TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Sekeping Gambar, Sebuah Cerita

Assalammualaikum.

Pada sekeping gambar,
ada sebuah cerita penuh makna,
antara hitam dan putih,
melakar coretan yang nyata.

Pada sekeping gambar,
lahirnya satu cinta,
bakal beri warna pelangi,
lakaran hidup penuh bahagia.

Pada sekeping gambar,
wujudnya rasa kasih,
dari lubuk hati nan suci,
teruslah mekar mewangi.

  

jadi kuat untuk orang lain,seperti dulu...bisa nggak ya? 

Pinjamkan Senyuman Itu.

Assalammualaikum.

seriously, a week makes me really down.Disebalik tawa, hanya tangis jadi peneman setia...setelah bertahan hampir sebulan lebih, semuanya terluah.Cuba menyibukkan diri sendiri, tapi tiada penghujungnya.Bukan kesal, cuma pasrah ini jalannya. eca jarang cerita pasal cinta kan?!...sebab eca tak nak show off sangat,biarla hati ini saja yang tahu siapa dihati...tapi apa yang berlaku buat eca tak kuat.Kiri Kanan ada insan-insan tersayang.Ikutkan hati, takut dibenci...ikutkan cinta, takut kehilangan segalanya...tapi eca benar-benar hilang separuh jiwa ini.

Earwan Fariz,
kalau awak membaca ini, saya harap jangan baca dengan penuh kebencian.
kalau awak membaca ini, saya pinta senyumlah pada saya.
kalau awak membaca ini, saya doakan agar awak sentiasa bahagia.

20 April, detik pengenalan...awak cakap saya jual mahal kan?!.haha,memang pun.tapi hari demi hari, takpun kan kan?!. (*-*)...malam bday awak, awak terharu kan, saya orang pertama yang wish,padahal waktu tu saya takde hati pun kat awak!.sebulan lepas tu, saya tidur dengan senyuman yang terukir penuh makna,saya sayang awak!...10 November 2013, masih terasa saya mengenggam tangan princess, masih terbayang lirikan mata awak.

apa yang kita tak pernah buat eh sepanjang PJJ tu?
tidur depan laptop,
kredit habis masa tengah gayut,
bergaduh, merajuk, memujuk, manja.
perpisahan ini terpaksa kupinta demi permintaan orangtua.
bukan niat berdiam diri selama sebulan lebih ini,
tapi kesibukan sebagai guru & pelajar buatkan saya terkejar-kejar kesana kemari,
apatah lagi waktu itu, saya cuma ingin menjaga hati orangtua.

apa yang terjadi,
mari hadapi dengan senyuman.
kerana senyuman itu pengubat jiwa lara.
awak da ada dia, saya doakan semuanya berjalan lancar untuk misi kahwin tahun depan.
boleh la saya cakap, "dah kahwin exbf aku ne..." (mesti awak bangga kan?!.hikhikhik)
terkilan dihati tidak lagi mendapat senyuman Princess tersayang,

Thanks Princess Ibu,
selalu buat ibu tersenyum.
doa ibu princess ibu sentiasa melawan sakit itu
sentiasa ceria & menceriakan.
dah ada ibu baru eh?
jangan lupa ibu asha, eh auntie asha :)


hye Princess Nuraimy Farina,
auntie pinjam senyuman itu, boleh tak?

 


Hello Ms. Asha,
tolong senyum macam itu selalu,boleh?
senyum yang bukan plastik, senyum yang lahirnya dari hati.
mohon ya!



Terima Kasih OrangTua kerana kuyakin ini jalan yang terbaik,
Fazi yang skema, Kak Wid yang cantik, Kak Nyra yang cute..keep on fighting.
adik blogger kesayangan, Solehah, akak tak pandai nangis kan?
Amir Damsik,the only one & forever boybestfriend, jangan lebih emosi ya!


walaupun tangisan menemani hari, harus kuat menempuh hari esok
tutup buku lama, mari buka buku baru.
insyaallah, Allah telah janjikan KEKASIH untuk setiapnya.
Mari Berjuang mencari cinta Ilahi
Mari Berjuang esok pagi exam!

Doakan eca & geng Group 3, Master of Education Management, UMS.
  29/12/2013 : Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
30/12/2013 : Pengurusan Pendidikan

ini sebuah cerita cinta, yang telah sampai kepenghujungnya.demi kasih sayang dan pengorbanan orang tua, demi cinta dan masa depan, aku undur diri dan mengalah dalam perjuangan cinta...moga akan ada sinarnya suatu hari nanti.mohon, terus tabah ya Asha. *-*

Aku Ada Satu Masalah.....

Assalammualaikum.

Manusia tanpa masalah,
         maka masalah-lah dia.
Manusia dengan masalah,
        maka bermasalah-lah dia.

Tanpa masalah,
    tidak wujudlah persoalan.
    tidak hadirlah jawapan.
Dengan masalah,
    ada rumitnya.
    ada penyelesaiannya.


aku ada satu masalah,
sana sini situ,
aku ada satu masalah,
kamu dia kita,
aku ada satu masalah,
masa tempat cerita.
aku ada satu masalah,
yang aku sendiri tak tahu masalahnya.


NAMPAK TAK MASALAH AKU TU?
#malasnakcerita.



tuan belog lupa da nak beli PEN tuk EXAM hari AHAD & ISNIN ne.
eh, apakejadahnyamembikinexamdihariAHAD/
sajamembikinmasalah,kan?!





GA Year End 2013

Assalammualaikum.

yeah,berjaya juga mengagahkan diri menyiapkan entry GA ini dicelah-celah kesibukan menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 1...dengan lafaz bismillah,eca rasmikan ::

GA Year End 2013


Cara Sertai :
1) Sediakan ENTRY KREATIF dengan tajuk GA Year End 2013.
(please please please, as I do HATE Copier,please do not copy any entry, please write by your own!)

2) Letakkan BANNER & Ayat di bawah ini (WAJIB)


3) Share entry INI via FB, Twitter, G+ (OPTIONAL)
(optional means, nak share dialu-alukan, taknak share takpe  *-*)


4) Masukkan Nama & Link Entry Penyertaan anda di LINK ini.


tujuan utama GA ini :
berkongsi REZEKI dari BLOG sepanjang tahun 2013 yang agak suam-suam kukukakiku.
melahirkan lebih ramai blogger yang kreatif dalam menghasilkan lebih banyak entry menarik.

tarikh penting :
31 Dec 2013 - tarikh tutup.
1 - 5 Januari 2014 - pengumuman pemenang.


terima kasih atas kesudian memeriahkan GA ini.
& please stay tuned sementara tuan blog menghabiskan exam sehingga 30 Dec =)



ada maksud.....

Assalammualaikum.
yeah, JUMAAT dah...hari ini hari last bekerja tahun 2013.Dah mula cuti Krismas, bolehlah eca fokus untuk exam minggu depan pulak.seriously, dua minggu rasa pack sangat!.kalau nampak eca di FB tu, semua waktu eca away dari LAPPY kesayangan, dalam bas, opis...masa tu je FB..tu pun melalui s3 tu :)
ya allah, selalu tersasul lahhhhh..sebenarnya eca nak kongsi dua lagu ne ahh.ada maksud sangat,SANGAT!.


Alhamdulillah, dia dah ada pengganti diri ini dalam masa sebulan.Semoga mampu membahagiakan dia, 
saya doakan awak sentiasa, selalu & selamanya.Terima Kasih atas semuanya :)


TQ Solehah, sebab layan tension akak semalam.Cian solehah kena paksa kejutkan akak ^-^
tengah siapkan assignment & berkorban tak turun kerja pagi ini nak siapkannya 
++ tunggu barang dari gdex.sapalah yang hantar tu ehhhh?
++ nak buat GA next week sebab ada rezeki lebih bulan ne *-*

Sudah sampai indon...

Assalammualaikum.

Korang ingat tak eca kan ada jual sticker inai...boleh rujuk blog kedai eca....alhamdulillah,ada je yang cari sticker inai tu.eca pun happy even sebenarnya sesaja je buat biz tu...tolong bakal-bakal pengantin dihari bahagia dorang.setiap kali musim cuti,ada je yang tanya.

Tapi eca minta maaf if tak dapat berikan servis terbaik tau...eca busy sangat sampai ada yang call tak terjawab..mesej tak terbalas..chat terbiar.SORRY TAU!!!

tapi dalam masa tu pulak,ada seseorang dari jauh bertanya pasal sticker inai...orang tu dari Indonesia ya mbakk.pengen beli cap tangan.

Apakah ini gara-gara SEO?

It's SHOPPING Time for Christmas!!!


Ho Ho Ho! Christmas is just around the corner ladies! How’s your Christmas preparation? Looking for the perfect dresses and shoes or maybe gift for your loved ones? It is time to fulfill their wishes and for you who wish to make an entrance on this holiday season with our head-to-toe dazzling collection!





Tick tock tick tock! The clock is ticking and you still got no time to shop? – “Alamak, I kerja la on weekdays. Weekend pulak mesti ramai orang” , “Malas lah nak bersesak. Traffic mesti teruk”, “Nak shopping tapi ada baby. Leceh la” No worries ladies. It happened all the time and we have a solution for you. So, have you ever experienced online shopping? Or do you familiar with online shopping sites? Here is a quick introduction.

Online Shopping: Basically similar with virtual shopping but all the processes and transactions are through onlineSo if you still wondering – “What are the benefits?”, “Selamat ke?”, “Barang sampai lambat tak?”.. Well, you can save more with online shopping – petrol, time and satisfaction guaranteed J

This is the perfect time to make a shout out for all women out there! Lai! Lai! Browse our page for online shopping Malaysia  – The biggest online fashion store, and enjoy special deals from us now!




Find a fabulous collection of shoes and clothing from various designs and colors. Complete your look with our dazzle accessories and an extensive collection of handbags. What’s more? Get something for him too! Confirm abang sayang lebih! Feel free to click out STYLE tab and let the expert to guide you. Sharing is caring right J

So what are you waiting for ladies? All are in one-store and at a good price. Shop now while stock lasts and enjoys free shipping with us. C.O.D is available for certain areas and all items are returnable within 30 days for free of charge. 


Have a joyful Christmas! 
XOXO




Contest SEO Eridy


Assalammualaikum buatmu teman,
Senyum manis tanda persahabatan,
Contest SEO Eridy nama taruhan,
Google.com medan pertandingan.
Contest SEO Eridy


Berlari-lari mengejar rerama,
Bersuka ria sambil beriadah,
Eridy.com itulah namanya,
Blogger asalnya dari Sabah.

Sang Suria tersenyum di pagi hari,
Menyinari alam segenap dimensi,
Contest SEO Eridy tutup tak lama lagi,
Satu kerugian bila tak sertai.
Contest SEO Eridy

Kusangka panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengah hari,
RM500 habuan untuk pemenang,
jemput sertai Contest SEO Eridy hari ini.
Contest SEO Eridy dikelola oleh eridy.com sehingga 11.12.13 menawarkan hadiah sejumlah RM500.
Mari ramai-ramai kita sertai Contest SEO Eridy.
lama tak join contest SEO..harap-harap untunglah nasib di Contest SEO Eridy.

Mango Pudding @ Yoyo Cafe

Assalammualaikum.

Tempat eca kalau pagi sangat panas...tapi bila dah petang ke malam..tidur takyah buka kipas.Bila pagi ne lah teringin makan yang menyejukkan anak tekak....teringat pulak puding mangga student bagi hari tu...

Harga cuma dalam RM4.00++ rasanya...boleh dapatkan di Yoyo Cafe.yang sedap sangat pasal mango puding ne...tekstur sangat lembut.agak manis pada sira sahaja tapi tidak pada puding.teringat-ingat pulak!!!!.

Tengok gambar je lahhh yer,

Nasi Lalap pulakkkk.

Assalammualaikum.

Ari tu dah perkenalkan nasi ayam penyet kan (rujuk entry beberapa hari lepas).....kali ne nak perkenalkan "nasi lalap beverly hills".

Nasi lalap ne sama je dengan nasi ayam penyet oke?...bezanya disini ialah sambal tomatonya,rasa belacan agak kuat + sambal dimasak...tempe yang diberikan agak besar tapi ayamnya agak kecil...ulam yang disediakan direbus terlebih dahulu.Antara sayurnya ialah kubis,kacang panjang & timun.

Berbanding ayam penyet,..sambal disini menjadi kegemaran eca.Harganya cuma RM6...murah sikit kan?...so,cepatlah berkunjunh ke Restoran Barokah di Beverly Hills.

Location : Barisan Kedai Beverly Hills Phase 2...kedai dihujung berhampiran pagar masuk ke Phase 2,bersebelahan dengan stationary shop+salon.

Asyik makan-makan-makan,...pastu baru rasa menyesal berat badan naik.muahahahaha~

Bila Bil Elektrik NAIK....

Betullah cakap orang....sekarang ne takde benda yang tak naik...hujan aje yang asyik turun!!!!...Sebelum ne bil elektrik RM0.00....tapi da agak,selepas ini dah  wajib  bayar!...grrrrr~

So, antara cara tuk elakkan bil elektrik naik disebabkan mengecas  handphone, eca dah beli 1powerbank murah.....dan powerbank berkenaan eca cas di OPIS.....'thor"baikkkk kan?

So,kat rumah tak payah cas phone atau powerbank..sapa suh bos tak naikkan gaji..kata aje nak naik,tak naik naik pun.naik tembirang adalahhhh..nasib baik minat mengajar!

So,kalau korang nak save penggunaan bil elektrim dirumah....SILA CAS POWERBANK/PHONE DI PEJABAT!!!!.

....jangan risau,bos tak tahu & tak baca blog ne!muahahahaha~~~~

Ayam Penyet TERSEDAP di Kota Kinabalu

Assalammualaikum.

Pepagi ne nak share satu tempat makan yang sedappppp.sumpah sedap ikut anak tekak diri sendiri......kikiki..tapi bila korang 'kaki pedas',kuat makan tapi nak harga makanan yang murah dan bertepatan dengan menu...jom eca perkenalkan 'AYAM PENYET @ RESTORAN PADANG JAWA atau RESTORAN DAUN PISANG'....yang bertempat di Alamesra,Kota Kinabalu.

Alaaaaa...kalau pergi 1B tu,korang ke jalan seberang jeeee.Kedai ne dibahagian dalam area-area Maybank..eh,korang jangan salah restoran tauuuu...sebab kat situ ada satu lagi restoran ayam penyet iaitu Koki Bandung,sana mahal sikitttt.tanya je orang kat sana,konfirm tahu!!!!

Apa yang sedappp selain harga yang murah ialah....sambal tomato yang umphhhh...ayam direbus dahulu kemudiab digoreng...air rebusan ayam dijadikan kuah sup...sayur yang disediakan ialah terung goreng,kubis,timun dan pucuk ubi....dan apakah erti ayam penyet tanpa paha ayam yang besar dan tempe...kesemua makanan yang eca share tu cuma berharga RM6.50 sahaja...murah tak murah,eca kan save duit bayar yuran master.

Agak terliur tak?...jom terliur lagi dengan tengok gambar kat bawah ne ::... (lunch nanti nak pergi makan ayam penyet kat satu lagi restoran kegemaran eca!)

Ada orang sudah jadi tunang orang

Assalammualaikum.

Yeahhhh..ada orang sudah pun selamat jadi TUNANG ORANG....tahniah tahniah buat diri sendiri punya abang!!!!kikikiki....ramai yang ingat eca kot yang bertunang bila upload gambar kat fb...erk?!...saya single lagi.

Bertahun-tahun bercinta baru kini mengikat tali pertunangan.alhamdulillah dipanjangkan jodoh mereka even banyak hal terjadi.

Majlis serba ringkas katanya...takde pelamin,takde hantaran walaupun si adik dah relahati menggubah hantaran mereka dan Insyaallah,majlis nikah kahwin dalam bulan 6...tapi masa tu wa exam tuk semester dua tapi takpe benda baik jangan diperlengahkan.BETUL TAK???.*yesss ada harapan takyah tolong kemas rumah lepas kenduri..haha*