :
1) Syurga di Wajahmu - Laila Hanni (RM12)
2) Kau Laksana Bulan - Aina Emir (RM12)
3) Hirisan Cinta - Lily Haslina Nasir (RM5)

campur harga pos daftar RM3,murah kan?!.Malah yang lebih mengejutkan,dua novel baru (novel dibawah) masih baru sangat-sangat.Macam tak pernah disentuh pun.......eca beli dengan sapa?!....meh meh,nak kenalkan dengan tuan punya blogshop barangan terpakai ::

comelkan orangnya?!.

pemilik blog bernama : Azidah (Azi)
blog personal : Azi Azidah
blogshop barang terpakai : AntiqueShop

dan juga perniagaan sewa lori :

AZA TRANS ENTREPRISE
Khidmat lori sewa 1, 3 & 5 tan
h/p : 017 - 240 9824 (EDY)
email : edyeda@gmail.com

anda digalakkan untuk HUBUNGI terus Kak Azi melalui SMS yer,baru laju je proses jual beli.

pendapat eca : 
Servis bagus,Harga berpatutan....tak rugi membeli berkali-kali...akak!,,,tolong RESERVED novel Gelora Kasih ye....next week,eca bank-in kan duit :)

rama-rama berlagu riang,
menari ditaman bersama teman,
hati ku kini berlahu riang,
dapat novel yang diidam-idamkan.

*ouch,berpantun lak eca kan?*
jom ramai-ramai terjah blog tersebut yer.....btw,eca pun kira nak buka bisnes juga.
its coming soon,tunggu eca tak busy dengan kerja.

Hye,teacher!

Assalammualaikum.

Sedar tak sedar,dah masuk minggu ke-8 eca berpraktikal.Tinggal lebih kurang 5minggu je lagi nak habis.eh eh eh,cepat je kan masa berlalu....kalau mengandung ne,maybe dah ada uwekk uweekk agaknya?!.

eca nak tunjuk something dekat korang,..sebenarnya nak tunjuk kat korang sebelum mula praktikal..tapi asyik lupa je nak SNAP SNAP gambar...dah,korang tengok je la k =)


tu dia,name tag eca!

Hari tu tanya kan nak letak nama apa kat name tag?.
Antara Ashah atau Siti Ashah.last-last eca ambil keputusan,.....letak nama penuh.Siti Ashah.
oh yer,nama eca memang takde "I" dalam ASHAH....just A.S.H.A.H
lain dari yang lain kan?!.eca pun tak tahu kenapa nama eca macam tu.
tapi,eca suka..sebab tak ramai yang ada nama macam tu...so,xde la sama nama!.

kat sekolah,ada guru-guru yang panggil eca 
"siti"....ada juga yang panggil "asha"..eca mana-mana je pun.
dua-dua nama eca kan?!...yang panggil "eca" takde...apatah lagi nak panggil "sayang" (#eh)
^___________^

macam banyak nak kongsi lagi,tapi masa tu jelous dekat eca.
LP tak print lagi,design blog tak siap lagi.customer makin tambah.
#eh......busy lah sangat yer!

p/s : Projek hias bilik mesyuarat tak siap lagi.uwaaaaaaa!
p/s : satu ruangan iklan sedang KOSONG bermula hari ini,siapa cepat,dia DAPAT oke?!.Harga dan maklumat lanjut,baca di Page Pengiklanan.

Domain & Hosting untuk anda.

Assalammualaikum.

Ingin membeli domain & hosting untuk blog mahupun website anda?!..mari kita TERJAH Hosting Rajawali.

Apa yang ada disini?

1) Hosting.Terdapat beberapa jenis hosting yang ditawarkan.Dari Standard Plan sehingga ke Business Plan.

Standard Plan 
dari harga SERENDAH RM25.Disk Space 500 Mb dan bandwidth 5000 Mb.
sehingga harga RM230 dengan kapasiti disk space 10 000 Mb dan bandwidth 100 000 Mb.
Plan-plan lain boleh lihat lanjut di --> Standard Plan

Business Plan
dari harga RM245 dengan kapasiti disk space 20 000 Mb dan bandwidth 150 Gb.Anda boleh menambah subdomain untuk hosting berkenaan sehingga 150 subdomain.Selain itu,anda juga boleh memiliki email anda sendiri.

harga hosting sehingga RM450.Maklumat lanjut,baca di --> Business Plan
Apa itu HOSTING,sila baca dulu di Nota Hosting oleh Abdur Rozak.

2) Domain.
Sempena Ramadhan,anda boleh menikmati domain dengan harga murah.
Malaysian Domain (.my)
my RM45com.my RM70net.my RM70org.my RM70
Harga bagi domain lain ;
Harga domain kat Malaysiaus RM30name RM30info RM32net RM34com RM34Free set up custom blogspot - Free 2 email (----@blog.com)  
3) Reka Bentuk Website.
Jika anda pengguna Blogger.com & Wordpress,mahupun ada masalah dengan HTML & PHP,mungkin SERVIS ini anda cari selama ini --> Servis Website.

ini BERITA BAIK bagi BLOGGER yang ingin mendapatkan DOMAIN secara percuma.

HANYA untuk 3 BLOGGER BERTUAH sahaja =)
Saudara Abdur Rozak (pemilik Hosting Rajawali) telah memberi SPONSOR 3 DOMAIN sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Blogger Sabahan.So,blogger-blogger yang berada di Sabah (Kota Kinabalu),hadirkan diri anda bersama di majlis berbuka puasa itu nanti.Maklumat Lanjut,baca di entry ini 


ini ialaha review pengiklan.ingin eca review blogshop anda,maklumat lanjut di SINI.


Berbuka Puasa bersama Bloggers Sabahan

Assalammualaikum.

eca nak war-warkan.......

Event : Majlis Berbuka Puasa bersama Bloggers Sabahan.
Venue : Grace Point Sembulan,Kota Kinabalu,Sabah
Date : 11 @ 12 August 2012

Fee : RM20 (include t-shirt)

SPECIAL : 

Domain .my for 1year (3 lucky blogger) sponsored by Hosting Rajawali
juga ada KUTIPAN DERMA untuk Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz,Banda Sierra.
aktiviti lain masih dalam perancangan.


semua blogger yang berada di Kota Kinabalu,Sabah mahupun kawasan berdekatan,
tidak kira orang Sabah mahupun tidak,asalkan ANDA BLOGGER,anda diJEMPUT 
meriahkan MAJLIS ini.


segala pertanyaan boleh ajukan kepada
Zu (Emas Putih Blog) (Blog | Facebook)
Group : Event Berbuka Puasa

rujuk ENTRY INI --> KLIK

SILA SHARE dengan hormatnya :)

ada yang sudi sponsor eca tuk turun KK?!.
hikhikhik....mo turun KK pun jeling jeling jadual.
nda pasal-pasal,ada meeting lah,ada kelas tambahan lah,ada ko-kum lah!.

Fadilat Ramadhan #1

Assalammualaikum.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

"semoga bulan mulia ini lebih bermakna"

Eh,eca menang ke?!.

Assalammualaikum.

Kadang-kadang,bila kita tak mencuba..kita tak tahu pun kan apa yang bakal kita dapat....mungkin sekadar suka-suka...tapi siapa tahu kan?!.samalah macam eca...kadang-kadang sesaja nak JOIN mini giveaway teman-teman samaada di blog mahupun di facebook.(lorr,daku kaki facebook,twitter jarang sikit).

Kadang-kadang lepas JOIN,berserah pada takdir.....tak sangka menang pulak kan?!..muahahahaha.Berikut antara giveaway yang eca menang baru-baru ini ::

Giveaway Ardini Humaira ;

kat rumah sewa,ada sebatang pen tu...housemate belikan masa dia wakil kolej menari kat Unirazak Sarawak...hehe,bertambah-tambah rezeki ole-ole dari Sarawak.

eca doakan kak dini sihat bersama baby beliau.
mesti muka baby cute macam muka kak dini
*_*



Giveaway Hazwan Hairy ;


umur sebenar Hazwan Hairy adalah 24tahun.
TUA setahun dari eca...teka umur eca berapa?!
*tapi takde hadiahlah*.....hikhikhik.

Dapatlah RM5 untuk hubungi orang tersayang..eh?!.
takde maknanya orang tersayang =.="
eca call family Miss Rain untuk tanya perkembangan terbaru Miss Rain 
(ala,kawan eca yang accident ari tu...ingat tak ingat tak?!)

Kesempatan ini juga,eca nak UCAPKAN TAHNIAH kepada Hazwan Hairy sebab dah berdomain sendiri.Lepas ne,takde silap-silap drop LINK BLOG lagi,ingat tak kisah ENTRY INI,tak silap eca,dari Hazwan Hairy lah tue......so,sekarang dah berdomain,takde silap-silap yer.

jom ke blog beliau : Hazwan Hairy | www.hazwanhairy.com
hampir LUPA pula,eca kan join CONTEST HEADER anjuran Hazwan Hairy,
so...kalau boleh,tolong LIKE Header eca dan berpeluang menang REVIEW BLOG oleh eca.

Giveaway Aish Elis Boutique;


erk,ari tu cuba nasib.cuba-cuba je lah...ntah kreatif kot slogan tu...hahahaha.
tak sangka pulak yer menang?!.
terima kasih Cik Aish,,eh eh,tak lama lagi tu nak tukar Puan Aish dah.
(^.^)

sambil-sambil tu nak promote kat korang,Hijab Beauty Contest kelolaan Aish Elis Boutique.
hanya perlukan gambar terbaik anda yang mengenakan hijab,tak kisah la bawal ke,shawl,pashmina
asalkan anda berHIJAB dan ada BLOG...
KLIK SINI JIKA BERMINAT --> Hijab Beauty Contest

hai,senangnya dalam hati,,,,menang pelbagai hadiah
itu semua rezeki RAMADHAN buat eca.
ada sesapa lagi nak beri hadiah kepada eca?!.hikhikhik....


cop cop cop,NAK MINTA TOLONG.
1) Buka google.com.my (bukan google.com)
2) taip eyriqazz vs denaihati
3) cari ENTRY eca,,,ada muka eca ditepi dan url blog eca (www.ecadwinkyasha.com)
4) klik entry berkenaan dan tolong tekan g+ pada entry.

jasa baik anda eca hargai *-*

pst : Pemenang GA Dunia Shida yang berjaya menang hadiah Pin Blogger,
pagi atau petang ne eca akan pos kan HADIAH!.Insyaallah next week,dapatlah tu!.

Terpaksa Tolak Lamaran.

Assalammualaikum.

sedih tu sedih,tapi terpaksa tolak.
Bukan hati yang sana  je sedih dan kacau,hati ini pun sedih....
jap jap,nak nanges ='(

ceritanya macam ne,Semalam eca dilamar seseorang...Ini dia lamaran nya ;;


30 July,Monday
bukan weekend,mahupun cuti sekolah.
So,I HAVE to reject the invitation as well.....
even rasa invitation as a blogger ne macam langkah kedepan dalam bidang blogging.
takpe,kerana TUGAS sebagai seorang pendidik.

hari Isnin kan keja,kelas eca pulak jam 2.00pm - 3.00pm.
mana la boleh escape,kang buruk prestasi eca masa tu.
kalau pihak uni dapat tahu eca escape,habislah usaha keras eca.

insyaallah,looking forward to JOIN any event...
termasuk event HSC,jeles tengok Sis Aima update cerita HSC,orang kuat HSC la katakan....
apa lagi bila beliau selalu UPDATE dekat FB,tambah daku jelos,,,,muahahaha.
and yes,looking forward to JOIN this EVENT to all Bloggers Sabahan.
insyallah,kalau ada ruang dan peluang...looking forward SOON.

apa-apapun,EVENT yang terpaksa eca TOLAK tu,eca dah PASS dekat Zu,pemilik blog Emas Putih.
kenapa pass dekat dia?!....sebab rasa dia boleh JOIN kot.dia area-area KK,insyaallah dapat.
Lagipun,kita nampak potensi dia untuk maju ke depan kan kan?!.

*macam la eca ne dah OTAI sangat pulak,,uwekkk,sediakan baldi tuk aku muntah*

Letakkan banner iklan didalam blog.

Assalammualaikum.

Entry ini membalas pertanyaan kak Yumida,"cara nak letakkan iklan dalam blog".
Kalian boleh lihat di sidebar eca,mahupun dibawah entry ini.(yang kat bawah tu,mohon diKLIK teman-teman,TERIMA KASIH).Jom belajar,buka buku,teacher mau ajar sudah ne.....

Cara #1 (bahagian iklan sidebar) :
1) Buka
    (old interface) Dashboard - Design - Add Page Element - Edit HTML/Javascript.
    (new interface) Dashboard - Layout - Add Gadget - Edit HTML/Javascript.

2) Masukkan kod dibawah...susun dengan teliti :
     <center>
     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>

     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>
     </center>


3) Kalau nak tambah lagi,ulang kod diatas.
4) Preview dan Save.

Penjelasan : Kod diatas untuk dapatkan dua banner dalam satu baris.Kalau nak satu,boleh buang kod yang kedua sahaja.Saiz banner adalah 125 X 125.Untuk kurangkan saiz,boleh kurangkan kepada angka yang anda inginkan.Contohnya "100".

Cara #2 (bahagian bawah entry.RECOMMENDED :: diletakkan diatas entry)
 1) Buka 
    (old interface) Dashboard - Design - Add Page Element - Edit HTML/Javascript.
    (new interface) Dashboard - Layout - Add Gadget - Edit HTML/Javascript.

2) Masukkan kod dibawah...susun dengan teliti :
     <center>
     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>

     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>
     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>
     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>
     <a href ="URL BLOG"/><img src= "URL BANNER@Gambar" width="125" height="125"/></a>
     </center>


3) Kalau nak tambah lagi,ulang kod diatas.
4) Preview dan Save.

Penjelasan : Kod diatas boleh letakkan sehingga 5 banner.Jika ingin kurangkan,buang sahaja kod.Demikian jika ingin tambah...bergantung kepada saiz post entry anda.Jika lebar,bolehlah muatkan lagi beberapa banner.Jika tidak,terpaksa buang.Ingin ubah saiz banner,tukar angka je =)

Penjelasan Lagi : Kod yang eca beri ni,akan buat iklan kamu berada ditengah-tengah.Jangan risau dia ke kiri mahupun ke kanan.Dan tolong masukkan alamar blog dalam URL Blog.dan URL Banner (gambar banner) di URL BANNER @Gambar.Bagi yang ada kod banner sendiri,just masukkan sahaja selepas <center>.
Contohnya : kod banner eca  (lihat banner di bahagian footer)
<center><a href="http://www.ecadwinkyasha.com"/><img src="http://1.bp.blogspot.com/-zkjpp1QSfn4/TtJcXlQtc4I/AAAAAAAAAro/Dj8zFFO7z1Q/s1600/dwinkybanner.gif" width"125" height"125"/></a></center>
Itu kod banner eca (contoh eca beri yer)....kalian ambil kod selepas <center> sehingga kod sebelum </center>,then paste dalam kod yang diberi diatas sekali tu (cara #1 & cara #2).

Untuk semua blog yang eca edit,rasanya ada banner sendiri kan?!.Kod banner eca sertakan sekali.yang takde banner,boleh claim ye,maybe eca terlupa ke apa.....*-*
So,harap-harap korang dapat faham bagaimana cara nak masukkan banner blog dalam satu ruangan.
Use ur creativity,calculate the math...and it will be working my dear :)
Apa-apahal,boleh roger eca dibahagian KOMEN mahupun terus inbox ke ecasha.89@gmail.com

Next tutorial on its way =)

Resize gambar dalam post entry blog.

Assalammualaikum.

Tutorial kali ini,eca nak ajar bagaimana nak resize atau ubah saiz gambar dalam entry kita.Mungkin ada yang ingin besarkan ataupun selaraskan kelebaran mengikut saiz post entry.(AMARAN: agak rumit,sila berhati-hati).

Cara  #1
1) Upload gamabr yang korang nak guna kedalam blog.
2) Selesai upload,tekan pada gambar (highlight),akan keluar seperti ini :

so,korang boleh pilih, Original Size,X-Large,Large untuk gambar yang lebih besar.
then,tekan PREVIEW untuk lihat hasilnya.
Jika berjaya,TAHNIAH.Kalau tak,cuba cara kedua ini ::

Cara #2.
1) Upload gamabr yang korang nak guna kedalam blog.
2) Selesai upload,masuk ke ruangan HTML.
3) Cari kod untuk gambar,seperti ini :


lihat pada kod yang eca highlightkan diatas,itu adalah kod untuk gambar kamu.So,cari kod itu.
Lepas tu,cari height (tinggi) dan width (lebar).ubah angka disitu.
nak lebar atau tinggi,bergantung kepada anda.

moga-moga Kak Ema paham entry ini.
korang yang lain pun boleh guna juga.
and good news yang ternanti-nanti TUTORIAL,tunggu update selepas ini =)


ps: lawa tak rumah  baru Kak Ema?..puas hati edit.even semput nak buat tab dia.
TAB tu leceh sikit nak buat,dan akhirnya permintaan Kak Ema nak ada border dekat gambar di entry,
dapat ditunaikan..nak tahu macam mana buat tu,tunggu entry akan datang =)

Wordless Wednesday #10

Assalammualaikum


Sabah  : RM7.00
zakat juga satu ibadah,tunaikanlah tanggungjawab anda
=)


Wordless Wednesday #9

Assalammualaikum.



Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa kawan-kawan.

Beutskin Essence,bantu wajah tampil lebih putih.

Assalammualaikum.

Ada nampak tak gambar terbaru Adira dan Isma,bekas finalis Akademi Fantasia?!.
putih dan gebu kan?!...rahsia mereka ;;

.Beutskin Essence.

Beutskin Essence dirumus dengan menggunakan ramuan platinum daripada esen tumbuhan yang unik dan digabung dengan penggunaan teknik ekstraksi supercritical CO2, berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan cepat demi memutihkan dan memperbaharui sel badan secara keseluruhan. Ia menggalakkan metabolisme sel dari dalam ke luaran supaya membolehkan badan menjadi lebih sihat dan memperolehi kulit yang lebih cerah. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahasilan dan meningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.

Adira,hasil pengambilan Beutskin Essence.

Inginkan kulit seperti Adira,mari kita teliti kesan-kesan selepas pengambilan Beutskin Essence!!!
3 hari :
- Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.
10 hari :
- Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari. 
30 hari :
- Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif. 
60 hari :
- Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.
90 hari:
- Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Jika kita mengambil Beutskin Essence secara berterusan,mungkin kesan positif akan dirasai.Antaranya,metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.

Isma AF7,wajahnya kini lebih gebu dan bersih.seperti awet remaja je muka beliau kan?!

masih ragu dengan Beutskin Essence?!.....jangan risau!
Produk ini telah pun didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ( MAL08031430TR )

Apa yang terkandung dalam Beutskin Essence adalah ::
  • Minyak Biji Seabuckthorn, 
  • Radix Puerariae Lobata, 
  • Minyak Biji Anggur, 
  • Likopena, 
  • Minyak Kacang Pain, 
  • Beeswax
Dos setiap pengambilan yang disyorkan adalah :
  • Sekiranya mampu; 2 biji selepas bangun tidur pagi dan 2 biji sebelum tidur. 
  • Ambil semasa perut kosong, jarakkan sejam sebelum sarapan. 
  • Bagi yang tidak mampu; 2 biji pada waktu pagi/malam. 

so,korang nak tunggu apa lagi.....
mari kita dapatkan Beutskin Essence ini di Qma Shop.

Beutskin Essence 
500mg x 60 capsules
RM 240.00

10 caps - RM 50.00 
20 caps - RM 96.00 
30 caps - RM 138.00 
1 box - RM 240.00 

FREE POSTAGE FOR 1 BOX AND ABOVE



Sumbangan Ikhlas Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

Assalammualaikum.


Unimate eca kongsi satu gambar ne kat FB,eca pun berkenan lah kongsi dengan para blogger di sini.Jom kita teliti elok-elok gambar ini ::


untuk maklumat lanjut,boleh hubungi
Ustaz Mohd Anuar Ali 
013 - 8560679
088 - 473978
sri_alhafidz11@yahoo.com

mari kita banyakkan beramal dibulan mulia ini.
=)


alahai,student! [part 2]

Assalammualaikum.

sambung lagi cerita pasal student-student eca.... :)
untuk PART #1,sila klik pautan ini --> alahai,student!

Gelagat Student #3.
situasi : hari rabu,hari ko-kum.guru-guru & pelajar kena mengenakan pakaian unit ko-kum masing-masing.Disebabkan eca takde baju PPIM,eca just wear t-shirt kolej + slacks + kasut bertutup + tudung xpress.So,masuklah pula kelas ganti lagi.....dalam pada sesi nak berkenal-kenalan dengan student,..ada pula student lelaki ne cakap,"teacher,kelas kami ada YUNA..Najewa Letif pun boleh juga teacher.Teacher mau dengar dia nyanyi ka teacher?"....


fine,ingatkan student yang dimaksudkan ne boleh la kononnya main gitar sambil menyanyi...tuptup,..mak aii,pi sekolah dah serupa pi shopping mall you!..kelasss kau nyah!..tudung eh eh,shawl sampai 2lapis,lilit sana,lilit sini.......tak menahan,siap ada brooch bunga felt kat kepala.[teacherpengsan.jpg]


kalau macam ne gaya student p sekolah,alamatnya kalah la cikgu-cikgu.
sedang cikgu pun guna tudung express je tau...ye la,keja banyak.takde masa daku nak lilit selalu
=)


Gelagat Student #4.
situasi : drilling activity.Drilling bermaksud latih tubi..untuk kelas yang lemah,eca suka gunakan drilling.Bukan apa,mereka perlu dilatih lebih...so,suka suruh student takes turn untuk membaca.Dijadikan satu kali,eca sebutlah nama satu student neyh,...."*****,come here and read what your group have wrote"....dia pergi depan,tetiba nangis!.erk,...kenapa kenapa...tell me why!.Teacher bukan mau makan kamu,teacher cuma mau ajar kamu....

The next day pula,eca drills lagi him once again.Alhamdulillah,dia dah boleh ikut eca suruh baca ayat ringkas.So,eca proceed drills 1kelas....For female students,eca sebut lah 'GIRLS!'....then,for male students,eca sebut lah "BOY"....terus semua diam,dan seorang budak lelaki tu berdiri...eca pun terus dengan reaksi,"aik...yang lain?".Sekali eca ingat betul-betul,...rupanya,budak tu nama dia "Boy Bin Azamain".....alamak,macam mana neyh?!...daku pening terus.Then,sebutlah "all boys"....pastu,nak suh budak  Boy ne baca pula,terpaksa sebut nama bapa dia sekali.Proceed dengan kawan dia pula,kawan dia tak nak terus cakap,"teacher tidak sebut nama bapa saya".

student eca

=.="
dorang saja je kan nak kenakan eca?!.

macam-macam ragam student.
tapi terhibur gak daku kat staffroom tu.

cbox diblock,sebab tak tinggal jejak.

Assalammualaikum.

aktif lak mendraft dan mengauto-publish segala entry.bukan apa,masa masa masa amat mencemburui daku yang comel ini (dah,jangan jeles pulak dah!)....berkat membayar broadband hari Sabtu yang lalu,line kembali laju di Taman Ehsan,Kudat....memang ada 3G kat kawasan perumahan eca ne,tapi sejak balik cuti semester yang lalu,line lembab semacam..baru ne je laju macam cahaya.[kelajuan cahaya adalah yang terbaik di alam semesta].

omakkekau,panjang benar mukadimah....sebenarnya nak cerita.....UNTUK PENGETAHUAN KORANG,kat sekolah.....cbox telah di BLOCK oleh kpm.tau,dia BLOCK untuk mengelakkan kelalaian para cikguru..erm,patutnya kena block FB tu...ne dok rata-rata cikguru online FB masa rehat...erk,student pun ada,siap bawah laptop 1Malaysia.

Ini BUKTI pemBLOCKan cbox yang korang letakkan di blog masing-masing....



kan sudah terang lagi bersuluh.."web chat" is FILTERED!..ngeee =)
jadi,sesiapa yang gunakan cbox,sah sah eca tak leh tinggal jejak segera kat situ.kena melalui ruangan komen...tapi kalau dah komen kat entry tu,komen balik-balik je lah kan?..tak pasal-pasal daku kena SPAM.muahahaha. =.="



so,kepada pengguna cbox...kadang-kadang eca tak sempat nak drop down kat ruangan chat kamu itu,bukan tak sudi..tapi memang dah kena block kat sekolah..kat rumah jarang online kerana berukband ne lembab.......sorry yer,kadang-kadang tinggal jejak kat komen sambil komen cakap "terjah sini...singgah sini dsb"...sorry lah eh kalau ada yang tak puas hati ke,marah ke......hehehe.


yeah,suka line 3G kat KUDAT ne..laju semacam je musim hujan.
kalau macam ne,nak hujan sepanjang tahun je lah.....hikhikhik.
4GB broadband kadang-kadang macam tak cukup bila dalam satu hari download 10lagu,5movie.
wedefek!

alahai,student!

Assalammualaikum.

kadang-kadang pening dengan gelagat student-student eca yang pelbagai ragam.32 student dalam kelas,,,,,32 tu lah masing-masing dengan cara tersendiri,sedang cikgu cuma seorang.....Dalam32 orang tu,masuk minggu ke-5,eca dah hafal nama dan kenal muka mereka...especially,budak yang nakal,yang rajin,yang suka menolong,yang suka buat cikgu naik angin.......dan yang suka buat cikgu tergelak sendiri dalam bilik guru mengenangkan hal mereka. *-*

control macho je semua!.grrrr


Gelagat Student #1.
situasi : kantin...cikgu lapar beli makanan oke.then,nampaklah kepala student eca disebalik dinding tempat basuh tangan.......tuptup,dekat depan dia,ada seorang budak perempuan...dalam hati,"aik?!".So,on my way pergi kelas,.....eca pun tanya lah dekat student tersebut.....

eca : siapa tadi tu teacher nampak dekat kantin...macam dating ne?.
him : err,,,teacher nampak?
eca : nampak,tapi teacher malas mau tegur.
him : lama sudah kami kapel teacher,dari tahun 6 lagi....teacher,teacher....diam-diam seja ah.
eca : boleh bah,yang penting dalam kelas teacher jangan buat bising dan buat kerja teacher.
him : yes teacher.

daku bukan mengugut,cuma .....ala,korang paam jugakan.Lagipun,itu eca anggap satu motivasi kepada student eca....bercinta tu tidak salah,asalkan pelajaran diutamakan.Nasiblah student eca taktahu,yang teacher dorang ne tahun 3 dah ada cinta monyet,siap pos surat segala.[padahal kelas sebelah-menyebelah]. =.="


Gelagat Student #2.
situasi : kelas ganti.Masuk kelas tingkatan dua,adalah 3-4 student budak PKBM (persatuan kadet bersatu malaysia) which dorang ne pernah ikut latihan di kem tentera.......bila buat soal selidik dengan mereka,tetiba eca pula kena selidik...
murid1 : teacher punya boyfriend askar ka teacher?
murid 2: dia d kem lok kawi tu ka?
murid 3: teacher,nda best bha di kem tentera tu,..makan pun ikut waktu,lepas tu kami nda dibenarkan makan maggi.
murid 4: teacher pernah pegang senjata?..
eca : >,<"

hikhik...teacher punya boyfriend eh ex-boyfriend NAVY la..bukan tentera darat. ngeee *,*

nak tengok CIKGU CANTIK tak?...
hehehehe (gelakjahat.jpg)



cantik kan?!..cantik kan....hahaha :P

Padah Salah Taip (blogspot.com)

Assalammualaikum.

hari ini,eca terjah kesemua yang telah drop jeritan kalian di ishoutbox diruangan sidebar eca dan lebih memeranjatkan,bila eca masuk...tetiba macam blog berkisarkan tentang kitab Bible..erkk?!.

kenapa INI TERJADI?.perhatikan gambar dibawah ::

perhatikan alamat blog beliau.


Sebenarnya,eca dah lama tahu,cuma nak gtau korang pula....bila korang nak taip alamat blog korang,pastikan tak salah eja....especially .blogspot.com.Bila korang salah eja,akan masuk pula kat BLOG INI...so,mari elakkan dari salah taip mahupun TYPO untuk mengelakkan benda sebegini dari terjadi.

Mungkin penggunaan DOMAIN berbayar akan membantu mengelakkan  kesemua ini berlaku.cuma RM30 ++ setahun,anda mampu milikinya.klik SINI untuk maklumat lanjut.

semoga lepas ne,ramai yang akan aware tentang alamat blog masing-masing 
bila drop jeritan di ruangan shoutbox eca *-*

Penyertaan Blogger & Forum CariCyber.com

Assalammualaikum

Jom Sertai..........


Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet WebhostingHzToursTopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com

Hadiah yang bakal dimenangi adalah ::
  • Tempat Pertama : RM300.00
  • Tempat Kedua : RM200.00
  • Tempat Ketiga : RM100.00
  • Saguhati (10 orang) : (akan dimaklumkan setelah genap 20 orang peserta)
  • Cabutan Bertuah (random.org - 1 hadiah setiap bulan) : Rahsia untuk sementara waktu
  • Kategori Khas (Entri Terbaik) : Percuma Domain & Hosting 15GB selama setahun
Tarikh Penyertaan ::
  • Mula : 1 Mei 2012
  • Tamat : 1 Ogos 2012
  • Pengumuman Pemenang : 8 Ogos 2012

Syarat-syarat penyertaan boleh RUJUK di sini.|Syarat-syarat Penyertaan|

Senarai Peserta 

Penyertaan Bulan Mei :
http://ctrie.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://cikfizzastory.blogspot.com/2012/04/blogger-forum-caricybercom.html
http://rusydi-mustaffa.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://hanani-gadisberkacamata.blogspot.com (tiada entry di blog)
http://mediafiresoul.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://kertaswarnamerah.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://rieyzana.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://www.zhafwanbasheer.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://ameedrina.blogspot.com/2012/05/mari2-dengar-ini-cerita.html
http://www.sop.name.my/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://ceritachentakita.blogspot.com/2012/05/contest-blogger-forum-caricybercom.html
http://sayabudakpngokngeksowhat.blogspot.com/2012/05/contest-blogger-forum-caricybercom.html
http://cerita-amna.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
http://miraahussin.blogspot.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html

Penyertaan Bulan Jun :
-

Penyertaan Bulan Julai:
http://ihaveadreamkathy.blogspot.com/2012/07/penyertaan-blogger-forum-caricybercom.html

masih belum terlambat untuk JOIN contest ini,
kontest berlangsung sehingga 1 Ogos...Pengumuman pemenang pada 8 Ogos..
kalau menang,boleh lah buat belanja RAYA,kan?!
Klik SINI untuk maklumat lanjut...btw,SINI pun boleh =)


nak JOIN,KLIK SINI.
mari meriahkan bersama-sama :)


Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa.

Assalammualaikum.

Insyaallah,hari sabtu ne akan mula berpuasa kan?.Jumaat dah boleh merasa terawih pertama,moga diberi kesempatan...Malam ne pula,kita akan tengok anak bulan,betul kan?!...eca nak tengok juga,..tapi tengok pengumuman puasa je lah kat TV.hikhikhik.

Sebelum menjalani ibadah puasa,mari kita sama-sama niatkan dulu puasa kita itu,agar ianya lebih afdal dan diberkati...meh meh kita praktik dahulu ::


setelah lebih kurang 12jam++ berpuasa (ikut waktu Malaysia) ,tiba masa untuk berbuka...Jangan lah pulak masa berbuka tu,terus minum air,makan kurma ke....mari kita berbuka dengan doa dahulu....

demikian niat puasa dan doa berbuka.Semoga amal,ibadah dan sedekah kita sepanjang bulan mulia ini diberkati Allah SWT.insyaallah,amin.

semoga kita bukan saja dapat menahan diri dari lapar dan dahaga,
malah dapat menahan diri dari melakukan perkara-perkara mungkar.insyaallah.

Al-Fatihah Makcik Faridah,ibu lumpuh ditinggalkan di hotel.

Assalammualaikum.

Masih ingat kah anda pada kisah si ibu tua yang lumpuh ditinggalkan di hotel oleh anaknya?.Mari baca entry eca berkenaan kisah tersebut.

Tinggalkan Ibu di Hotel Bajet
"Saya mahu bersama dia....."
Mulakan hidup baru bersama ibu

Kini,anak tunggalnya mengesahkan bahawa Makcik Faridah telah meninggal dunia ketika tidur.Apabila menyedari ibunya sudah tiada...Amir Mohd Omar,27 tahun, segera memanggil jiran mereka untuk mengesahkan kematian ibuanya.

Minggu lalu,arwah menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang akibat keuzuran dan kembali ke rumahnya beberapa hari lalu.

Jenazah dikafankan dirumahnya sebelum dibawah pulang ke kampung halamannya di Pengerang,Johor untuk dikebumikan.


AL-FATIHAH

dari DIA kita datang,kepada DIA kita kembali
amin.

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi kawasan di Malaysia.

Assalammualaikum.


Memandangkan beberapa hari lagi kita bakal mengharungi bulan penuh keberkatan,maka haruslah persedian dibuat lebih rapi dan teliti...Hari pertama puasa kadang-kadang membuatkan badan lesuh kerana lupa nak bersahur pada malam sebelumnya.

Bagi korang yang sering tertinggal waktu imsak...mahupun tak tahu waktu berbuka,mari dapatkan JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA bagi kawasan masing-masing...kot-kot ada lah yang tak mendengar azan kan?...samalah macam kawasan perumahan eca,langsung tak dengar,kalau ada pun sipi-sipi je......Jadual ini boleh anda  print sendiri.takdelah nak risau-risau lagi.even waktu solat pun lengkap kat sini.

Cara-cara dapatkan waktu imsak dan berbuka puasa adalah ::

1) Masuk ke laman e-Solat.[Klik Pautan]
2) Pada main page laman berkenaan,akan ada peta Malaysia.Klik pada negeri anda.kalau korang orang Sabah,klik pada peta Sabah.Demikian juga kalau korang dari negeri-negeri lain mahupun wilayah persekutuan.Even anda yang berada diluar negara pun boleh tahu oke?!.



3) Selepas menekan pilihan masing-masing,anda boleh memilih untuk dapatkan waktu solat,waktu imsak mahupun waktu berbuka samaada untuk sehari,seminggu,sebulan mahupun setahun.Kemudian pilih lokasi anda mengikut zon.Lihat contoh dibawah ::

4) Tekan "Papar" dan anda akan mendapat jadual waktu imsak,berbuka puasa serta waktu solat.
5) Dengan menekan "Ctrl + P" secara serentak,andaboleh meneruskan niat untuk print jadual tersebut.cuma pastikan printer anda sudah bersambung dengan laptop yer :)


So,sekian je tutorial macam mana nak dapatkan waktu imsak dan berbuka puasa juga waktu solat mengikut kawasan masing-masing.Kot-kot ada yang tertinggal pengumuman di TV mahupun Radio...akhir kata dari eca ,"selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran".


eh lupa nak kongsi...dekat Sabah,especially dekat Kudat tempat eca dan blogger comel  tinggal ne,waktu imsak lebih awal demikian waktu berbuka.waktu imsak lebih kurang jam 4.25 am manakala waktu berbuka lebih kurang jam 6.30pm.Rasanya awal sejam dari anda yang berada disemananjung kan?!




100 hari,damailah kamu disana teman.

Assalammualaikum.

Seperti baru semalam,sapa mereka.
Seperti baru semalam,mengenali mereka.
Gelak tawa,senyum manis,hampa kecewa.......apa yang tidak pernah kami lalui?!.Biarpun perkenalan cuma sesingkat sahaja,namun keakraban itu lebih berharga.

Saat jatuh,mereka menyambutku.
Saat ku diatas,mereka menyokong dari bawah.
Hari-hari berlalu,bagai berbagi jiwa dan raga bersama kita.


Seminggu sebelum pemergiaan,arwah teringin sangat kami semua berkumpul...seperti dulu-dulu.Ada saja gurauan,baik kasar mahupun lembut,...semua menerima malah tidak pernah sekali tersemat dihati.Namun,pemergiaan yang tidak dijangka.....meninggalkan kesan mendalam.Bukan setakat dalam diri malah sesi keluargaku...terngiang di cuping telinga kata-kata arwah,"kurus suda kau kak xuu"...arh,sinis tapi berkesan!..terima kasih kerana menjadi pengkritik yang terhebat dalam duniaku,akanku kenang namamu sampai bila-bila,...Ady Mohd Firdaus.



dalam ramai,kau muncul...menjadi penguat semangat.menjadi tempat mengadu.....tanpa sedar,perkenalan singkat menjadikan kita semakin rapat......semakin akrab.Kemana aku pergi,dikau menemani.Kemana dikau pergi,ku selalu menjadi pendamping...namun kini kau pergi selamanya,tinggalkan aku di dunia tanpa sahabat sejati.....Jenn,kau ajar aku erti sebuah persahabatan...keikhlasan menerima aku seadanya mengajar aku makna kehidupan.......aku ingin kau tahu,dikau sahabat sejati..doaku bersamamu,Jenn.


Tarikh 29/June merupakan ulangtahun ke-22 arwah Jenn.Teringat tarikh yang sama,tahun lalu.Sambut her birthday with his BF,eca belanja makan dan hadiahkan arwah sehelai pashmina berwarna hijau.Sejak hari itu,arwah sering ajak eca window shopping tudung........syukur,terbuka hati untuk berhijab kemana saja arwah pergi.

genap 100hari pemergian arwah-arwah.....sangat berkesan dihati.....segala kata-kata,gelak tawa bermain dalam ingatan..bukan mudah melepaskan mereka pergi.Kadang-kadang bagai tak percaya.....Seperti menjejak kaki di unit kecemasan....melihat abu merenung jauh,menenangkan beliau dalam tangisan.Melihat arwah Ady bertarung nyawa...melihat kak Rain dalam kesakitan...apatah lagi cuma mampu memandang sekujur tubuh tidak bernyawa........................lemah namun harus jadi kuat,untuk yang lainnya.

Al-Fatihah.
Sahabat,mungkin jarak terpisah.
mungkin akan bertemu disana.
mungkin tidak selalu bersama.
cuma doa mendekatkan kita.

Nervous Melampau!!!

Assalammualaikum.


GETTING NERVOUS from the toe till the head....adrenalin pump so fast!.muahahaha :)


nervous breakdown symptoms and its level , also vary from a person to person.

NERVOUS sampai nak OFF PHONE pun bergegar...apatah lagi nak menaip.
tenang eca tenang...chill out,buat macam biasa...every gonna be allright.

APA TERJADI eh...APA YANG BAKAL TERJADI?!.
my 1st OBSERVATION by my supervisior from UNIRAZAK SABAH.

dah la hari ini cuma mengajar Form 1 Crystal...my student are totally HYPER ACTIVE.
shouting there shouting here and sometimes they make fool of me.
but not all of them.THANKs ALLAH.

this will be me.arghhhhhhhhhhhhhhhhh!


today will teach them about ADJECTIVES....eca gunakan TEDDY BEAR MR Bean untuk set induction.
Harap-harap student akan cepat paham :)
then,buat group activity je........suh student senaraikan adjectives!.
yeah..moga student daku akan berjaya membantu cikgu dia yang nervous tahap gaban.


p/s :: DOAkan eca =)



Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.

Assalammualaikum.

hujung minggu ini,mari kita meriahkan segmen kenkawan pulak :)
so,kali ini,WAJIB JOIN bila kawan dari sekolah rendah,,,yang dulu dia rendah,eca tinggi dan kini dia tinggi,eca rendah.........meh pakat ramai-ramai join ;;

saja nak zoom banner ne,sebab ianya merupakan pantai yang terdapat di daerah Kudat.



masak lemak dalam kawah,
makan bersama dipagi hari,
bersegmen dan menang hadiah,
siapa tak nak,dia rugi.


join di SINI,tarikh TUTUP pada 1.Ogos.2012


eh,JEJAKA JAMBU PERASAN KACAK.....tak nak JOIN ke.kalau menang hadiah bagi dua. :)
#sesaja nak kenakan orang.tau orang tu akan baca entry ini.hahaha.

chokki,namamu dihati.

Assalammualaikum.


cish,tajuk tak boleh blah secara langsung....hyep!,jangan dok ingat chokki tu sapa lak...tu si comel kami..comel yang teramat dan sentiasa menghiburkan dan menyakitkan kepala,semestinya!.

chokki,idaman hati.si mata biru!.

oke,tak tahu ini kucing kategori apa yer.Tapi ikutkan induknya,kaler grey..maybe si penyumbang sperma tu agaknya yer...sebab hari tu,ada lah jiran cina selang 3buah dari rumah parents ne mencari-cari "kucing mahal" beliau yang tak balik-balik rumah..urm,agaknya lerr kan?!.......tapi,ikutkan generasi sebelum ini,ada juga anak kucing dari induk tu kaler HITAM,erk?!.too many "sperm contributor"?. (gelakjahat.jpg)

cadar katil daku,corak polkadot oke?!.

mata biru,bulu coklat...tahi mata sentiasa ada.memilih makanan...oke,fine!.yang murah-murah dia tak makan oke?!.dia nak WHISKAS tu aje,whiskas tuna yang lembab tu,whiskas yang macam keropok tu,tak nak.so,bayangkanlah perbelanjaan sebulan (makanan sahaja) RM1.80 x 30 hari = ???
tak sanggup weiiii.So,kami bagi dia makan makanan biasa tu je,cuma nak kena campur air + lenyekkan sikit.jadilah macam whiskas lembab tu *betullah nama whiskas tu kan*.hahaha.


ne kucing kami sekeluarga.Pelihara kucing tu bagus kan?!...yang tak bagus bila tahi + kencing bertaburan sana-sini.Hari-hari kena bersihkan oke?!....Nanti nak ambil pasir dekat pantai dan letakkan dalam satu kotak,untuk memudahkan kucing-kucing ne 'membuang'.hikhikhik.

kucing korang camna pula?!.jom kongsi cerita tentang kucing.
btw,buat akak Fieda.......jangan jeles tau!.hehehe.


motif letak gambar besar-besar : SAJA NAK BAGI KORANG JELES!.hahaha.