TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Wordless Wednesday #102

Assalammualaikum.




mangsa BULI yang supercute...say hye to my student + boyfriend.hikhikhik.

Wordless Wednesday #101

Assalammualaikum.




ada sesapa nak buat menantu?..dengarnya budak pompuan tu tengah single.

Wordless Wednesday #103

Assalammualaikum

ini namanya REZEKI.ada 8 sedang berjoget disini.Alhamdulillah.

hari ini cashout.jommmmmmm~

Resepi Puding Roti Bercoklat Kukus

Assalammualaikum.


hepphepp,hari neyh eca update pasal resepi je la k.kali ini nak kongsi pula tuk dessert.Puding Roti Bercoklat Kukus....resepi ini diolah dari resepi Puding Roti Kuku Bersos Kastard dari makcik ini.(sila klik jika nak mengurat anak beliau)

Resepi Roti Bercoklat Kukus.


Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • susu cair
  • susu pekat
  • esen vanila
  • coklat cadburry *dihiris*
  • 4-5keping roti
  • mentega yang dicairkan

Untuk kuah kastard :
  • susu cair
  • air 
  • gula
  • kastard*dalam dua sudu makan da oke*

Cara Membuatnya :
  • Pukul 2 biji telur,susu cair, susu pekat, esen vanila dan ketepikan.
  • Sapu mentega disekeliling loyang.Kemudian susun roti.
  • Boleh masukkan coklat berselang seli dengan susunan roti tadi.
  • Curahkan mentega cair pada roti.
  • Ambil bahan yang diblend tadi dan tuangkan ke atas roti.Kemudian boleh tekan-tekan roti tu eh.
  • Kukus dalam 30minit dengan api sederhana.

untuk membuat kuah pulak :
  1. Satukan kesemua bahan (susu cair,gula,air,kastard).
  2. Kemudian, masak atas dapur dengan api sederhana.
  3. Masak sehingga dapat kepekatan yang kamu suka.

coklat mencurah-curah jatuh ke ladang gandum.......kikikiki~


jangan terliur, saya tak suka.Dah dapat resepi, teruskan mencuba.

Bukan Bubur Ayam McD.

Assalammualaikum.


Tak tahu sebab apa,tapi yang pasti..eca suka makan bubur....bubur jagung, bubur durian, bubur nasi....tapi tidak pada bubur kacang hijau.Seriously,bubur kacang hijau bukan feveret eca.Rasa nak muntah je bila makan bubur kacang hijau.Kalau kat Bazaar Ramadhan tu, berlambak orang jual bubur kacang hijau.takde feel oke nak makan.hikhikhik.Tapi kalau sebut bubur nasi..bubur jagung...meh meh bagi kat eca oke?!.

SO, last Friday eca kan OFF..merajinkan diri pulak masak bubur nasi + ayam.....nak makan bubur ayam McD, takde geng...so masak lah snediri....superb sedap oke?!...mari mencuba resepi yang kononnya sedap tu..*sendiri masak,baik puji diri sendiri kan?!*

Resepi Bubur Ayam ala McD-lah sangat.

Bahan-bahan ::
  • 1/2 cawan beras (makan sorang tuk berbuka + sahur)
  • 3 sayap ayam 
  • 1/2 lobak
  • Rempah Kering (Kayu Manis + Bunga Lawang)
  • 2 batang serai
  • Bawang Merah + Bawang Putih + 1 inci Halia (dihiris nipis)
  • Serbuk Lada Putih + Serbuk Lada Hitam
  • 1 kiub Stok Ayam (eca guna Maggi punya)
  • eca tambahkan sayur sawi
  • Air (12 kali ganda dari sukatan beras)
untuk hiasan :
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Sosej yang dihiris nipis & digoreng
  • Sotong kering
Cara Masak (ikut suka hati daku je ne oke?!)
  • Panaskan minyak (kalau ada minyak bijan lagi meletup!).
  • Tumiskan rempah kering sehingga naik bau kemudian masukkan bawang putih,bawang 
  • merah,halia & serai.
  • Tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan ayam.
  • Campurkan serbuk lada putih  & serbuk lada hitam,kemudian gaul sebati.
  • Agak-agak ayam da mula masak gitu....tambahkan air + masukkan beras.
  • Bila dah mendidih, kecilkan api dan masukkan lobak.
  • Agak-agak dah nak kering air tu,masukkan sayur sawi.
  • Lepas tu,bolehlah letakkan hiasan.Eca letak sosej + sotong kering pun dah memadai tau.
teringat-ingat rasa sosej, sotong kering, bawang goreng tuuuuuuuuuuuu.sedap!

bukan selalu masak-masak macam ne, so maaflah kalau ada yang kurang berkenan eca upload gambar makanan ekhhhh.

Kanak-kanak riang.

Assalammualaikum.



semua eca dah pernah alami tau.
student hyper - dia ceta pasal Iron Man 3 siap demo cara Iron Man berlawan=.="
student pemalu - alahai,..puas dah mulut ne mengomel suh budak tu cakap kuat-kuat.
student malas buat kerja - sampai main tarik tali,terpaksa guna ugutan 10saat & rotan.
student banyak tanya - erk, cikgu tadi boyfren call?cikgu pergi dating malam ne?...semua dorang nak tahu,OKE?!....masak daku dibuatnya, tapi sehari tak jumpa...rasa macam rindu yang menggunung lak.Apa lah perasaan dorang kalau eca dah tak mengajar dorang lagi kan?!......

p/s : UGUTAN 10saat selalu bunyi macam ne :
"Mahu cikgu buang beg kamu ke bawah?"  "Mahu cikgu rampas HP kamu?"  "Kalau tak siap kerja, tidak boleh makan!"  "oo,cikgu beritahu Teacher Helen kamu...."  10saat je berkesan untuk pastikan mereka siapkan kerja yang diberikan....okelah dari takde.


belajar dari kanak-kanak itu membuatkan kita akan lebih menghargai kehidupan.


Ole-ole dari Taiwan.

Assalammualaikum.


Last two weeks, boss eca cuti seminggu pergi bercuti kat Taiwan.(kali ke-4 dia pergi Taiwan tau!)...so,eca kena jaga opis la.Bila bos balik, banyak giler ole-ole dia bagi kat kitaorang...bukan setakat untuk cikgu je, malah untuk students pun ada.Bagus kan my boss,..tak pernah lokek ilmu dengan eca tau.


tulisan cina bukan bermaksud tidak halal oke...apatah lagi makanan seaweed tu berasaskan laut.rumpai laut yang korang dok suka tepek kat muka tue lahhhh.hikhikhik.

Butter Sun Cream - trust me, SEDAP sangat..butter cream kat tengah-tengah tu cair didalam mulut tau.bos eca cakap tak perlu masukkan ke dalam peti ais..nanti dia keras sangat,tak sedap dimakan.Teringat-ingat rasa dia tauuuuuu.

Crispy Goldfish Snack - yang ini,eca kongsi dengan anak sedara eca semalam tau.Dia boleh minta balik-balik lak,eca ingat dia taknak makan sebab seaweed kan tak sedap sangat rasanya.Rasanya agak pedas sedikit, tapi ranggup tau seaweed tu,tak macam selalu yang eca makan,liat je.hehehe.

Taiwan Keychain - actually bos bagi dua pilihan tau..yang macam dalam gambar dengan satu lagi ada syiling Taiwan & peta Taiwan...eca amik yang kat atas tu sebab comel.Selain itu,bos bagi extra pen Hello Kitty.even bukan peminat Hello Kitty, suka sangat pen tu.Siap ada tempat gantung.Kira dua dalam satu lah ne (pen & keychain)....bertambah-tambah koleksi keychain eca.

and last, takde dalam gambar..boss bagi tart nenas Taiwan homemade.Boss eca cakap, dorang tidak jual kepada pelancong yang datang berkumpulan.Maksudnya, yang under tour guide lah,kalau nak beli...terpaksa masuk bergilir-gilir.wahhh,macam tu pun ada kan?!....rasa dia, aduhhh....guna jem nenas yang dibuat sendiri.eca tau la,sebab eca selalu tolong mama buat tuk raya kan...dah tu, jem dia banyakkkkk.weee,nak lagi ooo~


eca siap cakap dekat boss, nanti u pergi lagi, saya mahu kirim la tu makanan,sedapppp oke?!.

boss yang baik akan buatkan pekerja stay lebih lama kan?!...thats why eca masih keja kat situ even gaji tak tinggi...tapi boss, kalau naik gaji bulan ne atau ada bonus raya,oke juga kan?...bonus-lah-sangat,yang ko dah apply cuti terus-menerus tu,apa kes.....nasib baik boss memahami.

Alahai Student [Part 5]

Assalammualaikum.
lama eca tak ceta pasal student since habis praktikal dulu kan,kali ini nak ceta pasal student eca kat Pusat Tuisyen Ceria tu (please percaya, pusat tuisyen tu ceria-ceria-ceria je,tu pasal daku malas nak cari keja lain buat sementara waktu).Nak cerita gelagat mereka yang menggelikan dan selalunya menyakitkan hati.hahaha ^-^
Puasa.
boss : Jangan makan depan cikgu Aisha, dia puasa.
Bryan : apa itu puasa? (dia cakap dalam bahasa cina yer...)
boss : puasa tidak boleh makan, tidak boleh minum.
Bryan : oooo.

selepas tu, the Fat-Fat Bryan ne datang depan eca...sambil makan keropok dia.
Bryan : eh cik-gu, kau mau ka? (sambil tunjuk keropok dia kat depan eca).
eca : cikgu puasa.
Bryan : ooo,tidak boleh makan kah?
eca : ya.
Bryan : kuruslah kau cikgu..........................


cishhhhhhhhhhhh,kena daku oleh budak demokkkk tu.dasar bulat betul ah!.Saja nak naikkan nafsu kemarahan daku,nasib baik kau comel macam game POU tu.kakakaka.Budak Bryan ne, ya ampun nakal dia...tak boleh duduk diam tau.Dia hanya diam bila makanan tengah disumbatkan ke dalam mulut dia dan dia pena menangis sebab nenek dia tak bekalkan makanan tuk dia.(padahal baru je habis sarapan kat kedai sebelum masuk pusat tuisyen tu.....grrrrr!).Bila eca bagi dia task tuk siapkan,boleh pula dia main tarik tali dengan eca,siap cakap macam ne tau,"lepas siap,boleh makan a cikgu?"...Memang budak ne kuat makan betullahhhhhh.pening daku dibuatnya.

budak yang sentiasa buli eca tanpa rasa bersalah.
setakat ini, dah dua kali dia nangis oleh eca sebab eca marahkan dia tak siapkan kerja dan ganggu rakan-rakan lain...Lepas tu boleh pulak,dia manja-manja dengan eca..aduh!!!!!
students cakap kat parents dorang,"Cikgu Aisha garang...saya takut mummy"...erkk,garang sangat ke?!

Betapa Jujurnya Aku!

Assalammualaikum.
This happen last week.Sabtu, eca kerja dari pagi sehingga ke petang.So, tengahari adalah rest time.Selalu eca tidur je waktu tu.Disebabkan boss eca bercuti ke Taiwan....kena  stay la jaga kat meja depan...dan disitulah bermula episod kejujuran seorang wanita bernama eca.
Situasi 1.
Maybe its my fault...Eca tak lock pintu depan.Sebab malas nak berdiri gi buka pintu.Then, tiba-tiba masuk seorang Apek Tua...Ingatkan parents my student....bebudak kat tempat keja eca tu, kalau parents dorang datang amik,memang selalu parents masuk je.Tiba-tiba dia masuk terus g dalam  melintasi eca.*Daku yang badan besar ne dia tak nampak ke?!...grrrrrrrrrrrrrrr*
Eca pun cakap dekat dia...."Cari siapa ya?!..Helen (my boss) tiada, dia bercuti."
Apek Tua : Ini opis ka?
Eca : Ini Pusat Tuisyen.....kami bagi tuisyen sama budak sekolah rendah.
Apek Tua : ooo.macam sekolah la?
Eca : aa'ah ya....kenapa ya? (sebenarnya masa ne perasaan da lain macam tau.Kat opis tu pulak,tinggal eca dengan 1 student...opismate eca dia da balik rumah)
Apek Tua : ini mau minta derma. (sambil keluarkan buku latihan yang kerajaan bagi tuuu)
Eca : ooo,derma untuk apa ya?
Apek Tua : Derma-lah (masa ne eca dah rasa Apek ne saja minta derma, pergunakan duit orang la kiranya.)
Eca : ini derma untuk apa?
Apek Tua : ramai orang sudah derma ne...u tengok la sendiri....
Eca : ooo, ok ok.. (Sebenarnya masa tu, dah takut dia apa-apakan eca & student.So,eca pun dermalah)
Eca : ada 5 ringgit seja, saya derma ya. (RM5 adalah duit paling kecil dalam dompet daku)
Apek Tua : ini pusat tuisyen cina?..u pandai cakap cina ka?
Eca : pandai. (cakap dengan confident supaya dia keluar cepat!)

nampak tak jujurnya eca bagi je derma ikhlas sangat tu.....seriously,takut gila tengok Apek Tua tu, tapi meantime, nampak kasihan juga sebab tengahari yang panas terik tu, dia g jalan ke setiap kedai tuk kutip derma....so,tak tahu la perasaan tu jujur atau bodoh?!..
Situasi 2.
Lepas kerja, eca singgah beli topup.....Siap beli barang dapur sikit kat kedai tu....Then, eca bayarlah RM20....ada baki RM10.Bila eca bayar, tauke tu terus bagi baki baru dia masukkan barang ke dalam plastik.Lepas dia bagi barang tu kat eca, eca masukkan ke dalam beg terus.Then, tauke tu hulur lagi RM10...eca pun hairan,eca buka balik dompet,memang ada RM10 dah baki tadi.Dengan jujur dan confidentnya eca cakap, "Sudah bagi baki tadi".

seeeeeeeeeee, jujur tak budak tu?!..tapi then eca cakap dalam hati, "eh kalau aku amik jak duit tu, bukan dia ingat pun kan?!".....hahaha,tapi then fikir lagi, "kalau esok-esok aku kena rompak ke, hilang duit ke..baru kenal erti penyesalan tidak berlaku jujur kan?!...."
jujur dalam lakukan apa saja, tiada salahnya kan?!..asal jangan kejujuran yang disalahertikan..
Contoh : jujur sayangkan seseorang kerana duit, nama etc.....agree?!.

Selesai Urusan..............

Assalammualaikum.


Alhamdulillah, selesai juga urusan seri paduka baginda dalam menyiapkan 40keping kadraya homemade milik korang....dah siap tinggal nak masukkan ke dalam peti pos sahaja lagi.Dengan gigih eca siapkan tapi tak puas hati la,sebab tak cantik.Harap korang sudi terima dengan hati yang terbuka yer.


Akan dimasukkan ke dalam peti pos di Pejabat Pos Besar KK tengahhari ini.Insyaallah, 2-3 hari ini sampai la yer....tunggu je tau..sesiapa yang ada JOIN Segmen hari tu,mahupun ada PM eca alamat memang dapat,jangan risau k!

Urusan kedua yang selesai ialah urusan eca untuk sambung belajar...Alhamdulillah, banyak kali postponed sebab sibuk dengan temuduga minggu lalu.Baru siap sepenuhnya hari ini....print & masukkan ke dalam sampul.Nak hantar ke UMS pulak....So,eca dah buat keputusan tuk sambung pengajian dalam Master of Education (Educational Management).agak payah juga memilih course ne,tapi eca yakin course yang eca pilih ini adalah terbaik.Insyaallah, kalau permohonan diluluskan, akan memulakan kelas pada bulan September dan akan mengambil masa 4-5tahun untuk habiskan study.*waaaaaaaa,masa tu umur da 30tahun ooooo.bila nak kahwin ne?!.grrrrrr!*


amik COURSEWORK,takyah sediakan RESEARCH..ohyeah ohyeah.

semoga urusan penghantara kadraya & permohonan sambung belajar ini berjalan lancar.Cuaca pun AGAK PANAS hari ini, jangan dengan eca sekali PANAS kat sana dah lerrrrrrrrrr.hikhikhik :)


urusan walimatulurus kita belakangkan eh, nanti dah dapat signal..kita pasang Gear Turbo.oke tak?! 
#ingatnakkahwinjetapibilaorangajakkahwin,tahutakut!kuikuikui~

Wordless Wednesday #100

Assalammualaikum.

seorang lagi bayi MANGSA buangan ibubapanya.
Tempat : Kuburan berdekatan UPC, Sepanggar, Sabah.

*eca kongsi dari seorang rakan kolej melalui FB,konfirm selepas ini kecoh la berita*

Wordless Wednesday #99

Assalammualaikum.




jom ramai-ramai kita membantu !!!!!

lagi sibuk menguruskan korang punya.....

Assalammualaikum.


Demi taknak ada orang tu berkecil hati eca tak update belog, eca gagahkan update sebentar sebelum pergi kerja.....so,disini eca nak umumkan...SEDANG SIBUK MENYIAPKAN KAD RAYA KORANG tu....ada 40keping kadraya HOMEMADE..homemade oke,dari proses design,gunting,lipat,masukkan ke dalam sampul, menjilat setem *hahaha* dan akhirnya memasukkan ke dalam peti pos.....eca lakukan sendiri.

40keping tu dah berpunya..tapi ada extra beberapa keping kadraya tahun lalu,ada yang nak ke?!..kalau ada, meh DROP alamat korang di ruangan komen....ataupun email terus ke ecasha.89@gmail.com

so,nantikan ye kadraya eca sampai ke tangan korang.
agak lewat dari yang dirancangkan...huhuhu :(

kad raya tuk eca ada x?!..alamat ada kat ruangan Contact Me.
#takmalubetulkan..kikikiki.

Kisah Temuduga PPPSDG41 (PERMATA)

Assalammualaikum.

alhamdulillah, urusan hari semalam dipermudahkan...dan sebenarnya ada sedikit kekeliruaan pada surat tawaran temuduga itu...Pada surat tawaran dinyatakan, "Perlantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41" tapi untuk temuduga yang eca ikuti ini adalah pengambilan Kontrak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 PERMATA.
nampak tak pada kotak merah tu.....


Ralat pada surat tawaran temuduga itu agak menyakitkan hati.Apa tak, parents eca sendiri beranggapan bahawa temuduga ini adalah untuk pengambilan guru di sekolah menengah,siapa yang tak HAPPY kan, baru habis study dapat tawaran macam tu....Nasib baik untuk interview ini, eca teringat jawatan yang eca pohon melalui jobsmalaysia (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 PERMATA).Maka, persediaan eca telah bersedia dengan isu-isu penjagaan anak-anak di taska & apa itu PERMATA..Tambahan pula, ada kawan-kawan terlebih dahulu menjalani temuduga yang sama..dapatlah kongsi maklumat. :)
untuk temuduga ini, ada 3 sesi ::
  • pengenalan diri,
  • isu semasa & PERMATA 
  • bidang tugas guru PERMATA
semasa pengenalan diri, kami diminta menerangkan nama, umur, asal, pendidikan & pekerjaan sekarang.Haruslah jawab dengan jujur kan, so eca jawab macam ne,
"Assalammualaikum Puan, Tuan. Nama saya Siti Ashah Awang Aman, berusia 24tahun.Berasal dari Kudat dan kini menetap di Taman Telipok Ria Tuaran (tegaskan Tuaran sebab Pusat Asuhan Permata Negara ada branch kat Tuaran.kahkahkah).Saya lulusan Ijazah Pendidikan dalam pengkhususan Bahasa & Kesusasteraan dari Universiti Tun Abdul Razak.Baru sahaja tamat pengajian pada Januari 2013 dan akan konvo pada November 2013.Selepas habis belajar, saya telah bekerja di Pusat Tuisyen Ceria sebagai Guru Tuisyen bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Matematik bagi murid sekolah rendah".


untuk sesi kedua iaitu isi semasa & PERMATA, kami ditanya mengenai siapa penaung PERMATA & pengambilan anak-anak PERMATA.Ini ialah jawapan eca,

Penaung - Yg Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur.
Pengambilan anak-anak PERMATA : berusia 4tahun kebawah dimana pendapatan ibu bapa tidak melebih RM1500 bagi penduduk luar bandar & RM2500 bagi penduduk pinggir bandar..[So,mana-mana rakan blogger yang mencari TASKA untuk anak-anak, boleh lah survey Pusat Asuhan Permata Negara, kot-kotlah eca jadi cikgunya....boleh semak cara pengambilan anak-anak Permata di website ini : http://www.permata.jpm.my/]


untuk sesi ketiga, kami diberikan soalan mengenai bidang tugas Guru Permata.Tiga situasi diberikan dan bagaimana kami menyelesaikan tugasan itu.Situasinya ialah ,

1) Apa yang akan kamu lakukan jika anak kamu jatuh?! (Anak jagaan kamu maksudnya,oke?!)
2) Jika saya bapa kepada anak tersebut, bagaimana kamu menerangkan kejadian itu berlaku?!.
3) Bagaimana kamu menerangkan kepada anak-anak ini jika mereka bertanya mengenai Merdeka / sambutan Krismas?!...(eca kena sambutan Krismas, so eca jawab "Permata sekali saya akan menerangkan mengenai perayaan kepelbagaian kaum di Malaysia secara ringkas sahaja.Kemudian, saya mengajak anak-anak menghias pokok krismas yang mana ianya menjadi simbolik kepada sambutan ini.Seterusnya, melalui Alat Bantu Mengajar, saya boleh menunjukkan video mengenai sambutan Krismas itu sendiri, kerana saya yakin anak-anak ini lebih senang memahami jika mereka melihat sendiri video sambutan itu".)

dan gua nampak si Penemuduga punya muka sangatlah berpuas hati.Good Job,Eca! :)
so, kita tunggu jelah yer keputusan temuduga ini.Selalunya akan mengambil masa dalam 2-3bulan...Walaupun kotrak 6bulan, eca tetap akan terima kerja ini dengan harapan kontrak tersebut akan di lanjutkan dan diharapkan dapatlah lantikan tetap.Oke apa kerja Guru Permata atau nama glemer  'Pengasuh Anak-anak"....persediaan ke arah menjaga anak sendiri gitu....*bila nak ada anak pun tak tahu, kursus kahwin pun tak p lagiiiiiik*

harap maaf, kualiti gambar tidak grand.tapi jangan risau, saya perasan cantik pada waktu temuduga berlangsung kerana lesung pipit saya sentiasa kelihatan.kbye! =P
Terima Kasih Bapa & Mama yang sentiasa mendoakan dan memberikan yang terbaik buat anak manja anda ini. Terima Kasih buat adik-beradik & ipar-ipar yang turut nervous. Terima Kasih buat saudara-mara yang mendoakan melalui FB...juga rakan-rakan blogger sekalian atas doa anda. 
[Thanks Makcik Comel ne sebab siap mention kat belog dia..kikikiki]

Terima Kasih tidak terhingga buat Mr Love *erkkk,takyah mention nama, takut dia lagi glemer dari eca* atas kerjasama yang awak berikan, sanggup berjaga kerana ingin memastikan saya tidur & bangun tepat pada masanya.Terima Kasih sebab sudi berlakon jadi penemuduga walaupun hanya melalui YM.haha.
*I appreciate what you have done & I never stop in loving you.LOVE LOVE*
#owhmyjiwangness.kbye!

lagi 6 bulan......

Assalammualaikum.

sedar-tak-sedar, hari ini berusia 24tahun 6bulan...lagi 6bulan akan menginjak ke usia 25tahun.Alahai...tak sedar masa berlalu.Dah semakain tua..lagi 5tahun akan meningkat 3Series....dan hati mula tertanya-tanya, siapa diri ini selepas 5tahun akan datang......


DULU-DULU, pernah target kononnya pada usia 30tahun, kereta - rumah mesti ADA.Orang tua sekurang-kurangnya dah hantar menunaikan umrah (at least lahhhh, kalau ada rezeki lebih, boleh hantar dorang naik Haji sekali kan?!).Paling penting, di usia tu, ada dah cukup sepasang. (nak lebih-lebih kang daku pulak yang tak tentu,hikhikhik)...itu angan-angan dulu lah.


Tak perlu pandang 5tahun kemudian, cukup pandang 6 bulan kemudian aja....Apa akan berlaku?!..urm, ditakdirkan BERJAYA dalam interview ini, maka 6 bulan lagi ,mungkin dah mampu beli sebiji kereta RAV4 (oke, itu angan-angan tapi saya ialah peminat RAV4)..mungkin akan berbangga dengan pusat tuisyen sendirik (mari kerja dengan saya!haha) ataupun mungkin dah mampu memiliki rumah pertamaku (ada angan-angan nak tambah rumah tuuuuuuuu).ITU pun kalau berjaya Interview esok...doa-doakan yer.


kalau tak berjaya, urm..mungkin masih bekerja dengan boss sekarang ne.uwaaaaaaaaa,hari-hari jumpa budak nakal, semput daku dibuatnya ++ tambah kurus lah kau cikgu aisha!.kuikuikuiiiiii.
tapi, doakanlah yer...semoga TEMUDUGA yang akan eca hadiri esok berjalan lancar dan semua kata-kata yang keluar dari mulut ini mampu difahami oleh para penemuduga.AMIN.

Sebaik-baik penentuan, telah ditentukan oleh Allah SWT.amin amin ya rabbal-al-amin.

#dah 24thn 6bln, hadiah mana weiiii?!. :)

I'll be Back....

Assalammualaikum.

weeee,seminggu kot takde entry..macam busy sangat tapi memang busy pun.Dengan kerja & revision tuk interview lagi..uwaaaaaaaaaaaaa, mak busy noksss.takde masa sangat BW ke blog korang tu,tapi apapun TERIMA KASIH sebab masih sudi berkunjung disini.

Segmen Kad Raya dari eca masih dibuka oke...sebabnya eca kan lagi busy.Eca akan tutup selepas tamat interview eca nanti...kalau nak JOIN, klik segmen kadraya.

btw, awak tahu tak harini hari apa? Harini hariiii...... JUMAAAT tau! Jawapannya adalah..... kita dah tiga hari! Kita dah tigaa ari berpuasaaaa. Yeayy! Bukan utk seminggu, 3 tahun, 4 tahun, bukan 2 hari, bukan 3 hari, 4 hari, dan bukan apapapapapeeeewwww. Tapi untuk sebulan. Sebu bu bu bu bu bu bu bu bulannnn. Awak dgr takk?! Untuk sebu bu bu bu bulann. Yeaayyy...!saya janji ye saya janji dengan tangan saya ni sayaa tak akan tinggalkan puasa melainkan saya jatuh sakit sy tak boleh buat ape2...

oke bye >,<"
wait till I'll be back & happy fasting everyone!

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu (SITI ASHAH AWANG AMAN) dalam menduduki temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 pada 18 Julai 2013.Semoga ada rezeki tertulis buatku dalam perjuangan ini.Amin...... :)

Kadar Zakat Fitrah 1434H/2013 di Malaysia

Assalammualaikum.

Disebabkan puasa tak lama lagi,eca nak kongsikan nilai zakat di Malaysia...Zakat Fitrah ini adalah WAJIB dibayar tau..so, jangan ambil ringan tau....

Sabah - RM7 (seperti tahun lepas)
jangan risau, seperti biasa, akan dibuka Kaunter Pembayaran Zakat Fitrah disetiap daerah.
RM7 je pun...takkan tak mampu nak bayar kan?!..beli baju raya kemain ratusnya.

I've Been Proposed!!!!

Assalammualaikum.

tahu tahu, korang mesti kelik laju-laju masuk blog ne bila nampak tajuk tu kan.tahu dah...dalam hati,*terharu gila eh..korang memang best*....tapi, actually.."I haven't been proposed puwnnnnnnnnnnnnn". (=.=") actually, semalam...masa nak google pasal interview eca tu, buka la youtube.Kononnya nak naikkan semangat dengar zikir,dengar lagu-lagu feveret......then,adalah satu video kat youtube tu yang amatlah menarik minat eca...Video tu bertajuk, "I've Been Proposed".[terus klik laju-laju dan sekarang nak kongsi dengan korang,MOHON TEKAN BUTANG PLAY].
 
pemilik video ne ada blog,,,,popular tuuu,ce masuk blog beliau :: Dena Bahrin
lama dah pun video ne,tahun 2011.asal wa baru tahu ah...selama ne wa tengok video apa je weiii?!
*video matlutfi je kottt.kakakakantoi.
tapi kan,masa tu.......
sumpah,airmata terharu tu mengalir-ngalir je kuar..
kalaulah....*sila tambah ayat sendirik =P
ayat sebenar : KALAULAH DAPAT GALAXY NOTE II PINK tu kan BAGUS!.taknak kaler lain,tapi kalau FREE,oke juga.hahahaa.pandai je kan ko eca!!.gi baca buku nak p interview!
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu (SITI ASHAH AWANG AMAN) dalam menduduki temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 pada 18 Julai 2013.Semoga ada rezeki tertulis buatku dalam perjuangan ini.Amin...... :)

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

Assalammualaikum.
seriously,nak kongsi.tak peduli la orang cakap "riak" ke apa..nak kongsi juga.Sebab ini adalah hari yang penting dalam hidup eca.....Ceritanya begini : eca dalam perjalanan pergi keja,my mom call.Tapi tak dengar kan dalam bas,bising betul tu.So,masa eca tengah jalan kaki menuju opis...my mom call again gtau eca dapat interview.Rasa macam tak pecaya,pastu cakap dalam hati ,"mungkin mama cakap ada surat".
Setibanya di opis pulak, dah siap-siap buka pintu opis sementara tunggu students datang,eca call mama sekali lagi.Then, mama cakap "Surat Temuduga"....and its for me.Ya Allah,rasa waktu tu, excited sangat.Inilah yang eca nantikan selama ini sebab,....
official shirt for Bachelor of Education (Language & Literature).
nak pakai baju tu gi interview,boleh tak?!.

eca kan graduan Universiti Tun Abdul Razak (Cawangan Sabah) - which universiti swasta je dik oiii.Orang kata "swasta, guna duit jak banyak,kerja kerajaan belum tentu dapat"...betul la tu, sebab senior-senior eca masih ada lagi yang belum dapat kerja di sektor kerajaan dalam bidang pendidikan.
'open market", ramai yang cakap dekat eca, jangan putus asa,habiskan study...sebab nanti akan ada juga pengambilan.Bila dapat ne (setakat yang eca tahu,ada dua-tiga orang kawan batch eca juga dapat panggilan ini), rasanya betul la, da mula Open Market..kena bersaing dengan graduan IPTA..so,sila jangan pandang rendah kepada kami di universiti swasta ini oke?!.






 
bukti nak pergi interview!..oh,eca nak jadi cikgu betul-betul!.hikhikhiks~


nak SEMAK Temuduga anda, sila layari pautan dibawah & masukkan No Kad Pengenalan saja :
http://anggerik.spp.gov.my/semakan/jadual_temuduga_view.php
nanti akan kongsi TIPS temuduga yeahhh!
3K end of this year,boleh tak?!
3K - konvo,kahwin,kerja.

Wordless Wednesday #98

Assalammualaikum.
Ya Allah, terima kasih kerana makbulkan doaku.Semoga berjaya dalam temuduga ini.
doakan eca!

WordlesWednesday #97

Assalammualaikum


i rather wanna hear u say,"insyaallah, we will meant-to-be".
and I will reply, "insyaallah".


please take note!

Jangan JUAL MURAH.

Asslammualaikum.


pernah dengar atau pernah terbaca tak ayat ini, "nak online di WIFI FREE ZONE tapi sebenarnya  you still have to pay :: minyak kereta, tol, parking, and a cup of coffee can cost RM4.See, NO FREE ITEM nowadays"..tak pernah,takpe...anggaplah ayat itu eca yang buat.hakhakhak...ada ke lagi benda murah yang korang boleh dapat sekarang..takde kan,even masuk tandas pun RM0.30.

bila semua dah kena bayar, eloklah difikirkan kembali NILAInya.Contoh, tandas kat 1Borneo per entry je RM1, tapi kalau korang masuk dalam berbaloi-baloi...siap ada lagu, tandas pun luas, pendek kata, eca kalau masuk sana mesti lelama, feeling tandas sana macam tandas rumah sendiri *sebenarnya tandas rumah sendiri lagi kecilllllll. biar kena bayar mahal, tapi perkhidmatan yang bagus, buat apa nak kisah kan? 
so,moralnya Jangan JUAL MURAH bila anda rasa anda mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kerana sekarang tiada benda FREE lagi...even nak update blog pun, you all still have to pay the electricity & broadband as well.
so,nak highlight lah kat sini.....kepada mereka yang membuka ruang sewa tapak iklan, mohonlah fikir sehabis baik.Kaji traffik, kaji ranking anda, dan paling penting kaji kemahuan pelanggan dan pastikan anda mampu memberikan pulangan setimpal buat pelanggan....tak lupa, pastikan juga produk yang pelanggan jual itu, kena dengan blog anda.

CONTOHNYA :: blog remaja perempuan, mesti cerita pasal hari ini iteww dating, hari ini tak gi sekolah..takkan la pulak nak APPROVE tempahan sewa iklan produk mengenai Set Barangan Bayi kot...tak kuasa makcik nak baca blog budak sekolah noksss....kalau makcik yang umur 24tahun  ne pun tak kuasa, makcik-makcik yang anak 4-5 tu ko ingat KUASEeee ke nak baca belog ko.hehehe :) kesian kat pelanggan korang yang jual Set Barangan Bayi tu,tak laku produk dia sebab konfirm-konfirm yang baca blog ko tu, anak itik tok'wi pulang petang sambil menjerit, "iteww de balik, iteww de balik, iteww de balik la kak ton comel". 
dan kepada bakal-pelanggan tu, janganlah kedekut sangat nak bagi sedikit saguhati pulak da....konfirm nanti yang beli produk korang tu akan cakap camne, "ai tau peroduk u dari belog makcikcun.blogspot.com tu....ai ingat nak beli satu lah"...hah,dah tau kan dari mana punca rezeki,jadi hulurlah sedikit saguhati pulak kepada mereka.tak salah berkongsi,semua tu rezeki dari Allah.
jadi, kalau agak-agak traffik anda up to 1k/day..silakan berfikir dua tiga kali yer.
#bukansyaitanberbisik tapi FIKIRLAH bahawasanya harga barangan semakin NAIK.
gua membebel panjang ke?
saya tak jual mahal,setimpal dengan harga pasaran.RM12k tu oke kot tuk kahwin selepas saya habis master lagi dua tahun..sila kumpul duit!.terima kasih,pesanan dibawakan oleh PAMA.(bapa & mama lah!)

berterima kasihlah.

Assalammualaikum.


ungkapan Terima Kasih sukar sangat nak cakap kan?!..bukan pe,ada le dua-tiga-empat- orang rerakan blogger ne jenis yang dia seorang je betul.menyampah tau tak tengok.serba serbi dia seorang je tau pasal dunia blogger ne.tak kisahlah baru mana, lama mana.....dunia ne bergerak.ingat kau duk membebel jadi keyboard warrior la sangat tu ko je yang up-to-date?!.alahai!.#lagibikinkumenyampahkan.



so, Berterima Kasihlah...
saat anda telah mencuri entry orang lain.
saat orang lain memperbetulkan kesilapan anda.
saat anda diFEATUREDkan di blog orang lain.
saat blog anda dibawah dan diatas.
saat anda diberikan peluang walaupun ramai yang lebih sesuai.
dan paling penting, SAAT MEREKA MEMBACA ENTRY ANDA.


terima kasih pencinta-pencinta Cerita Dari Hati.Tanpa anda, blog ini tiada apa-apa.Blog ini eca penulisnya tapi anda-anda-anda yang memeriahkannya.Terima Kasih Blogger.




paling best kerjaya seorang cikgu, hari-hari murid cakap, "Terima Kasih Cikgu".."Thank You Teacher".
tu pasal kot eca suka jadi cikgu,rasa dihargai weiiii~