TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

lagi REPEAT order eh?!

Assalammualaikum.
im happy blog designer, cause my customer are happy blogger!!!!..
ececece ayat, kemain bodek tau.Tapi seriously, Im HAPPY with the outcomes.
So, mari kita terjah tiga blog yang baru kena belasah last-last few weeks.


repeat servis dari Nazirah...1st eca buat, bertemakan Roses Pink...disebabkan kali ini Puan Nazirah dah bertiga dalam hidupnya, kena selit-selit sikit baby stuff.Tengok bahagian sidebar yer!!..Edit blog Nazirah ne tak susah mana, eca just follow instruction & kadang-kadang eca selitkan idea eca....overall PUASHATI sebab tak sangka gabungan kaler pink+green turqouise tu lawa pulak...dan Shoutbox Frame tu inspired dari Mr Tabby eca.Thanks Mommy Nazirah atas entry ini.Ramai yang puji KEMAS, ohyeahhhh~



lagi repeat dari CikSu...Ciksu minta kekalkan kaler orange, siap cakap kat eca nak background Orange Vintage...Kaler orange eca padankan dengan teal *inspired by kaler EPHYRA*...sangat simple kan, tapi ada masalah hari tu..Bila klik main blog, oke je layout dia.Bila klik 1entry, hah!..sakit kepala juga eca.Last-last buat buang template sediaada & mula semula.Alhamdulillah dah oke.Thanks Ciksu sebab sudi repeat order & sabar menanti...*kesabaran ada hikmahnya kan Ciksu...hihihi*


dan ini dia blog paling menguji kewibawaan eca, 
blog paling lama eca perah idea 
*apa tak nya, dari mula habis exam sampai penghujung bulan 2 baru siap..kekeke*


header je rasa 4-5 design buat semua eca yang tak berkenan tau tak?!..Bukan Kak Ina, tapi eca ne hah yang asyik tak berkenan....dah siap sebenarnya kat draft lama dah, tapi eca HOLD.Siap cakap kat Kak Ina, "nantilah pasang masa bday akak"...padahal masa tu sebenarnya dalam hati cakap, "ishh buruk betul bha ne draft, macam mo kena buang p longkang"...Nampak tak marah kat diri sendiri tu?!...hikhikhik.
Cabaran kali ne, background asyik tak sesuai + tak berkenan dihati.So, gali banyak-banyak.Kata eksklusif kan?!, tapi dua-tiga draft asyik rasa sama je blog tu dengan layout-layout lepas.aish, panas hati sendiri.Sampai kalau eca feed-up tu, eca tutup laptop, gi tido!.hahaha~

end up, siap juga lah blog ne hah.Hasil memerah idea sendiri, siap berbalah dengan Kak Ina kata tu tak sesuai, ne tak sesuai...Kotak Komen tu eca masih tak tahu camna nak FIX bagi dia turun sikit supaya tak kacau post footer yang bertindih..ai is panas dengan itu!!!.hikhikhik~tapi ai is like the post header & sidebar, eh eh, senang je rupanya buat kan?!..Ingatkan susah, last-last jumpa gak jalan baut sidebar macam tu kan.....100kali lompat bintang esok kurus!.hahaha.



menjawab pertanyaan korang tentang EDIT BLOG.


eca dengan ini umumkan secara RASMI *macam dalam drama*, eca TUTUP seketika sehingga akhir Semester 2 ini.Bukan apa, eca sekarang dah masuk semester 2, dah kena buat Proposal Thesis dan persediaan untuk Semester 3 siapkan Thesis..So, kena banyakkan masa tuk membaca-membaca-membaca.Tapi kalau ada yang sanggup tunggu sebulan tuk eca siapkan blog tu, bolehlah contact eca!....sekali sekala boleh la, tapi kalau hari-hari menghadap photoshop + blog code, mahu eca tukar pengajian macam ne, dari pengurusan pendidikan tukar jadi programmer gituuuu, takpun graphic designer.haha!



so, Happy Customer, Happy Me!!!
ada 3blog kononnya nak kena siapkan sebelum mula kelas next week.
ideas, please comes to mama~

till then,
stay POSITIVES, stay HEALTHY.

Mr N masih sayang eh?

Assalammualaikum.

eca kan, jenis orang yang setia *SILA PERCAYA dengan mata keatas, tangan ke bahu*
bukan apa, dari dulu SETIA aje dengan dia, pernah sekali tukar tapi TAUBAT terus taknak curang-curang tau.Pernah gak terdetik dihati, apatah lagi bila ada sesuatu terjadi.Kalau dah SETIA, memang SETIA lah kan?!.nasib baik keSETIAan berbalas bila awal bulan January Mr N masih beri kasih sayang.Tengok gambar kat bawah ne :


ada 4 kasih sayang dari Mr N, satu dah luput kasih sayang tu.hihi!..Happy sebenarnya.Eca tengah tunggu cek dari Nuffnang sebab baru cashout akhir bulan Januari...tapi kan, ada 1 cek masih tak sampai ke tangan eca...tak tahu nak salahkan siapa.Dah email kat Nuffnang, kata da SENT (yerp, da terima email gak) tapi bila tunggu-tunggu, sampai sekarang takde.Last-last daku tukar alamat hantar cek tu.Tak percaya tul cek tak sampai-sampai, SEDIH tau!..penat lelah berblog, cek hilang gitu je...uwaaa, nak nangis tau!!!.Nasib Mr N pujuk baik punya, awal tahun ne bagi CPUV bebanyak.Kalau korang nak merebut kasih sayang Mr N, boleh KLIK entry ini : Tutorial & Tips Dapatkan CPUV Nuffnang.

till then, 
stay LOVES, stay POSITIVES, stay HEALTHY.

Cinta Pertama

Assalammualaikum.
Happy Monday everyone...no monday bluess please.no moody-moody, u'll see weekend SOON, yes very SOON.....amboi eca, happy konon-konon padahal >,<"

abaikan perasaan itu, ne eca nak tanya korang...
Ingat tak cinta pertama korang?!..Dia yang pertama mengucup korang, yang memanggil korang sayang, ratu hati, si pengarang jantung...kalau yang tak ingat, gua rasa nak telan korang, fuhhh!.Cinta Pertama kita semua mestilah orang tua kita kan...Ayah & Ibu yang bersusah payah untuk kita, ibu menahan sakit saat melahirkan kita, ayah yang membanting tulang mencari rezeki, ibu yang tanpa penat lelah melayan karenah kita, itulah cinta pertama & cinta terakhir kita, tanpa sedikit membuat kita kecewa & tanpa sedikit membuat kita terluka.

Tanpa kedua orangtua kita, mungkin kita tiada disini.
Kita bukan pilihan mereka, mereka bukan pilihan kita.
Tetapi kitalah takdir mereka, merekalah takdir kita.
sampai hujung usia mereka, mereka akan tetap mencintai.

Atas pengorbanan, terima kasih.
Atas kasih sayang, terima kasih.
Atas kehidupan ini, terima kasih.
Atas pengertian, terima kasih.

Encik Awang Aman Jalil & Puan Tasiah Omar,
andalah menu cinta kami,
andalah pujaan hati kami,
andalah segalanya buat kami,
andalah CINTA PERTAMA kami.
 

lagu : Menu Cinta
penyanyi : AR-TI & Encik Mimpi tersayang.


Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua-dua orang tuaku.Berikanlah mereka kesihatan yang baik.Berikanlah mereka umur yang panjang.Berikanlah rahmatmu, rezekimu, kurniamu kepada mereka.Tanpa mereka, tiadalah kami disini hari ini.Ya Allah, Kau Maha mengasihani lagi menyayangi.KepadaMu kami memohon, perkenankanlah doa kami ini.

"Dear Mama & Bapa, thanks atas pengorbanan selama ini.Thanks atas cinta tak pernah pudar."
anda, cinta pertama kami.
dari : anak-anak yang nakal.

13 hari Berkasih Sayang

Assalammualaikum.
maaf, ada ralat berlaku...eca SALAH KIRA.
Actually, eca mula minum EPHYRA pada 8Feb..terlebih kira 10hari lak......terlalu banyak kerja la ne kan eca?!.


dah genap 13 hari berkasih sayang, dah nampak sangat bahagia..cewah, ayat kemain bahagia.Tapi betul, sangat bahagia sekarang ne..nak-nak bila ada orang memuji gitu..eh, berkasih sayang dengan siapa ne, kan hati masih terluka lepas putus cinta?!..dah jumpa kekasih baru agaknya budak eca ne kan?!eh eh eh, sebenarnya nak khabarkan dah 13hari berkasih sayang dengan EPHYRA.diulang, EPHYRA tajaan oceanlife.So far, eca berpuashati dengan EPHYRA walaupun baru mengamalkan EPHYRA selama 23hari je.SO, ini cerita eca tentang EPHYRA.
 


Bila Bangun Pagi...
Actually, masalah lama eca dah kembali...eca dah lewat tidur dan bangun pagi pun tentu je lewat.BENCI tau keadaan macam tu.Apatah lagi, bila eca bangun pagi, rasa macam waktu tidur tu tak cukup langsung, dasar pemalas tau tak gitu?!...Tapi since taknak memanjakan diri sendiri, eca pun apalagi, PAKSA DIRI tuk BUKA MATA.Lepas tu, terus je amik free botol EPHYRA masukkan 1pek EPHYRA + air 180ml..dasar pemalas punya budak, eca shake-shake je terus botol tu & MINUM....mata terus jadik segar, terkejut diri sendiri tau!...kadang-kadang tu eca rasa nak tido balik, tapi dengan EPHYRA, mata jadi segar bugar..badan pun naik semangat nak ber-workout gitu.

180ml je, sekali minum rasa nak minum lagi.Tapi jangan lupa banyakkan minum air putih, agar segala pencernaan berjalan lebih lancar..Baru nampak kesan yang memberansangkan.

pelaburan setiap hari...
bila dengan EPHYRA ne, tetiap hari jadi pengunjung setia encik T...lepas minum EPHYRA tetiap pagi, mesti 5 ke 10 minit kemudian, konfirm melabur!....dah tu, tak sembelit-sembelit pun pendek kata pelaburan berjalan sangat lancar.SANGAT BAGUS oke?!...eca likes 100x...yelah, nak singkirkan lemak-lemak degil gitu...


Rasa Tak Lapar pulak....
Eca gi keja jam11 lebih gitu, so setiap pagi memang kena masak  BRUNCH (breakfast+lunch).Tapi, rasa nak makan tu takde..lapar pun tidak walaupun malam semalam tak makan apa-apa.Tapi terpaksa makan yer, takut pengsan lak memandangkan eca gi keja menaiki bas, dengan cuaca jap panas, jap hujan.Seriously, eca dah kurang rasa LAPAR dan tak bernafsu nak makan.EPHYRA ne buat eca rasa kenyang je,cuma rasa nak minum je..takpe,itu BAGUS.Memandangkan misi nak kurus, kena minum banyak air kan?!..ohya, kawan eca cakap, muka ada halus sikit..hahaha,macam tak percaya je.Terpaksa tampar diri sendiri tuk pastikan muka tu benar-benar halus.

malas nak cakap banyak, tapi kalau korang amati gambar dibawah ne konfirm nampak perbezaan kan?
 suka benar bila parut-parut nakal jadi tak nakal.
Gambar sebelum tu, muka baru habis "workout",
Gambar selepas, muka baru sampai dari keja.


Kalau KORANG teringin nak tanya banyak atau try EPHYRA ne, 
boleh contact eca tau...konfirm cepat reply. 
email : ecasha.89@gmail.com
Whatsapp : 0148594953
wechat : @ecadwinkyasha

JANGAN RISAU, eca bagi harga manja-manja dengan korang..yang pasti, LEBIH MURAH dari HARGA PASARAN tau!!!!.So, tunggu apa lagi, cepatlah hubungi eca.

Ini adalah KEGEMBIRAAN.

Assalammualaikum.

Bak kata orang, kegembiraan itu satu yang harus dikongsi bersama.Rasionalnya?..agar kegembiraan kita membuatkan orang lain juga bergembira.Nak share berita gembira yang eca tunggu-tunggu sejak tamat semester 1..apa lagi kalau bukan result exam kan?!Sebelum nak reveal result exam, eca nak kenang-kenang peristiwa lama.....

Seminggu sebelum exam, eca asyik nangis-nangis-nangis,sampai calling dengan Solehah yang jauh kat Perak tu..nangis-nangis tak henti.aduhh, sakit otak tau bila putus cinta & dapat tahu ex-bf ko dah ada pengganti.BTW, exbf nak bertunang dah bulan 3 ne, kahwin 8 Jun....caya tak dia gitau eca?!.Kita doakan je lah majlis dia...ohya, 9Jun exam tuk semester 2..tabahlah hati ya eca.HAHA!..dari fikir pasal exbf yang pandai cari kita bila bakalbini dia tak sambut 20kali call dia tu, baik kita cerita pasal berita gembira.

Dalam seminggu sebelum exam tu, eca dah cuti.So seminggu la untuk eca buat ulangkaji.Sempat lak tu buat study group dengan kawan-kawan seperjuangan...dan yang paling eca hargai, kesudian Cik Fazihah & Puan Widyawati datang ke ruma eca tuk buat revision sebab eca tak larat nak jalan..dah nangis semalaman kan?!.huhuhu~

Berkat nangis-studygroup-doa-usaha,akhirnya eca TAWAKAL dengan result semester kali ini.


Sebenarnya tak expect la dapat neyh.Sebab sebenarnya rasa result bawah 3.50 je memandangkan untuk paper Educational Management, assignment eca buat rasa macam tak lengkap..yela eca oi, Prof ko minta 10 Kualiti Kepimpinan, ko bagi 9 kenapa?!..Dahlah exam ko guna minyak goreng banyak sangat,tak cukup minyak goreng, ko pakai SNIPER lak~~bertuah punya budak eh eca ne!!!..paling tak sangka paper Research Methods, yelah masa tu kan...eca busykan diri sendiri gi amik upah siapkan thesis orang lain.terbaik tau tak hidup ko eca!!!Nasib baik assignment sendiri boleh tahan mantap..nasib baik masa exam ko dilimpahi idea jatuh ke kertas jawapan kan kan..kalau tidak, tak merasa angka 4 tu.kekekekeke~

Terima Kasih Ya Allah atas peluang ini.
Terima kasih Family sebab sentiasa SUPPORT.
Terima kasih rakan-rakan blogger yang mendoakan eca.
Terima kasih & Tahniah buat Cik Fazihah, Puan Widyawati & Cik Rosnira serta semua members dalam Kumpulan 3 Master of Education Management, kita ROCK semester 2!
ohya, terima kasih exbf sebab tanpa tekanan itu, tak mungkin daku setabah ini.

so, moral of the story, boleh tak putus cinta pastu buat lagi baik masa exam?!..kekeke.


perjalanan dua tahun masuk semester dua dah.
semoga terus tabah!
nasib baik result gempak gak, kalau tidak risau gak biasisiwa PAMA kena tarik.kekekeke.

Selfie of the Week #4 (SPECIAL SELFIE & STORY)

Assalammualaikum.

eca dilanda kemalasan menghadap muka sendiri depan tab..so, dah masuk minggu ke-dua skip buat entry selfie!!!.benci tau, asyik lupa je amik gambar sendiri...tapi, kali ini eca tampilkan satu "selfie" SPECIAL..specialnya selfie ne, sebab orang dalam gambar tu dah tua setahun.


SELFIE dari anak sedara eca, Nurul Hasanah a.k.a babychenta.
SELFIE ne eca dera anak sedara yang comel & solehah ne masa birthday dia last week.
Pandai tul buat muka macam tu kan, ikut mama Ca dia neyh....*tangan kebahu, mata keatas*

ohya, babychenta ne dah pandai "demand" tahu nak apa-apa.Last week kan bday dia..so, eca kuar awal nak gi beli kek tuk dia neyh..sambut bday Nurul Hasanah (9Feb) & KakLong (3Feb).Memula nak bawak dia sekali, tapi dia taknak..so, eca say "byebye" kat dia..mood dia sangat bagus tau, siap boleh kiss segala dengan eca...tapi kan, last-last eca nak tutup pintu, tetiba dia cakap, "Mama, kek eskrem a"....dan waktu tu jugak eca ternganga...amboi anak sedara mama ca ne, demand!..Tapi masa tu memang PLAN nak belikan kek Baskin Robin @ SR....dah bday girl yang minta, kita turunkan je.Masa nak potong Kek tu pulak, dia siap "warning" mummy dia tak suruh habiskan...amboiiiii~

dan sekarang, dia banyak tanya tau.Last week, parents dah balik Kudat...
tetiba babychenta tanya eca, "Atuk pegi mana?
eca : Balik Kudat.
babychenta : napa mama tida ikut?
eca : mama kan keja.
babychenta : ooo, cian mama.
eca : =.=" 

bukan tu je, dah makin bijak sungguh anak sedara eca ne....pantang jumpa pensel oke?!.Hari tu, dia jumpa pensel dalam bilik, then dia gi conteng dinding rumah eca....masa ne eca takde kat rumah, gi keja.Tapi yang bestnya, imaginasi dia ne kuat sangat.Ada satu tempat tu, eca lekatkan sticker bunga (beli kat DAISO) dan anak sedara yang comel ne pulak boleh tambah batang bunga-bunga tu...pintar-pintar!..tambah pintar, bila mummy dia tanya pasal lukisan tu dia boleh cakap, "ada lukis jak mummy tapi teda orang nampak"... =.="

gambar jadi saksi imaginasi anak sedara eca yang solehah ne.

Doa buat Nurul Hasanah,
Semoga menjadi anak yang baik, taat pada Allah & keluarga, berbakti kepada negara.
Semoga menjadi kakak yang penyayang dan sentiasa melindungi adik-adik.
Happy 3rd years old my dear Nurul Hasanah.
*dah 3tahun da, dah jadi 'kaklong' dahhhh penghujung bulan September*

Edit Blog, my side income.

Assalammualaikum.


sejak masuk UMS, kerja amat-amat-amat lembab.Ditambah dengan kepenatan + kemalasan.Sesekali cuti semester, fuhhhh~ asyik menggoda betul photoshop tu tapi bila dia mula buat hal, SEKIAN TERIMA KASIH je la jawabnya segala kerja tergendala...dah dah, jom tengok recent blog yang eca dah edit.


Nur Love Kasih...tagline eca beri "Where LIFE begins and LOVE never ends".
Theme colour, cream, orange & pink.
Beliau ada buat GA, pergi JOIN cepat.Klik SINI!


I Am Mrs Lee..tagline "warna warni kehidupan"
Theme : dark green & pink
sangat simple je eca buat, tapi paling best buat header...mencabar tahu tak, sebab gambar Arissa ne comel-comel...gua pantang tengok budak comel....hikhikhik.Ohya, Mak Arissa ne ada jual macam-macam antaranya toys, handsock cotton+lace..e banyak la.Korang TERJAH sendiri.


Kak Sal repeat servis kali ke-3...hehehe,THANKS Kak Sal sebab masih percayakan eca!
memula dulu, kaler ungu, pastu kuning....kali ini kak Sal minta pink+blue.Maka terjadilah muka blog macam sekarang!....Dulu eca mula-mula buat blog Kak Sal, anak baru tiga, sekarang dah 4.BTW, Kak Sal pun ada jual macam-macam tolong support suami...KEK LAPIS pun ada, korang terjah lah eh : Blog 4A


antara tiga blog yang eca editkan...satu tinggal nak pasang..satu tengah OTW dengan header so on.Tapi berkesempatan pulak edit blog sendiri.Selain BLOG ECADWINKYASHA ne, eca juga edit blog myMaster.

myMaster, blog eca yang berkongsi ilmu dunia pendidikan.Semua kisah berkaitan dengan "dunia master" eca cuba kongsikan disini.Insyaallah, more entry coming up!..Eca harap wujudnya blog tu dapat tolong ramai pelajar pascasiswazah....pelan-pelan kayuh ya cik blog.*edit semalam sampai jam 3pagi*

Theme : Grey & Pink, tercapai juga hasrat nak pakai kaler GREY.hikhikhik.Dulu kemain nak blog ecadwinkyasha ne kaler grey, last-last tak jadi..kena lak blog myMaster.......


berkenan???,, boleh mengurat eca di ecasha.89[at]gmail[dot]com.

till then,
stay healthy, stay positives.