TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

Assalammualaikum.


alhamdulillah, kita bakal bertemu Ramadhan lagi dua hari.Sungguh cepat waktu berlalu tanpa terduga.Lepas Ramadhan, insyaallah ada satu majlis menyusul di rumah eca..ehem, majlis kami! *jeng jeng jeng*...dah dah, sebelum fikir apa-apa, mari kita pasangkan niat puasa dalam bulan ramadhan ne yerrr

niat puasa


Tanamkan niat agar puasa kita lebih diberkati, lebih afdal dan lebih menyedarkan kita hikmah puasa ini....lepas puasa, tiba waktu berbuka...baca doa dulu yerrr....



Semalam eca gi kedai, nampak dah kurma bisik-bisik Yusoff Taiyoobbb dah mula dijual..mari la rembat sekota dua kan, afdal berbuka dengan buah kurma ne.Banyak khasiatnya gitu *-*

ohya, jika tahun lalu....most of the days, eca berbuka dalam bas...tahun ne insyaallah akan berbuka di rumah sendiri.Alhamdulillah...sebabnya eca dah mula kerja baru Selasa depan..waktu pejabat 07.30 - 04.30 rasanya...tempat kerja baru walaupun dekat sikit dengan rumah, terpaksa jalan awal sebab tumpang si abang & si ipar pergi kerja.Belajar meredah jem nenas la pepagi yerrr..kekeke~

please, boleh tak SAHUR ikut waktu Perlis, BERBUKA ikut waktu Sabah?!.kidding ^-^

till then,
happy fasting
may our Ramadhan make us a better person,
insyaallah.

Bola Buat Orang Jadi Gila #gilabola

Assalammualaikum.

demam #gilabola kian melanda sejak beberapa hari lepas.Habis timeline FB & Twitter penuh dengan hashtag #gilabola #worldcup #brazil2014 #spaindahbalikkampung #englandpundahbalikkampung #eh,apaakumelalutne?!...nampak sangat kan gila bola.Walaupun bukan peminat World Cup, eca tetap ambil tahu juga pasal World Cup ne.Yelah, perlawanan berprestij tinggi ini hanya diaadakan 4tahun sekali.

Bak kata Joe Flizzow dalam lagu #gilabola, 
        Everybody gembira bila game mula, pakai jersey cap muka kibarkan bendera....

face painting for spain, but spain is home oredi =.="


Itu baru FACE PAINTING, musim #gilabola ne memang kita akan jumpa banyak lagi kegilaan.Contohnya, CUTI SAKIT yang berlambak, Mata panda tetiap hari..the most worst yang eca alami sendiri, student suggest buat karangan pasal World Cup =.=", budak sekolah yang baru tahun 6 tu pun tahu banyak pasal World Cup...adedede,kalah cikgu!!!Memang betullah, dari nenek ke cucu jadi tontonan keluarga, Dari office office hingga sekolah sekolah, Dalam territory ini kita semua gila bola ....pening arrrr, kalau semua da #gilabola jangan makan nanti pun makan bola.



Ramai yang meramal Germany, Argentina & Brazil akan menang World Cup ne...dengan skill NEYMAR pada perlawanan yang lepas, memang ada harapan besar kan?..eh eh, dah mengkaji taktik dan formasi Brazil pulak eca ne, hok hebat sangat weeee.#padahal?!...tapi rasanya bukan eca sorang je kot nampak macam tu.Rasanya lagi ramai orang akan tengok siaran ulangan walau tahu spain da gulung tikar...hikhikhik *-*
Ramai peminat sukan yang cintakan game ini
Taktik dan formasi pasukan semua dikaji
One match is not enough nak kena tengok lagi
24/7 365 malam siang dan pagi


makin lama eca berceloteh, makin #gilabola juga daku jadinya kan?!.hahaha...korang layan lah dulu lagu #gilabola oleh Joe Flizzow, baru korang terasa betapa hebatnya musim #gilabola ne kan?!..kekekeke.....



Layan LIRIK LAGU #gilabola di SINI.
 eca cakap : dari tak #gilabola, boleh jadi #gilabola dengar lagu #gilabola dari #joeflizzow..hahaha!

Gelagat Lepas Exam

Assalammualaikum....

Exam dah habis!!!!!!....muahahahahaha, sesaja nak bagi korang yang tengah duk exam tu tension-tension sikit.final exam eca tuk semester 2 dah berakhir ahad lalu.ala, 2paper je kot, haruslah habis awal kan?Lagipun rata-rata classmate @ pelajar master pendidikan ne adalah golongan cikgu, haruslah habia awal sebab cikgu-cikgu nak kena keja lagi kan.....

Semester ne, eca tak dapat join study group!Sebabnya keja, lagipun da amik cuti panjang hujung bulan 5.So, study sendiri jawabnya.Nasib baik kawan-kawan sudi share nota mereka.BAHAGIA DAPAT CLASSMATES MACAM TU!.

Lepas exam 1st paper, eca tengok muka kawan-kawan semua ketat.Mesti dalam hati cakap, "legaaa.....", "habis aku hentam jawab soalan ntah pa-pa", "yess, dapat jawab!".....bagi eca pulak, lepas exam eca cakap, "apa aku baca apasal nda kuar, yang aku nda terbaca pulak kuar...grrrrrrr!"....biasalah masa tunggu paper kena kutip tu, mulalah sakat kawan-kawan.Bagi dorang semangat konfirm lulus paper tu!...syok benar bincang jawapan masing-masing, sampai classmate eca cakap, "ishhh, da da...xyah bincang.tension je!"....eh, nampak sangat semua jawab ntah apa-apa paper tu kan?!

Tu 1st paper, 2nd paper pulak....omaigushhhhhhh.eca rasa 3jam tu tak cukup tuk jawab 4soalan esei..Terlalu banyak nak cakap tapi eca rasa duk ulang-ulang je jawapan daku.Yelah, soalan lebih kepada "memasyarakatkan sekolah", pembudayaan perubahan dalam profesion keguruan, "meningkatkan profesion keguruan"....dan semuanya memang berkait rapat oke?!..cuma perlu bijak mainkan ayat dan lebih utarakan fokus pendidikan.Even dapat jawab, eca tak berapa nak yakin dapat result sebagus semester lalu =.="

Apa-apapun, SELAMAT TINGGAL semester 2!
Jumpa semester 3 lagi 3bulan..nak mula mencari idea untuk siapkan tesis pulak :)
Result?!...kita tunggu dan tunggu je lah!

SHOES : Kasut Raya yang Bergaya!

Assalammualaikum.

antara sedar atau tidak, tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan dan sebulan lepas tu kita semua akan beraya....Bagi eca, raya memang eca tunggu-tunggu.Inilah masa nak jumpa saudara-mara yang jarang sangat nak jumpa.Perantau lah katakan (eh?!)..So, masa raya memang OUTFIT memang ALL OUT.Dari atas ke bawah, memang eca akan pastikan semuanya MATCHING!...Oleh sebab raya nanti nak berkunjung ke rumah saudara-mara, paling penting ialah KASUT.Sebabnya, kalau kita menggunakan kasut yang selesa, nak bergerak ke sana ke mari pun mudah..Tak menyakitkan kaki, mood raya pun oke!..Bayangkan je lah, kalau guna kasut yang tak selesa & menyakitkan kaki, mesti kita akan rasa sakit kaki + sakit kaki, hah...double sakit tu.Belum masuk lagi SAKIT PERUT makan banyak.kekekeke~



Disebabkan kebanyakkan kedai dah mula SALE Pra-Ramadhan, jalan pun jadi sesak.Belum masuk bulan Ramadhan, lagilah SESAK kan.SO, eca memilih SHOPPING ONLINE.kenapa HARUS MEMILIH membeli-belah atas talian?!...korang harus ingat, shopping online ne sangat menarik ok?!..Tak perlu keluar untuk beli apa yang korang mahukan.Boleh buah pembelian dari mana-mana je, even dari office ke, masa tunggu mata nak lelap ke, masa berbuka ke..kan mudah tu?!So, mari shopping KASUT dengan eca di SHOES ONLINE SHOPPING.

pilihan kasut bukan sekadar untuk wanita malah ada untuk lelaki jugak!..
dari harga serendah RM50, korang memang akan rambang mata nak pilih mana satu.




Destinasi fesyen online terkini seperti Zalora menawarkan shoes collection untuk lelaki dan wanita dengan harga yang cukup murah. Kasut mereka adalah  terdiri daripada pelbagai jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan oleh itu anda tidak perlu risau akan kualiti kerana semuanya dihasilkan daripada bahan bermutu tinggi. Jom layari website mereka sekarang dan lihat apa yang menarik untuk dibeli di sana!
Korang tunggu apa lagi, klik Shoes Online Shopping @ Zalora sekarang!
Pelbagai pilihan menarik tuk korang oke?! 


Cakap siang berpadah-padah,
kiri ke kanan pusingkan kepala,
Shopping di Zalora agak mudah,
tak perlu lagi pening-pening kepala.

^_____________^ Happy Shopping!