TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Terima Kasih PM!

Assalammualaikum.

sebenarnya, nak kongsi ne lama dah.....berita gembira buat diri sendiri!.
eca menang motor. hehehe~

sebenarnya, eca menang hadiah ketiga untuk Contest Review Papa Mifz.Hadiah kemenangan eca berupa sepasang kanta cermin mata CR39 1.56 yang bernilai RM150...wow,yang ne sudah cukup berbaloi.Mungkin hadiah kemenangan eca ne, akan beri kepada mama sebab ari tu my mom da cakap nak cermin mata baru after cermin mata lama dia tercicir...........kira hadiah eca tuk my mom jugaklah, tapi kalau nak tambah duit tu, my mom kena tambah la sikit.hahahaha =D

kanta cermin mata yang ne menjadi idaman hati.Nanti boleh juga lihat-lihat koleksi bingkai di kedai PM.

Entry yang eca pertandingkan untuk contest itu ialah : Surat Cinta buat Papa Mifz.
Keputusan pemenang : Pemenang Contest Review Papa Mifz.

dan eca lihat beberapa perubahan pada blog Papa Mifz yang amat mengkagumkan.Nampaknya PM menggunakan suggestion daripada peserta contest ini untuk menambahbaik blog beliau.Tahniah PM dan semoga blog PM akan terus sukses dalam dunia blogging ini.

header yang lebih menarik pasti akan buat para pengunjung tuk "menyelongkar" blog ini.

hadiah ne mungkin eca akan tuntut bila ke KL pada bulan November nanti..kena guna GPS la ne tuk ke kedai PM...harap-harap ada masa dan tak sesat jalan & dapatlah jugak eca berjumpa sendiri dengan PM.

Terima Kasih PM atas kesudian memilih eca sebagai pemenang ke-3 walaupun join last minit.
^______________________^
jom TERJAH ::
Blog Papa Mifz | Fanpage Papa Mifz

gua baru sedar, termasuk entry yang korang baca ne, total entry tuk bulan September adalah 9 entry.total entry tuk bulan Ogos adalah 8 entry.So, dah boleh agak kan total entry tuk bulan Oktober,November,Disember?!....kekekeke :)

Resepi Puding Kastard Pisang

Assalammualaikum.

ok ok, hari ne hari sabtu dan eca tahu eca ada kelas jam8pagi - 5petang.Sila bergedik-gedik cari eca di Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, UMS...sila bawa bubur ayam McD sebab daku kebulur sangat nak makan bubur....tapi sebelum daku kebulur, meh sini nak kongsi resepi puding kastard pisang.
*rujuk entry ne tuk puding kastard jagung*

adakah gambar ini cukup buat anda terliur?!..jom lihat resepi yang simple neyh ::

1) 1 gelas kastard.
2) 1sisir pisang.
3) 2 cawan air
4) 1 tin susu cair.
5) 3sudu susu pekat *tak manis sangat ne*
6) 2sudu gula
7) Mixed Fruit (guna kismis je lagi sedap)



cara nak buat simple dan mudah je oke?!
1) kupas pisang, potong & goreng tanpa tepung.Ketepikan setelah selesai.
2) Masukkan kastard & air ke dalam bekas dan sebatikan agar tidak berketul-ketul.
3) Atas api yang perlahan, gaulkan kastard & air tadi.Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, gula.
4) Gaul sehingga aduanan tu jadi agak likat/pekat.Padamkan api.
5) Tuang adunan kastard ke dalam bekas, kemudian susun pisang.Langkah ini diulang sehingga adunan kastard & pisang habis.Selepas tu, boleh letakkan mixed fruit atau kismis di atas adunan tadi.

*eca letak mixed fruit sebab tak jumpa kismis kat Gmart....okelah kalerpul sangat ye!*
Thanks buat cik peguam, Innanie atas perkongsian resepi yang sedap ini! :)


gigih gila daku update sebelum pegi kelas tau!..
ne sebab kawan-kawan (ramai tu kawan-kawan) cakap,
"oiiii, Bila nak update belog hah?!"... =.="
tetiba rasa nak UMUM satu dunia, SAYA DAH UPDATE BELOG! =P

Kemarahan Memakan Diri

Assalammualaikum.


bohonglah siapa yang tak pernah marah kan?...selalunya marah dengan diri sendiri, eca lah tuuuu.Selalu jadi macam tu.Tapi maybe usia pun nak masuk 25tahun, so mula belajar atasi kemarahan yang ada dalam diri.Kalau nak tahu, eca kalau marah....suka hempas barang.Selalu jadi mangsa HP Nokia 1110 yang ade torch light tu.Nasib baik HP tu tak boleh bercakap, kalau tak, mungkin dia marah eca balik.Tapi HP tu jugaklah yang paling setia dengan eca, tak pernah marah dan tak pernah menyusahkan.Malah setiap hari dia memudahkan perhubungan eca dengan kawan-kawan.


Marah tu, bisikan syaitan.Tapi bagi eca, marah itu sebenarnya apa yang terdetik dihati kita tapi kita pendam-pendam sehingga benda tu terlepas.Ya, setiap kata-kata tak boleh diundur.Lafazlah berjuta kemaafan, tapi tak semua orang mampu menerima dengan lapang dada.Betullah, kita ne manusia yang tak pernah nak lari dari kesilapan, tapi percayalah kesilapan tu bukan namanya kesilapan andai berulang kali dilakukan. 


eca pernah terbaca, marah ne ada 3 kategori :
1: mudah marah mudahlah sejuknya
2. lambat marah lambat pula sejuknya
3. lambat marah cepat pula sejuknya

korang di kategori mana?...tapi sebenarnya, semua itu sama.Bergantung dengan situasi kita.Ada yang cepat,ada yang lambat...ada pulak tak berhenti marahnya.Tapi yang pasti, api yang marak,jangan disimbah air..tambah maraknya.


tips bila nak marah : Minum air, ambil wudhu', mohon pada Allah SWT moga hati tenang seketika.

kemarahan awak memakan diri awak sendiri, sebab sampai bila-bila saya takkan pernah lupakan setiap inci perkataan yang awak ucapkan kepada saya.Saya mungkin seorang pemaaf, tapi saya juga seorang pendendam.Saya mungkin telah memaafkan, tapi parut luka kemarahan  awak tu, BIO-OIL pun tak dapat hilangkan.

Kos Medical Check-Up Klinik Kerajaan & Swasta.

Assalammualaikum.
Before daftar sambung study tu, eca buat medical check-up, dan the cost totally make me half-death!.Ceritanya macam ne, dalam surat tu, pihak UMS minta Drug Test Result.So, pergi Klinik Luyang (dekat dengan tempat keja)....tanya itu ini, orang dekat kaunter tu boleh cakap camne, 
" drug test ne tunggu dua minggu baru dapat result, doktor tidak mahu tandatangan kalau tiada result dadah.So, kalau mau cepat...kamu pergi lab swasta dapat keputusan esok, boleh siap dokumen kamu ne. Kos medical check-up disini RM100 tuk check-up semua-tinggi berat darah xray.Kamu mahu cek UTP tambah RM30, cek dadah tu tambah RM40.kos semua dalam seratus lebih...so, bagus kamu pergi lab swasta, buat tu ujian dadah, datang sini balik...jimat juga kali"....eca terus terngangahhhh dalam hati cakap, cek UTP pun RM30?!..Better beli pregnancy test dekat guardian, ade je tak sampai RM10.
KENAPA SELAMA NE ECA BUAT MEDICAL CHECK UP tak bayar pun?!..ke sebab my parents dua-dua kerja dibawah KKM, so tak perlu bayar?..aishhhh..kalau nak bayar pun takkan sampai RM100++.Tak puas hati kan, eca call kaklong, dia cakap kena bayar sudah.Nasib kaklong hulur duittt.So lepas dari klinik tu, eca pergi Sabah Medical Centre (KPJ) untuk buat ujian dadah.Harga untuk ujian dadah tu :

CANNABINOID : RM30
MORPHINE : RM23
*sempat juga tanya harga nak buat medical check-up di KPJ...almost RM250 jugak.Basic (xray,darah,eyes,ears + UTP, Drug Test)
nasib baik siap dalam masa sejam..lama kat sana sebab eca pergi dekat lunch hour.
So, keesokkan harinya...eca pergi Klinik Luyang....kali ne orang lain pulak dekat kaunter pendaftaran.
kali ne dia inform, "ooo buat medical check up kamu ne RM20 jak..tapi tambah RM10 tuk UTP.Semuanya RM30."...eca rasa nak bunuh-bunuh je orang kemarin tuuuuu.watdehal, nasib takde sakit jantung tau!dan sebenarnya....kat tepi kaunter tu, ada satu LIST Harga tuk medical check-up...masa tunggu turn nak cek berat semua baru ternampak dan orang dekat kaunter pun tak inform!.ciskek betulllll.

lepas ne buat medical check-up nak larik balik Kudat....tempat kerja parents, FREE kot.kuikuikui~
banyak ooo nak ceta pasal minggu lalu, satu pengalaman terbaik...eh,kenapa dulu masa masuk UNIRAZAK takde perasaan macam ne ye?!..kekekekeke~

berita gembira selepas berita sedih.

Assalammualaikum.

Refresh balik berita sedih eca semalam, rujuk entry : Tak Nak Ingat-Ingat.kekekkee~
oke,eca da gitau kan berita gembira eca, here we gooooooooooooooooo....


klik SINI tuk paparan yang lebih jelas.

baru dapat tahu last Sunday...hari ini last pre-register.UWAAAAAAAAA..kelam kabut.Sabtu ne pendaftaran la pulak dah!...grrrrrrrrrrrr.sangat-sangat kelam kabut oke,tak suke!

lagi satu, eca kan keja biasa-biasa.gaji pun seciput je....terfikir tuk tangguhkan pengajian pun ada..alahai!...pening fikir semua ini.tau tak?!..jangan sampai aku amik keputusan tuk kahwin dan harapkan duit laki dah lerrrrrrrrrrrrrrrrrr *kalau laki bagi 12k/month takpe jugak!.hahahaha

Ya Allah, permudahkanlah.

Tutorial Daftar & Pasang Plugin Comment Intensedebate

Assalammualaikum.

hari tu dapat pertanyaan dari Cikgu Leeza kita.....


sorry tau lambat siapkan tutorial ne, meh ikut tutorial ini.Memang best guna InteseDebate...senang nak terjah rakan-rakan yang datang komen disini.....tapi tak best sebab hari tu dapat aduan payah nak komen.Tak jumpa plugin ini & payah komen melalui ipad...uwaaaaaaaaaaa, eca tak tahu lagi nak wat camna...

Tutorial Daftar & Pasang Plugin Comment Intensedebate


1) korang kena daftar kat Intensedebate.Klik sini.
2) Lepas daftar, cari kat bahagian tab tu, Sites -> Add a sites.
3) Masukkan url blog yang korang nak pasang plugin ne.Kemudian tekan NEXT.
4) Selepas tu, korang kena baca elok-elok arahan yang tertera disana.

ingat : pilih On all blog posts tau..supaya semua post-post lama korang pun boleh dikomen menggunakan plugin ini.Jangan risau, komen terdahulu menggunakan blogspot komen tu, takkan hilang.
ingat untuk : Backup/Restore template -> Download Full Template!!

5) selepas tu,korang klik pada Choose File seperti yang terdapat dalam gambar diatas.Cari File Template korang tu tau......selalunya, untuk template... dipenghujung file adalah .xml8
6) Sudah jumpa, terus Upload File and continue.
7) Then, korang kena copy code baru tuk template korang yang telah ditambah dengan kod Plugin Intensedebate tau!..see the picture below :


8) Buka template blog korang (Dashboard- Template - Edit HTML).
9) Klik Ctrl + A pada kotak template kod anda.
10) Kemudian Ctrl + V untuk letakkan kod yang diambil dari intensedebate tadi.
11) Klik 'Save Template"...kalau berjaya, alhamdulillah.Semua step anda telah lakukan dengan tepat.
12) Boleh view blog dan lihat samaada anda berjaya.Korang kena klik pada 1entry tuk lihat plugin komen ini dibawah entry...peringatan : plugin ini selalunya lambat kuar,please stay tune tuk tunggu k.


semoga Cikgu Leeza kita faham dengan tutorial ini.
Senang je dear nak buat, takperlu pening tukar belit template...selamat mencuba tau! =)


banyak juga orang minta buatkan tutorial, eca je takde masa, 
SORRY korang kalau lambat siapkan yer!

Semakan Keputusan Temuduga PPSDG41

Assalammualaikum.
Ingat tak masa puasa hari tu, eca ada ikut satu temuduga.Rujuk Entry Kisah Temuduga PPPSDG41.Keputusan dah keluar tau....dan keputusan eca ialah ::
walaupun tak dapat, eca terima dengan hati terbuka.Mungkin bukan ini perancangan buat eca.Mungkin ada rezeki lain menanti eca nanti kan.Family pun sedih, eca lagi lah..sehari semalam nangis.BF pun risau, nasib baik banyak kata semangat eca terima dari insan-insan disekeliling eca....eh, sedih sehari je tau.Esoknya (Ahad lepas...) eca dah jadi SUPER DUPER HAPPY & EXCITED tapi yang tu, eca cerita nanti tau(kalau rujuk FB eca, mesti korang tahu apa dia,kekeke)

kalau korang nak cek, boleh klik pada pautan ini :
Semakan Keputusan Temuduga PPPSDG41
Allah SWT itu maha kuasa, DIA turunkan rezeki dalam pelbagai cara.
*mengharap keajaiban berlaku...kehkehkehkeh*


September Birthday~

Assalammualaikum.
Happy September you'll.*perghh,uolls bagai lak~*.

Bulan September, yang sebenarnya hari ini 2 September 2013....adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran buat bapa & adik perempuan eca serta Pak Cik eca...kira 3 orang sekali pakat kuar tarikh yang sama.hikhikhik.


my dad, Encik Awang Aman Jalil is 55years old.
"terima kasih kerana selalu menjadi tulang belakang dalam hidup.
terima kasih atas segala nasihat & dorongan."



my little sister, Cik Siti Asrinah is 23years old.
"terima kasih kerana selalu jadi mangsa buli..kekeke.
terima kasih sebab jadi adik yang baik...insyaallah, ada rezeki untuk ko!"
Semoga dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan,
 dipertambahkan rezeki dan insyaallah kebahagiaan dunia dan akhirat.

juga buat Nur Alisha...Happy Birthday Alisha in advance!!!....nanti 5 September baru 3tahun.Semoga menjadi anak yang baik, kakak yang penyayang serta insan yang sentiasa berbakti kepada semua..."terima kasih sebab selalu bagi auntie rezeki jugak!"
muncung Alisha memang tak boleh blahhhhhhhhhhh...ikut muncung ibu dia tu..
ai tau ai tau, u jangan nak pura-pura ye makcik =P
*kekekekeke*
September, please be nice for us.amin.

Edit Blog Mood sedang "ON".

Assalammualaikum.


meh meh, nak tunjuk sikit beberapa blog yang eca dah siap edit kemas-kemas.Bukan cantik-cantik sebab eca tahu hasil eca tak berapa cantik dibandingkan dengan hasil orang lain.Tapi eca utamakan KEKEMASAN dan loading pun ringan!...*kekekekeke~*


Blog Qasehnya Rania
untuk blog ciksu, dia request nak blog lobak....so, eca bagi lobak yang tergedik-gedik berjoget  sikit..ce tengok kat entry ciksu, mesti korang ada perasan ada lobak tergedik-gedik.hehehehe.SO far, blog ne sedap mata memandang dan jarang ada orang guna combination orange + hijau....pilihan yang tepat buat ciksu.
Blog  SusuSegarrr
untuk blog SusuSegarrr ne pulak, akak ne request kaler biru.Berdasarkan blog yang dia tunjukkan kat eca, dia nak ada sikit ala-ala retro & vintage...tapi eca tak berapa nak masuk dengan kaler biru + vintage ne.So, dapatlah hasil macam tu je.Nasib beliau suka...hehehe.dan part paling menarik eca suka ialah bahagian footer,eca selitkan doa dari Ayat 38, Surah Al-Imran :
doa eca, buat kedua-dua akak ne, "Semoga Allah memperkenankan doa kalian,insyallah."


buat masa sekarang, eca tengah tunggu dua owner confirmation tuk pasang kat blog mereka.SO,agak free sikit sambil-sambil design tuk belog sendiri yang dah patut kena cat baru...hehehe.
kalau ada yang teringin nak minta dieditkan blog, sila berhubung melalui :
Email : ecasha.89@gmail.com
Fanpage FB : Cerita Dari Hati | www.ecadwinkyasha.com
FB : Eca Dwinky Asha

dari harga serendah, RM25....kot-kot makin cantik belog korang.
JOM Tempah tau,jangan malu nak tanya-tanya eca k!