TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Boyfriend & his Girlfriend.

Assalammualaikum.

kekadang kan eca rasa macam tak tahu camna nak 'LABEL'kan lelaki-lelaki ne.like seriously asyik nak tanya je kat si dia, "awak suka ke mainkan hati perempuan?"...dia ada GF lain, memula macam boleh terima siap kata dalam hati, "ala, kawan-kawan jak kali..main-main panggil syg-by"..fikir camtu lah, sebab eca dengan kawan sekelas eca ada yang macam tu, gelarkan diri "hubby-yayang".Tapi, si dia & perempuan tu lebih-lebih pulak.

Memula, taknak ambil kisah...tapi bila nampak da pompuan tu post macam-macam, mulalah hati rasa TAK TAHAN.huhuhu..tanyalah elok-elok kat si dia,"S*** dengan budak tu, betul-betul ke main-main?"...dia jawab, "Jumpa pun tak pernah, macam mana nak cinta?..giler la tak jumpa tapi cinta"...eca terus fikir,..eca dulu dengan exbf yang bapa reject pun tak pernah jumpa, tapi cinta gila juga.Tak mustahil kan, bila bercinta takpernah jumpa WUJUD juga rasa CINTA...bila si dia cakap lagi, "S*** dengan dia cuma kawan dalam phone jak, kita ne serius kan?..Dah selalu spent masa sama-sama.Janganlah risau, takda apa-apa pun dengan dia"...Semakin si dia cakap macam tu, makin pula pompuan tu eca rasa menggedik post-post status BAHAGIA berdua....(walaupun tak pernah jumpa =.=")

Sebab cemburu eca kan, selalu jadi pergaduhan.Selalunya, bila si dia jauh kat sana (ala, outstation je ke Sandakan).Sometimes, boleh sabar tau!!!.Cuma bila tengok status pompuan tu, siap cakap orang PERAMPAS, PENCURI, JANGAN KACAU PACARKu....Makin sakit hati sangat-sangat.ala, pompuan mana takde rasa cemburu, sakit hati kan kan kan?!....makin hari, makin sakit.Eca ambil keputusan BIARKAN & TINGGALKAN...kalau cinta, nanti dia akan datang semula kan kan kan? (taknak berharap, tapi kalau datang semula...tengoklah kalau hati masa sama!hahaha)

pening bila dia cakap, "FB tu memang ada, tapi dia yang pegang.Password pun tak tahu"..ada eh macam tu?!..hahaha.(rasa SUCI je bila percaya bulat-bulat kata-kata tu, sebab sayangkan dia, daku percaya 10% je)...tu pasal, orang selalu pesan, BILA SAYANG,JANGAN SAYANG SANGAT.NANTI MELAYANG, KAU JADI GILA BAYANG.

Bila fikir isu ne, mulalah rasa taknak makan, takdakmood nak makan, takdapat tidur lena.mulalahhhhh, giler a fikir pasal cinta.KAN?!..kan bagus kalau da berkenan, takyah cinta-cinta, TERUS MASUK MEMINANG, boleh? (eca is serious)


dari terus fikir si dia yang ada GF lain,
cari BF lain lagi senang kan?!....
tunggu-tunggu-tunggu pun
macam gaya dia taknak lepaskan pompuan tu.
huhuhu~

Gaza diserang lagi!

Allahuakhbar allahuakhbar allahuakbar.
Dalam meraikan kemenangan Germany ke atas Brazil....kita dikejutkan pula dengan serangan Israel ke atas Gaza...sungguh kejam, dibulan puasa ini, dugaan menimpa penduduk Gaza.

Sebagai umat Islam, marilah kita berdoa untuk saudara kita disana...agar mereka terlindung dibawah lindungan Allah SWT...mari sama-sama kita baca Qunut Nazilah sebagai satu doa buat mereka.

Yahudi merancang, Allah menentukan..semoga doa kita didengar Allah SWT.

berpisah juga akhirnya!

Assalammualaikum.

sungguh perpisahan itu bukan eca yang pinta, tapi perpisahan ini perlu demi masa depan yang cemerlang, terbilang dan gemilang....dan engkau da KENAPA eca?!..hehe.meh meh nak story kat kome-kome semua, kawe dah berhenti kerja di tempat lama..yer, selepas setahun dua bulan bekerja disana.
 agak-agak dorang rindu tak Cikgu Ai Sha dorang ne?!

Banyak kenangan pahit-manis-masam-tawar eca alami disana.Nangis, konfirm la.Sebenarnya, eca memang nak berhenti selepas murid-murid eca HABIS UPSR.taknaklah tinggalkan mereka  tergapai-gapai..dah sebati kan dengan Cikgu Ai Sha dorang ne.nak dua bulan lagi UPSR ada cikgu baru pulak.Sepanjang eca disana, memang banyak sangat peningkatan murid-murid eca...ada yang dari sukar nak bina ayat, dah reti bina ayat....tapi nak buat camna, eca berhenti kerja untuk kerja yang lebih baik.....

sebenarnya, eca dapat tawaran kerja Pengajar di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu...tapi bukan sebagai penjawat awam TETAP..i'olls KONTRAK je.kontrak 3bulan, kalau tunjukkan prestasi baik,insyaallah diteruskan lagi kontrak tu.*harap-harap kontrak berterusan, ai kan baik (masuk bakul angkat sendirikkkkkk)*

minggu ne KELAS belum MULA..so, a bit free.Tapi kena lah sediakan Rancangan Pengajaran dan bahan-bahan.Actually, benda tu semua da ada..cuma tunggu nak PRINT aje lagi.Tak reti nak guna printer canggih sini u'olls.kena tunggu senior-senior dulu yerk.Tapi eca dah masuk kelas relief, gantikan cikgu yang bercuti.SO far, oke-oke lah yer!!!.Eca ngajo nanti budak-budak Kolej Vokasional maksudnya lepasan PMR.Dorang tu ambil Diploman 4tahun, dah tak duduk SPM lagi.So, tu yang ada subjek-subjek teras.

ehemmm, eca ajar apa eh???...ajar mengurat boleh?hikhikhik <--- SOLEHAH gelak camne tau!!!!
eca ajar subjek Bahasa Melayu & Sejarah...mesti cikgu BM eca tersenyum-senyum.SEJARAH?!..janganlah cikgu sejarah eca ngucap panjang yer...budak asha ne dalam kelas membuta aje kejanya masa sejarah =.="

next week dah mula kelas, dah mula jumpa students, dah mula ngajo ye Cik Asha.sila-sila bertabah untuk 3bulan akan datang.doakan eca!

tau COMEL, tak yah cakap a..ai malu~


kepada PELAJARku,
boleh jangan panggil saya PUAN,
saya tak kawen lagi, tunggu orang masuk meminang,
cepat-cepatlah eh makcik!~