Resepi Puding Kastard Jagung.
Kontes Panduan Blogger - Memperkayakan Ilmu Blog
Soalan Pertama :
Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR)?
Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.

Bagi eca, semakin tinggi PR sesebuah blog membawa kepada semakin berisi sesuatu entry tersebut disamping kuatnya backlink dari website mahupun blog yang lain.Contohnya, blog A dengan PR7 dan blog B dengan PR4.Kedua-dua blog ini menulis artikel yang hampir sama (sama tajuk contohnya).Apabila seseorang mencari sesuatu artikel berdasarkan kata kekunci tertentu dan kedua-dua blog ini menulis mengenari artikel tersebut, Blog A akan lebih diutamakan oleh enjin carian Google kerana ranking yang lebih tinggi berbanding Blog B.
Soalan Kedua :
SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik.
Berikan satu (1) tips asas yang anda tahu untuk sesebuah entry tepati cirian SEO ini.
Tidak dinafikan Search Engine Optimization adalah satu cara untuk blog mendapat trafik organik.Dengan sedikit sentuhan SEO pada blog mahupun entry,tidak mustahil blog akan mendapat tempat dihati enjin carian.Apatah lagi, dengan adanya sentuhan SEO itu sendiri, kita (blogger) tidak perlu sibuk memikirkan traffik yang akan masuk.
Untuk menghasilkan satu blog yang mesra SEO, blogger mungkin boleh gunakan template SEO contohnya Thesis Template for blogspot kelolaan forblogger.net.Tetapi menggunakan template SEO sahaja tidak mencukupi jika anda tidak mengaplikasikan cirian SEO tersebut.
Bagi rakan-rakan blogger yang ingin cuba hasilkan entry yang menepati cirian SEO ini, eca sarankan penggunaan kata kunci (keywords) pada entry anda.Pastikan anda menggunakan kata kunci yang sesuai.Contohnya, anda ingin menulis mengenai percutian ke Pulau Sipadan...perbanyakkanlah kata kunci Pulau Sipadan kerana kata kunci demikian sahaja cukup untuk google robot mengesan entry anda.Bukan sekadar pada limpahan kata kunci pada entry, gunakan juga kata kunci yang sama pada alternatif gambar juga akan membantu entry tersebut ke arah entry yang menepati cirian SEO.

Soalan Ketiga :
Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia?
Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?

Blog yang ringan adalah salah satu ciri blog terbabit suka dikunjungi lebih ramai pembaca.Bohonglah jika eca katakan, ada yang suka jika blog seseorang tersebut terlalu semak, sesak dan melelahkan dengan pelbagai widget yang berterabur.Seperti hotel, jika hotel tersebut tidak bersih, servis yang kurang memuaskan apatah lagi tiada yang mendamaikan hati para pengunjungnya, mustahil hotel itu akan mendapat pengunjung yang ramai.
Untuk memastikan blog kita sering dikunjungi oleh pembaca setia, ikutlah tips ringkas yang eca sediakan :
1) Template Blog yang simple dan ceria.
2) Penyusunan widget yang diaturkan dengan kemas dan tiada widget yang tidak penting.
3) Jadilah blogger yang ramah dengan membalas komen-komen pengunjung anda.
4) Lawatlah kembali para pengunjung blog anda,ini secara langsung akan berikan komunikasi dua hala antara anda juga pengunjung sekaligus akan membawa kepada pembaca setia pada blog.
5) Jangan kedekut berikan backlink dan tanda penghargaan kepada pembaca setia anda.
6) Jangan jadi blogger syok sendiri. >,<"
so,mari bersama perbaiki blog kearah dunia blogging Malaysia yang lebih cemerlang.
entry ditulis khas untuk ::

KONTES PANDUAN BLOGGER ditaja OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, Queachmad.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, JeritPekik.my, Hokangtao.com | Anjuran dan Disediakan oleh PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT MALAYSIA
Kontes Panduan Blogger
- 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
- 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
- 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
Bagaimana cara untuk menyertai Kontes Panduan Blogger ini?
Para peserta hendaklah menyiapkan satu entry berjudul Kontes Panduan Blogger - Memperkayakan Ilmu Blog dengan menjawab 3 soalan mudah tentang dunia blogging.Peserta tidak perlu risau,tiada soalan berkaitan kod HTML tetapi soalan-soalan yang mudah dan boleh didapati jawapannya di blog penganjur Kontes Panduan Blogger.
bacaan lanjut mengenai kontes ini :

KONTES PANDUAN BLOGGER | Tajaan — OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, Queachmad.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, JeritPekik.my, Hokangtao.com | Anjuran dan Disediakan — PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT MALAYSIA
Kontes Panduan Blogger - Tarikh Akhir & 3 Soalan Mudah
"suatu kelebihan bila selama ini sering mengaplikasikan ciri-ciri SEO untuk menjawab soalan kedua Kontes Panduan Blogger".
"penampilan blog & pembaca setia?!..tepuk dada,tanya selera anda wahai sahabat".
persoalannya, mudahkah mengolah ayat untuk Kontes Panduan Blogger ini agar para pembaca dapat memahami ilmu yang eca cuba kongsikan itu?...jeng jeng jeng.
Wordless Wednesday #91
Wordless Wednesday #90
Ingat di entry INI, hasil "menembak" tapi gunakan vivaz je tau.
Sebabnya gambar gunakan dslr tak dapat transfer lagi dari memory card =.="
Resepi Ikan Masak Kari Kering
Assalammualaikum.
Menu hari ini,kita akan belajar cara masak Ikan Masak Kari Kering...ye ibu-ibu sekalian,mohon sediakan pen & kertas..nanti masak,takyah buka blog eca yang cute ne....susah payah lak ulang alik,melainkan anda ada ipad ke iphong ke..boleh la tengok resepi sambil menumis,nak masukkan ipad ke iphong tu pun boleh,ada perisa tambahan gitu...hikhikhik.
Bahan-bahan :
1kg ikan basung (kat Semenanjung,eca tak tahu nama ikan ne yer...)
3 biji bawang merah (ditumbuk/blend)
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
3 batang serai
Daun kari
3 sudu makan serbuk kari
1 cawan cili giling/cili boh
Garam + AjinomotoAir + Minyak untuk menumis
optional :
Cili Padi (nak lagi pedas,tambahkan je)
kayu manis, bunga lawang dll.
1kg ikan basung (kat Semenanjung,eca tak tahu nama ikan ne yer...)
3 biji bawang merah (ditumbuk/blend)
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
3 batang serai
Daun kari
3 sudu makan serbuk kari
1 cawan cili giling/cili boh
Garam + AjinomotoAir + Minyak untuk menumis
optional :
Cili Padi (nak lagi pedas,tambahkan je)
kayu manis, bunga lawang dll.
Lada Merah
Cara Memasak :
1 ) Bersihkan ikan (buang insang & isi perut..eca kalau da malas,sekali potong kepala ikan tu.Kemudian cuci)
2) Lumurkan ikan dengan garam.
3) Goreng ikan sehingga garing.
4) Angkat ikan yang dah habis digoreng dan ketepikan.
5) Panaskan kuali baru & masukkan minyak.
6) Masukkan bawang yang dah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
Cara Memasak :
1 ) Bersihkan ikan (buang insang & isi perut..eca kalau da malas,sekali potong kepala ikan tu.Kemudian cuci)
2) Lumurkan ikan dengan garam.
3) Goreng ikan sehingga garing.
4) Angkat ikan yang dah habis digoreng dan ketepikan.
5) Panaskan kuali baru & masukkan minyak.
6) Masukkan bawang yang dah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
7) Masukkan serai & daun kari.
8) Bila da naik bau,masukkan cili boh dan tumis sehingga keluar minyak.
9) Masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga keluar minyak.
10) Tambahkan air sedikit jika tumisan terlalu pekat.
11) Bila dah masak kesemuanya,masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
12) Gaul sebati bahan tumisan & ikan di dalam kuali.
13) Sebatikan rasa (tambah garam,ajinomoto @ gula ikut selera anda)
14) Setelah siap,boleh dimakan dengan nasi putih...konfirm mak mertua lalu,tak nampak!
Subscribe to:
Posts (Atom)