TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Kenali Wangian Anda...

Assalammualaikum.
semalam update ceta pasal ole-ole dari seseorang kan, kali ini nak share sesuatu yang mungkin ramai tak tahu pasal wangian...kalau kita gi beli wangian (atau dalam kes daku, ada orang suka sangat bagi  wangian), cuba tengok ada tak tulis Eau De Parfum, Eau De Toilette, Eau De Cologne, Body Mist dan lain-lain.Tahu ke tidak yang semua tu berbeza, nama je minyak wangi tapi setiap satu EDP, EDT, EDC tu berbeza...jom baca perbezaan EDP, EDT, EDC, Body Mist...


Eau De Parfum
EDP mengandungi kandungan minyak wangian antara 10-15%.So, baunya lebih pekat dan kuat berbanding yang lain.Bau EDP pulak tahan sehingga 10jam...kalau p kerja, boleh lah sembur sebelum gerak ke opis, balik opis bau still tahan.Tapi, EDP tidak boleh disembur ke atas baju sebabnya nanti akan tinggalkan kesan.


Eau De Toilette
EDT pula mengandungi minyak wangian antara 3-8%.Maknanya hanya boleh bertahan untuk satu tempoh yang singkat...So, sentiasa pastikan korang bawa perfume dalam bekas kecil, boleh sembur selalu sampai orang kat sebelah menyampah asyik sembur minyak wangi je.


Eau De Cologne & Body Mist
Kedua-dua ini merupakan gabungan air dan minyak wangi sekitar 3% sahaja.So, kepekatan minyak wangi adalah kurang dan tak hairanlah ianya jauh lebih murah berbanding EDT & EDP.Untuk kedua-dua EDC & Body Mist, elok digunakan selepas mandi bagi melembapkan kulit kita..

minyak wangi peneman sepanjang hari.


dah tahu perbezaannya kan?
So, bijaklah membeli..ada yang murah tapi tak tahan lama, rugi jugak tu!
setuju ke tidak?


Ole-ole dari dia.

Assalammualaikum.
Ada orang tu, dia baru balik dari luar negara *sangat*...So, kita yang duk Malaysia ne, dapatlah ole-ole kan...berani tak bagi ole-ole, kang ada orang merajuk muncung itik. =P (sebenarnya, tak kisah pun ada ke tak de..hehe)


Fridge Magnet Vietnam.
Macam tau-tau je eca suka FM...tambah lagi koleksi FM atas petiais.hehehe.


Elianto Seduction Set
haishh, ne lagi!Macam tau-tau jak dua minyak wangi daku tu nak habis.Sebelum ne guna White Musk Perfume Oil (Body Shop) & Citrus Bilberry  EDT (Nutrimetics).....nak habis dah.White Musk tu memang nak habis...Citrus Bilberry hadiah pemberian si dia jugak!!!..memang suka bagi perfume la mamat tu.Untuk Seduction Set ne, wangi dia lembut sangat.SUKA..tapi sebenarnya eca suka wangian buah bery...paling suka kalau wangian strawberry.TOLONG INGAT TAU!.hikhikhik~


Telekung Sulam.
yang ne buat orang sayang lebih ne...tak tahu pasal apa, tapi bila nampak ne, sayang lebih sikit dari yang aritu...boleh kah?!.hehehehe.telekung lembut sangat, selesa guna.


THANKS FOR THE SOUVENIRS.
really appreciate those things u give me.
<3


btw, yang ne ole-ole kan?
bukan hadiah bday kena bagi awal kan?
So, bday nanti boleh minta hadiah lagi...kalau tiada hadiah, kek pun boleh bha~
hikhikhik ^________^



kalau kawan-kawan korang gi bercuti,
selalu ole-ole apa yang korang akan dapat?!
kongsi sikit.








Catatan MatLutfi, hadiah bday tiba awal!

Assalammualaikum.
untung dapat opismate yang bukan orang Sabah...asal dorang balik kampung memasing, ada lah kiriman dari sana.Last week, eca kirim buku MatLutfi.TERPAKSA kirim sebab buku tu teda di Sabah lagi.Dah puas pusing Times, pusing Harris...tak jumpa.Nak beli online, malas lak sebab kos penghantaran tu melampau mahalnya.hihihi..kebetulan lak ada kawan balik kampung kat Melaka tu, apa lagi, kirim je lah~




bagi korang yang tak kenal Mat Luthfi, sila tengok video beliau kat youtube -- klik sini.

Haruslah happy bila dapat buku yang jadi idaman kalbu untuk masuk list bahan bacaan penting!.hehehe...kalau ikut harga SM RM25..ikut harga SS RM28..tapi dapat FREE, sebab kawan cakap, "takyah bayar, hadiah bday ko dapat awal"...selamat duit daku, tapi bday aku nanti KEK Red Velvet Secret Recipes 1slice boleh?!..hikhikhik~


Ustaz Muhd Syafiq Wagimi...*fullname aku letak*
terima kasih sebab selalu jadi abang yang baik buat adik-adik.
terima kasih sebab selalu jadi kawan yang sangat jahat.
terima kasih sebab selalu ajar aku buat kerja bodoh.
semoga cepat bertemu jodoh dengan si dia ngko tu, 
aku doa-doakan doa aku ne dimakbulkan Allah.
^_____________^


best ke tak Catatan Matlutfi ne?!...haruslah best kan.
youtuber terkenal tu, nanti eca review sikit pasal buku ne tau~

#throwback 2014

Assalammualaikum.
tetiba rasa nak throwback tahun 2014...nak kata bermakna sangat, takde juga.cuma bagi eca, banyak pengajaran yang harus simpan sendiri & tentu saja mematangkan fikiran.jom throwback perkara-perkara yang manis-manis je, supaya 2015 akan lebih manis.... :)

jan14.
turning 25years.yeahhh, tak menyangka dah 25tahun hidup dengan bahagia.Special on my bday, si kakak ipar belikan Kek Baskin Robin.Hadiah bday yang istimewa, Mr Tabby (Samsung Galaxy Tab 3)...peneman setia sepanjang hari.hikhik...kalau tahun ne ada orang hadiah sonyexperia Z series pun daku terima dengan hati yang terbuka.paling cikai bagi lenovo je lah!.hahaha~


feb-apr14.
nothing special except BERAT BADAN TURUN...tu pun tak timbang, tau turun sebab baju lama boleh pakai.hikhikhik

ohya, dapat result Sem 1 masa ne..tak menyangka result baik.3.67 tu.TAHNIAH buat diri sendiri!


may14.
akhirnya selepas beberapa tahun dari zaman sekolah sampai zaman masing-masing dah kerja...abang eca yang sorang tu (abang daku memang sorang je kot!), mendirikan rumahtangga dengan si ipar.HAPPY la dapat kakak ipar, bulan Mac nanti si kakak ipar nak due..ohyeah, tahun depan dapat anak sedara lagi.

jun14.
exam semester 2.Alhamdulillah, dapat buat dengan baik walaupun tak join study group.
..last month kerja kat Ceria Educational Centre sebab dapat kerja baru. ^-^

julai14.
mula kerja sebagai Pensyarah Jemputan kat ILP Kota Kinabalu.satu pengalaman yang tak kan dapat dimana-mana.1st week kerja, mampu senyum sebab segan nak tegur sesiapa.hahaha~

ogos14.
sibuk-sibuk-sibuk dengan aktiviti ILPKK.Tapi kesibukan itu membuatkaan diriku ini lebih bijak dan berani bergaul....tambah sibuk, majlis resepsi kat rumah parents di kampung.lama tul baru buat kan.kes ramai orang kahwin masa cuti sekolah & before Ramadhan.oke..nak kawen masa bukan cuti sekolah, BOLEH?!.hehehe~

sept14.
1st month bawa kereta even kereta tu dah lama beli.1st passengers selain daripada my own family is U....gigil kot bawak kereta ada orang tu disebelah sampai siap cakap, "kalau ehem ada disini, ndak mau drive"..takut punya pasal.ngeee.
ehh U...i know u read this~...i just want u to know...this is the lovely month of the year.#hubbyayang.kalau ada jodoh, kita doakan ia kekal.kalau takde jodoh, kita doakan juga supaya ada jodoh.Boleh ka macam tu?!..hehehe.

oct14.
bulan yang tahu dah tak boleh main-main sebab kena siapkan PROPOSAL THESIS.hukhuk.sangat-sangat stress tapi daku relax je....dalam hati tak siapa tahu.

nov14.
anak-anak murid exam dan cikgunya pulak yang neves..nasib baik semua lulus dengan CEMERLANG...hehehehe~

dis14.
yeah, berjaya siapkan proposal thesis before christmas...terus rasa best sangat sebab boleh bercuti dengan gembira tanpa fikir apa-apa ^-^

itu cerita 2014.kita tutup buku, kita simpan jauh-jauh.Jadikan sebagai satu kenangan dan pengalaman...2015 yang bakal kita tempuhi, doakan semuanya baik-baik..Azam 2015, sama je macam tahun-tahun lepas ^-^ banyak yang akan, bakal, mungkin terjadi untuk tahun ini.paling tak sabar tunggu November2015, hari Konvo...semoga dapat konvo dengan baik & cemerlangnya.hikhikhik!

azam baru korang pulak apa yer?
share sikit......